Minit Mesyuarat Pertama

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Minit mesyuarat

1.0 Puan Fauzia mengucapkan selamat datang kepada cikgu-cikgu baru iaitu Cikgu Amizul, Cikgu
Zulhilmi, Cikgu Aireen dan Cikgu Razreena.
2.0 AJK Kurikulum 2021
Setiausaha cikgu Rumiazi dan Penolong setiausaha ialah Ustazah Siti Fauziana. Bahagian AJK lain
boleh lihat dalam buku pengurusan 2021. Puan Fauzia menerangkan penambahan AJK yang baru
iaitu pengurusan PDPR. Bagi jadual waktu terkini 2.0, diuruskan oleh Cikgu Sabri. MMI pula
diuruskan oleh Cikgu Rumiazi dan Puan Fauzia sendiri. Pengagihan latihan akan diuruskan oleh
Cikgu Rumiazi (Tahap 1) dan Ustazah Siti Fauziana (Tahap 2). Laporan PdPR akan diuruskan oleh
Puan Fauzia sendiri. Pengurusan Transformasi 2025 pengelarasnya ialah Cikgu Clement,
Setiausaha ialah Cikgu Aneeza dan akan dibantu oleh Cikgu Amizul, semua Ketua Panitia,
Penyelaras Hem dan Kokurikulum. Pembaharuan bahagian Pengurusan Induk Pusat Sumber
Sekolah (PSS & Media) ialah Cikgu Dayang Fatimah dan Ustazah Rozana (penyelaras
perpustakaan). Penambahan baru ialah Cikgu Aireen Natasha sebagai pembantu penyelaras
perpustakaan. Pembaharuan dalam Pengurusan Kajian Tindakan ialah Cikgu Razreena sebagai
setiausaha. Pihak MSI meminta 4 kajian Tindakan bagi tahun 2021. Seterusnya ialah
penambahan di dalam Pengurusan Pemandu KBAT/ PAK21/ IThink ialah Cikgu Zulhilmi bin Puasa
sebagai pembantu setiausaha.

3.0 KPI
Puan Fauzia menjelaskan bahawa murid Tahun 1 hendaklah menguasai Literasi Bahasa iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Murid Tahap 1 hendaklah menguasai sifir,
operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, Iqra dan Jawi sebelum ke Tahap 2. Murid Tahun3 pula
perlulah tamat khatam Iqra. Murid Tahun 6 pula hendaklah sudah tamat khatam al Quran
sebelum masuk ke Tingkatan 1. Manakala KPI UPSR ialah 1.92 bagi UPRS dan 2.00 bagi
keseluruhan iaitu dari Tahun 1 sehingga Tahun 6 dan dan KPI 100% lulus. Semua murid haruslah
lulus dalam semua matapelajaran. KPI GPS UPSR, TOV 1.96, 2021 pula ialah 1.92. Guru Besar
ingin semua Ketua Panitia menyenaraikan nama-nama murid yang dapat A, B, C, D dan yang
gagal dan laksanakan intervensi agar dapat membantu murid-murid tersebut.

4.0 Pelan Strategik


Pelan strategik yang telah dibuat oleh guru besar. Puan Fauzia hanya memaparkan
penambahbaikan pengurusan kurikulum dalam pdpc kerana sudah dipaparkan pada mesyuarat
yang lepas. Puan Fauzia turut menyatakan bahawa sekolah SK Agama merupakan sekolah KBAT
dan rintis KBAT. Puan Fauzia menjelaskan stategik yang pertama iaitu menyediakan kemudahan
fizikal untuk PAK21 di dalam bilik darjah. Setiap bilik darjah haruslah mempunyai elemen PAK21.
Yang kedua pula ialah memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam perlaksanaan
KBAT di sekolah. Semasa mengajar dan memberi latihan haruslah mempunyai unsur KBAT.
Seterusnya ialah mengintegrasikan unsur KBAT dalam pengajaran guru dan aktiviti
pembelajaran. Kemudian, guru haruslah memastikan perlaksanaan aktiviti KBAT dalam bentuk
kerja murid. Contohnya murid boleh diberikan satu tugasan projek mengikut kreativiti mereka
sendiri. Murid boleh diberikan Band 6 sekiranya mampu membina reka cipta.

5.0 Pelan Tindakan Januari-Disember 2021


Pelan Tindakan ini telah diberikan oleh Dr Sulhi pada tahun lepas. Ketua panitia boleh
menggunakan pelan tindakan tersebut. Yang pertama ialah rancang. Contohnya ada taklimat
pada tarikh 20 Januari pada waktu malam dengan menggunakan Google Meet bersama-sama
dengan ibu bapa. Puan Fauzia turut menjelaskan bahawa murid Tahun 1 masih dalam program
Transisi sehinggga 25 Mac 2021. Mesyuarat panitia telah dilaksanakan lebih awal pada 19
Januari. Semua ketua panitia telah bermesyuarat pada 19 Januari. Dialog prestasi akan
dilakanakan pada 17 Mei. Dalam mesyuarat kurikulum, akan dibincangkan mengenai jadual
baharu, susunan mengikut tahap 1 dan tahap 2 bermula pada 15 Februari. Untuk makluman
semua, sebelum ini kita menggunakan jadual pdpr mengikut matapelajaran. Tapi untuk jadual
pdpr 2.0 kali ini ada berlaku sedikit perubahan iaitu mengikut kaedah pengajaran seperti online,
offline dan tutorial. Untuk makluman semua, dalam SKPMG Standard 4 ada tiga kali pencerapan
yang perlu di key in. Bermula pada bulan Mac ini akan ada key in pencerapan. Guru-guru akan
key in markah sendiri iaitu pengajaran dan pembelajaran mengikut boring yang telah
disediakan. Sekiranya sekolah telah dibuka untuk pengajaran dan pembelajaran secara
bersemuka untuk April hingga Julai, maka akan berlaku penerapan. Sekiranya masih pdpr,
mungkin perlaksanakan pencerapan juga akan dilakukan secara online dan dinilai oleh
pentadbir. Ogos sehingga November juga akan dilaksanakan pencerapan sama ada secara
bersemuka atau online. Ujian JEMUR (Jejak Murni) akan dilaksanakan secara dua kali.
Peperiksaan Headcount untuk tahun 4 dan 5, Peperiksaan untuk tahun 6 akan diadakan
sebanyak 4 kali. PBD akan dinilai sepanjang tahun bermula dari Januari sehingga November. Kita
akan menilai sebanyak dua kali. Penilaian SEGAK juga dilaksanakan sebanyak dua kali. Kalau
masih pdpr, maka pernilaian SEGAK akan dilaksanakan secara online. Pernilaian PASS (amali)
adalah untuk subjek Sains. Pdpr di SK Agama adalah secara online. Template untuk pdpr telah
disediakan oleh Cikgu Sabri. Guru akan menyediakan latihan mengikut pembahagian oleh Ketua
Panitia masing-masing. Projek juga boleh diberikan kepada murid semasa pdpr. Erph hendaklah
dihantar setiap hari Jumaat. Puan Fauzia mengucapkan tahniah kepada Ketua Panitia kerana
telah mengadakan PLC walaupun pdp pada masa sekarang secara online. Puan Fauzia
menambah bahawa setiap Tindakan kita perlu ada dokumentasi. Contohnya Ketua Panitia
menyediakan laporan dan perlu didokumentasikan. Kerana dokumentasi tersebut adalah
sebagai eviden SKPMG Standard 2. Sekiranya tiada apa-apa halangan, pihak sekolah akan
mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada bulan Disember.

6.0 Doktor sulhi telah memberikan trak kurikulum kepada semua sekolah (SABK). Maka semua Ketua
Panitia boleh buat trak panitia masing-masing mengikut trak tersebut. Seluruh SABK diminta
untuk mengaplikasikan trak kurikulum tersebut. 3.3.1.1 Perlaksanaan diurus secara sistematik.
Tool ialah membuat, mendokumentasikan, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan
serta membuat semula mekanisme yang sesuai secara menyeluruh, jelas, mengambil kira
keperluan sekolah dan mematuhi peraturan sekolah yang berkuatkuasa. Contohnya ketetapan
kita ialah mesyuarat kurikulum. Pada bulan Januari telah diadakan taklimat kurikulum semasa
mesyuarat staf pada 18 Januari. Mesyuarat Kurikulum bil 1/2021 diadakan pada hari ini iaitu 17
Februari. 15 Jun akan diadakan mesyuarat kurikulum kedua dan 1 Disember akan diadakan
mesyuarat kurikulum ke 3. Pada tahun ini hanya akan dilaksanakan sebanyak tiga kali sahaja
mesyuarat kurikulum. Dialog prestasi juga akan dilaksanakan pada Jun. PLC bagi setiap panitia
haruslah dilaksanakan sebanyak dua kali. Learning walk dilaksanakan secara bersemuka.
Pernilaian headcound Tahun 4 dan 5 diadakan sebanyak dua kali. Manakala bagi tahun 6 akan
diadakan sebanyak 4 kali. PBD diadakan dua kali setahun. SEGAK diurus oleh Cikgu Sabri. Amali
(PASS) akan diuruskan oleh Cikgu Ahmad Zulhilmi. Cabaran ialah perlaksanaan bengkel teknik
menjawab kertas dua semasa online. Warna merah bermaksud belum mula, kuning bermaksud
sedang berjalan dan warna hijau bermaksud telah terlaksana.
7.0 OPPM Kurikulum
Fokus sekolah ialah peningkatan kecemerlangan kurikulum, pedagogi dan juga pentaksiran. Yang
pertama berkaitan dengan mesyuarat. Puan Fauzia menjelaskan bulat yang berwarna putih
belum dilaksanakan, manakala yang berwarna hitam bermaksud sudah dilaksanakan. Transisi
Tahun 1 masih dilaksanakan oleh Ustazah Masita, Cikgu Suraya, Cikgu Dayangku Nurhazrin dan
semua guru tahun 1. Program Peningkatan Profesionalisme dan Ceramah Bengkel Teknik
Menjawab, Pelaporan PBD, Ujian Headcount dan JEMUR. Semua ini adalah OPPM.

8.0 SKPMg2 Standard 3.1 dan 4.


Sasaran pengurusan kurikulum bagi TOV adalah 88.6. Pada tahun 2020, kita dapat 91.0. Tahun
2021 kita akan target 92.5. Target bagi tahun 2022 ialah 94.0, Tahun 2023 ialah 95.5, Tahun
2024 pula ialah 97.0 dan Tahun 2025 ialah 97.0. Standard 4, TOV ialah 89.2. Bagi tahun 2020
ialah 91.0. Target tahun 2021 ialah 92.5. Manakala bagi tahun 2022 ialah 94.0. Bagi tahun 2023
ialah 95.5, Tahun 2024 ialah 97 dan 2025 ialah 99.5. SKPMg2 Standard 4 bagi bulan Januari
sehingga Mac, kita mendapat hasil yang baik iaitu jumlah skor 82.68. Tapi apabila bulan Ogos
sehingga November jumlah skor sudah meningkat ke 90.84 dan cemerlang.

9.0 PDPR 2.0


Perbincangan antara Ketua Panitia dan ahli-ahli panitia masing-masing berkaitan dengan DSKP,
RPT dan PBD untuk erph. Pembahagian kaedah pengajaran di antara panitia masing-masing,
Pdpr ada tiga kaedah iaitu online, offline dan tutorial offline. Online hanya menggunakan google
meet dan zoom. Pdp offline, guru akan membuat rakaman dan menghantar rakaman tersebut ke
dalam tinjauan. Puan Fauzia juga menyatakan guru haruslah melaksanakan pdpr online
sekiranya sudah dimasukkan kepada pdf tinjauan latihan. Pada hari Rabu semua guru telah
dibahagikan kepada tugasan hendaklah menghantar latihan pada atau sebelum hari Jumaat.
Guru kelas pula hendaklah menghantar pdf latihan kepada semua murid. Semua guru juga
hendaklah menghantar MMI setiap pagi dan pemantauan JPNS setiap hari mengikut jadual
persendirian masing-masing sebelum jam 3 petang. Semua guru hendaklah menghantar erph
setiap hari Jumaat sebelum pukul 2 petang. Puan Fauzia telah menunjukkan senarai nama guru
online pdpr mengikut subjek. Kemudian, Puan Fauzia menunjukkan jadual waktu pdpr.
Kemudian Puan Fauzia turut menunjukkan penyelarasan rpt. RPT diselaraskan dengan
menentukan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang dapat dilaksanakan
sepanjang Pdpr. Puan Fauzia menjelaskan bahawa rakaman video bukanlah sesi pdp secara
online.

10.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Puan Fauzia menjelaskan mengenai rasional perlaksaan pbd iaitu yang pertama ialah dapat
mengesan dan memantau penguasaan murid secara berterusan. Pernilaian instructional guru
terhadap kualiti pdpr. Kemudian dapat menggalakkan keterlibatan murid dalam pdp memandangkan
pbd dinilai secara berterusan. Puan Fauzia menerangkan bahawa guru boleh menilai melalui hasil
kerja murid semasa pdp offline dan tutorial. Data pdb adalah untuk membantu guru merancang
intervensi murid. Strategi perlaksanaan PBD ialah secara berstruktur, konsisten, tekal dan sistematik.
Yang pertama ialah peru rancang, laksana, nilai atau analisi dan merekod atau melapor. Kaedah
perlaksaan pbd ialah pemerhatian, bertulis dan lisan.

11.0 Peranan dan Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran


Guru mata pelajaran menentukan kandungan kurikulum yang akan dilaksanakan berdasarkan
jadual waktu pdpr. Guru mata pelajaran juga haruslah menyediakan bahan pdp dan tutorial yang
bersesuaian dalam peruntukan masa yang ditetapkan dalam jadual waktu pdpr serta boleh
diakses semula oleh murid. Puan Fauzia menjelaskan sekiranya cikgu buat kelas online, maka
guru hendaklah rakam sesi pdp online tersebut agar murid yang tidak dapat mengikuti kelas
online akan dapat menonton video tersebut. Selain itu, guru juga diminta untuk melaksanakan
pdpr berdasarkan jadual waktu yang telah ditetapkan. Guru juga hendaklah mentadbir PBD
selari dengan pelaksaan PdP dan tutorial yang dilaksanakan. Guru haruslah membuat jaringan
dengan ibu bapa penjaga atau murid dalam melaksakan jadual waktu pdpr. Guru juga boleh
memaklumkan kepada ibu bapa, penjaga dan murid sekiranya berlaku sebarang perubahan
jadual waktu.

You might also like