Minit Mesyuarat Kot 2022

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK 2

08800 GUAR CHEMPEDAK, KEDAH DARUL AMAN

MESYUARAT JAWATANKUASA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK GUAR CHEMPEDAK 2


KALI KE- 5 TAHUN 2022

Tarikh : 6 JULAI 2022 ( ISNIN )


Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Guar Chempedak 2
Pengerusi : En. Othman bin Ahmad (Pengetua)

KEHADIRAN:
BIL NAMA BIL NAMA
1 En. Othman bin Ahmad 20 Cik Siti Anisah binti Ishak
2 En. Mohamad Nashir bin Ibrahim 21 En. Wan Azahar bin Wan Ismail
3 En. Mohd Rosli bin Abdullah 22 Pn. Khaw Poh Hwa
4 Cik Masitah binti Mat Said 23 En. Shoeb bin Ahmad
5 Pn. Mariani binti Ariffin 24 Pn. Norhamidah binti Mohd. Kasim
6 Pn. Roslina binti Hamid @ Pa 25 Pn. Siti Zawiyah binti Saidin
7 Pn. Aliatun Husna binti Salleh 26 En. Mohd. Helmi bin Halim
8 Pn. Nur Farhaniza binti Zakaria 27 Cik Syahilah binti Md Saleh
9 Pn. Mastura binti Ismail 28 En. Ahmad Zaim bin Mustaffa
10 Pn. Rehan Qistina binti Abu Bakar 29 En. Abdul Malik bin Ismail
11 En. Mohd Hasni bin Suhaimi 30 Cik Anis Syahida binti Meskor
12 Pn. Aida Kartini binti Ahmad 31 En. Ahmad bin Abd. Rahman
13 Pn. Elamathi a/p Supramaniam 32 Pn. Azalina binti Yahya
14 En. Khairil – Faizi bin Khalil 33 En. Abdul Hafiz bin Shamsuddin
15 Pn. Norashikim binti Che Amat 34 En. Mohd. Zaki bin Khalid
16 Pn. Noor Salwani binti Abd. Wahab
17 Pn. Siti Khatijah binti Ismail
18 Pn. Sufinaz binti Sakidin
19 Pn. Mohd. Hafizuddin bin Ghozali

I Perutusan Pengerusi :

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan wakil Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ke Mesyuarat Jawatankuasa Kejohanan Olahraga Tahunan
kali ke – 5 Tahun 2022.

II Maklumat Program

1. Pengerusi memaklumkan pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan menganjurkan


program Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke - 5 2022 setelah dua tahun tidak dapat
melaksanakan program ini akibat kekangan wabak pendemik Covid - 19.

2. Pengerusi memaklumkan program ini melibatkan sebahagian staf, semua guru, murid-
murid dan PIBG SMK Guar Chempedak 2. Sasaran peserta untuk program ini adalah 413

1
orang peserta.

3. Pengerusi memaklumkan program ini diadakan bertujuan untuk mencungkil dan


mengetengahkan bakat-bakat baru ke arah kecemerlangan sukan khususnya dalam
bidang olahraga agar mereka dapat menonjolkan diri di peringkat Daerah, Negeri dan
Negara serta membudayakan minat bersukan untuk kesihatan dan kesejahteraan diri
dalam kalangan murid.

4. Pn. Rehan Qistina binti Abu Bakar memaklumkan perjalanan keseluruhan program
dirancang selama 2 minggu bermula dengan latihan rumah sukan pada 13 JULAI
2022 ,sukantara pada 14 JULAI 2022 dan hari berlangsungnya Kejohanan pada 28 JULAI
2022.
Pengerusi memaklumkan program ini akan mendapat kerjasama daripada pihak polis dan
5. Rela.

Pn. Rehan Qistina binti Abu Bakar memaklumkan kepada semua ahli jawatankuasa
berkenaan perincian setiap tugas seperti dalam lampiran 1.

Makluman

III Penetapan Tarikh Program

6. Pengerusi memaklumkan tarikh cadangan program Kejohanan Olahraga Tahunan adalah


pada 28 JULAI 2022 ( Khamis).

Makluman
IV Hal-hal lain

7. Cik Masitah binti Mat Said memaklumkan bahawa beliau sedang cuba mendapatkan
tajaan untuk menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari kepada semua ahli
jawatankuasa.

8. Semua guru dan PIBG diminta menghebahkan maklumat program kepada semua murid
dan waris untuk mendapatkan penyertaan penuh daripada murid dan sokongan daripada
waris.

9. Pn. Sufinaz binti Sakidin memaklumkan semua pengurus peserta hendaklah memastikan
hanya peserta dalam keadaan sihat sahaja menyertai kejohanan ini dan menyerahkan
nama peserta tidak sihat kepada penyelia peserta pada hari kejohanan tersebut .

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................. .................................................
(REHAN QISTINA BINTI ABU BAKAR) (MASITAH BINTI MAT SAID)
Setiausaha Sukan Penolong Kanan Kokurikulum
Kejohanan Merentas Desa 2022 SMK Guar Chempedak 2

Disahkan oleh,

..............................................
(OTHMAN BIN AHMAD)
Pengetua
SMK Guar Chempedak 2

2
3

You might also like