Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.

3 / 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BESI

Tarikh : 5 Jan 2022 (Khamis)

Masa : 2.00 – 4.40 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Sek Keb Sungai Besi

Pengerusi : Puan Hajah Atnawati binti Abu Hanipah

Kehadiran:

1. Pn. Hajah Atnawati binti Abu Hanipah (Guru Besar)


2. Pn. Noratipah binti Mustafa (GPK Tadbir dan Kurikulum)
3. En. Mohd Shahril bin Ibrahim (GPK Kokurikulum)
4. En. Syamsul Syamzari bin Saiden (Guru Data)
5. Pn. Zaharah binti Ismail (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
6. Pn. Tuan Zaiton binti Tuan Lah (Guru Pra sekolah)
7. Pn. Faizah binti Hasan
8. Pn. Norhana binti Haji Tasor
9. Pn. Norhafizawati binti Mokhtar
10. Pn. Roziharwati binti Baharin
11. Pn. Zahrinatul Fadhilah binti Zakaria
12. En. Mazroul bin Abu Zarim
13. Pn. Syarifah binti Deraman
14. Pn. Nor Axeishah binti Kamashah
15. Pn. Siti Aminah binti Mat Ali
16. Pn. Wan Malina binti Wan Ismail
17. Pn. Zarina binti Abu Hassan
18. Pn. Nor Malai binti Hitam
19. Pn. Gomathi a/p Karanamuthy
20. En. Rafizi bin Yaakub
21. En. Khairul Mezad bin Anzara Azman
22. Pn. Shamsia Hana binti Sulaiman
23. Pn. Faridah binti Ngah
24. Pn. Nurul Akmal binti Zainal
25. Pn. Nur Afifah Amirah binti Ahmad
26. Pn. Raja Maznani binti Raja Mamat
2

27. Pn. Mislinah binti Mohd Othman


28. En. Haziq Kamil bin Zakria
29. En. Nasrulnizam bin Mohd Tahir
30. Cik Zatil Sarah Asyikin binti Abd Hamid
31. Pn. Noor Aini binti Yusof
32. Pn. Rosazli binti Abdul Razak
33. Pn. Noratiqah binti Rasidi
34. Pn. Mariani bt Mohd Zain

Tidak hadir bersebab:

1. En. Abd Hafiz bin Mohd Alui


2. En. Mohd Hanif bin Che Mahadi (CRK)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memberikan salam dan mengucapkan ribuan terima kasih atas
kehadiran semua guru ke Mesyuarat Guru kali ketiga.

1.2 Pengerusi meminta Ustaz Adriz untuk memimpin bacaan doa sebelum
memulakan mesyuarat guru.

1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu kepada Ustaz
Amir kerana telah selamat diijabkabulkan pada cuti yang lalu. Pengerusi juga
mengalu-alukan kehadiran guru baharu ke Sekolah Kebangsaan Sungai Besi
iaitu Cikgu Irfan, Ustazah Asmunir dan Ustaz Adriz. Guru-guru baharu diberi
masa untuk memperkenalkan diri.

1.4 Pengerusi memaklumkan tentang Fokus Panduan Pentaksiran UASA, (Ujian


Akhir Sesi Akademik) telah dilaksanakan pada 9-12hb Januari 2023. Manakala
Ujian Psikometrik pula pada 13hb Januari 2023.

1.4 Pengerusi juga memaklumkan pada 10-11hb Februari 2023 akan diadakan
Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2022 dan Sabtu 11hb Februari 2023 pula Kem
Bestari Solat Siri II (KBS II). Hari Jumaat petang hingga Sabtu adalah
perkhemahan KOKO.

1.5 Pengerusi memaklumkan Mesyuarat Guru Bilangan 4 akan diadakan pada


15hb Februari 2023 iaitu hari Rabu. Cuti sekolah akan bermula pada 18hb
Februari 2023 dan dibuka untuk sesi persekolahan baharu pada 20 Mac 2023.

1.6 Pengerusi memaklumkan guru-guru perlu berada di sekolah semula bermula


pada hari Rabu 15hb Mac 2023 Mesyuarat Guru Bil 1/2023 dan Mesyuarat
Induk. 16hb Mac pula Orientasi Tahun 1 dan Mesyuarat Induk HEM dan 17hb
Mac Mesyuarat Induk KOKO dan persediaan kelas 2023.

Tindakan : Makluman
2
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Bil.2/2022 dicadangkan pengesahannya oleh Puan Mislinah


binti Mohd Othman dan disokong oleh Encik Khairul Mezad bin Anzara Azman.

Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 KURIKULUM ( Puan Noratipah binti Mustafa )

I. Puan Noratipah memaklumkan mengenai e-operasi. Semak


kedua-dua link versi lama dan baharu. Untuk yang baharu, guru-
guru perlu semak di setiap bahagian.

II. Puan Noratipah memaklumkan jadual waktu bagi panitia agama


dan Bahasa Arab perlu diberikan selewat-lewatnya esok 6hb
Januari.

III. Puan Noratipah memberi peringatan mesra kepada semua ketua


panita. Sebelum cuti Panjang, jika ada waktu lapang semak
semula fail panitia dan pastikan maklumat terkini dimasukkan.

IV. Puan Noratipah memaklumkan untuk dokumentasi bahagian unit


kurikulum beri padanya sebelum tamat sesi 2022.

V. Puan Noratipah mengingatkan ketua panitia supaya memberikan


nama guru-guru yang mengajar bagi ahli panitia.

VI. Puan Noratipah memaklumkan ujian akhir bermula 9hb-12hb


Januari 2023. Semasa cikgu menjalankan ujian dan jika sekiranya
sistem SPPB dibuka pada hari Jumaat atau Isnin dan Selasa,
guru-guru boleh mula memasukkan markah dalam sistem. Majlis
Apresiasi Kecemerlangan akan diadakan pada 10hb Februari
2023.
2

VII. Puan Noratipah juga memaklumkan ujian ulangan akan diadakan


pada 16hb-18hb Januari 2023. Segala surat cuti dari murid perlu
dihantar kepada guru besar.

VIII. Puan Noratipah memaklumkan untuk murid Tahap 1, guru-guru


boleh menyerahkan nama pada penyelaras untuk HAC.
IX. Puan Noratipah mengingatkan guru-guru agar tidak menyuruh
murid-murid membeli air di kantin sewaktu PdPc. Guru-guru juga
diingatkan supaya tidak duduk sepanjang masa PdPc.

X. Puan Noratipah memaklumkan tentang penghantaran buku tulis,


hanya Ketua Panitia sahaja yang perlu hantar buku tulis kepada
pentadbir. Guru-guru lain hantar buku tulis kepada Ketua Panitia
masing-masing. Rujuk Buku Pengurusan Sekolah muka surat 42.

XI. Puan Noratipah memaklumkan soalan yang telah siap dicetak


hanyalah Bahasa Melayu. Soalan-soalan akan dicetak mengikut
jumlah bilangan murid dalam kelas.

Tindakan : Makluman

4.0 Hal-hal lain

I Puan Pengerusi memberikan respon. Laporan dan dokumentasi bagi


semua unit perlu dihantar kepada PK masing-masing. Laporan
Kurikulum pada Puan Noratipah, Laporan HEM pada Encik Rozaidi dan
Laporan KOKO pada Encik Shahril.

II Puan pengerusi juga memaklumkan kepada semua guru, PBD telah


bertukar kepada PPB (Pelaporan Pentaksiran Berterusan).

III Puan Tuan Zaiton memohon untuk diadakan Mesyuarat AJK Pra
Sekolah pada 17hb Mac 2023.

IV Puan Zaharah memaklumkan Ujian Psikometrik akan dijalankan untuk


semua murid Tahun 6 pada 13hb Januari 2023 bermula 8.30 – 10.00
pagi.

Tindakan : Makluman
2
5.0 PENUTUP

Puan Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ustazah Nik Asma
Ayuni atas kenaikan pangkat DG44. Selain itu juga ucapan tahniah kepada
Puan Mariani dan Puan Wan Izzati Husna bagi Program Pembangunan Guru
Baharu.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 petang.

Disediakan oleh,

………………………………………...
(RAJA MAZNANI BINTI RAJA MAMAT)
Setiausaha Kurikulum 2022
Sekolah Kebangsaan Sungai Besi

You might also like