Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

5.

0 KELEBIHAN DAN KEBURUKAN DEKOLONISASI KEPADA NEGARA

5.1 KELEBIHAN DEKOLONISASI

Jika meyebut tentang dekolonisasi sudah pasti ramai yang berfikiran bahawa ianya hanya sebuah
bentuk penjajahan yang mendatangkan kemudaratan Namun begitu, terdapat sisi baik yang boleh diambil
dari dekolonisasi ini.

5.1.1 Mewujudkan individu yang ekologikal.

Menurut Kamus Dewan, ekologikal ialah suatu hubungan antara organisma hidup dengan alam
persekitaran seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Perkataan ekologi juga berasal daripada ayat Yunani
iaitu ‘Oikos’ yang membawa maksud habitat dan logi pula berasal daripada perkataan Yunani iaitu
‘Logos’ yang bermaksud ilmu (Efendi, 2021). Individu ekologikal ini merupakan individu yang
cemerlang dar segi kehormatan terhadap kesemua aspek kehidupan, mempunyai sifat empati yang
mendalam, daya saing yang sihat dan berilmu. Ini membuktikkan bahawa individu yang mempunyai ciri-
ciri tersebut merupakan insan yang mempunyai pemikiran berkelas pertama. Seperti yang kita tahu,
apabila berlakunya dekolonisasi, sudah pasti rumah atau tempat persekitaran akan musnah kerana pada
waktu tersebut pihak koloni sedaya upaya meragut hasil bumi di tanah jajahan. Oleh hal yang demikian,
kita dapat mempelajari dan mencari penyelesaian bagi memelihara semula kawasan tanah jajahan yang
sudah merosot. Hal ini sekaligus, mendorong kepada hadirnya rasa saying dan kehormatan terhadap alam
sekitar kerana apabila kita mampu memahami bagaimana sesebuah organisma itu berfungfi maka kita
akan lebih menghargai dan bersyukur dengan keindahan ciptaan tuhan. Senario ini amat bersesuaian
dengan kata- kata yang diluahkan daripada L. Wolfe Gilbert iaitu "Mereka yang menemukan keindahan di
seluruh alam akan menemukan diri mereka menyatu dengan rahsia kehidupan itu sendiri’. Maka, jika
tingginya pengetahuan tentang alam sekitar dan fungsinya terhadap manusia amatlah penting bagi
menjaga keharmonian antara alam sekitar dan organisma lain.

5.1.2 Melahirkan masyarakat yang bersepadu.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dekolonisasi mampu mewujudkan masyarakat yang Bersatu-padu
tanpa mengira bangsa atau agama. Kamus Dewan menyatakan yang bersepadu merupakan satu jalinan
antara pelbagai unsur atau mewujudkan kesatuan sosial. Setiap negara mempunyai bangsa dan etnik
masing-masing dan negara kita iaitu, Malaysia tidak terkecuali kerana di Malaysia terdapat 122 etnik dan
bangsa yang pelbagai yang mempunyai keunikan masing-masing, (Mohamad, 2017). Dalam pada itu,
sikap insan yang bersatu padu amatlah penting dalam memastikan keharmonian negara. Semasa zaman
pemerintahan British, imigran Cina dan India yang masuk ke Tanah Melayu adalah sangat tidak terkawal
sehingga menyebabkan hak orang melayu ditindas dan menyebabkan berlakunya perbalahan antara kaum.
Hal ini dapat dilihat didalam taktik kotor British yang bertujuan untuk memecah belahkan hubungan
antara kaum di Tanah Melayu. Ini kerana masyarakat melayu pada zaman itu tidak dibenarkan untuk
berinteraksi dengan imigran dari Cina dan India walhal dalam kalangan imigran, interaksi antara satu
sama lain adalah bebas. (Mohamad, 2017). Apabila berlakunya dekolonisasi, interaksi dan pergaulan
antara kaum dapat dilakukan tanpa adanya campur tangan dari pihak luar. Oleh hal yang demikian,
hubungan antara kaum dapat diper-eratkan lagi demi menjaga kesepaduan masyarakat. Dengan adanya
kesepaduan yang utuh, ianya akan mendatangkan keistimewaan terhadap negara kerana mempunyai
budaya dan masyarakat yang bertoleransi walaupun datang daripada kaum yang berbeza. Hal ini terbukti
bahawa betapa pentingnya kesepaduan antara masyarakat tidak kira kaum dan etnik kerana bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Walaupun terdapat perbezaan dari segi kaum, Paul H.
Krastoka pernah menyatakan dalam bukunya yang bertajuk The Japanese Occupation Of Malaya 1941-
1945: A Social and Economic History:

‘...Japan conquered Malaya to obtain the peninsula's rich natural resources the Japanese ruled
autocratically and used terror to control the population; the Chinese were hostile to the
Japanese. the Malays collaborated, and the Indians were won over by the promise of support for
Indian independence.'

Konklusinya, setiap kaum memainkan peranan yang penting dan bebas menyuarakan pendapat kerana
pada akhirnya kesepakatan juga yang akan membawa kepada perpaduan.

5.2 KEBURUKAN DEKOLONISASI

5.2.1 Pembentukan Sistem Politik Dan Ekonomi Negara.

Semasa berlakunya dekolonisasi, system politik yang digunakan oleh penjajah ialah sistem empayar
dan monarki bagi menguasai sistem politik di tanah jajahan. Hal ini supaya, para penduduk di tanah
jajahan tidak mendapat ruang bagi mentadbir dan memimpin. Selain itu, cara pimpinan yang digunankan
oleh para penjajah adalah berdasarkan pengaruh barat dan kuasa luar sehingga menyebabkan masyarakat
tempatan hilang keperibadian dan kehormatan untuk mentadbir tanah pertiwi sendiri. Hal ini sudah terang
lagi bersuluh bahawa dekolonisasi telah ruang dan peluang kepada pihak luar untuk campur tangan dalam
sistem politik di sesebuah negara. Kita juga sudah sedia maklum bahawa sesebuah negara diwajibkan
untuk membentuk kerajaan, perlembagaan, sistem pendidikan dan sistem pilihan raya setelah negara
tersebut selesai dijajah. Apabila dekolonisai berlaku, sesebuah negara tersebut akan menghadapi
kesukaran dari segi menetapkan dasar pentadbiran. Hal ini kerana akan adanya pelbagai pendapat dan
tentangan kerana sudah tentu ada setengan pihak yang ingin mengikuti cara pentadbiran pihak penjajah
manakala ada jugs pihak yang ingin kekal dengan cara mentadbir yang tradisional di mana seperti
sebelum negara dijajah. Oleh hal yang demikian, sistem ppentadbiran tidak akan selaras dan akan
memudaratkan kemajuan sesebuah negara.

5.2.2 Sistem sosial yang melampaui batas.

Dalam konteks sosial, di mana ramai di antara kita yang sudah dicemari dengan pemikiran cara
barat seperti kapitalisme. Sifat kapitalisme iaitu sikap yag mementingkan keuntungan dan kekayaan yang
telah mewujudkan jurang di antara yang kaya dan yang miskin (Ekonomi Kapitalisme, n.d.). Kita juda
dapat lihat apabila orang zaman sekarang yang lebih mementingkan dan mengejar kekayaan duniawi yang
sementara ini daripada mengejar keharmonian hidup. Hal ini kerana mereka sudah terpengaruh dengan
gaya barat di mana orang yang lebih kaya akan diagungkan manakala yang miskin akan sentiasa berada
dibawah dan ditindas. Perkara sebegini akan menyebabkan berlakunya pepecahan. Senario ini juga akan
memaksa mereka untuk berlaku tidak adil demi menjaga keturunan dan kekayaan mereka daripada
bercampur dengan orang miskin. Bukti yang lagi jelas apabila perindustrian yang semakin maju dengan
teras kapitalisme telah mendorong masyarakat luar bandara untuk meninggalkan kerja-kerja kampung
seperti pertanian dan pengurusan ladang. Hal ini kerana kapitalisme telah mengajar bahawa kerja -kerja
kampung sudah lapuk dan membawa keuntungan yang sedikit kepada manusia (Muhamad Mujahid,
2021). Namun begitu, apabila penduduk kampung mula berpindah ke bandar berlaku pula fenomena
penindasan kerana yang kononya ‘orang bandar’ berpendapat bahawa ‘orang kampung’ ini kolot dan
lapuk. Sebaliknya, mereka tidak sedar bahawa mereka juga mempunyai kekurangan kerana tiada manusia
yang sempurna.

You might also like