Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

SGDP2013 (A) STATISTIK DALAM PENDIDIKAN

SEMESTER 2 SESI 2022/2023 (A222)

TUGASAN INDIVIDU 1 (ULASAN JURNAL PENDIDIKAN)

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. MUHAMAD DZAHIR BIN KASA

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK

KHOIRUN NAJAH BINTI ABU HASSAN 291430

SHA’ARI
ISI KANDUNGAN

NO KANDUNGAN M/S
1 PENGENALAN ......................................................................... 03
2 TUJUAN KAJIAN ..................................................................... 04
3 ANALISIS STATISTIK YANG DIGUNAKAN ....................... 05
4 MENGAPA PENULIS MENGGUNAKAN STATISTIK? ....... 06-10
5 KESIMPULAN .......................................................................... 11
6 RUJUKAN ................................................................................. 12
7 LAMPIRAN JURNAL ............................................................... 13

2
1. PENGENALAN

Kebelakangan ini, isu permasalahan di sekolah semakin menjadi-jadi. Antara isu yang

semakin bersarang adalah isu ponteng sekolah. Isu ponteng sekolah dalam kalangan pelajar kian

hari kian merisaukan. Gejala ponteng sekolah telah menjadi masalah disiplin yang semakin ketara

yang semakin sukar untuk dibendung. Permasalahan ini dihadapi oleh semua sektor di Malaysia

tidak kira di peringkat rendah, menengah mahupun di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menurut Abdul Raof Husin (1999), sebanyak 38,053 kes ponteng direkodkan yang melibatkan

pelajar sekolah rendah dan menengah. Pada tahun 1999, Kementerian pelajaran Malaysia (KPM)

telah mencatat seramai 80,937 pelajar yang tidak hadir ke sekolah. Rata-rata pelajar yang ponteng

ini terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang berumur dalam lingkungan 14 hingga 15 tahun.

(Arsaythamby Vello dan Ng Chooi Kim, 2014). Terdapat sebilangan faktor yang menjadikan

permasalahan ini berlaku antaranya ibu bapa, faktor kewangan, minat terhadap pelajaran di

sekolah, masalah bersama rakan dan guru serta persekitaran sekolah yang negatif. Guru sering

dikaitkan sebagai pihak yang menyebabkan pelajar tidak mahu menghadiri sekolah (Tin Len Siong

dan Muhammad Sidek Said, 2007). Hal ini demikian kerana ibu bapa sering merasakan bahawa

faktor anak mereka tidak berminat untuk ke sekolah berpunca daripada sikap guru yang tidak

mengambil berat terhadap pelajar-pelajar ataupun guru yang telah memalukan pelajar.

3
2. TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik dan mengenal pasti punca atau faktor yang

menjerumus kepada masalah ponteng di sekolah. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk

membahas hubungan antara gaya pengajaran guru dengan tahap ponteng sekolah menengah di

daerah Bachok, Kelantan. Pengkaji telah menggunakan kaedah analisis data yang bersesuaian bagi

setiap masalah khusus yang disenaraikan dalam kajian ini. Sebanyak tujuh objektif kajian telah

dibincangkan untuk mengkaji asbab sebenar pelajar di sekolah tersebut mencatat rekod

ketidakhadiran yang tinggi. Objektif yang pertama adalah untuk mengenal pasti tahap ponteng

pelajar sekolah menengah di daerah Bachok dan seterusnya menyelidik tahap gaya pengajaran

guru di sekolah itu. Pengkaji ingin tahu sama ada punca ketidakhadiran pelajar ke sekolah

disebabkan oleh gaya pengajaran guru yang membosankan atau tidak menarik serta berkesan.

Pengkaji ingin mengenal pasti jika berlakunya unsur berat sebelah dalam kalangan guru terhadap

berlainan jantina pelajar. Seterusnya, pengkaji ingin tahu apakah jantina yang lebih mendominasi

carta ketidakhadiran ke sekolah iaitu sama ada pelajar perempuan atau pelajar lelaki. Bukan itu

sahaja, kajian ini juga mengamati sekiranya terdapat perbezaan antara gaya pengajaran guru yang

berlainan aliran seperti aliran sastera dan aliran sains.

4
3. ANALISIS STATISTIK YANG DIGUNAKAN

Antara kaedah statistik yang diguna pakai oleh penyeledik dalam kajian ini adalah kaedah

statistik deskriptif iaitu Ujian-T dan juga Ujian Korelasi. Pengkaji mengumpul dan menganalisis

data dan butiran dengan menggunakan kaedah Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)

Version 22. Ujian-T digunakan bertujuan untuk mengkaji atau mengenal pasti sekiranya terdapat

perbezaan di antara pembolehubah kajian dengan demografi. Ujian-t hanya boleh dilakukan

dengan dua demografi sahaja. Contohnya, min tahap ponteng dengan jantina. Ujian korelasi adalah

ujian yang digunakan oleh para penyelidik dalam bidang statistik untuk mengkaji hubungan antara

dua pembolehubah. Misalnya, untuk mengkaji hubungan antara pembolehubah bebas

(independent variable) vs pembolehubah bersandar (dependent variable). Ujian korelasi juga

digunakan untuk mengkaji pembolehubah bersandar (dependent variable) vs pembolehubah

bersandar (dependent variable).

5
4. MENGAPA PENULIS MENGGUNAKAN STATISTIK TERSEBUT?

Berdasarkan penelitian saya terhadap jurnal tersebut, pengkaji menggunakan kaedah

ujian-t untuk mengkaji perbezaan di antara gaya pembelajaran terhadap masalah ponteng sekolah

manakala ujian korelasi bertujuan untuk menganalisis data dalam mengkaji hubungan gaya

pengajaran guru terhadap gejala ponteng sekolah.

JADUAL 1. Pengujian soalan kajian

Jadual di atas menunjukkan contoh soalan yang diberikan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Seramai 373 pelajar yang berlainan sekolah telah dipilih untuk dikaji. Soalan yang diberikan juga

telah dibahagikan mengikut ujian tertentu iaitu ujian-t dan juga ujian korelasi.

6
4.1. Ujian-t

JADUAL 2.

Jadual 2 menunjukkan gaya pengajaran guru berdasarkan persepsi murid lelaki dan murid

perempuan dengan menggunakan Ujian-t. Ujian-t merupakan ujian inferensi iaitu untuk mengkaji

perhubungan di antara A dan B di mana terdapat hipotesis di dalam ujian ini. Terdapat dua jenis

hipotesis iaitu hipotesis null (Ho) dan hipotesis alternatif (H1). Pengkaji menggunakan Ujian-t

kerana melibatkan dua hubungan yang berbeza iaitu perbezaan antara gaya pengajaran dan

persepsi pelajar. Gaya pengajaran guru merupakan contoh bagi (A) manakala persepsi pelajar

lelaki dan persepsi pelajar perempuan adalah contoh bagi (B). Berdasarkan jadual, dapat dilihat

bahawa hipotesis null 1 menunjukkan keputusan tidak terdapat perbezaan yang signifikan gaya

pengajaran berdasarkan tanggapan pelajar lelaki serta pelajar perempuan. Hal ini demikian kerana

min skor gaya pengajaran bagi pelajar lelaki mencatatkan skor rendah berbanding min skor gaya

pengajaran perempuan iaitu (M= 4.01, SP=0.35). Hipotesis ini diterima.

7
JADUAL 3.

Jika diperhatikan jadual di atas, hipotesis null 2 menunjukkan keputusan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan gaya pengajaran guru berdasarkan persepsi atau tanggapan pelajar

aliran sains dan sastera kerana min skor gaya pengajaran bagi pelajar aliran sains lebih tinggi iaitu

(M = 4.04, SP = 0.30) manakala min skor aliran sastera mencatat keputusan yang rendah iaitu (M=

3.96, SP=0.34).

8
4.2. Ujian Korelasi

Ujian korelasi merupakan ujian untuk mengkaji hubungan antara dua pembolehubah sama

ada mempengaruhi satu sama lain ataupun tidak dipengaruhi oleh mana mana pembolehubah.

Kedua-dua pembolehubah harus berada dalam keadaan selanjar iaitu data jenis sela atau nisbah.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan ujian korelasi jenis ‘Pearson’. Ujian korelasi Pearson

digunakan apabila data bertabur secara normal.

JADUAL 4.

Pengkaji telah menggunakan skala anggaran kekuatan perhubungan antara dua

pembolehubah berdasarkan Alias Baba (1997) dalam menentukan tahap hubungan data yang akan

dianalisis.

9
JADUAL 5.

Berdasarkan jadual 5, keputusan menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan

di antara gaya pengajaran pakar dengan tahap ponteng pelajar sekolah. Melalui nilai pekali

pearson, r = .066 (p >.01). dapat dirumuskan bahawa terjadinya hubungan negatif yang sangat

lemah diantaranya, dengan nilai r. Berdasarkan keputusan yang menunjukkan nilai pekali negatif,

maka berlaku hubungan yang songsang antara pembolehubah.

JADUAL 6.

Jika diamati pada jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan yang sangat

lemah diantaranya iaitu nilai pekali pearson adalah r = -.025 (p >.01). Terdapat hubungan

songsang yang berlaku kerana nilai pekali yang negatif.

10
5. KESIMPULAN

Tuntasnya, pengkaji dapat mengenal pasti perbezaan gaya pengajaran berpandukan

kepada jantina yang berbeza dan aliran mata pelajaran. Selain itu, perbezaan tahap ponteng dengan

jantina dan aliran mata pelajaran juga dapat diselidik oleh pengkaji melalui artikel ini. Melalui

ujian korelasi, pengkaji dapat menganalisis data mengenai hubungan di antara dua pembolehubah

iaitu gaya pengajaran guru di sekolah dengan tahap ponteng pelajar. Melalui kajian ini, penyelidik

mendapati nilai min pelajar lelaki lebih tinggi berbanding pelajar perempuan dari aspek ponteng

sekolah. Berdasarkan keputusan daripada kajian ini, dapat disimpulkan bahawa tidak terdapat

hubungan signifikan antara gaya pengajaran guru terhadap pelajar ponteng di sekolah. Menurut

Arasaythamby Vello (2014), beliau mengatakan bahawa faktor utama pelajar ponteng itu berpunca

dari diri pelajar itu sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana mana pihak. Berdasarkan kajian ini,

guru perlu mempelbagaikan gaya pengajaran untuk menarik minat serta perhatian pelajar untuk

hadir ke sekolah sekaligus mengurangkan permasalahan ponteng yang kian membelenggu ini.

11
6. RUJUKAN

Nawawi, A. M., Mohd, A., Saad, N. M., Baharuddin, J., & Ismail, S. N. (2016). Hubungan

antara gaya pengajaran guru dengan tahap ponteng sekolah menengah di Daerah

Bachok, Kelantan. Proceedings of the ICECRS, 1(1), v1i1-503.

Omar Didik. (2021, June 26). VIDEO PENERANGAN DAN TUTORIAL UJIAN KORELASI

PEARSON MOMENT DAN KORELASI SPEARMAN RHO GUNA SPSS [Video].

YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=zYJPovq9MAI

Omar Didik. (2020, November 9). UJIAN T / T-TEST . ANALISIS DATA GUNA SPSS.

[Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=aCYCjacqW24

12
7. LAMPIRAN JURNAL

13

You might also like