III A 1 Rosbi Laksana Bantuan Zakat

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2008 Sesi III (A)

PERLAKSANAAN BANTUAN MODAL ZAKAT: ANALISIS PERBANDINGAN

Oleh
Rosbi Abd Rahman,
Sanep Ahmad
Hairunnizam Wahid
Pusat Pengajian Ekonomi
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Selangor, 43600
Malaysia

ABSTRAK

Bantuan modal yang diberi kepada golongan fakir miskin bertujuan untuk mengubah nasib mereka.
Berbagai bentuk bantuan diberikan seperti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, Amanah Ikhtiar
Malaysia dan bantuan modal zakat. Setiap jenis bantuan mempunyai ciri tersendiri. Lantaran itu
keberkesanan bantuan adalah berbeza dan dinyatakan bahawa bantuan modal zakat didapati paling
kurang berkesan. Mengapa dan apakah yang menjadi punca perkara ini berlaku ? Kajian ini bertujuan
menganalisis perbezaan ciri bantuan modal yang diberi kepada fakir miskin yang mungkin menjadi
punca perbezaan keberkesanan. Kajian ini juga cuba menilai apakah punca bantuan modal zakat
sering menemui kegagalan berbanding bantuan lain. Bentuk bantuan yang diteliti ialah Amanah
Ikhtiar Malaysia, Pinjaman TEKUN dan bantuan modal zakat oleh pusat zakat. Analisis
menggunakan fakta kuanlitatif dan diskriptif. Kajian mendapati bahawa pada umumnya semua jenis
bantuan menitik beratkan persediaan awal. Perbezaan amat nyata adalah dari aspek pemantauan yang
mana bagi bantuan modal zakat tidak dilakukan pemantauan. Ia dianggap sebagai bantuan berciri
ikhsan yang menjadi hak golongan fakir miskin. Berjaya atau gagal tidak menjadi persoalan penting.
Akibatnya ialah penerima bantuan mempunyai motivasi yang rendah, tiada komitmen dan berakhir
dengan kegagalan. Implikasi penting dari kajian ini ialah bantuan modal zakat perlu kepada
perubahan ciri dan formatnya iaitu kearah bantuan yang bersifat tanggungan dengan pemantauan
yang ketat bagi memastikan kejayaan dan keberkesanannya.

Kata kunci: Zakat, bantuan modal, fakir dan miskin, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN

_______________________________________________________________________________

PENGENALAN

Falsafah dan kepentingan zakat antaranya adalah bagi merapatkan jurang diantara golongan miskin
dengan golongan kaya menerusi harta yang dizakatkan. Ianya membolehkan golongan miskin
memperolehi bantuan untuk meneruskan kehidupan dan seboleh-bolehnya membantu mereka keluar
dari cengkaman kemiskinan. Di Malaysia, pusat-pusat zakat dan Baitulmal yang menerima amanah
daripada segi menerima, mengumpul dan mengagihkan zakat, menggunakan pelbagai kaedah dan
pendekatan dari segi menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf. Bantuan dan agihan disalurkan
dalam pelbagai bentuk samada berbentuk tidak produktif atau pun produktif. Bantuan tidak produktif
seperti bantuan saraan bulanan, bantuan khas bayaran sewa rumah atau bantuan pendidikan. Bantuan
jenis ini adalah bertujuan untuk membantu fakir miskin meneruskan kehidupan dengan dapat
memenuhi keperluan asas yang dihajatkan.

Bantuan produktif pula adalah bantuan berbentuk bantuan modal samada dalam bentuk tunai
mahupun peralatan. Bantuan modal ini bertujuan bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin

450
Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2008 Sesi III (A)

mengubah kehidupan kearah yang lebih baik iaitu dari golongan penerima zakat kepada golongan
pembayar zakat. Bantuan zakat seperti ini bermatlamat jangka panjang dengan harapan penerima
zakat bertukar status menjadi pembayar zakat bersesuaian dengan falsafah zakat itu sendiri.

ISU DAN OBJEKTIF KAJIAN

Sungguhpun pelbagai usaha dan bantuan modal telah disalurkan namun ianya masih belum
menunjukkan kejayaan yang membanggakan dari aspek mengeluarkan golongan asnaf dari belenggu
kemiskinan. Walaupun tidak dinafikan memang ada golongan asnaf yang berjaya dalam mengunakan
peluang dan bantuan yang ada untuk merubah kehidupan, tetapi masih ramai lagi yang tahap kejayaan
mereka masih tidak begitu memuaskan. Tanggapan dan gambaran yang diberikan hasil daripada
bantuan modal zakat ialah kadar kejayaan yang rendah berbanding dengan bentuk bantuan yang lain
seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). AIM dikatakan mempunyai kadar kejayaan bantuan yang
tinggi dan telah dapat mengatasi masalah kemiskinan peserta atau penerima bantuan. Soalnya ialah
sekiranya AIM berjaya mengapa tidak dengan bantuan zakat.

Selain itu tidak kurang pentingnya untuk mendalami dan mendapatkan gambaran yang benar dan
tepat, mengapa dan apakah punca kadar kejayaan yang rendah. Adakah kegagalan golongan asnaf
menggunakan peluang dan bantuan modal ini dipengaruhi oleh sifat bantuan modal zakat yang unik
dan tersendiri yang mana ianya diberikan secara percuma tanpa dikenakan syarat-syarat yang
mengikat penerimanya untuk membuat bayaran balik. Adakah benar bantuan yang disalurkan
menerusi pinjaman daripada Yayasan Tekun Nasional (TEKUN) atau program Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM) yang tertakluk kepada kaedah pembayaran balik tertakluk kepada syarat yang
ditetapkan memberi kesan kepada kejayaan penerima bantuan ?

Persoalan ini menarik untuk dikaji samada pemberian secara percuma ini menghasilkan kesan yang
positif dari segi meningkatkan peluang mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi,
atau sebaliknya ianya bersifat negatif iaitu menyumbangkan kepada kegagalan. Ini adalah kerana
“percuma“ membawa kesan kepada beberapa perkara seperti kaedah pemilihan, jumlah modal
diberikan, dan juga kaedah pemantauan. Kebanyakan kajian-kajian terdahulu dari segi mengkaji
faktor kejayaan dan kegagalan bantuan zakat lebih tertumpu kepada ciri-ciri demografi penerima
zakat sepeti hubungan faktor-faktor seperti umur, jantina, tingkat pendidikan, latihan dan kemahiran,
pengalaman dalam bidang perniagaan serta jumlah bantuan yang diterima. Harus diingat bahawa
sifatnya yang berbeza dengan bentuk bantuan lain iaitu “percuma” mungkin membawa kesan kepada
kadar kejayaan yang rendah. Sehubungan dengan itu objektif kajian ini ialah untuk meneliti apakah
punca kegagalan bantuan modal zakat berbanding dengan bentuk bantuan modal yang lain. Secara
khusus kajian ini akan meneliti perbezaan aspek kaedah pemilihan, persediaan dan latihan, bentuk /
jumlah bantuan dan kaedah pemantauan diantara beberapa jenis bantuan modal yang dijangkakan
menjadi punca perbezaan pencapaian prestasi bantuan. Bentuk bantuan modal lain yang akan
dijadikan perbandingan adalah Yayasan Tekun Nasional (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia
(AIM).

LATARBELAKANG BANTUAN

a) Yayasan Tekun Nasional (TEKUN)

Latarbelakang Penubuhan

Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang yang diadakan pada tahun 1994 di Universiti Sains
Malaysia ( USM ) telah menyarankan bahawa pihak kerajaan perlu mewujudkan dana khas untuk
Bumiputera di negara ini. Sehubungan itu, Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia (
USM ) telah menubuhkan pasukan petugas bagi mengkaji keperluan dan cadangan penubuhan Tabung
Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga atau ringkasannya ( TEKUN ).

451
Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2008 Sesi III (A)

Projek perintis kepada program TEKUN ini dilaksanakan di Pulau Pinang dan seterusnya
dikembangkan ke Jeli, Kelantan dan di Besut, Terengganu. Dengan kejayaan dan keberkesanan
pelaksanaan program perintis ini maka pihak Kerajaan telah menubuhkan Yayasan TEKUN Nasional
pada tahun 1998 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan dan meletakkannya di bawah
naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Pada 18 Disember 1998, perjanjian
pinjaman dana RM150 juta ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan Yayasan Tekun Nasional.
Antara peranan dan objektif TEKUN adalah menyediakan pembiayaan usahaniaga secara mudah,
menyediakan peluang-peluang perniagaan dan maklumat keusahawanan,menyediakan khidmat
bimbingan kepada para usahawan yang menyertai program TEKUN, mewujudkan komuniti usahawan
TEKUN yang progresif dan dinamik serta jaringan,memupuk budaya keusahawanan dikalangan
rakyat Malaysia danm mengalakkan budaya menabung dikalangan usahawan TEKUN. TEKUN
Nasional sehingga kini telah menjadi institusi pembiayaan kredit mikro yang mampu melahirkan
ramai usahawan Bumiputera yang berdaya maju dan berjaya. (Laman Web Rasmi Yayasan
Tekun,2008).

b) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Latar Belakang

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah merupakan sebuah badan Amanah Persendirian yang
ditubuhkan pada 17 hb. September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah
Akta Amanah (perbadanan)1952 (pindaan 1981) (akta 258). Penubuhan AIM dianjurkan oleh
Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YPEIM), Kerajaan
Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik. Objektif penubuhan AIM ialah untuk
mengurangkan kemiskinan di Malysia melalui pembiayaan Ikhtiar kepada isirumah miskin di luar
bandar untuk membiayai kegiatan yang menambahkan pendapatan. AIM ini mengambil pendekatan
yang dilakukan oleh Bank Garmen di Bangladesh. Bank Garmen di Bangladesh diasaskan oleh Dr.
Muhamed Yunus, Pesyarah Ekonomi di Universiti Chitatagong Bangladesh yang telah menjalankan
kajian pada tahun 1976 mengenai golongan orang miskin yang mendapati golongan ini tidak
berupaya meningkatkan taraf hidup mereka kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi. Maka
Beliau mencadangkan bahawa golongan miskin ini perlu diberi suntikan bantuan modal modal
bantuan untuk memajukan hidup mereka. Idea beliau telah berkembang ke seluruh dunia termasuk
juga di Malaysia.

Projek perintis AIM di Malaysia telah dimulai di Barat Laut Selangor pada tahun 1986 diketuai oleh
Prof. David Gibbons dan Prof Madya Sukor Kasim dari Universiti Sains Malaysia selama dua
setengah tahunh Projek awal ini adalah menguji kesesuaian pendekatan Bank Garmeen dan dikenali
sebagai projek ikhtiar, ianya dibiayai olen YPEIM, Pusat Pembangunan Asia Pasifik (APDC) dan
kerajaan Negeri Selangor. Projek ini melibatkan 373 orang isirumah termiskin yang menerima
pinjaman pertama iaitu seramai 232 orang Sahabat lelaki dan 141 orang sahabat wanita. Antara
projek yang dibiayai adalah seperti kedai runcit, kedai makan, berniaga pasar tani, tanaman sayur,
tanaman padi dan ternakan binatang mengikut kemahiran dan pengalaman yang ada. Pada akhir Jun
1988, satu kajian telah dijalankan kepada penerima bantuan ini untuk mengenalpasti status projek
yang dijalankan. Hasil kajian mendapati sahabat wanita menunjukkan kadar peratusan bayar balik
yabg tinggi iatu 95 peratus berbanding sahabat lelaki 75 peratus. Kajian impak juga menunjukkan
projek Aim ini berjaya menunjukkan peningkatan pendapatan lebih ketara pada sahabat wanita
dengan tambahan pendapatan sebanyak RM136 sebulan manakala bagi sahabat lelaki peningkatan
pendapatan sebanyak RM65 sebulan, Projek AIM ini terus berkembang pesat ke seluruh negara
(Laman Web Rasmi AIM,2008).

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan(RMKe- 8) AIM telah menyediakan kredit mikro
berjumlah RM1.02 bilion kepada 147,544 peserta menerusi 69 cawangan dan 3,962 pusat khidmat
diseluruh negara. Kebanyakan peserta AIM ini terdiri daripada wanita dan ibu tunggal di luar bandar.
Peranan AIM terus diperkukuhkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-(9), dimana AIM
telah diberi peranan untuk membantu membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan separuh

452
Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2008 Sesi III (A)

kemiskinan kepada 2.8 peratus menjelang tahun 2010. Menjelang tahun 2010, AIM akan memperluas
kemudahan kredit mikro kepada 69,200 peserta tambahan dan menambah keahlian kepada 203,200
(Rancangan Malaysia Kesembilan,2006)

c) Bantuan Zakat Modal Perniagaan

Latar Belakang

Di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi bahagian
Baitulmal berperanan dan bertanggungjawab dari segi mengagihkan wang zakat yang diterima kepada
golongan asnaf yang layak. Baitulmal MAIWP ditubuhkan menerusi peruntukan di bawah Seksyen
60 (1), Akta 505 (Akta pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan ).
Kaedah-kaedah Baitulmal telah dibuat untuk memudahkan lagi pengurusan Baitulmal khususnya dari
segi perbelanjaan dan pengagihan. Kaedah tersebut dikenali dengan kaedah–kaedah Baitulmal
Wilayah Persekutuan (perbelanjaan dan penggunaan) 1980, (Pindaan)1988, (Pindaan ) 1996. Objektif
Baitulmal adalah sebagai institusi kewangan Islam yang berperanan untuk membangun dan
menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan kebajikan orang-orang Islam di Wilayah Persekutuan
.Sehingga kini terdapat sebanyak 26 skim bantuan Baitulmal yang disediakan untuk diagihkan kepada
asnaf yang layak, antaranya adalah seperti bantuan kewangan bulanan, bantuan persekolahan, bantuan
perubatan, bantuan musibah dan agensi pendidikan, bantuan wang segera, bantuan am pelajaran,
bantuan perkahwinan, bantuan Ramadhan, bantuan Tuisyen, Bantuan Galkan Hafaz Al-Quran,
Bantuan Pertanian, Bantuan Guaman Syarie dan tidak ketinggalan Bantuan Perniagaan. Skim bantuan
yang disediakan ini samada dalam bentuk bantuan secara jangka pendek dan tidak produktif dan juga
skim bantuan jangka panjang dan berbentuk produktif.

Bagi bantuan zakat berbentuk skim bantuan perniagaan, golongan sasaran utama penerima bantuan
adalah terdiri dari golongan asnaf fakir dan miskin. Penentuan golongan fakir dan miskin adalah
tertakluk kepada pengiraan had al kifayah yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Perundingan
Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dan Mesyuarat MAIWP bagi menentukan penerima adalah layak
dikatogerikan dalam golongan fakir dan miskin yang layak berdasarkan had kifayah yang ditentukan.
Kadar bantuan modal yang diberikan tetakluk kepada pemberian sebanyak RM5,000 bagi pemberian
kali pertama. Jumlah bantuan modal yang diberikan ini menunjukan peningkatan di mana pada tahun
2000 sejumlah RM405,710 telah diperuntukan dan ianya terus meningkat kepada RM436,150 pada
tahun 2005(Laporan Tahunan Zakat, 2005).

Skim bantuan modal perniagaan ini mendapat sambutan daripada golongan asnaf fakir dan miskin
memandangkan syarat yang ditetapkan ini agak mudah seperti hanya perlu menunjukkan bukti
menerusi lesen perniagaan tanpa dikenakan syarat lain seperti menunjukkan rekod kemajuan
perniagaan, pelan rancangan perniagaan, tidak perlu menyediakan cagaran, penjamin dan yang ketara
sekali bantuan yang disediakan adalah 100 peratus percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran balik.
Sungguhpun skim bantuan perniagaan ini merupakan salah satu cara untuk membantu golongan asnaf
fakir dan miskin mendapatkan bantuan bagi memulakan kehidupn berdikari, namun dari segi jumlah
penerimanya dan jumlah bantuan yang disalurkan masih lagi kecil. Pada tahun 2000 hanya seramai
143 orang menerima bantuan ini dengan nilai bantuan berjumlah RM405,710, sejumlah 139 orang
pada tahun 2004 dengan nilai bantuan sebanyak RM439,461 dan seramai 141 orang penerima bantuan
pada tahun 2005 dengan nilai bantuan sebanyak RM436,150. Nilai bantuan modal zakat yang
disalurkan kepada golongan ini merangkumi tidak sampai satu(1) peratus daripada jumlah
keseluruhan agihan pendapatan zakat pada tahun berkenaan.

PROSEDUR PEMBERIAN BANTUAN

a) Syarat –syarat bantuan / pinjaman

Syarat –syarat umum bagi pemberian zakat Baitulmal dibawah skim bantuan perniagaan antaranya
adalah seperti Islam, Warganegara Malaysia,Bermastautin di Wilayah persekutuan tidak kurang dari

453
Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2008 Sesi III (A)

setahun,mengemukakan senarai tanggungan pemohon, salinan pendaftaran perniagaan(SSM)/ surat


kebenaran perniagaan dan lesen perniagaan dari pihak berkuasa . Disamping itu juga jumlah
pendapatan pemohon mesti tidak melebihi had kifayah yang ditetapkan mengikut jadual pengiraan
had kifayah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Manakala bagi bantuan pinjaman yang disediakan oleh Yayasan Tekun adalah merangkumi syarat-
syarat umum seperti Bumiputera dan berumur 18 – 65 tahun, Mempunyai lessen
perniagaan/permit/daftar perniagaan yang sah, mempunyai premis perniagaan / lokasi / cadangan
lokasi dengan dokumen sokongan, tidak mempunyai rekod pembiayaan perniagaan tidak baik, terlibat
secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan, Satu pembiayaan untuk satu isi rumah dan
mempunyai pengetahuan / pengalaman / kemahiran asas mengenai perniagaan yang akan dijalankan.

Bagi bantuan pinjaman di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) antara syarat –syarat umum yang
dikenakan kepada peminjam adalah seperti Isirumah yang berpendapatan kurang dari garis
kemiskinan semasa kerajaan iaitu RM661 sebulan (RM152 perkapita) bagi Semenanjung Malaysia,
RM765 sebulan (RM 167 perkapita) bagi Sarawak dan RM888 sebulan (RM173 perkapita) bagi
Sabah. Peserta juga perlu bersedia menubuhkan kumpulan. Terdiri dari lima orang, sejantina,
dipercayai, bertanggungjawab dan tiada tali persaudaraan yang rapat serta perlu menghadiri kursus
wajib jangka pendek selama 5 hari bertujuan memahami peraturan dan syarat AIM.

b) Jumlah bantuan

Bagi bantuan zakat modal perniagaan, bantuan yang disediakan adalah dalam lingkungan antara RM
2000 sehingga RM40,000. Walaubagaimanapun mulai tahun 2005, pembiayaan minimum adalah
ditetapkan kepada RM5000 bagi permohonan kali pertama. Pembiayaan adalah dalam bentuk tunai
dan pembelian alatan modal untuk kegunaan perniagaan berkenaan. Bagi Yayasan TEKUN Nasional
pula pembiayaan yang ditawarkan adalah di antara RM500.00 hingga RM50,000. Manakala bagi skim
pembiayaan Amanah Ikhtiar (AIM) pula menawarkan pinjaman dalam lingkungan RM2000 sehingga
RM50,000 tertakluk kepada jenis pinjaman yang dipohon.

c) Jenis aktiviti perniagaan

Aktiviti perniagaan yang boleh diberikan bantuan modal dibawah bantuan zakat antaranya meliputi
bantuan perniagaan kecilan seperti seperti makanan, minuman, buah-buahan dan pembekalan dan
alat tulis. Yayasan TEKUN Nasional pula memberikan pembiayaan bagi pelbagai jenis bantuan
perniagaan samada gerai tetap, gerai bergerak, kedai tetap, perniagaan perkhidmatan, pengangkutan
dan pembuatan dan perniagaan berbentuk pakej seperti seperti produk kecantikan, makanan sejuk
beku, pusat tuisyen dan lain-lain jenis perniagaan yang akan ditentukan. Bagi pembiayaan dibawah
AIM, jenis perniagaan yang dipertimbangkan adalah seperti kedai runcit, kedai makan, berniaga
pasar tani dan lain-lain mengikut kemahiran dan pengalaman.

d) Kaedah bayaran balik

Penerima bantuan zakat dibawah skim bantuan perniagan ini tidak perlu membayar kembali bantuan
yang diterima, malahan tiada sebarang caj perkhidmatan yang dikenakan, bantuan ini adalah 100
peratus percuma dan menjadi milik sepenubhya penerima bantuan. Manakala bagi pembiayaan
dibawah Yayasan TEKUN Nasional pula tempoh pembiayaan adalah di antara 6 bulan hingga 5
tahun. Bayaran balik pembiayaan akan dibuat setiap minggu, 2 minggu sekali atau sebulan sekali
bergantung kepada persetujuan peminjam.Bagi pembiayaan di bawah AIM pula mereka dikehendaki
membuat bayaran secara mingguan mengikut tempoh dan kadar yang ditetapkan. Tempoh bayaran
balik antara 25 minggu sehingga 150 minggu tertakluk kepada jenis pinjaman . Disamping itu caj
pengurusan tahunan 10% akan dikenakan ke atas setiap peminjam.

454
Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2008 Sesi III (A)

e) Kaedah pemantauan

Bagi mereka yang menerima bantuan samada menerusi Yayasan TEKUN atau AIM, pemantauan
dapat dilakukan menerusi kaedah bayaran balik yang menetapkan syarat-syarat tertentu bagi
membuat bayaran balik pembiayaan pinjaman berkenaan. Situasi ini berlainan bagi para penerima
bantuan modal zakat, ini kerana setelah menerima bantuan modal zakat ini kebanyakannya
meneruskan perniagaan mereka tanpa menerima pemantauan atau khidmat nasihat yang berkala
daripada institusi zakat berkenaan. Menurut sumber dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP), pemantauan secara berkala ini tidak dapat dilaksankan secara sistematik kerana mereka
kekurangan kakitangan untuk melaksanakannya.

Pemantauan hanya dilaksanakan mengikut keperluan terutamanya apabila penerima bantuan modal
zakat memohon bantuan untuk kali kedua atau seterusnya,maka pada masa ini mereka akan turut
padang untuk meninjaya dan melakukan siasatan samada perniagaan tersebut benar-benar wujud dan
boleh dikembangkan dan sesuai untuk diberikan tambahan modal. Pemantauan juga akan dijalankan
apabila pihak MAIW mendapat aduan atau maklumat daripada orang awam bahawa bantuan yang
diberikan telah disalahgunakan dan diselewengkan oleh penerima bantuan tersebut. Hasil siasatan ini
akan digunakan untuk menilai sejauhmana kebenaran dakwaan berkenaan dan sekiranya terbukti
kebenarannya,maka penerima bantuan ini akan disenarai hitam daripada menerima bantuan
berkenaan dimasa hadapan. Pemantauan juga akan hanya dijalankan apabila penerima bantuan dipilih
secara rawak untuk menjalani kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh institusi zakat berkenaan.
Penerima bantuan yang terpilih kursus keusahawanan ini akan diberi latihan dari aspek keusahawanan
daripada sejumlah mereka yang menghadiri kursus berkenaan maka akan dipilh mereka yang
berkelayakan yang telah dinilai dan dirasakan bersesuaian untuk ditawarkan bantuan bagi
mengembangkan dan meluaskan perniagaan mereka.

Memandangkan bahawa aspek pemantauan tidak begitu dititikberatkan oleh institusi zakat berkenaan
berdasarkan kekangan yang dinyatakan, maka dicadangkan bahawa aspek pemantauan juga dijadikan
sebagai salah satu faktor utama yang diuji pengaruhnya terhadap kepada kejayaan atau kegagalan
sesuatu perniagaan berkenaan. Program pemantauan adalah merupakan satu keperluan yang tidak
boleh diabaikan dan dipandang ringan dalam memastikan kejayaan atau kegagalan bidang perniagaan
yang diceburi.

Seperti yang telah dibincangkan bahawa institusi zakat ( dalam perbincangan ini merujuk kepada
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) menjelaskan mereka kekurangan sumber tenaga untuk
menjalankan aktiviti pemantauan secara berkala, maka aspek pengurusan dan pentadbiran institusi
zakat yang sistematik dan kreatif juga akan diuji sebagai salah satu faktor yang tidak kurang
pentingnya kearah menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan. Komitmen dan
perhatian, sikap profesinalisma , corak kerja yang sistematik adalah penting ke arah memantap dan
memertabatkan lagi kedudukan instiusi zakat sebagai satu badan yang menjaga kepentingan golongan
asnaf.

Secara ringkasnya perbandingan skim bantuan/ pembiayaan yang disediakan oleh ketiga-tiga institusi
berkenaan dari segi syarat bantuan, jumlah pinjaman, jenis perniagaan yang dibiayai, kaedah dan cara
pembayaran balik serta aktiviti pemantauan yang dijalankan dapat diringkaskan dalam Jadual 1
berikut:

Jadual 1:Perbandingan Antara Garis Panduan Pinjaman atau Bantuan Modal Bagi Institusi
Zakat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Yayasan Tekun Nasional

Perkara Majlis Agama Islam Amanah Ikhtiar Malaysia Yayasan Tekun Nasional
Wilayah Persekutuan (AIM) (TEKUN)

455
Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2008 Sesi III (A)

 Islam  Isirumah yang berpendapatan Pinjaman Tekun Niaga/Tunas


Syarat-  Warganegara Malaysia kurang dari garis kemiskinan
Syarat  Bermastautin di Wilayah semasa kerjaan iaitu RM661  Bumiputera berumur 18-
Bantuan/ persekutuan tidak kurang dari sebulan (RM152 perkapita) 60 tahun
Pinjaman setahun bagi Semenanjung Malaysia,  Mempunyai lessen
 Senarai tanggungan pemohon RM765 sebulan (RM 167 /permit/ daftar perniagaan
 Salian pendaftaran perkapita) bagi Sarawak dan yang khusus
Perniagaan (SSM)/Surat RM888 sebulan (RM173  Mempunyai tempat
kebenaran berniaga perkapita) bagi Sabah perniagaan yang khusus
 Lesen Perniagaan dari pihak  Terlibat secara langsung
Berkuasa  Bersedia menubuhkan dan sepenuh masa
 Salian Akuan Sumpah kumpulan. Terdiri dari lima  Tidak mempunyai rekod
Pendapatan pemohon dan slip orang, sejantina, dipercayai, perniagaan yang tidak
gaji suami/isteri yang bekerja bertanggungjawab dan tiada baik
dan penyata pencen tali persaudaraan yang rapat  Pembiayaan perniagaan
 Surat pengesahan doctor dari sedia ada tidak melebihi
hospital kerajaan jika  Perlu menghadiri kursus RM20,000
pemohon atau tanggungan wajib jangka pendek selama  Telah berniaga sekurang-
megalami sakit kronik 5 hari, iaitu 1 ½ jam sehari kurangnya 6 bulan
 Salinan kad JKM pemohon bertujuan memahamai  Satu pembiayaan untuk
dan tanggungan jika ada peraturan dan syarat AIM satu isi rumah
 2 keping gambar perniagaan
sedang beroperasi  Selepaas lulus ujian khas,
 Surat permohonan rasmi peserta perlu menyertai Syarat tambahan
menyatakan masalah dan peserta-peserta lain yang
sebab memohon bantuan terdiri daripaad 2 hingga 8  Baru hendak memulakan
Baitulmal. kumpulan yang dipanggil perniagaan (mempunyai
pusat Rancangan perniagaan)
atau baru berniaga kurang
Jumlah pendapatan pemohon  Peserta wajib hadir dari 6 bulan.
mesti tidak melebihi had kifayah kemesyuarat mingguan pusat.  Mengemukakan rancangan
yang ditetapkan mengikut jadual Segala urusan seperti perniagaan (RP).
permohonan pembiayaan dan
pengiraan had kifayah oleh Majlis  Usahawan perlu
Agama Islam Wilayah bayaran balik pembiayaan
menyediakan 10%
Persekutuan. akan dijalankan semasa
daripada modal
mesyuarat mingguan.
keseluruhan perniagaan
 Seorang penjamin

Jumlah Diantara RM 2000 sehingga Terdapat 4 jenis pembiayaan RM 500 hingga RM50,000
Pinjaman RM40,000. Mulai 2005 IKhtiar
pembiayaan minimum adalah
RM5000 bagi permohonan kali  IKhtiar Rezeki
pertama. Pembiayaan dalam a) Mesra - RM2000 -
bantuk tunai dan pembelian alatan RM20000
modal untuk kegunaan perniagaan b)Srikandi-RM2000-
berkenaan. RM20,000
c)Wibawa- RM 5000
d)I-Wawasan- RM20000-
RM50,000

 Ikhtiar Bestari- RM5000


 Ikhtiar Sejahtera- RM10000
 Ikhtiar Penyayang-RM5000

456
Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2008 Sesi III (A)

Jenis Pelbagai bentuk perniagaan Pelbagai seperti kedai runcit, Gerai tetap, gerai bergerak,
Aktiviti seperti makanan, minuman, kedai makan, berniaga pasar tani kedai tetap, perniagaan
Perniagaa buah-buahan dan pembekalan dan lain;lain mengikut kemahiran perkhidmatan, engangkutan,
n Yang dan alat tulis dan pengalaman Pembuatan dan perniagaan
Dibenark . berbentuk pakej seperti
an produk kecantikan, pusat
tuisyen dan sebagainya.
Kaedah Tiada sebarang pembayaran dan Secara mingguan mengikut Perlu membayar balik
Pembayar tiada caj perkhidmatan dikenakan. tempoh dan kadar yang pinjaman mengikut kaedah
an Balik Bantuan 100% percuma. ditetapkan. Tempoh bayaran balik dan peraturan yang
antara 25 minggu sehingga 150 ditetapkan.Tempoh
minggu tertakluk kepada jenis pembiayaan adalah di antara
pinjaman 6 bulan hingga 5 tahun.
Bayaran balik pembiayaan
Caj pengurusan tahunan 10% ke akan dibuat setiap minggu, 2
atas setiap peminjam minggu sekali atau sebulan
sekali bergantung kepada
persetujuan peminjam.

Kaedah Tiada pemantauan berkala AIM di tadbir urus oleh Lembaga Penerima pinjaman dipantau
pemanta dijalankan. Pemantauan hanya Pemegang Amanah yang terdiri rekod pembayaran balik
uan mengikut keperluan semasa daripada Unit Perancang pinjaman yang dibiayai
Ekonomi (UPE), Unit mengikut syarat yang
Penyelarasan dan Pellaksanaan ditetapkan.
(UPP) jabatan Perdana Menteri,
Kementerian Kewanagn
Malaysia, Kementerian
pembangunan Luar Bandar dan
Wilayah, dan Wakli Kerajaan
Negei dan individu tertentu yang
dilantik dalam kapasiti peribadi
bagi menjamin urusan AIM adil
dan tiada penyelewengan.

Sahabat perlu menjelaskan


pinjaman secara mingguan
semasa menghadiri mesyuarat
mingguan

Mesyuarat Pusat bersama Sahabat


secara mingguan yang wajib
dihadiri bagi menilai, memantau
dan membimbing sahabat.Sahabat
juga diwajibkan menyimpan
secara mingguan antara RM1
hingga RM5 untuk tujuan
kecemasan.

457
Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2008 Sesi III (A)

KESIMPULAN

Kajian ini cuba meneliti perbezaan aspek kaedah pemilihan, persediaan dan latihan, bentuk / jumlah
bantuan dan kaedah pemantauan diantara beberapa jenis bantuan modal. Bentuk bantuan modal lain
yang akan dijadikan perbandingan adalah Yayasan Tekun Nasional (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM). Kajian mendapati bahawa terdapat beberapa perbezaan ketara diantara bantuan
modal zakat dengan bantuan modal AIM dan TEKUN. Perbezaan ini dirasakan menjadi penyumbang
utama mengapa bantuan modal zakat sering menemui kegagalan sedangkan bantuan modal oleh AIM
dan TEKUN mendapat kejayaan. AIM dan TEKUN mempunyai banyak persamaan berbanding
dengan bantuan modal zakat yang amat berbeza dari aspek jumlah bantuan, kaedah pemantauan dan
kewajipan membayar semula modal.

Adalah dicadangkan supaya langkah-langkah penambahbaikan yang bersesuaian dapat dilakukan


dalam usaha membantu keberkesanan bantuan modal oleh institusi zakat. Penambahbaikan ini dapat
dicontohi daripada pengalaman AIM dan TEKUN. Diantara langkah penting yang boleh dilakukan
oleh pusat zakat ialah seperti berikut:

 Mengadakan pemantauan berkala sekurang-kurangya enam bulan sekali terhadap penerima


bantuan modal perniagaan;

 Mengadakan satu rangkaian/jaringan sosial diantara penerima bantuan dan mengadakan


perjumpaan/sesi dailog dengan semua penerima sekurang-kurangnya setahun sekali;

 Menyediakan ruang/tapak perniagaan untuk disewakan oleh pemohon bantuan perniagaan


dilokasi yang bersesuaian;

 Menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan seperti FELDA, FAMA bagi tujuan
membantu dari segi pemasaran hasil perniagaan;

 Mewujudkan satu pangkalan data yang lengkap mengenai kemajuan/ pencapaian dan
maklumat tentang kejayaan/kegagalan penerima bantuan;

 Prosedur pemilihan penerima bantuan diperkemaskan dan dimantapkan lagi seperti


memastikan pemohon menyediakan rancangan atau pelan perniagaan sebelum memohon
bantuan sebagai tanda komitmen dari pihak mereka;

 Menilai kesesuaian jumlah bantuan modal yang diperlukan agar bersesuaian dengan jenis
perniagaan yang diusahakan;

 Mewajibkan pemohon menghadiri kursus/latihan keusahawanan sebelum menerima


bantuan modal berkenaan ;

 Mengadakan perkongsian pintar bersama insitusi lain sepeti Yayasan TEKUN Nasional dan
Amanah Ikhtiar untuk memantapkan dan meningkatkan kejayaan penerima bantuan modal;

 Menyediakan khidmat sokongan seperti kursus, latihan keusahawanan yang berkala dan
berterusan kepada penerima bantuan;

 Mengadakan majlis penganugerahan usahawan berjaya untuk meningkatkan motivasi


kepada penerima bantuan;

 Memastikan pihak pentadbiran institusi zakat melaksanakan pendekatan proaktif dan turun
padang dalam memastikan bantuan ini benar-benar dimanfaatkan oleh penerima bantuan;
dan

458
Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2008 Sesi III (A)

 Memperhebatkan kempen dan promosi dengan kerjasama pihak media bagi mencari
pemohon yang berkelayakan dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam dunia
keusahawanan.

RUJUKAN

Amanah Ikhtiar Malaysia. 2006. Majalah Ikhtiar Julai –September 2006

Mahmood Zuhdi Abd. Majid. 2003. Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Laporan Tahunan 2004

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Laporan Tahunan 2005

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Laporan Tahunan 2006

Malaysia.2006. Rancangan Malaysilam malysiaa Kesembilan,2006-2010

Nik Mustafa Nik Hassan. 2002. Ekonomi Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur:
Institut Kefahaman Islam Malaysia

Nor Aishah Buang. 2002. Asas Keusahawanan. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Laporan Zakat 2006.

Laman Web Rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia. http://www.aim.gov.my/cms/index.html diakses pada


25/5/2008

Laman Web Rasmi Yayasan TEKUN Nasional. http://www.tekun.gov.my/ homepage. diakses pada
2/7/2008.

459

You might also like