Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

CITRA BAHASA TINGKATAN 1 MINGGU 3

TEMA 4 : CAHAYA PERPADUAN


TAJUK: FAEDAH HIDUP BERSATU PADU DALAM KALANGAN PELBAGAI KAUM

Malaysia ialah negara yang unik kerana warganya terdiri daripada pelbagai bangsa dan suku
kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Walaupun setiap bangsa dan suku kaum ini mengamalkan
agama, adat-resam dan cara hidup yang berbeza, namun mereka hidup dengan semangat
perpaduan yang tinggi.

Banyak faedah yang diperoleh apabila rakyat Malaysia hidup dalam keadaan bersatu-padu.
Antaranya ialah kita dapat hidup dengan aman dan tenteram. Kesannya kita dapat belajar dengan
tenang dan selesa di sekolah tanpa rasa bimbang akan keselamatan diri. Hal sebegini tidak dapat
dinikmati oleh anak-anak di sesetengah negara. Ramai antara mereka tidak dapat ke sekolah kerana
bimbang akan keselamatan diri.

Seterusnya, melalui perpaduan yang jitu, rakyat Malaysia dapat bekerja dan mencari rezeki
dengan baik dan selesa. Hal ini demikian kerana perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat
pelbagai kaum dapat membantu pihak kerajaan dan swasta mewujudkan pelbagai kemudahan dan
peluang pekerjaan untuk rakyat. Kita juga tidak berasa takut untuk keluar bekerja di mana-mana
sahaja.

Selain itu, perpaduan yang teguh dalam kalangan rakyat juga telah mewujudkan kestabilan
dari segi politik dan ekonomi. Hal ini sudah pasti menarik minat para pelabur asing melabur dalam
pelbagai sektor di negara kita. para pelabur tidak perlu risau akan mengalami kerugian dalam
pelaburan kerana perpaduan yang wujud menjamin keamanan. Pelaburan ini akan membantu
meningkatkan ekonomi negara kita.

Akhir sekali, perpaduan yang wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum juga telah
menarik minat pelancong asing untuk melancong di negara kita. Para pelancong tidak risau akan
keselamatan diri mereka sepanjang berada di negara kita. Mereka juga dapat menikmati pelbagai
budaya yang ada di negara kita. Kedatangan pelancong asing ini memberi banyak peluang pekerjaan
kepada rakyat negara kita seperti dalam sektor perhotelan, pengangkutan dan bidang kraftangan.

Kesimpulannya, perpaduan kaum yang wujud di negara kita telah banyak memajukan negara
kita dalam pelbagaai bidang. Oleh yang demikian, semua warga perlu memelihara dan mengekalkan
semangat hidup bersatu-padu ini.

(322 patah perkataan)

You might also like