Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 44

PROGRAM

KELAYAKAN PROFESIONAL
PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
National Professional Qualification for Educational Leaders

PROTOKOL DAN ETIKET

BICARA ILMU

PANDUAN PESERTA
PROTOKOL DAN ETIKET

1. KETERAMPILAN DIRI

PENJAWAT AWAM

2. PROTOKOL DAN ETIKET


DI MEJA MAKAN

3. PROTOKOL DALAM
PENGURUSAN MAJLIS
PROTOKOL DAN ETIKET

MUKA
BIL PERKARA
SURAT
Pengenalan
1. 1.1 BK43b

Bahan Sesi Pengajaran Protokol dan Etiket


2.1 Slaid Kuliah
2.2 Set Induksi
2 2.3 Aktiviti 1 (EA1): Protokol vs Etiket
2.4 Aktiviti 2 (EA2): Pilih dan Padan
2.5 Aktiviti 3 (EA3): Kesantunan di meja makan
2.6 Aktiviti 4 (EA4): Di Mana Salahnya?
2.7 Aktiviti 5 (EA5): Atur Cara Pentadbiran Majlis
Panduan Penilaian Peserta

3 3.1 Borang Penilaian Pembangunan Kompetensi


Individu
3.2 Aktiviti dan pembentangan
3.2 Kuiz
Soalan Lazim dan Glosari

4.1 Soalan Lazim


4 4.2 Glosari
4.3 Rujukan
4.4 Penghargaan

Rujukan dan Penghargaan


1.0
PENGENALAN
1.1 BK43b
1.1 BK43b
BK43b

RANCANGAN SESI LATIHAN

Nama Program Latihan: Program Kelayakan Pemimpin Pendidikan Kebangsaan


(NPQEL)

Topik Pengajaran: Protokol dan Etiket

Kompetensi: Berkeperibadian Tinggi, Berkomunikasi Berkesan

A. OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir sesi, peserta dapat:

1. Merefleksi amalan keterampilan diri sebagai penjawat awam.


2. Mengaplikasi elemen protokol dan etiket di meja makan
3. Mengaplikasi elemen protokol dalam pengurusan majlis.

B. KANDUNGAN TOPIK

1. Keterampilan diri penjawat awam


2. Elemen etiket di meja makan
3. Elemen protokol dalam pengurusan majlis.

C. PENILAIAN

1. Borang Penilaian Pembangunan Kompetensi Individu


2. Aktiviti dan pembentangan
3. Kuiz
D. RUJUKAN

Institut Tadbiran Awam Negara (2010). Manual Pengurusan Majlis. Kuala Lumpur:
INTAN.

Jabatan Perdana Menteri (2015). Garis Panduan Amalan Istiadat dan Protokol
dalam Majlis Rasmi Kerajaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jabatan Bahasa dan Komunikasi (2016). Protokol dan Etiket Sosial untuk
Pemimpin Pendidikan. Bandar Enstek: Institut Aminuddin Baki KPM

Jabatan Bahasa dan Komunikasi (2016). Pengurusan Mesyuarat Berkualiiti untuk


Pemimpin Pendidikan. Bandar Enstek: Institut Aminuddin Baki KPM

Mohd Januri Ayub, Othman Hussain, Asniza Zakaria (2018). Manual Dokumen
Rasmi. Melaka: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Qayyum (2019). Mesyuarat Berkualiti. Selangor: Mashi Publication

Mokhtar Mohd Tohar (1983). Protokol dan Etiket. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

N.A Salleh (2015). Protokol Etiket dalam Aneka Majlis. Selangor: Perintis Book

N.A Salleh (2017). Teks Ucapan:Panduan Asas Penulisan Teks Ucapan. Selangor:
Perintis Book

Noor Aini Abdullah Amir (2000). Malaysian Customs & Etiquette: A Practical
Handbook. Kuala Lumpur: Times Book International

Samsudin Wahab (2006). Panduan Protokol & Tatatertib Majlis. Kuala Lumpur:
PTS Publication
Nama Penggubal Pukal Latihan Tandatangan

1. Pn. Fadzilah binti Abdullah


2. Pn. Maznah binti Abdullah
3. En. Mat Zizi bin Ismail
4. En. Rahimi bin Abdul Majid

Disemak oleh: Disahkan oleh:

……………………………………….. …………………………………………

(Tandatangan Ketua Jabatan) (Tandatangan Ketua Pusat)

Tarikh dan cap: Tarikh dan cap:


2.0
PROTOKOL DAN ETIKET
2.1 Slaid Kuliah Mini
2.2 Set Induksi
2.3 Aktiviti 1(EA1): Protokol vs Etiket
2.4 Aktiviti 2 (EA2): Pilih dan Padan
2.5 Aktiviti 3 (EA3): Kesantunan
di meja makan
2.6 Aktiviti 4 (EA4): Di mana
salahnya?
2.7 Aktiviti 5 (EA5): Atur Cara
Pentadbiran Majlis
2.8 Penutup
2.1 PROTOKOL DAN ETIKET: SLAID KULIAH MINI

Mokhtar (1993) – Protokol bermaksud peraturan yang telah diterima oleh semua
pihak sama ada dalam amalan hubungan antarabangsa, hubungan harian
dalam masyarakat atau dalam pelbagai istiadat atau majlis. Etiket sosial pula
ialah tingkah laku dan sopan santun yang seharusnya dilakukan untuk
berinteraksi dengan individu dan masyarakat sekeliling.

i) Slaid Objektif
2.2 SET INDUKSI

Kandungan Latihan

Mencungkil pengalaman dan pengetahuan sedia ada berkaitan dengan protokol dan etiket.

Aktiviti Latihan (5 Minit)

i) Peserta diminta untuk menyatakan pandangan berkaitan protokol dan etiket


menggunakan satu perkataan sahaja secara lisan atau bertulis.

Bahan Pengajaran

Peserta diminta untuk mengemukakan frasa-frasa yang menggambarkan


pengetahuan dan pemahaman mereka tentang protokol dan etiket. Peserta boleh
mengemukakan maklum balas secara lisan atau bertulis.
Terdapat 20 elemen utama dalam protokol yang diamalkan di Malaysia khususnya. Untuk
tujuan latihan dalam slot Bicara Ilmu ini, perbincangan hanya tertumpu kepada beberapa
elemen sahaja secara khusus. Elemen yang akan disentuh adalah pengurusan majlis rasmi
dan juga elemen protokol yang terkait semasa menguruskan program atau projek di sekolah.
Terdapat 15 elemen etiket yang perlu diketahui. Untuk tujuan slot Bicara Ilmu ini, fokus
utama adalah kesesuaian pakaian bagi penjawat awam dalam tugas atau urusan rasmi.

2.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN 1 (EA 1):


PROTOKOL VS ETIKET

EA 1: Protokol vs Etiket (5 minit)

Peserta diminta untuk menentukan status protokol atau etiket berdasarkan senarai semak
yang disediakan.

Refleksi (5 minit)

Peserta membuat refleksi berkaitan aktiviti dan rumusan oleh pensyarah berkaitan dengan
protokol dan etiket dalam kehidupan seharian.

Bahan Pengajaran
i) Slaid
ii) Senarai semak protokol dan etiket
AKTIVITI 1: PROTOKOL VS ETIKET

Arahan: Sila tandakan (/) di ruang yang sesuai bagi setiap kenyataan yang berikut:
BIL. PERKARA PR ET
1 Menyedia dan menghantar surat jemputan

2 Mengenakan pakaian untuk menghadiri majlis

3 Mengiringi tetamu ke tempat duduk

4 Menyediakan pramusaji di meja VIP

5 Menentukan tempat duduk dalam mesyuarat

6 Surat penghargaan kepada tetamu

7 Menyediakan rostrum untuk majlis

8 Meletakkan botol minuman dan gelas di rostrum meja VIP


9 Pemasangan bendera di dalam dewan acara

10 Meletakkan senarai menu untuk majlis jamuan rasmi

11 Meletakkan buku program di atas meja tetamu VIP

12 Menyediakan pelan tempat duduk tetamu

13 Raptai penuh acara

14 Bersalaman dengan tetamu

15 Menyediakan atur cara pentadbiran majlis


Peserta diminta membuat rumusan aktiviti dengan mengaitkan kepentingan pengetahuan dan
amalan protokol penting sebagai pelengkap keterampilan seseorang pemimpin. Oleh itu,
pemimpin perlu peka dengan hal-hal yang berkaitan dengan protokol serta mengamalkan
etiket yang betul demi menjaga maruah diri dan organisasi.

KANDUNGAN LATIHAN:
PENAMPILAN DIRI PENJAWAT AWAM

2.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN 2 (EA 2):


PILIH DAN PADAN

Wacana Ringkas (15 minit)

Peserta membuat perbincangan berkaitan dengan penampilan diri penjawat awam


berdasarkan pekeliling yang berkuat kuasa.

EA 2: Pilih dan Padan (25 minit)

i) Peserta memilih dan memadan kesesuaian pakaian berdasarkan gambar yang


diberikan.
ii) Perbincangan berkaitan keterampilan berpakaian penjawat awam dan soal
jawab.

Refleksi (5 minit)

Peserta membuat rumusan berkaitan dengan keterampilan berpakaian penjawat awam


untuk mengukuhkan do”s and don”t etiket berpakaian sebagai penjawat awam.
Bahan Pengajaran

i) Slaid

Untuk memudahkan pemahaman tentang apa yang sesuai atau tidak sesuai semasa
menggayakan diri dalam situasi rasmi. Prinsip utama ialah pakaian yang diperagakan itu
mestilah melambangkan profesion yang disandang. Dalam konteks pendidikan, pakaian itu
semestinya mencerminkan nilai murni pendidikan.

Banyak pekeliling dan dokumen rasmi (PP/SPA/SS) yang dikeluarkan untuk memberi
panduan kepada penjawat awam, tidak terkecuali golongan pendidik dalam memilih pakaian
yang sesuai semasa menjalankan tugas-tugas rasmi.
Peserta boleh merujuk satu (1) atau dua (2) contoh pekeliling yang bersesuaian untuk tujuan
ini.

Pemakaian tanda nama juga perlu dititikberatkan dengan mematuhi arahan yang dinyatakan
dalam pekeliling berkaitan. Tanda nama hendaklah mengikut spesifikasi yang ditentukan.
Pemakaian pas pekerja tidak boleh menggantikan tanda nama bagi penjawat awam

Contoh yang dinyatakan adalah kesesuaian pakaian penjawat awam lelaki. ( PP 2/85 )
Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama PP 1/2006 yang menjelaskan fesyen alternatif yang
boleh digayakan oleh pegawai dalam kumpulan ini.
Sama seperti pakaian lelaki, bagi penjawat awam wanita juga dijelaskan dalam PP 2/85 dan
PP 1/2006. Sering berlaku kekeliruan berkaitan dengan pemakaian baju sesuatu kaum oleh
kaum yang lain. Hal ini tidak dibenarkan dalam urusan rasmi.

Untuk pakaian ini, juga dijelaskan material dan cara pemakaiannya dalam PP 9/2013.
Pemakaian blaus menggantikan kemeja tidak dibenarkan dalam tingkat situasi formal dan
rasmi. Jaket/blazer yang dipakai hendaklah sama warna dan material dengan seluar yang
dikenakan
ii) Peserta dipaparkan beberapa contoh gambar yang berkaitan dengan penampilan diri.
Peserta diminta untuk mengenal pasti pakaian yang sesuai atau tidak sesuai dipakai
oleh penjawat awam.
Contoh yang dinyatakan adalah kesesuaian pakaian penjawat awam lelaki. (PP 2/85)
Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama PP 1/2006 yang menjelaskan fesyen alternatif
yang boleh digayakan oleh pegawai dalam kumpulan ini.
Pertimbangan ketua jabatan dalam menentukan had kelonggaran dalam berpakaian yang
sesuai dengan spesifikasi tugas adalah penting terutamanya yang melibatkan keselamatan
pegawai/pekerja.

KANDUNGAN LATIHAN:
ELEMEN PROTOKOL DAN ETIKET DI MEJA MAKAN

2.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN 3 (EA 3):

KESANTUNAN DI MEJA MAKAN

Wacana Ringkas (15 minit)

Perbincangan berkaitan elemen di meja makan:


• Kesantunan semasa di meja makan
• Penggunaan peralatan di meja makan
• Pemilihan menu mengikut kesesuaian majlis

EA 3: Kesantunan di meja makan (25 minit)


Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil dan dipertontonkan klip video etiket di meja makan.
Berdasarkan tontonan video, setiap kumpulan ditugaskan untuk:
K1- menyediakan senarai tingkah laku/ adab ketika di meja makan
K2- perkara yang perlu dielakkan semasa di meja makan
K3- tatacara makan
K4- Kesilapan penggunaan peralatan di meja makan

Wakil kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.


Peserta boleh berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan pensyarah/fasilitator.
Refleksi (5 minit)

Peserta memberi maklum balas berkaitan hasil pembentangan dan merumus dengan
menyatakan elemen-elemen penting etiket di meja makan.

Bahan Pengajaran
i) Slaid
ii) Senarai semak ( Rujuk e-Cafe/ e-Resos)

Peserta memberi maklum balas berkaitan hasil pembentangan. Peserta juga perlu membuat rumusan dengan
menyatakan kepentingan menjaga kesantunan ketika di meja makan.
KANDUNGAN LATIHAN:
PROTOKOL DAN ETIKET DALAM PENGURUSAN MAJLIS

2.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN 4 (EA 4):


DI MANA SALAHNYA?

Wacana Ringkas (15 minit)

Perbincangan prinsip dan elemen utama dalam pengurusan majlis, iaitu:


● Atur cara Pentadbiran Majlis; dan
● Susunan keutamaan mengikut protokol ( tempat duduk, bendera, potret, panggilan
hormat).

EA 4: Di mana salahnya? (10 minit)

i) Peserta diminta untuk mengesan dan mencatatkan kesalahan protokol majlis


yang terdapat dalam klip video yang ditayangkan.
ii) Peserta berkongsi dapatan/pandangan mereka dan mencadangkan
penambahbaikan yang perlu dilakukan.

Bahan Pengajaran

i) Slaid

Terdapat lima (5) kategori utama majlis yang dilaksanakan. Pengetahuan berkaitan kategori
majlis ini penting bagi menentukan protokol yang akan digunakan dalam penganjuran majlis
berkaitan. Begitu juga akan terkait dengan etiket seperti pemakaian (dress cod), jenis menu
jamuan dan penentuan atur cara majlis.
Pengurusan majlis terbahagi kepada tiga (3) peringkat, iaitu:
1. Pramajlis- yang melibatkan perancangan seperti penyediaan kertas kerja/cadangan,
pembentukan JK yang diperlukan, penyediaan dokumen seperti surat/memo, atur
cara/ atur cara pentadbiran dan sebagainya.
2. Pelaksanaan majlis – majlis dilaksanakan mengikut perancangan. Atur cara
pentadbiran ialah panduan utama dalam menyelaras pelaksanaan setiap acara
majlis dan juga kefungsian JK.

Perkara penting dalam pengurusan majlis adalah seperti yang berikut:


1. Atur cara majlis-senarai perkara yang berlaku dalam sesuatu majlis
2. Atur cara pentadbiran- huraian yang lengkap mengenai perjalanan sesuatu acara dari
awal hingga tamat, termasuk menjelaskan masa, lokasi, tanggungjawab melaksana
dan peralatan yang digunakan. Disediakan oleh urus setia sesuatu majlis.
3. Teks ucapan/ doa disediakan oleh urus setia bersama dengan JK yang dilantik.
4. Susunan tempat duduk mengikut keutamaan jemputan di atas pentas dan di dalam
dewan.

ii) Video Majlis APC KPM 2015 (Youtube – 5 minit)


AKTIVITI 3: DI MANA SILAPNYA
Arahan: Sila nyatakan kesilapan protokol yang terdapat dalam video yang ditonton:

KLIP VIDEO APC KPM 2015


Catatkan kesilapan protokol yang dapat dikenal pasti dalam video tersebut dan nyatakan cadangan penambahbaikan.

BIL. KESILAPAN CADANGAN


PENAMBAHBAIKAN

2.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN 5 (EA 5):


ATUR CARA PENTADBIRAN MAJLIS
EA 5: Atur Cara Pentadbiran (30 minit)

Peserta menyediakan satu atur cara pentadbiran majlis berdasarkan templat Atur Cara
Pentadbiran Majlis yang disediakan. Peserta membentangkan hasil kerja kumpulan.
Refleksi (5 minit)

Peserta merumus kepentingan penyediaan atur cara pentadbiran dalam sesuatu majlis.
Peserta merumus kepentingan protokol dan etiket dalam sesuatu majlis.

Bahan Pengajaran

i) Template Atur Cara Pentadbiran (Rujuk e-Cafe/ e-Resos)


ii) Slaid

Penganjuran dan pelaksanaan suatu majlis yang sempurna terhasil daripada elemen-
elemen yang dinyatakan. Bermula dengan perancangan dan berakhir dengan pasca nilai
(post mortem).

2.8 PENUTUP

Aktiviti Pembelajaran (15 minit)

i) Peserta menjawab 10 soalan kuiz.


ii) Peserta membuat rumusan sesi pembelajaran.
Bahan Pengajaran

10 soalan kuiz

SOALAN KUIZ BICARA ILMU PROTOKOL DAN ETIKET

1. Kata kunci utama untuk menjelaskan etiket adalah?

2. Di antara kenyataan berikut yang manakah bukan kepentingan protokol?

3. Yang manakah padanan yang betul bagi kenyataan yang berikut?

4. Yang manakah contoh majlis yang menepati kategori majlis yang dimaksudkan?

5. Apakah prinsip utama penggayaan pakaian penjawat awam semasa bertugas rasmi?

6. Anda ingin mengambil makanan yang jauh dari jangkauan anda, apakah tindakan paling tepat yang perlu
anda lakukan?

7. Jika jamuan secara bufet disediakan dengan beberapa stesen, apakah tindakan anda?

8. Bagaimanakah menentukan tetamu yang perlu berada di atas pentas dalam sesuatu majlis rasmi?

9. Yang berikut adalah tugas urus setia majlis kecuali:

10. Yang berikut adalah kenyataan yang tidak benar berkaitan atur cara pentadbiran kecuali:
4.0
RUJUKAN DAN
PENGHARGAAN

4.1 Soalan Lazim Protokol dan Etiket

4.2 Glosari Protokol dan etiket

4.3 Rujukan

4.4 Penghargaan
4.1 SOALAN LAZIM PROTOKOL DAN ETIKET

BIL. ISU/ SOALAN/PERKARA CADANGAN JAWAPAN


1. Apakah protokol? Peraturan atau tatacara yang perlu diamalkan dalam
memenuhi agenda hidup bermasyarakat. Peraturan
dan tatacara ini mestilah yang boleh diterima oleh
semua pihak sama ada dalam hubungan
antarabangsa, hubungan dalam masyarakat atau
dalam pelbagai istiadat atau majlis rasmi dan tidak
rasmi.
2. Apakah etiket sosial? Etiket merujuk kepada tingkah laku dan sopan santun
yang seharusnya dilakukan ketika berinteraksi
dengan individu atau masyarakat sekeliling kita.
Perkara ini meliputi amalan tingkah laku, budi pekerti,
imej serta keyakinan diri.
3. Adakah protokol diamalkan Protokol diamalkan secara meluas meliputi pelbagai
dalam majlis sahaja? aspek kehidupan seperti:
i) Amalan protokol individu
ii) Amalan protokol dalam keluarga
iii) Amalan protokol dalam masyarakat
iv) Amalan protokol dalam majlis
v) Amalan protokol istana
vi) Amalan protokol antarabangsa

4. Apakah kepentingan amalan Etiket sosial penting diamalkan kerana:


etiket sosial? i) menggambarkan kemurnian tatacara
kehidupan manusia;
ii) tidak menyinggung tetamu atau pihak
dalam sesuatu majlis;
iii) menjaga kemuliaan dan kedudukan
seseorang yang menghadiri sesuatu majlis;
dan
iv) mengutamakan dan memuliakan tuan
rumah atau penganjur sesuatu majlis.

5. Tiga dimensi keterampilan i) Boleh dilihat - tatarias/kemasan diri


sosial. ii) Boleh dilihat dan dirasa – hemah diri/sikap
iii) Boleh dilihat dan dihidu – kebersihan diri
6. Pegawai awam mestilah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
mematuhi peraturan-peraturan Tatatertib) (Pindaan 2012):
berpakaian semasa bertugas
atau semasa menghadiri majlis Para 6 (1): “Seseorang pegawai semasa bertugas
rasmi. hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya
mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Kerajaan
melalui arahan yang dikeluarkan dari semasa ke
semasa oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
atau oleh pihak-pihak berkuasa lain.”

Para 6 (2): “Seseorang pegawai yang dikehendaki


menghadiri sesuatu upacara rasmi hendaklah
berpakaian sebagaimana yang ditentukan bagi
upacara itu, dan jika etiket pakaian bagi upacara itu
tidak ditentukan, dia hendaklah berpakaian yang
sesuai bagi upacara itu.
7. Pemakaian jubah sewaktu Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985:
bertugas rasmi. Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri
Upacara-upacara Rasmi bagi Pegawai-pegawai
Awam tidak menganggap jubah sebagai pakaian
bertugas rasmi. Oleh itu, jubah bukan pakaian untuk
bertugas rasmi bagi pegawai lelaki dan wanita.

8. Pemakaian baju korporat Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat


sewaktu bertugas rasmi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2020 –
Para 5 : Pemakaian baju korporat oleh pegawai KPM
hanya dibenarkan apabila melaksanakan tugas rasmi
di lapangan/ luar sahaja. Warna dan reka bentuk baju
korporat yang dibenarkan adalah seperti yang di
nyatakan dalam Lampiran A garis panduan tersebut.
4.2 GLOSORI PROTOKOL DAN ETIKET

PROTOKOL DAN ETIKET


GLOSARI

Etiket adat dan peraturan berkenaan kesopanan


Etiket Sosial kesopanan dan kesantunan dalam interaksi antara
individu
Event Manager/ Personel yang menguruskan acara/ majlis
Floor Manager
Hemah budi pekerti
Istiadat peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah
menjadi kebiasaan
Keterampilan wibawa, keperibadian,kecekapan dan kemampuan
Panggilan Hormat sebutan sebelum namanya yang digunakan bagi
menghormati individu tertentu berdasarkan kedudukan
mengikut keturunan, jawatan, anugerah yang diterima
dan keagamaan
Panggilan Hormat sebutan sebelum namanya yang digunakan bagi
menghormati individu tertentu berdasarkan kedudukan
mengikut keturunan, jawatan, anugerah yang diterima
dan keagamaan
Pelan Lantai lakaran kedudukan atau susunan sesuatu, cth. susunan
tempat duduk kerusi, pentas, tempat jamuan
Potret Rasmi merujuk kepada potret rasmi SPB YDPA, Raja
Permaisuri Agong, DYMM Sultan, DYMM Sultanah, TYT
Negeri dan isteri serta YAB Perdana Menteri dan YAB
Menteri Besar
Post Mortem/pascanilai proses untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan
penambahbaikan sesuatu perkara yang dilaksanakan
Protokol peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi
Raptai persembahan percubaan atau latihan sebelum acara
sebenar
Salutasi panggilan hormat, cara menyebut gelaran,pangkat,
jawatan seseorang
Susunan Keutamaan senarai yang disusun mengikut kedudukan kekananan
antara pelbagai golongan masyarakat
Susunan Kekananan kedudukan yang lebih tinggi berbanding dengan
kedudukan orang atau jawatan lain (dalam struktur
pentadbiran)
4.3 RUJUKAN PROTOKOL DAN ETIKET

Institut Tadbiran Awam Negara (2010). Manual Pengurusan Majlis. Kuala Lumpur:
INTAN

Jabatan Perdana Menteri (2015). Garis Panduan Amalan Istiadat dan Protokol
dalam Majlis Rasmi Kerajaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jabatan Bahasa dan Komunikasi (2016). Protokol dan Etiket Sosial untuk
Pemimpin Pendidikan. Bandar Enstek: Institut Aminuddin Baki KPM

Jabatan Bahasa dan Komunikasi (2016). Pengurusan Mesyuarat Berkualiiti untuk


Pemimpin Pendidikan. Bandar Enstek: Institut Aminuddin Baki KPM

Mohd Januri Ayub, Othman Hussain, Asniza Zakaria (2018). Manual Dokumen
Rasmi. Melaka: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Qayyum (2019). Mesyuarat Berkualiti. Selangor: Mashi Publication

Mokhtar Mohd Tohar (1983). Protokol dan Etiket. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

N.A Salleh (2015). Protokol Etiket dalam Aneka Majlis. Selangor: Perintis Book

N.A Salleh (2017). Teks Ucapan: Panduan Asas Penulisan Teks Ucapan.
Selangor: Perintis Book

Noor Aini Abdullah-Amir (2000). Malaysian Customs & Etiquette: A Practical


Handbook. Kuala Lumpur: Times Book International

Samsudin Wahab (2006). Panduan Protokol & Tatatertib Majlis. Kuala Lumpur:
PTS Publication
Surat-surat Pekeliling

1. Surat Pekeliling Am Bil. 8/1983 – Pemakaian Tanda Nama.


2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/1985 – Pakaian Masa Bekerja dan
Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi bagi Pegawai-pegawai Awam.
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 – Garis Panduan Pakaian Guru Ketika
Bertugas di Sekolah.
4. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2006 – Fesyen Pakaian Alternatif
Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi.
5. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2008 – Pemakaian Pakaian Batik
Malaysia oleh Penjawat Awam pada Hari Khamis.
6. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/2013 – Pemakaian Two/Three Piece Suit
Pants bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja.
7. Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2014 – Tatacara Penggantungan
Potret Rasmi.
8. Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 – Panggilan Hormat dan Kaedah
Penggunaannya.
9. Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) 2020.
4.4 PENGHARGAAN PEMBANGUN MODUL

You might also like