PP Mid Term 2023 Skema

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SKEMA JAWAPAN

PEPERIKSAAN PERTENGAN PENGGAL


PENGAJIAN PERNIAGAAN SEMESTER 2 2023
1. Berikan maksud pengurusan dan berikan tiga kepentingan pengurusan dalam
sesebuah organisasi perniagaan.
[4m]
Maksud pengurusan:
Pengurusan bermaksud proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal
sumber manusia dan sumber bukan manusia bagi mencapai matlamat organisasi.
Kepentingan pengurusan dalam organisasi perniagaan:
- Membantu mencapai matlamat organisasi
- Mengelakkan berlakunya pembaziran dgn menggunakan sumber secara optimum
- Memotivasi & mendorong modal insan untuk mencapai matlamat organisasi.
Maksud=1M
Tiga kepentingan (1K=1M)x3=3M
2. Jelaskan tiga peranan bermaklumat yang dilaksanakan oleh seorang Pengurus Besar
di sebuah syarikat pelancongan.
[6]
a) Pemantau/Pengawas :
Pengurus mencari maklumat berguna dan peka terhadap persekitaran dalaman dan
luaran cth : kuasa beli pengguna, kadar tukaran mata wang asing, dasar kerajaan
dan citarasa pengguna
b) Penyampai/Penyebar :
Pengurus menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada pekerja bawahan
supaya dapat menyediakan pakej pelancongan yang menarik pada harga
berpatutan
c) Jurucakap :
Pengurus memberi penjelasan tentang harga pakej atau isu berkaitan visa,
destinasi pelancongan kepada pelanggan dan masyarakat di luar organisasi
1F + 1C = 2m x3 = 6m
**Mesti kaitkan dengan pelancongan

3. Huraikan tiga peringkat pengurusan dalam sesebuah organisasi perniagaan [6]


1. Pengurusan Atasan
- Terdiri dari pengurus besar atau presiden atau ketua eksekutif.
- ahli lembaga pengarah syarikat yang dilantik oleh lembaga pengarah.
- Terlibat dalam aktiviti pengurusan strategik
- Bertanggungjawab membentuk arah tujuan dan wawasan perniagaan.
- Mengenalpasti dan menganalisis persekitaran, menentukan bagaimana persekitaran
memberi kesan kepada perniagaan, dan menggunakan persekitaran untuk membentuk
strategi bagi menjayakan perniagaan.
2.Pengurusan Pertengahan
-Merupakan pengurus fungsian atau jabatan seperti pengurus bahagian pemasaran,
pengeluaran, kewangan, atau pengurus jabatan mengikut produk.
-Bertanggungjawab terhadap fungsi masing-masing atau mengikut penjabatanan
masing-masing.
- Terlibat dalam membuat perancangan taktikal.
3. Pengurus bawahan
- Terdiri dari penyelia-penyelia.
-Bertanggungjawab kepada pengurus pertengahan.
-Terlibat dalam perancangan operasi
-Mengikut kemahiran khusus seperti sebagai penyelia pengeluaran, penyelia mesin,
pemasaran, akaun dan sebagainya.
- Menyusun kerja harian mereka dan mengarahkan pekerja bawahan melakukan kerja-
kerja
1F+1H/1C=2M x3=6M
4. Jenis kemahiran pengurusan seperti yang berikut:
(i) Antara perorangan

H1 Keupayaan seorang pengurus untuk bekerja secara efektif dengan orang lain
:
H2 Pengurus mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam mengendalikan hubungan
: dengan orang lain, kerja dalam kumpulan dan bekerjasama dengan orang lain sama
ada di dalam atau luar syarikat.
H3 Berupaya berinteraksi dengan pekerja, rakan sekerja dan semua pihak berkaitan
: dengan organisasi.
H4 Menjalinkan hubungan yang baik dengan semua orang di dalam atau luar organisasi
: seperti pelanggan, pembekal dan sebagainya.
H5 Pengurus mempunyai kemahiran memimpin, mengarah, menyelaras, berupaya
: merangsang individu supaya rajin bekerja, berinteraksi, berkomunikasi dengan
berkesan dan memotivasikan pekerja.
H6 Pengurus berupaya memahami tingkah laku, sikap dan perasaan orang lain.
:
C1: Pengurus mahir berunding secara baik dengan pembiaya/pihak bank untuk
mendapatkan pinjaman/ contoh bersesuaian.

(ii) Teknikal

H1 Keupayaan dan kecekapan pengurus untuk menggunakan kaedah-kaedah, prosedur,


: teknik, sistem, peralatan dan pengetahuan dalam bidang khusus untuk melaksanakan
tugas atau kerjanya.
H2 Kemahiran ini diperlukan bagi tujuan mengoperasi mesin dan peralatan serta
: penggunaan prosedur dan kaedah untuk melakukan kerja dalam organisasi.
H3 Berkebolehan memberi tunjuk ajar dan melatih subordinat tentang perkara teknikal
: dalam semua aktiviti dan operasi.
H4 Mampu membuat penyeliaan yang berkesan berkaitan dengan aspek teknikal semasa
: proses pengeluaran.
H5 Mampu mengendalikan semua peralatan dan perkakasan yang memerlukan
: kemahiran teknikal dengan baik.
C1: Pengurus mahir dalam Sistem Maklumat Pengurusan (MIS) bagi meneliti pelaporan /
contoh bersesuaian.
mana-mana 2H + 1C x 2M = 6M
5. En. Iqbal ialah pemilik dan Pengurus Besar Senangin Trading yang mengusahakan
kolam ikan air tawar. Beliau seorang graduan dalam bidang akuakultur dan telah
menceburkan diri dalam bidang ini selama 15 tahun. Dua orang pengurusnya sering
mendapatkan nasihat berkaitan pengurusan daripada En.Iqbal dan sering menjadikan
beliau sebagai inspirasi. Syarikatnya menggaji 20 orang pekerja am. Jelaskan dua
jenis kuasa yang dimiliki En. Iqbal. [6]
Jenis kuasa dimiliki oleh En Iqbal :
a. Kuasa sah
- Kuasa yang diperoleh oleh seseorang disebabkan oleh jawatan yang sah
disandangnya atau kedudukan yang formal dalam organisasi seperti En Iqbal
sebagai pengurus besar Senangin Trading
b. Kuasa kepakaran
- Kuasa yang diperoleh kerana pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang
tertentu yang dimilikinya seperti En Iqbal yang merupakan graduan dalam bidang
akuakultur. 1F+1H/1C=2M x2=4M

6. Huraikan teori motivasi yang dinyatakan oleh Douglas Mc Gregor. [4]


i. Teori X
- Pekerja diandaikan tidak suka bekerja, perlu dipaksa bekerja, malas
dan hanya bekerja apabila ada insentif kewangan dan tidak suka
kepada perubahan.
- Pengurus perlu sentiasa memberi arahan, meningkatkan kawalan
dalaman dan luaran serta menawarkan insentif kepada pekerja.
ii. Teori Y
- Pekerja diandaikan suka bekerja, bertanggungjawab, mempunyai
komitmen terhadap kerja, bermotivasi tinggi, bijak dan bertenaga.
- Pengurus perlu sentiasa memberi kuasa dan autonomi, memberi kuasa
dan autonomi, memberi kepercayaan dan melibatkan pekerja dalam
proses pembuatan keputusan.
1F+1H/1C=2M x2=4M
7. Jelaskan dua kesan stres dalam kalangan pekerja kepada sesebuah organisasi. [4]
a.
2 kesan stress dalam kalangan pekerja:
a. Kesan fisiologi [F1=1] di mana pekerja akan mulai mengalami masalah kerana
sistem badan tidak berfungsi dengan baik seperti tekanan darah tinggi, sakit
kepala, keletihan yang berpanjangan [H1=1]
b. Kesan psikologi [F2=1] di mana pekerja yang stress cenderung untuk cepat naik
marah, gementar dan mudah cemas.[H2=1]
Kesan gelagat atau perlakuan [F3=1] di mana pekerja yang stress cenderung
menunjukkan perlakuan negatif seperti mengambil dadah, meminum alcohol,
merokok yang berlebihan dan lain-lain [H3=1]
Mana-mana 2F+2H=2M
x2=4M
8. Nyatakan empat elemen penting tawaran. [4]
Empat elemen penting tawaran:
c. Tawaran mestilah jelas, lengkap dan muktamad
d. Penerima tawaran harus ditentukan
e. Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran

Tawaran yang dibuat perlu dikomunikasikan


9. Huraikan tiga pengecualian kontrak tanpa balasan yang dikira sah dalam perjanjian.
[6]
(i) Dibuat secara bertulis berasaskan kasih saying antara pihak yang mempunyai
pertalian darah atau hubungan persaudaraan.
(ii) Memberi pampasan secara paksaan oleh perintah mahkamah.
(iii) Perjanjian untuk membayar hutang lapuk.

10. Seseorang individu yang berumur di bawah 18 tahun boleh memasuki kontrak.
Senaraikan empat kontrak tersebut. [4]
(i) Kontrak untuk keperluan hidup
(ii) Kontrak biasiswa
(iii) Kontrak insurans
(iv)Kontrak perkahwinan
11.
(a) Jelaskan dua jenis kepimpinan yang telah ditonjolkan oleh Datuk Danish dalam
menerajui Intan Holdings Berhad.
[18]
FAKTA HURAIAN KAITAN KES
Transformational 1. Memberi inspirasi kepada 1. Bersifat proaktif kerana
(1) pengikutnya untuk mengatasi mentranformasikan
kepentingan diri sendiri demi perniagaan beliau
kepentingan organisasi dan dengan membuka
juga berkebolehan memberi cawangan baru di
kesan yang mendalamdan Manjung Perak (2)
luar biasa kepada
pengikutnya(1)
2. Kedai mereka hanya
2. Gaya kepimpinan sebuah bangunan kayu
transformasi merupakan yang dikenali sebagai
suatu proses yang Syarikat Intan di Jalan
membenarkan wawasan Rozhan Bukit Mertajam
peminpin dikembangkan pada tahun 1957(2)
segera keseluruh
organisasi(1) 3. Di teruskan lagi dengan
cawangan di JalanTunku
Abdul Rahman Kuala
Lumpur pada
tahun1989(2)

4. Tahun 2012, Intan


Holdings Berhad
akhirnya berjaya
menjadi model
perniagaan peruncitan
dan pemborongan uggul
di Malaysia(2)
Berwawasan (1) 1. Kebolehan pemimpin 1. Menjadi pengedar
menyatakan satu wawasan unggul bertaraf dunia (2)
yang realistic,munasabah dan bagi barangan dan
menarik bagi masa depan perkhidmatan halal serta
unit organisasi(1) menjadi peruncit dan
pemborong unggul yg
2. Pemimpin berwawasan harus mampu menyediakan
mempunyai kemahiran nilai terbaik nagi lini
mengenal pasti produk yang pelbagai
wawasan,menerangkan (2)
wawasan kepada org lain (1)
2. Perniagaan mestilah
3. Menyampaikan wawasan berdiri di atas kekuatan
melalui pertuturan dan jaringan yang kukuh (2)
perilaku serta menyalurkan
wawasan kpd konteks 3. Pengurusan perniagaan
kepimpinan yang berlainan yang cemerlang juga
(1) menjadi satu tanda aras
ke arah kejayaan
perniagaan.(2)
(1f= 1m) + (1h=1m) + (4 kaitan kes= 8M ) x2 = 20m (MAKSIMUM 20M)

(b) Jelaskan gaya kepimpinan demokratik yang diamalkan oleh Syarikat Intan
Holdings Berhad(10)
Fakta Huraian Kaitan Kes
Demokratik Gaya kepimpinan ini melibatkan 1. Pandangan dan cadangan
proses membuat keputusan oleh semua kakitangan tanpa
subordinat (1) mengira peringkat diberi
Darjah penglibatan subordinat perhatian dan dibincangkan
dalam proses membuat keputusan untuk dijadikan sebagai
bergantung kepada situasi strategi perniagaan sykt.(2)
masalah yang dihadapi (1)
Pengurus perlulah berbincang 2. Pihak pengurusan dan
dengan subordinat untuk kakitangan akan sama-sama
menyelesaikan sesuatu masalah merangka halatuju dan
yang sedang dihadapi(1) matlamat yang ingin
dicapai(2)

**mana-mana 2 shj 3. Kerjasama erat tantara semua


kakitangan dimanfaatkan
sepenuhnya dalam mencapai
matlamat yang telah
ditetapkan bersama(2)
4. Mengiktiraf semua kakitangan
sebagai asset yang berharga(2)

5. Dasar pintu terbuka (open


door policy) turut
dilaksanakan di mana setiap
kakitangan boleh
berkomunikasi secara
langsung dengan mana-mana
pengurus operasi dan atasan
pada bila-bila masa.(2)

(2H=2M)+(4 kaitan kes x2M=8M)=10M


****mana-mana empat kaitan kes

12. Jelaskan lima elemen yang terdapat dalam sesuatu kontrak menurut Akta Kontrak
1950 (termasuk pindaan)
(20)
13. Jelaskan Proses Pembentukan Pasukan (20)
Proses pembentukan pasukan:
i. Pembentukan (forming) (1m)
Peringkat pengenalan dan penerimaan antara satu sama lain. Setiap ahli akan
mengenal pasti dan mempelajari perlakuan yang diterima oleh pasukan .( 1m)
Pada peringkat ini berlaku ketidakpastian yang tinggi tentang matlamat, kuasa, dan
hubungan (1m)
Peringkat ini amat menekankan orientasi dan penyesuaian diri di kalangan ahli
pasukan. (1m)
contoh: Ahli-ahli dalam pasukan pemasaran produk pencuci serba guna tidak
mengenali antara satu sama lain dan masih kabur tentang matlamat penubuhan
pasukan ini .(1m)

ii. Peributan (storming) [Im]


Pertelingkahan dan persaingan wujud menyebabkan kemajuan pasukan timbulnya
rasa kekurangan (1m)
Timbul permasalahan tentang siapa ketua, peranan yang dimainkan, tugas yang perlu
dilaksanakan, tempoh pelaksanaan, skop tanggungjawab, dan peraturan-peraturan.
(1M)
Kesannya, wujud konflik antara ahli kerana sebarang masalah tidak mudah diterima.
Masalah berakhir apabila semua permasalahan dapat diselesaikan.(1m)
contoh: Ahli-ahli dalam pasukan pemasaran produk pencuci serba guna akan
berkempen untuk menjadi ketua dan menonjolkan peranan masing-masing dalam
pasukan tersebut. (1m)

iii. Penyesuaian (norming) [lm]


Peringkat harmoni wujud apabila semua permasalahan dan konflik yang timbul telahi
diselesaikan.(1m)
Ahli-ahli dalam pasukan dapat bekerja secara harmoni dan bertindak sebagai satu
pasukan di bawah konsep kerjasama. (1m)
Perhubungan interpersonal menjadi normal dan sihat. Perasaan positif dan
penghargaani diri meningkat di kalangan ahli dalam pasukan.(1m)
Kesannya, prestasi dan kualiti kerja dalam pasukan meningkat.(1m)
contoh: Ahli-ahli dalam pasukan pemasaran produk pencuci serba guna telah
memahami fungsi masing-masing dalam mencapai matlamat memasarkan produk
tersebut sebagaimana yang telah dipersetujui.

iv Pelaksanaan (performing) [1m]


Apabila satu pasukan telah sampai ke peringkat harmoni di kalangan ahli, pasukan
mula bertindak sebagai satu unit dan setiap ahli menyokong antara satu sama lain.
(1m)
Setiap ahli pasukan komited antara satu sama lain dan menjalankan tugas masing-
masing.(1m)
contoh: Ahli-ahli dalam pasukan pemasaran produk serba guna menjalankan tugas
seperti melakukan demonstrasi, penerangan, pujukan, dan memilih sasaran pengguna.
(1m)

v. Penangguhan (adjourning)[lm]
Pembentukan satu pasukan mempunyai matlamat dan perlu dilaksanakan. Apabila
sesuatu tugas telah disempumakan, ini bermakna matlamat penubuhan pasukan
tercapai. (1m)
Penubuhan pasukan yang bersifat sementara akan dibubarkan apabila matlamat telah
tercapai.(1m)
Bagi pasukan yang bersifat jangka Panjang,pasukan tersebut akan terus memainkan
perananya(1m)
C0ntoh: Pasukan pemasaran produk serba guna akan dibubarkan apabila matlamat
untuk memperkenalkan produk kepada orang ramai telah berjaya. Setiap ahli tersebut
akan Kembali kepada fungsi asal mereka.

NOTA :MESTI IKUT URUTAN


FAKTA =1M
HURAIAN=2M
CONTOH =1M
(4X5)=20M

You might also like