Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

1.

0 PENGENALAN (M/S 5 - 8)

1. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis aktiviti.

Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan antara penjual dan


pembeli untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Apakah aktiviti tersebut ?


A. Promosi
B. Perniagaan
C. Pengeluaran
D. Perkhidmatan

2. Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti perniagaan?


A. Aktiviti mengawal harga barang
B. Aktiviti menghasilkan barang dan perkhidmatan
C. Aktiviti mengagihkan barang kepada pengguna akhir
D. Aktiviti melibatkan urusniaga jual beli barang dan perkhidmatan

3. Gambar berkaitan dengan sejenis aktiviti.

Apakah jenis aktiviti dalam gambar di atas?


A. Satu aktiviti yang menjalankan kegiatan sosial
B. Satu aktiviti yang memberi sumbangan kepada pengguna
C. Satu aktiviti jual beli barang untuk mendapatkan keuntungan
D. Satu aktiviti pertukaran barang dan perkhidmatan dalam sistem barter

4. Pernyataan manakah yang betul tentang maksud perniagaan?


A. Aktiviti jual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan
B. Aktiviti memujuk pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan
C. Aktiviti pertukaran pemilikan barang dan perkhidmatan antara penjual dan pembeli
D. Aktiviti menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna

5. Pernyataan manakah yang merupakan ciri kehendak manusia?


A. Mudah dipenuhi
B. Hidup lebih selesa
C. Mempunyai batasan
D. Sama untuk semua individu
6. Gambar 1 menunjukkan produk yang dikeluarkan oleh Perniagaan Raisha.

Gambar 1

Apakah yang menerangkan sifat produk tersebut?


A. Diperlukan untuk hidup selesa
B. Direka bentuk dengan pelbagai fesyen
C. Perlu dimiliki dengan harga yang tinggi
D. Merupakan objek yang dapat dilihat dan disentuh

7. Pernyataan di bawah berkaitan dengan konsep asas perniagaan.

P - Lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos yang terlibat


Q - Perjanjian yang dimeterai oleh dua atau lebih individu

Antara berikut, yang manakah pernyataan yang tepat tentang P dan Q?

P Q
A. Keuntungan perniagaan Kontrak perniagaan
B. Pertukaran nilai Penjual dan pembeli
C. Kontrak perniagaan Keuntungan perniagaan
D. Barang dan perkhidmatan Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

8. Gambar di bawah menunjukkan dua jenis produk

Pernyataan manakah yang menerangkan produk di atas


I. Tidak Nyata
II.  mesti ada untuk hidup
III. Mempunyai bentuk fizikal
IV. Berbentuk nyata dan boleh disentuh

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

9. Aktiviti perniagaan dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan.


Antara berikut, yang manakah merupakan aktiviti berasaskan perkhidmatan?
A. Pembuatan
B. Pembinaan
C. Pengilangan
D. Pengangkutan

10. Apakah persamaan antara aktiviti perniagaan berasaskan barang dengan aktiviti berasaskan
perkhidmatan ?
A. Melibatkan proses pengeluaran
B. Menggunakan salur agihan yang sama
C. Memerlukan faktor pengeluaran yang sama
D. Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

1.0 Jawapan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

B D C A B D A D D D
1.1 TUJUAN PERNIAGAAN (M/S 11-16)

1. Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?


A. Untuk memajukan perniagaan
B. Menawarkan barang dan perkhidmatan
C. Mendapatkan keyakinan daripada pelabur
D. Membantu golongan yang kurang berkemampuan

2. Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barang dan perkhidmatan ?


A. Meningkatkan imej perniagaan
B. Meningkatkan taraf hidup masyarakat
C. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
D. Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

3. Pernyataan di bawah berkaitan dengan tujuan perniagaan.

 Kedai Dadira menjual pelbagai barang keperluan harian


 Syarikat Zus Sdn. Bhd. menyediakan penghantaran barang untuk pelanggannya

Antara berikut, yang manakah tujuan perniagaan sesuai dengan situasi di atas?
A. Menawarkan barang pada harga kos
B. Menawarkan barang secara percuma
C. Menawarkan barang atau perkhidmatan
D. Menawarkan barang di bawah harga kos

4. Pernyataan yang manakah benar tentang organisasi bermotifkan untung (OBU).


A. Meminimakan keuntungan perniagaan
B. Memaksimumkan keuntungan perniagaan
C. Menjual barang dan perkhidmatan pada harga kos sahaja
D. Bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan percuma untuk ahli

5. Antara berikut manakah organisasi yang bermotifkan untung (OBU)?


A. MERCY Malaysia
B. Perniagaan Dobi Putih Suci
C. Persatuan Pengguna Negeri Perak
D. Rumah Anak Yatim Sinar Harapan

6. Apakah kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan ?


A. Memiliki kereta mewah
B. Melancong ke seluruh dunia
C. Melambangkan imej perniagaan
D. Menjadikan keluarga usahawan terkenal

7. Apakah matlamat penubuhan organisasi bukan bermotifkan keuntungan?


A. Menawarkan produk berkualiti tinggi
B. Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan
C. Meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan
D. Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
8. Kerajaan memberi subsidi minyak agar harga minyak di pasaran tidak meningkat secara berterusan.
Apakah kaedah perniagaan yang digunakan?
A. Secara percuma
B. Jualan pada harga kos
C. Jualan pada harga di atas kos
D. Jualan pada harga di bawah kos

9. Maklumat berikut merupakan sejenis organisasi.

Apakah tujuan organisasi tersebut ditubuhkan?


A. Mengembang dan memastikan kelangsungan perniagaan
B. Mengukur tahap prestasi dan hala tuju sesebuah perniagaan
C. Membolehkan organisasi menjalankan tanggungjawab sosial
D. Memastikan nasib setiap insan yang memerlukan bantuan terus terbela dan terpelihara

10. Gambar 1 berikut berkaitan dengan Organisasi Bukan Bermotif Untung (OBBU).

Gambar 1

Mengapakah organisasi berkenaan menjual barang pada harga bawah kos?


A. Untuk mempromosi barang
B. Menghalang pesaing pasaran
C. Meningkatkan untung jangka masa panjang
D. Membantu masyarakat yang kurang mampu

1.1 Jawapan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

B D C B B C C D D D
1.2 BENTUK PEMILIKAN PERNIAGAAN (M/S 17 - 32)

1. Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?


A. Restoran Uping dan Iping
B. Kedai Runcit Pak Sulaiman
C. Koperasi Guru Pantai Timur
D. Syarikat KLD Sendirian Berhad

2. Carta berikut berkaitan prosedur mendaftarkan perniagaan.

Apakah langkah II ?
A. Mengisi Borang A
B. Membuat pembayaran
C. Mengisi borang carian nama
D. Menghantar borang kepada SSM

3. Rajah 1 menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagan.

Mengapakah Kak Ton mengambil tindakan seperti di atas ?


I Menanggung liabiliti terhad
II Dapat berkongsi kepakaran
III Risiko dapat disebarkan
IV Perniagaan berterusan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

4. Maklumat di bawah berkaitan rakan kongsi, Encik Salleh.

Encik Salleh ialah rakan kongsi kepada sebuah restoran bersama Encik
Salim. Beliau tiada masa untuk terlibat dalam hal ehwal perniagaan
restoran, memandangkan beliau sibuk dengan tugas sebagai pengurus di
sebuah syarikat pembinaan

Apakah jenis rakan kongsi tersebut?


A. Rakan kongsi aktif
B. Rakan kongsi lelap
C. Rakan kongsi berhad
D. Rakan kongsi nominal
5. Apakah maksud perkataan “berhad” (Bhd.) pada nama sesetengah perniagaan ?
A. Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang
B. Tidak dibenarkan membuka cawangan
C. Modal dibenar sehingga RM5 juta sahaja
D. Liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan

6. Penyataan manakah betul mengenai kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT)?


A. PLT mudah diuruskan
B. Menanggung liabiti tidak terhad
C. Perlu dibubarkan jika rakan kongsi meninggal dunia
D. Semua rakan kongsi PLT mempunyai tanggungan terhad

7. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk milikan perniagaan

• Tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016


• Ahli yang dibenarkan antara 2 hingga 50 orang
• Modal disumbangkan oleh ahli yang mendaftar

Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?


A. Koperasi
B. Perkongsian
C. Syarikat Awam Berhad
D. Syarikat Sendirian Berhad

8. Antara berikut, yang manakah ciri Syarikat Awam Berhad seperti yang diperuntukkan di
bawah Akta Syarikat 2016?

I Tiada had maksimum bilangan pemegang syer


II Tiada had maksimum bilangan pengarah syarikat
III Bilangan pemegang syer sekurang-kurangnya dua orang
IV Bilangan pengarah syarikat sekurang-kurangnya lima orang

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

9. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.

• Ditubuhkan dengan konsep “milik bersama”


• Ditubuhkan secara sukarela oleh sekumpulan individu
• Aktiviti tidak berunsurkan politik

Perniagaan manakah yang mempunyai ciri tersebut?


A. Usahasama LTH & Abrar Corporation
B. Perkongsian Berkat PLT
C. Koperasi Pekebun Kecil Getah
D. Percetakan Cahaya Sdn. Bhd

10. Apakah prinsip koperasi ?


A. Kebebasan autonomi
B. Jumlah anggota yang terhad
C. Pulangan dalam bentuk faedah
D. Kawalan Autokratik
1.2 Jawapan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

B A C B D D D B C A
1.3 BENTUK-BENTUK LAIN PERNIAGAAN (M/S 33 - 37)

1. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan satu bentuk perniagaan

--> Peniaga dibenarkan mengguna jenama produk pemilik asal.


--> Mengendalikan perniagaan mengikut sistem yang telah ditetapkan.
--> Membuat bayaran dalam bentuk fi.

Apakah bentuk perniagaan tersebut ?


A. Francais
B. Usaha sama
C. Perkongsian
D. Milikan tunggal

2. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan satu bentuk perniagaan

 Perniagaan dikendalikan mengikut sistem piawaian yang ditetapkan


oleh pemegang hak sesuatu jenama
 Peniaga tidak boleh melakukan sebarang inovasi tanpa kebenaran
pemegang hak

Apakah bentuk perniagaan yang sesuai bagi kenyataan di atas?


A. Francais
B. Koperasi
C. Usaha sama
D. Perkongsian

3. Antara yang berikut, pernyataan manakah benar tentang ciri-ciri perniagaan francais?

I. Francaisi perlu membayar fi kepada francaisor


II. Francaisor kehilangan hak pemilikan perniagaan
III. Francaisor menyediakan latihan pengurusan kedai
IV. Francaisor dan francaisi menjalankan perniagaan secara bersama

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

4. Encik Zarif berhak untuk menggunakan rahsia dagangan francaisor dengan membuat bayaran
dalam bentuk royalti. Apakah kelebihan yang didapati oleh Encik Zarif dengan menjalankan
perniagaan tersebut ?

A. Risiko kegagalan dalam perniagaan rendah


B. Perniagaan boleh dijalankan secara berterusan
C. Kerugian perniagaan ditanggung oleh francaisor
D. Tidak perlu mengawal kualiti barang yang dijual

5. Berikut merupakan logo bagi sebuah bentuk perniagaan lain.

Kebaikan perniagaan tersebut kepada francaisor adalah


A. menjimatkan kos promosi
B. tidak perlu banyak pengalaman
C. tidak terikat dengan sebarang perjanjian
D. mengembangkan perniagaan secara global

6. Apakah peranan francaisi dalam sesebuah pemilikan perniagaan ?


A. Membantu melaksanakan pengiklanan
B. Menyediakan bantuan modal permulaan
C. Memberi hak untuk menggunakan imej serta jenama
D. Menjalankan aktiviti perniagaan mengikut sistem piawaia yang telah ditetapkan

7. Lembaga Tabung Haji dan Amanah Raya telah berkerjasama menubuhkan Abraj Management Sdn.
Bhd. (Abraj) dengan pemilikan saham secara sama rata. Abraj Management Sdn. Bhd. merupakan
bentuk perniagaan
A. koperasi
B. usahasama
C. perkongsian
D. milikan tunggal

8. Usaha sama ialah


A. bentuk perniagaan untuk menjaga kebajikan pemiliknya
B. hak yang diberi untuk menjalankan perniagaan yang sama jenis
C. perniagaan yang dijalankan untuk memenuhi permintaan pengguna
D. dua syarikat bergabung untuk membentuk sesebuah syarikat yang baharu.

9. Antara berikut yang manakah merupakan kelebihan perniagaan usaha sama?


A. Berkongsi kepakaran
B. Perniagaan bersifat kekal
C. Gabungan tidak memerlukan modal
D. Laporan kewangan tidak dilaporkan

10. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan kelebihan bentuk perniagaan usaha sama?
I. Cara pengurusan yang sama
II. Mudah mendapat bahan mentah
III. Membantu memperluaskan pasaran
IV. Visi dan misi antara dua pihak adalah sama
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
1.3 Jawapan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

A A B A D D B D A C

1.4 KLASIFIKASI PERNIAGAAN (M/S 38 - 48)

1. Antara yang berikut, kriteria yang manakah menentukan saiz perniagaan?

I. Bilangan pekerja tetap


II. Jumlah jualan tahunan
III. Jumlah modal dilaburkan
IV. Jumlah keuntungan tahunan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

2. Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Suzana.

Puan Suzana merupakan pemilik Kedai Kek Rizqi di Taiping.


Beliau dibantu oleh 15 orang pekerja.

Apakah saiz perniagaan Kedai Kek Rizqi?

A. Kecil
B. Besar
C. Global
D. Sederhana

3. Gambar 1 menunjukkan sejenis saiz perniagaan.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan kelebihan saiz perniagaan tersebut?
I. Menerapkan dasar birokrasi
II. Menikmati ekonomi bidangan
III. Menanggung risiko kerugian yang tinggi
IV. Mewujudkan pengkhususan setiap bahagian

A. I dan II
B. II dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

4. Apakah kekurangan perniagaan bersaiz besar ?


A. Komunikasi kurang berkesan
B. Sukar menyediakan latihan
C. Kurang daya saing
D. Kekurangan modal
5. Mengapakah perniagaan bersaiz sederhana lebih fleksibel berbanding dengan perniagaan besar?
A. Perubahan dibuat dengan lebih cepat
B. Risiko perniagaan adalah lebih rendah
C. Proses membuat keputusan lebih mudah
D. Layanan peribadi dapat menarik ramai pelanggan

6. Maklumat di bawah berkaitan dengan sektor perniagaan.

Apakah X ?
A. Sektor asli
B. Sektor utama
C. Sektor kedua
D. Sektor ketiga

7. Berikut adalah contoh bagi sektor primer kecuali


A. Pak Alias pergi ke laut menangkap ikan
B. kilang Proton memasang PROTON X50
C. aktiviti perlombongan di lakukan bagi mencari sumber galian seperti bijih timah
D. Raziq menanam cili di ladang milik keluarganya untuk tujuan jualan kepada orang ramai

8. Apakah bidang pekerjaan yang boleh dikategorikan dalam sektor tertier?


A. Doktor
B. Peladang
C. Buruh binaan
D. Penternak ayam

9. Maklumat berikut menunjukkan contoh aktiviti-aktiviti sektor perniagaan.

X: Perlombongan Petroleum
Y: Pengangkutan gas cecair

Klasifikasi sektor manakah yang tepat?


X Y
A Sektor Utama Sektor kedua
B Sektor ketiga Sektor kedua
C Sektor utama Sektor ketiga
D Sektor utama Sektor kedua
10. Apakah kepentingan sektor ketiga dalam perniagaan?
A. Meningkatkan hasil pertanian
B. Menngeluarkan bahan mentah
C. Menyediakan barang separuh siap
D. Mengagihkan barang kepada pengguna

1.4 Jawapan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

A A B A C B B A C D
1.5 SKALA PERNIAGAAN (M/S 49 - 51)

1. Antara berikut, manakah ciri sesebuah perniagaan yang mempunyai skala tempatan?
I. memerlukan modal yang banyak
II. syer pasaran ialah masyarakat tempatan
III. jualan tahunan perniagaan adalah rendah
IV. mempunyai pekerja yang berkemahiran tinggi

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

2. Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan ...


A. antara penduduk luar negara
B. antara penduduk dalam negara
C. dalam sempadan sesebuah negara
D. antara satu negara dengan negara yang lain

3. Rajah berikut berkaitan jenis skala perniagaan.

Apakah X ?
A. Zon
B. Global
C. Domestik
D. Antarabangsa

4. Trak Makanan Nasi Lemak Opah menjalankan perniagaan di tiga buah daerah di Selangor.
Apakah skala perniagaan tersebut ?
A. Zon
B. Negeri
C. Tempatan
D. Kebangsaan

5. Antara berikut, yang manakah tergolong dalam skala domestik ?


I. Skala zon
II. Skala global
III. Skala tempatan
IV. Skala kebangsaan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6. Gambar berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan skala perniagaan bagi perniagaan tersebut?
I. Perniagaan meliputi zon tertentu
II. Mempromosi melalui MATRADE
III. Penerimaan diskaun pembekal tinggi
IV. Menikmati faedah ekonomi bidangan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Perniagaan manakah merupakan perniagaan berskala global?


A. Pasar Raya Maharawan
B. Kedai Perabot Megamind
C. Kilang Kek dan Roti Keluarga
D. Syarikat Penerbangan Air Asiaraya

8. Apakah aktiviti perniagaan bagi pasaran antarabangsa ?


A. Runcit dan borong
B. Runcit, borong dan import
C. Borong, import dan eksport
D. Import, eksport dan entreport

9. Maklumat di bawah berkaitan skala perniagaan.

Aktiviti perniagaan yang melibatkan sebuah negara dengan negara lain.


Barang yang dihasilkan dieksport ke luar negara.

Skala perniagaan tersebut ialah


A. skala zon
B. skala negeri
C. skala tempatan
D. skala kebangsaan

10. Skala perniagaan PETRONAS merangkumi luas merentasi sempadan negara.


Bagaimanakah strategi pasaran yang sesuai yang boleh dilakukan oleh perniagaan dalam
mengharungi pandemik Covid-19 yang berlaku kini ?
A. Memenuhi keperluan masyarakat setempat
B. Pasaran mudah ditembusi dengan wujudnya internet
C. Menggunakan strategi pemasaran yang berbeza-beza untuk menarik pengguna
D. Memberikan tumpuan kepada kawasan –kawasan tertentu yang telah dikenalpasti.
1.5 Jawapan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

C D C B D D D D A B

1.6 PERKAITAN ANTARA PENAWARAN BARANG DAN PERKHIDMATAN,


BENTUK PEMILIKAN, KLASIFIKASI DAN SKALA PERNIAGAAN (M/S 52 -
53)

1. Maklumat di bawah berkaitan dengan Puan Hasanah, pengusaha kilang keropok.

Puan Hasanah adalah seorang pengusaha kilang keropok di Kampung Lipan, Terengganu.
Beliau menghasilkan pelbagai jenis keropok yang diedarkan melalui para pemborong.
Beliau menggaji seramai 15 orang pekerja tetap di kilangnya.
Pada puratanya, hasil jualan tahunan adalah sebanyak RM750,000

Klasifikasikan saiz perniagaan Puan Hasanah mengikut saiz dan sektor.


Saiz Sektor
A Kecil Perkilangan
B Kecil Pembinaan
C Sederhana Perkilangan
D Besar Perkhidmatan

2. Gambar 1 di bawah berkaitan dengan saiz perniagaan.

Gambar 1
Antara berikut, ciri-ciri yang manakah menerangkan perniagaan di atas ?
I. Berskala tempatan
II. Saiz perniagaan yang kecil
III. Memerlukan modal yang banyak
IV. Mempunyai bilangan pekerja seramai 75 hingga kurang daripada 200 orang
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
3. Jika perniagaan yang dijalankan berasaskan perkhidmatan, peniaga akan lebih memberi
tumpuan kepada
A. pengurusan stok
B. pengurusan pemasaran
C. pengurusan pengeluaran
D. pengurusan sumber manusia

4. Bentuk pemilikan perniagaan biasanya diubah mengikut perubahan


A. saiz perniagaan
B. skala perniagaan
C. sektor perniagaan
D. sistem perniagaan
5. Gambar berikut menunjukkan sejenis milikan perniagaan

Pernyataan manakah yang menerangkan perniagaan tersebut?


A. Berskala tempatan
B. Perniagaan bersaiz kecil
C. Terlibat dalam sektor kedua
D. Menyediakan perkhidmatan langsung

6. Rajah di bawah menunjukkan perkaitan perniagaan.

Apakah X?
A. Skala
B. Peniaga
C. Pelanggan
D. Keperluan dan kehendak

7. Bagaimana perniagaan yang bersaiz kecil boleh menembusi pasaran pada peringkat antarabangsa ?
A. Modal yang besar
B. Jualan tahunan yang tinggi
C. Penyelidikan dan pembangunan
D. Teknologi moden seperti internet

8. Di Malaysia, lazimnya sektor utama seperti pertanian adalah untuk memenuhi skala
A. zon
B. global
C. domestik
D. antarabangsa

9. Agensi kerajaan manakah yang membantu peniaga tempatan untuk menembusi pasaran
antarabangsa ?
A. MARA
B. MARDI
C. MERCY
D. MATRADE

10. Pernyataan berikut menunjukkan perkaitan antara pemilikan perniagaan dengan saiz perniagaan.

Cik Lia sentiasa ramah melayan pelanggan tetapnya yang datang ke kedai.

Pernyataan tersebut merujuk kepada…


A. Perniagaannya menguntungkan
B. Komunikasi yang baik antara Cik Lia dengan pekerjanya
C. Kaedah mengumpul maklumat berkaitan dengan cita rasa pelanggan
D. Saiz perniagaannya yang kecil memudahkan Cik Lia mengenali pelanggannya
1.6 Jawapan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

A A D A D A D C D D
1.7 PERKEMBANGAN SEKTOR PERNIAGAAN DI MALAYSIA (M/S 54 - 55)

1. Antara berikut, yang manakah bukan tahap perkembangan sektor perniagaan di Malaysia ?
A. Era 1990-an
B. Selepas merdeka
C. Sebelum merdeka
D. Menjelang abad ke-21

2. Apakah sektor yang banyak diceburi oleh penduduk Malaysia selepas merdeka ?
A. Sektor pertanian
B. Sektor pembinaan
C. Sektor perindustrian
D. Sektor perkhidmatan

3. Selepas merdeka, Malaysia merupakan pengeluar utama bagi bahan mentah berikut…
A. emas dan getah
B. getah dan nanas
C. emas dan bijih timah
D. getah dan bijih timah

4. Rajah 1 berkaitan dengan perkembangan sektor perniagaan di Malaysia

Apakah aktiviti berkaitan P dan Q?


5. Manakah yang menjadi penyumbang utama eksport negara pada era selepas merdeka sehingga
tahun 1970-an ?
A. Pertanian
B. Perkilangan
C. Perkhidmatan
D. Peruncitan dan pemborongan

6. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) merupakan satu agensi kerajaan yang terlibat pada
zaman..
A. era 1990-an
B. sebelum merdeka
C. selepas merdeka
D. menjelang abad ke-21

7. Mengapakah kerajaan menggalakkan rakyat untuk menceburi sektor kedua pada era 1990-an ?
A. Meningkatkan cukai kerajaan
B. Meningkatkan keuntungan negara
C. Mengurangkan kebergantungan kepada barang import
D. Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia

8. Antara berikut, perniagaan manakah yang menunjukkan sektor perniagaan di era 1990-an ?
A. Proton
B. Air Asia
C. Maybank
D. FELDA

9. Pada tahun 90-an apakah perkembangan sektor perniagaan di Malaysia?


A. Pertanian
B. Perkilangan
C. Pelancongan
D. Perkhidmatan

10. Sektor manakah yang diberi penekanan bagi mencapai matlamat menjadi negara maju?
A. Sektor pertanian
B. Sektor perindustrian
C. Sektor perkhidmatan
D. Sektor perlombongan

1.7 Jawapan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
C A D D A C C A B C

You might also like