Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEJAUHMANAKAH FAKTOR SEMULA JADI

MEMPENGARUHI PENIPISAN LAPISAN OZON?(13M)

Faktor semula jadi yang mempengaruhi penipisan lapisan ozon ialah


letusan gunung berapi. Hal ini demikian kerana letusan gunung berapi akan
mengeluarkan gas karbon dioksida dan sulfur dioksida ke atmosfera yang
bertindak balas dengan ozon yang berada di stratosfera dan bertindak
memecahkan ikatan molekul ozon tersebut.

Seterusnya, faktor semula jadi yang mempengaruhi penipisan lapisan


ozon ialah kebakaran hutan besar-besaran. Hal ini demikian kerana el-nino atau
kemarau boleh terjadinya kebakaran semulajadi yang akan melepaskan banyak
asap yang mempunyai gas karbon dioksida ke atmosfera yang bertindak balas
dengan ozon yang berada di stratosfera dan bertindak memutuskan ikatan
molekul ozon tersebut.

Faktor semula jadi yang mempengaruhi penipisan lapisan ozon ialah


pereputan semula jadi di Kawasan paya. Hal ini demikian kerana pokok yang
mereput secara semulajadi di Kawasan paya menyebabkan gas metana akan
terbebas ke atmosfera yang bertindak balas dengan ozon di stratosfera dan
bertindak memutuskan ikatan molekul ozon tersebut.

Selain itu, terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi penipisan lapisan
ozon iaitu faktor manusia.
Faktor manusia yang mempengaruhi penipisan lapisan ozon ialah aktiviti
pembalakan. Hal ini demikian kerana ketiadaan pokok untuk menyerap gas
rumah hijau iaitu karbon dioksida menyebabkan kandungan gas ini dalam
atmosfera semakin meningkat yang bertindak balas dengan ozon di stratosfera
dan bertindak memutuskan ikatan molekul ozon tersebut.

Di samping itu, faktor manusia yang mempengaruhi penipisan lapisan


ozon ialah pembakaran terbuka. Hal ini demikian kerana sampah yang dibakar
di tempat pelupusan sampah akan membebaskan gas yang bertoksid dengan
banyak iaitu gas karbon dioksida ke atmosfera yang bertindak balas dengan
ozon di lapisan stratosfera dan bertindak memisahkan ikatan molekul ozon
tersebut.

Akhir sekali, faktor manusia yang mempengaruhi penipisan lapisan ozon


ialah aktiviti penternakan. Hal ini demikian kerana haiwan ternakan seperti
lembu dan biri-biri akan melepaskan Najis mereka yang mempunyai gas metana
ke atmosfera yang bertindak balas dengan ozon di stratosfera dan bertindak
memutuskan ikatan molekul ozon tersebut.

You might also like