Teks Pidato Adiana

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MASYARAKAT MAJMUK : USAHA MENGEKALKAN PERPADUAN

Terima kasih tuan pengerusi majlis, dif-dif kehormat seterusnya warga dewan sekalian.

Salam kelestarian bumi Tuhan.

Hadirin sekalian,

Masyarakat Majmuk: Usaha Mengekalkan Perpaduan. Mauduk hebat buat tatapan

semua.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Teori Perulangan Sejarah Ibn Khaldun 600 tahun dahulu telah menjelaskan bahawa

jatuh bangun sesebuah kerajaan atau tamadun negara bangsa itu adalah berdasarkan

semangat kekitaan rakyatnya yang dicerminkan berlandaskan sifat berhemah tinggi dan

mengambil berat antara satu sama lain walaupun berbeza adat, keturunan dan agama.

Konklusinya, masyarakat majmuk yang wujud dalam negara kita perlulah senada dalam

mengamalkan semangat kekitaan tersebut demi sebuah perpaduan agar kemakmuran

hidup kekal berpanjangan.

Malaysia, negara yang kusayangi,

Selami strategi mampan perdana di bawah kata kunci ‘masyarakat majmuk senada

dalam perlembagaan negara’. Dr Robiah K Hamzah, pakar motivasi di Malaysia dalam

ceramahnya di Masjid Baru Sentul, Kuala Lumpur pada 2018 yang bertajuk Membina

Syurga di Hati menegaskan bahawa manusia yang mempersoalkan artikel 152 dan 153

dalam Perlembagaan Malaysia iaitu menuntut hak yang sama dengan hak orang
Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, dapat dirumuskan sebagai manusia yang

tidak cukup ilmunya kerana artikel-artikel tersebut sudah termaktub dan tertutup rapat

tidak boleh dipinda sampai bila-bilapun. Masyarakat majmuk adalah tidak wajar untuk

memanipulasikan perkara-perkara yang terkandung dalam Perisytiharan Hak Asasi

Manusia Sejagat (UDHR) 1948 dengan melakukan pelbagai provokasi terhadap kaum

lain kerana Perkara 29 telah menyatakan bahawa dalam mengamalkan hak-hak dan

kebebasan, setiap orang tertakluk di bawah batasan dan undang-undang bagi

menjamin ketenteraman awam. Jadi, masyarakat Melayu, Cina, India serta bumiputera

Sabah dan Sarawak perlulah sama-sama bersyukur dan menghormati hak-hak orang

lain, usah fitnah-memfitnah dan membuka aib sesama sendiri. Tegasnya,

perlembagaan negara harus kita hormati dan bersama-sama memantapkan ilmu dan

ekonomi agar kemakmuran hidup dapat kita gapai.

Malaysia, tanah air yang kucintai,

Hayati prakarsa ampuh di bawah lembayung kata ‘masyarakat majmuk senada dalam

kepelbagaian adat dan budaya’. Kes tular terkini pada 26 Mei 2021 apabila pemilik

akaun Facebook Durian Kimchi iaitu Nik Muhammad Ryzal Ibrahim telah

mempersendakan pakaian tradisi kaum Iban di Sarawak. Perkara 5 dalam UDHR 1948

telah menegaskan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan sesuatu yang

menghinakan. Jadi, perbuatan individu tersebut tidak wajar dicontohi agar perpaduan

masyarakat majmuk dalam negara sentiasa teguh terpelihara. Sebagai masyarakat

majmuk juga kita perlulah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat

persaudaraan seperti yang terkandung dalam Perkara 1 UDHR 1948 iaitu apabila

individu tersebut telah memohon maaf, tidak wajar pula kita mengaitkan perbuatannya

kepada isteri atau anak yang bakal dilahirkan. Tegasnya, jika ingin senada menggapai
kemakmuran hidup yang berpanjangan, masyarakat majmuk perlu bersatu dan sehati

sejiwa menghormati kepelbagaian adat dan budaya dalam negara ini.

Malaysia, warga bijak berjaya,

Fahami pendekatan paling teguh iaitu ‘masyarakat majmuk senada dalam penghayatan

Rukun Negara’. Profesor Ramakrishna Rao, seorang pensyarah dalam bidang Psikologi

dan Kemanusiaan dalam bukunya Malaysia Beyond The Modern Age, 2015

menjelaskan bahawa sebagai masyarakat majmuk di Malaysia, kita tidak perlu terbang

ke awan tinggi untuk mencari secebis nilai perpaduan kerana Rukun Negara telah hadir

ketika kita semua berputus asa untuk cuba hidup semula setelah persengketaan

peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Jika kita mengingkari lima prinsip Rukun Negara,

ingatlah Perkara 6 UDHR 1948 iaitu setiap orang berhak terhadap pengiktirafan

sebagai seorang insan di sisi undang-undang. Jadi, kita tidak akan terlepas daripada

undang-undang jika cuba mencabul keamanan negara. Oleh itu, penghayatan terhadap

Rukun Negara, kita perlu tunjukkan dengan sepenuh jiwa, zahirkan dengan perbuatan

murni dan hayati dengan ketinggian akal dan budi. Apa-apa sekalipun agama dan

kepercayaan kita, hiduplah seia sekata, teguh mengikat janji dan terus kukuh

memegang erat tangan saudara kita yang berbeza warna dan rupa. Kita jadikan juga

peristiwa rusuhan dan pergaduhan di Kuil Sri Mahamaryaman, Subang Jaya, Selangor

pada 27 November 2018 sebagai pengajaran dan sejarah yang tidak akan diulang

semula. Tegasnya, kita cari semula rukun yang telah kita tinggalkan dan lupakan agar

kita mampu membina perpaduan sebagai kunci untuk menikmati kemakmuran hidup di

bumi Malaysia tercinta ini.


Warga budiman sekalian,

Kesimpulannya, saya petik beberapa rangkap gurindam hasil nukilan sasterawan

negara Za’aba yang bertajuk ‘Beberapa Petua Hidup’ di dalam buku Antologi KOMSAS

Tingkatan 5.

Kurang fikir, kurang siasat

Tentu dirimu kelak tersesat

Fikir dahulu, sebelum berkata

Supaya terelak silang sengketa

Perkataan tajam jika dilepas

Ibarat beringin, racun dan upas

Sangat tepat rangkap-rangkap gurindam ini dijadikan petua hidup dan strategi berkesan

dan efektif untuk terus melestarikan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

You might also like