Ayat Aktif Pasif

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Ayat aktif

- ayat yang mengutamakan subjek atau pelaku sebagai subjek dan


kata kerja di dalam ayat tersebut mempunyai awalan MeN- (me-,
mem-, men-, menge-, dan meny-).
- disusun mengikut turutan berikut iaitu:
Subjek
Kata kerja
Objek
Keterangan
Contoh ayat: “Suraya melipat baju yang kering itu.”
Dalam ayat di atas, susunan ayat terdiri daripada “Suraya” ialah
subjek, “melipat” adalah kata kerja, “baju” adalah objek, dan “yang
kering itu” adalah keterangan.
- Ayat aktif terdiri daripada dua jenis iaitu:
1. Ayat aktif transitif- ayat yang mengandungi kata kerja transitif
atau erti kata lain ayat yang diikuti oleh frasa nama sebagai
objek. - Contoh : Tukang kebun menebas lalang.

2. Ayat aktif tak transitif - ialah ayat yang mengandungi kata kerja
tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai
penyambut. - Contoh ayat ialah Anak Sulaiman pandai
menyanyi.
Ayat pasif
- ayat yang mengutamakan objek dan perbuatannya serta kata kerja
di dalam ayat tersebut tanpa awalan atau berawalan “di-” beserta
dengan kata sendi “oleh.”
- disusun mengikut turutan berikut iaitu:
Objek
Subjek
Kata kerja
Keterangan
Contoh ayat: “Sayur itu awak potong untuk dimasak nanti.”

- Dalam ayat di atas, susunan ayat pasif terdiri daripada “Sayur itu”
ialah objek, “awak” ialah subjek, “potong” ialah kata kerja, dan
“untuk dimasak nanti” adalah keterangan.
- Namun terdapat juga ayat pasif disusun seperti ayat ini: “Kereta
itu dipandu oleh Ahmad sejak pagi tadi.”
- Dalam ayat di atas, sususan sedikit berbeza apabila kata kerja
diletakkan di sebelah objek iaitu “Kereta itu” ialah objek,
“dipandu” adalah kata kerja diikuti oleh “Ahmad” sebagai subjek
dan “sejak pagi tadi” ialah keterangan.

Jenis Ayat Pasif


1. Ayat pasif diri pertama
2. Ayat pasif diri kedua
3. Ayat pasif diri ketiga
i) Ayat pasif diri pertama
- ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama
seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan lain-lain lagi.
Contoh : Kereta itu saya beli.
ii) Ayat pasif diri kedua
- ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua
seperti awak, kamu, anda, dan lain-lain lagi.
Contoh: Buku novel itu sudah anda baca?
iii) Ayat pasif diri ketiga
- ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga
seperti dia, beliau, mereka, dan lain-lain lagi
Contoh : Pintu bilik itu dibaiki oleh dia.

You might also like