Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

AJ21803 SEJARAH EKONOMI TANAH MELAYU (1850-1941) [1-2022/2023]

NAMA: NIELZRON RICKY RUBIN

NO. MATRIKS: BA20110033

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA. DR. A RAHMAN TANG BIN ABDULLAH

ULASAN BAB DALAM BUKU

TAJUK:

A Brief History of Commercial Capitalism. Jainus Banaji, 2020, Hypermarket,


Chicago, Illinois.

Bab 2, The Infrastructure of Commercial Capitalism.


A Brief History of Commercial Capitalism adalah sebuah karya penulisan berbentuk buku
yang telah ditulis oleh seorang professer yang bernama Jairus Banaji yang mana beliau
sekarang ini telah berumur 74 tahun. Buku yang ditulis oleh beliau ini telah diterbitkan dua
tahun yang lalu iaitu pada tahun 2020 di Hypermarket, Chicago, Illinois. Beliau juga
merupakan seorang Research Associate di Jabatan Pengajian Pembangunan SOAS, Universiti
London sejak beberapa tahun yang lalu dan telah menghabiskan sebahagian besar
kehidupan akademiknya di Oxford. Buku yang telah ditulis oleh Professer Jairus Banaji ini
mempunyai enam bad yang mana ianya berkaitan tentang sejarah komersial kapitalisme,
peranan dan perkembangan komersial kapitalisme di dunia.

Ulasan bab yang telah dipilih oleh pengulas adalah bab dua yang bertajuk The
Infrastructure of Commercial Capitalism. Dalam bab ini pengulas telah mengenalpasti intipati
yang hendak disampaikan oleh penulis iaitu perkaitan koloni perdagangan, pasaran borong
dan bil pertukaran atau lebh difahami sebagai pertukaran mata wang yang telah berlaku
dalam sesuatu tempoh melalui perkembangan komersial kapitalisme dunia.

Pengulas juga telah mengenalpasti kekuatan yang terdapat dalam bab dua ini
melalui idea yang hendak diketengahkan oleh penulis buku ini. Salah satu yang telah
dikenalpasti adalah koloni perdagangan yang berlaku diperingkat dunia. Koloni perdagangan
yang telah merangkumi seluruh dunia telah menjadikan berlaku hubungan perdagangan
antara negara-negara lain bagi memastikan kepentingan antara dua pihak terus terpelihara.
Hal ini dapat dibuktikan melalui mobiliti yang disediakan disetiap negara seperti di Melaka,
Sohar, Masqat dan Calicut yang telah memberi penempatan yang besar kepada peniaga
asing serta perlindungan. Selain itu, penglibatan pedagang islam dari Kaherah dan Laut
Merah di Calicut selain daripada orang kristian juga telah berlaku diamana mereka telah
menguasai perdagangan rempah ratus yang menjadikan mereka sebagai pedangang yang
kaya di awal abad ke-14 yang telah merentasi kawasan Venice. Dalam menjelaskan idea ini
pengulas juga telah mendapati bahawa penguasaan terhadap koloni perdagangan ini telah
memainkan peranan yang penting bagi menguasai sesebuah pelabuhan perdangan dan
lautan hal ini dapat dibuktikan dengan keberjayaan pedagang Yunani dari Sepanyol,
Portugis dan pedagang Islam dalam perdagangan peringkat dunia namun dalam ketiga-tiga
kuasa tersebut orang Yunani Sepanyol merupakan penguasa perdagangan yang mempunyai
pengaruh yang besar bermula dari benua Afrika, timur tengah, asia tenggara sehinggalah ke
asia timur iaitu di China.

Seterusnya, pasaran borong juga merupakan idea yang telah diketengahkan oleh
penulis. Menurut penulis, pasaran borong berlaku adalah disebabkan oleh permintaan oleh
sesebuah negara yang memerlukan dengan mengeksport bahan atau barangan mentah
seperti karang, sutera mentah, candu, rempah, minyak zaitun dan kapas. Sehubungan itu,
pasaran borong ini telah berkembang dengan adanya pertukaran wang atau pengkreditan
melalui tansaksi. Dengan wujudnya sistem perbankkan ini pedangang atau peniaga asing
khususnya membolehkan mereka untuk menanam modal atau memberi modal kepada
petani. Hal ini dapat dibuktikan melalui kemajuan penanam miskin di Puglia dimana
penanaman minyak zaitun telah meningkat dan menguntungkan peniaga dari Arab dan
Turki kerana mereka merupakan pembeli terbesar. Selain itu kewujudan pasaran borong ini
telah menjadikan Afrika barat tengah sebagai pelaburan terbesar komersial Portugis
terhadap pasaran hamba. Pada awal abad ke-19 telah muncul modal komersial yang
membolehkan pengumpulan industri secara besar-besaran berlaku. Hal ini membolehkan
tahap permintaan pasaran dunia dapat ditingkatkan untuk tanaman perindustrian seperti
kapas, sutera, minyak sawit dan getah. Kesannya, perdagangan internasional telah
meningkat dengan drastik pada awal abad ke-19.

Intipati yang terakhir yang telah dikesan oleh pengulas dalam bab dua ini adalah
penggunaan bil pertukaran. Penulis telah menjelaskan bahawa bil pertukaran merupakan
cara ataupun kaedah yang utama dalam peredaran perdagangan borong. Hal ini disebabkan
bil pertukaran dilaksanakan dengan mengkreditkan wang dalam bank. Bil pertukaran ini juga
merupakan asas pasaran mata wang dan ianya berlaku pada abad ke-14 di Venice dimana
ianya digunakan dengan meluas. Kewujudan bank pada abad ke-14 seperti bank diposit
tempatan dan komersial kredit telah membantu dalam memudahkan urusan pedagangan.
Namun begitu dalam hal pertukaran bil ianya memerlukan modal yang besar dalam
urusannya dan kebiasaannya berlaku antara pedagang yang kaya. Manakala pada abad ke-
18 pula bil pertukaran ini telah diedarkan dengan cara besar atau dalam erti kata yang lain
telah diplikasikan hampir disetiap negara-negara pelabuhan. Hal ini telah menyebabkan
wujudnya sebuah rang undang-undang yang menjadi instrumen kapitalisme komersial yang
sempurna. Kesannya, bil pertukaran ini telah digunakan dengan meluas terhadap
perdagangan pasaran antarabangsa. Pada abad ke-19 pula bil pertukaran ini telah
berkembang dengan baik dan memudahkan pedagang yang mana hasil eksport tersebut di
masukkan kedalam akaun sendiri walaupun pangkalan tersebut berada di luar negara.

Namun begitu, pengulas juga mendapati bahawa dalam penulisan bab 2 ini, ianya
lebih berbentuk kepada penceritaan yang menjadikan pengulas sukar untuk memahami isu
atau initipati yang hendak disampaikan oleh penulis kepada pembaca. Sehubungan itu,
pengulas juga mendapati bahawa penulis juga tidak memberi penerangan yang seimbang
terhadap kapitalisme komersial yang berlaku di setiap abad.

Secara keseluruhannya, bab ini merupakan sebuah bab yang begitu banyak manfaat
kepada pembaca khususnya kepada pelajar sejarah kerana ianya boleh dijadikan sebagai
sumber rujukan berkaitan dengan sejarah kapitalisme komersial yang berlaku di peringkat
dunia terutamanya kepada perkembangan, peranan dan kesannya serta struktur kewujudan
kapitalisme komersial. Selain itu, bab ini juga dapat memberi pengetahuan yang baru
kepada pembaca tentang infrastruktur kapitalisme komersial yang berlaku dari awal abab
ke-12 sehingga abab ke-19. Pengulas juga mendapati penyusunan idea dalam bab ini
adalah tersusun sesuai dengan kronologinya.

You might also like