Bengkel Tatabahasa - Sintaksis-Guru JWPKL-5Julai

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

BENGKEL PEMANTAPAN TATABAHASA 2023

Tarikh: 5 Jun 2023 Hari: Rabu Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tajuk: Sintaksis
Oleh Cikgu Abdul Ghalib bin Yunus, Munsyi Dewan

1.0 Pengenalan

Sistem Bahasa

1. Bidang Morfologi 2. Bidang sintaksis

Frasa klausa ayat

FN FK FA FS bebas klausa

1. subjek dan predikat

2. pola ayat

3. susunan ayat

4. jenis ayat

5. ragam ayat

6. Binaan ayat
1.1 Frasa
(a) Dalam bahasa Melayu, ada empat (4) frasa, iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan
Frasa Sendi Nama.

B. Jenis Frasa

(i) Frasa Nama

Binaan frasa nama mestilah mempunyai kata nama sebagai inti seperti yang berikut:

Binaan = konstituen

Frasa Nama
Kata bilangan + penjodoh bilangan + gelaran + kata nama + itu/ini +penerang
Contoh:
Keempat-empat ekor lembu itu (inti – lembu)
Lima kemengan (inti – kemenangan)
Tengku Arif (inti – Arif)
Pelajar itu (inti – pelajar)
Pemain yang termuda ini (inti – pemain)

Binaan FN

1. inti + penerang

2. penerang + inti

3. penerang + inti + penerang

[Keempat-empat] ekor lembu itu

[Pen. Bil. ] + [pen.PB] + [inti ] + [pen. Penunjuk]

Latihan 1

Garis frasa nama yang terdapat dalam ayat

1. Karim dan Jamal akan mengusahakan kilang kain

2. Usaha sama dalam bidang teknologi pembuatan pesawat akan

diadakan oleh beliau dengan syarikat dari luar negara.


3. Dengan menggunakan bom air, pasukan bomba akan memadamkan kebakaran di bangunan
tinggi.

4. Kamu mesti memberikan sepenuh perhatian ketika guru mengajar.

5. Engkau mesti menjelaskan bil elektrik yang tertunggak sejak tiga bulan lepas.

Fungsi Frasa Nama


1. Sebagai subjek. Contoh:
(a) Bapa beliau pengetua sekolah kami.

2. Sebagai predikat. Contoh:


(a) Juara Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana 2023 ialah pasukan catur SMK Seri
Serdang.

3. Sebagai objek. Contoh:


(a) Bapa menaiki komuter ke Seremban.

4. Sebagai pelengkap. Contoh:


(a) Abang saya ingin menjadi pemain catur yang terkenal.

5. Sebagai unsur/pelengkap frasa sendi nama. Contoh:


(a) Kami tinggal di kawasan pedalaman.

6. sebagai penerang, Contoh;

(a) Orang tua itu bergigi emas. (emas –penerang)

(b) Beliau berbaju kemeja. (penerang)

Latihan 2
Nyatakan fungsi frasa nama dalam ayat:

1. Bapa beliau pengetua sekolah kami.

2. Juara Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana 2023 ialah pasukan catur SMK Seri
Serdang.

3.Bapa menaiki komuter ke Seremban.


4. Abang saya ingin menjadi pemain catur yang terkenal.
6. Kami tinggal di kawasan pedalaman.

(ii) Frasa Kerja

Binaan frasa kerja mestilah mempunyai kata kerja sebagai inti seperti yang berikut:

Frasa Kerja
Kata bantu/kata adverba + kata kerja + objek /pelengkap
Contoh:
berenang (inti – berenang)
selalu mengarang puisi (inti – mengarang)
masih belum bertemu jodoh (inti – bertemu)
boleh menyertai lawatan (inti – menyertai)
telah membatalkan kenaikan (inti – membatalkan)
selalu memperkatakan hal (inti – memperkatakan)
akan dikirimkan (inti – dikirimkan)
telah saya pos (inti – pos)
telah menyatakan (bahawa masalah itu akan diselesaikan). (inti – menyatakan )

Latihan 1

Garis frasa kerja yang terdapat dalam ayat.

1. Saya menendang bola.

2. Burung itu ditembak oleh beliau.

3. Kamu menyenaraikan barang yang mahu kamu beli.

4. Lori sampah terlanggar kereta kancil.

5. Anaknya dibelikan sebuah kereta oleh beliau.

Fungsi Frasa Kerja

1. Sebagai subjek yang berfungsi sebagai frasa nama. Contoh:


(a) Bersenam menyihatkan badan.

2. Sebagai predikat. Contoh:


(a) Beliau bersenam pada setiap pagi.
(b) Dia kehujanan.
3. Sebagai penerang. Contoh:
(a) Bola yang disepaknya tinggi melambung ke udara.
(b) Orang tua itu jatuh terduduk.

4. Sebagai frasa adjektif. Contoh:


(a) Kejayaan beliau amat membanggakan kami.

5. Sebagai frasa sendi. Contoh:


(a) Kami akan menyelesaikan masalah itu melalui perbincangan.

Latihan 2

Nyatakan fungsi frasa kerja dalam ayat yang berikut:

1. Bersenam menyihatkan badan.


2.Beliau bersenam pada setiap pagi.
3. Bola yang disepaknya tinggi melambung ke udara.
4. Kejayaan beliau amat membanggakan kami.
5. Kami akan menyelesaikan masalah itu melalui perbincangan.

(iii) Frasa Adjektif

Binaan frasa adjektif mestilah mempunyai kata adjektif sebagai inti seperti yang berikut:

Frasa Adjektif
Kata penguat + kata adjektif + kata penguat
Contoh:
masyhur (inti –masyhur)
paling baik (inti – baik)
tinggi benar (inti – tinggi)
amat fasih sekali (inti – fasih)
tersangat besar (inti – besar)
kemelayuan (inti – kemelayuan)

Latihan 1

Garis frasa adjektif yang terdapat dalam ayat.

1. Sangat banyak murid yang hadir pada hari ini


2. Murid dari kawasan pedalaman itu sungguh bijak.

3. Masalah itu sangat rumit.

4. Makanan yang dijual oleh beliau sangat masin.

5. Terlalu tinggi bangunan yang dibina di kawasan itu.

Fungsi Frasa Adjektif

1. Sebagai subjek yang berfungsi sebagai frasa nama. Contoh:


(a) Merah merupakan warna kegemaran saya.

2. Sebagai predikat. Contoh:


(a) Murid sekolah rendah itu sangat pintar.

3. Sebagai penerang. Contoh:


(a) Kami hanya menjual emas tulen.

4. Sebagai pelengkap. Contoh.


(a) Guru Besar menegur murid kelas itu kerana mereka selalu berbuat bising.

5. Sebagai kata adverba. Contoh:


(a) Orang tua itu berjalan perlahan.

Latihan 2

Nyatakan fungsi frasa adjektif dalam ayat yang berikut.

1.Merah merupakan warna kegemaran saya.

2.Murid sekolah rendah itu sangat pintar.

3.Kami hanya menjual emas tulen.


4.Guru Besar menegur murid kelas itu kerana mereka selalu berbuat bising.
5.Orang tua itu berjalan perlahan.

(iv) Frasa Sendi Nama

Binaan frasa sendi nama pula tidak mempunyai inti kerana frasa sendi nama merupakan frasa
eksosentrik. Oleh itu, frasa sendi nama ditentukan melalui kata sendi nama yang menjadi kepala
frasa nama.
Frasa Sendi Nama
Jika kepala frasa terdiri daripada kata sendi nama, maka frasa tersebut ialah frasa sendi nama.
Contoh :
sampai hujung bulan (sampai ialah kepala frasa)
hingga Disember (hingga ialah kepala frasa)
oleh seniman agung (oleh ialah kepala frasa)
untuk kanak-kanak (untuk ialah kepala frasa)

Latihan 1

Garis frasa sendi nama yang terdapat dalam ayat.

1. Peranan beliau adalah ( sebagai ketua urus setia). (dipertanggungjawabkan)

2. Perjumpaan tersebut pada hari esok. (dijadualkan)

3. Pada petang itu, beliau dengan adik saya. (belajar)

4. Kereta ini untuk kakak saya.(dibeli)

5. Mesyuarat itu hingga petang.

Fungsi Frasa Sensi Nama

1. Sebagai predikat. Contoh:


(a) Saya ke Kuala Lumpur.

2. Sebagai keterangan predikat


(a) Saya bermain bola di padang.
(b) Saya akan ke Ipoh pada hari Isnin.

3. Sebagai pelengkap. Contoh:


(a) Kapal itu menuju ke utara.
(b) Kereta membelok ke kiri.

4. Sebagai penerang. Contoh:


(a) Kakak mengangkat baju pada ampaian itu.
(b)Ayah menceritakan pengalamannya pada zaman Jepun.
(c)Luka pada kaki ayah masih belum sembuh.

5.Sebagai frasa sendi nama tanya. Contoh:


(a) Kamu tinggal di mana?
6. Sebagai penanda wacana. Contoh:
(a) Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan.
(b) Selain itu, kerajaan perlu mengadakan kempen “Cintailah Alam Sekitar”.

Latihan 2

Nyatakan fungsi frasa sendi nama dalam ayat yang berikut.

1. Saya ke Kuala Lumpur.

2. Saya bermain bola di padang.

3. Kapal itu menuju ke utara.

4. Ayah menceritakan pengalamannya pada zaman Jepun.

5. Saya akan ke Ipoh pada hari Isnin.

6. Kamu tinggal di mana?

7. Selain itu, kerajaan perlu mengadakan kempen “Cintailah Alam Sekitar”.

2.0 Klausa

Definisi

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Huruf
pertama pada perkataan pertama dalam klausa ditulis dengan huruf kecil dan klausa tidak diakhiri
dengan tanda noktah.

Contoh klausa:

⚫ beliau guru
⚫ saya membaca buku

Selain itu, klausa mempunyai potensi untuk menjadi ayat apabila huruf pertama pada perkataan
pertama ditulis dengan huruf besar dan binaan tersebut diakhiri dengan tanda noktah.

Contoh:
⚫ Beliau guru.
⚫ Saya membaca buku.

2.1 Bentuk klausa


Dari segi bentuk, klausa terdiri daripada klausa bebas dan klausa tidak bebas.

A. Klausa Bebas
Definisi:

Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri sebagai ayat.

Ciri-ciri klausa bebas:

(i)Ada subjek dan predikat

(ii)Huruf pertama pada perkataan pertama ditulis dengan huruf kecil kecuali kata nama khas

(iii)Tiada tanda noktah

(iv)Dapat berdiri sendiri tanpa terikat oleh kata hubung

Contoh klausa bebas:

⚫ orang itu keletihan


⚫ remaja itu cantik
⚫ bapa menyatakan sesuatu
⚫ wanita itu ketinggalan bas
⚫ Pak Samat menebang pokok kelapa

Klausa bebas dapat berdiri sendiri untuk membentuk ayat yang lengkap. Lihat ayat yang di bawah:

⚫ Orang itu keletihan.


⚫ Remaja itu cantik.
⚫ Bapa menyatakan sesuatu.
⚫ Wanita itu ketinggalan bas.
⚫ Pak Samat menebang pokok kelapa.
B. Klausa tak bebas
Definisi:

Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat.

Ciri-ciri klausa tak bebas ialah:

(i)Ada subjek dan predikat

(ii)Huruf pertama pada perkataan pertama ditulis dengan huruf kecil kecuali kata nama khas

(ii)Tiada tanda noktah

(iii)Tidak dapat berdiri sendiri kerana terikat oleh kata hubung

Contoh klausa tak bebas:

⚫ yang bertali leher


⚫ tetapi malas
⚫ bahawa beliau akan mengerjakan umrah
⚫ kerana lewat bangun daripada tidur
⚫ dengan menggunakan kapak

Contoh klausa tak bebas dalam ayat:

Orang yang bertali leher itu keletihan.


Remaja itu cantik tetapi malas.
Bapa menyatakan bahawa beliau akan mengerjakan umrah.
Wanita itu ketinggalan bas kerana lewat bangun daripada tidur.
Pak Samat menebang pokok kelapa dengan menggunakan kapak
(Catatan: Bahagian yang bercetak miring ialah klausa tak bebas)
3.0 Ayat
3.1 Subjek dan Predikat serta Pola Ayat
1. Murid mestilah mengenal pasti dua bahagian ayat. Bahagian pertama ialah subjek. Bahagian
kedua ialah predikat. Contoh:

(i) Kesilapan itu satu pengajaran kepada dia kerana kesilapan tersebut telah menyebabkan
syarikat mengalami kerugian yang besar.

Subjek Kesilapan itu


Predikat satu pengajaran kepada dia kerana kesilapan
tersebut telah menyebabkan syarikat mengalami
kerugian yang besar

2. Murid perlu mengenal binaan subjek dan predikat untuk menentukan susunan ayat. Contoh:

(i) Untuk menghadapi peperiksaan percubaan SPM, murid-murid menelaah pelajaran.

Untuk menghadapi murid-murid menelaah pelajaran.


peperiksaan percubaan
SPM,
Predikat Subjek Predikat

Susunan ayat Ayat susunan songsang

3. Murid perlu mengenal binaan subjek dan predikat untuk menyatakan pola ayat. Contoh

(a) Belum bertulis lagi laporan itu kerana beliau masih berada di wad..

Subjek Laporan itu


Predikat belum bertulis lagi kerana beliau masih
berada di wad.
Pola ayat FN + FK
3.2 Ayat Dasar

(a) Ayat dasar atau ayat inti ialah ayat yang menjadi asas atau sumber pembentukan semua ayat
yang lain. Ayat ini juga dikenal sebagai ayat mudah. Ayat inti terdiri daripada empat pola, iaitu
Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif, dan Frasa
Nama + Frasa Sendi. Subjek biasanya terdiri daripada frasa nama sahaja, manakala predikat
terdiri daripada sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi.

Contoh:

Pola Subjek Predikat

FN + FN Beliau pengetua SMK Seksyen 3.

FN + FK Murid lelaki itu sedang tidur.

FN + FA Bapa sangat gembira.

FN + FS Kami akan ke Ipoh.

(b) Ayat dasar mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i. mempunyai satu binaan subjek dan satu binaan predikat.

ii. merupakan ayat susunan biasa sahaja.

iii. terdiri daripada ayat penyata sahaja.

iv. tidak mempunyai penerang atau keterangan.

(c) Dengan menggunakan ayat dasar, murid dapat menyatakan pola ayat dengan mudahnya.

Caranya ialah binaan keterangan dan penerang digugurkan. Binaan yang tinggal ialah ayat dasar.

Contoh:

Nyatakan pola ayat di bawah ini:

(i) Dengan menggunakan satu bahasa kebangsaan sahaja, negara kita telah membentuk satu
identiti nasional yang sama dalam kalangan rakyat.
Jawapan:

Ayat dasar Pola ayat


1. Negara kita /telah membentuk satu identiti FN + FK
nasional

(d) Dengan mengenal ayat dasar, kita akan dapat mengenal pasti ragam ayat tersebut sama ada
ayat aktif atau ayat pasif. Contoh:

1. Dia kena denda kerana tidak menyiapkan tugasannya.

Ayat dasar Ragam ayat


Dia kena denda pasif

2. Dia menyiapkan tugasannya setelah didenda oleh gurunya.

Ayat dasar Ragam ayat


Dia menyiapkan tugasannya aktif

3.3 Ayat tunggal.


(a) Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.

(b) Ayat tunggal terdiri daripada ayat penyata, ayat seruan, ayat perintah dan ayat tanya.

(c) Lazimnya, ayat tunggal mempunyai penerang atau keterangan. Contoh:

(i) Murid dari kawasan pedalaman itu sangat bijak.

Penerang: dari kawasan pedalaman

(ii) Mereka membaca buku di perpustakaan sekolah.

Keterangan: di perpustakaan sekolah

(d) Bagi ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah, ayat ini dikenali sebagai ayat tunggal
walaupun tanpa keterangan.

(e) Ayat tunggal termasuk ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang.

(f) Ayat-ayat di bawah ini terdiri daripada ayat tunggal dan bukan ayat tunggal serta
susunannya.
Ayat Tunggal/bukan susunan
(i) Beliau menyelesaikan masalah itu Tunggal biasa
(ii) Siapakah lelaki yang bertali leher bukan songsang
itu?
(iii) Ambil buku latihan kamu di bilik Tunggal songsang
guru.
(iv) “Cis, berani engkau menghina tunggal songsang
datukku!”
(v) Di padang sekolah, mereka tunggal songsang
bersenam.

2. Dengan menguasai ayat tunggal, calon akan :

(a) dapat menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang atau sebaliknya.

(b) menyambungkan ayat tunggal kepada ayat majmuk

(c) mencerakinkan ayat majmuk kepada ayat tunggal.

4. Sila nyatakan binaan subjek, predikat dan keterangan predikat bagi setiap ayat yang
berikut:

(a) Pada tahun lepas, saya mengikuti lawatan ke Sabah.

(b) Saya akan melancong ke Jepun dengan keluarga saya.

(c) Dari pagi hingga petang, guru sekolah kami bermesyuarat.

(d) Abang telah mengirimkan buku melalui perkhidmatan Poslaju.

(e) Pihak sekolah akan membina asrama untuk murid dari kawasan pedalaman.
3.4 Ayat majmuk.

(a) Ayat majmuk ialah:


• ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua ayat kecil, atau
• ayat yang terdiri daripada ayat utama dan sekurang-kurangnya satu ayat kecil.

Contoh:

Ayat Majmuk: Pak Samad menebang pokok dengan menggunakan gergaji.

Ayat Utama: Pak Samad menebang pokok.

Ayat Kecil: Pak Samad (dengan) menggunakan gergaji.

Latihan

Isi tempat kosong dengan jenis ayat majmuk yang betul dengan berdasarkan ayat-ayat contoh
yang diberikan. Imbas kod QR untuk melihat maklumat sebagai bantuan. (Anda digalakktan
untuk memuat turun aplikasi Google Slides.)

Jenis Ayat Majmuk Ayat Contoh


Firdaus anak orang kaya tetapi Farid
(a)
bukan.

Lelaki yang berbaju kemeja putih itu


(b)
abang sulung saya.
IMBAS SAYA
Daria memberitahukan bahawa hari esok https://tinyurl.com/
(c)
akan hujan. 8se8wj8r

(d) Kita tidak akan berjaya jika kita malas.

Cef Ehsan memotong sayur dengan


(e)
menggunakan pisau yang baru diasahnya.
3.5 Ayat Terbitan

(a) Ayat terbitan ialah ayat yang terhasil melalui pengguguran, penyusunan semula dan peluasan.

(b) Ayat terbitan yang terhasil daripada pengguguran adalah seperti ayat perintah yang berasal daripada
ayat penyata. Contoh:

Ayat penyata Kamu ambil buku di atas meja saya.

Aat perintah ( ) Ambil buku di atas meja saya.

(c) Selain itu, ayat yang mengalami pengguguran berlaku apabila ayat tunggal digabungkan untuk
menjadi ayat majmuk. Contoh:

Karim akan mengusahakan kilang kain. Jamal akan mengusahakan kilang kain.

Karim dan Jamal akan mengusahakan kilang kain

Ulasan: Oleh sebab dua binaan predikat sama, salah satu binaan tersebut digugurkan.

(d) Ayat terbitan juga terbentuk melalui proses penyusunan semula seperti:

(i) Ayat penyata bertukar menjadi ayat tanya atau ayat tanya bertukar kepada ayat penyata. Contoh:

Ayat penyata Saya akan berkahwin pada bulan ini.

Ayat tanya Bilakah kamu akan berkahwin?

(ii) Ayat aktif bertukar menjadi ayat pasif atau ayat pasif bertukar menjadi ayat aktif. Contoh:

Ayat aktif Beliau akan mengadakan usaha sama dalam bidang teknologi pembuatan
pesawat dengan syarikat dari luar negara.

Ayat pasif Usaha sama dalam bidang teknologi pembuatan pesawat akan diadakan oleh
beliau dengan syarikat dari luar negara.

(iii) Ayat cakap ajuk bertukar kepada ayat cakap pindah dan ayat cakap pindah bertukar kepada ayat
cakap ajuk
Ayat cakap “Nama kamu siapa,” tanya Cikgu Jamil kepada murid baharu itu.
ajuk

Ayat cakap Cikgu Jamil bertanya kepada murid baharu tersebut tentang namanya.
pindah

(ii) Ayat susunan biasa disusun semula menjadi ayat susunan songsang. Contoh:

Ayat susunan Pasukan bomba akan memadamkan kebakaran di bangunan tinggi dengan
biasa menggunakan bom air.

Ayat susunan Dengan menggunakan bom air, pasukan bomba akan memadamkan kebakaran
songsang 1 di bangunan tinggi

Ayat susunan Akan memadamkan kebakaran pasukan bomba di bangunan tinggi dengan
songsang 2 menggunakan bom air.

(e) Ayat terbitan juga terbentuk melalui proses peluasan. Proses ini dapat dilihat apabila klausa relatif,
komplemen dan keterangan dimasukkan dalam ayat. Contoh:

(i) Ayat tunggal diperluas melalui proses gabungan ayat tunggal. Contoh:

Syarikat dari luar negara akan membina kilang. Kilang akan didirikan di kawasan luar bandar.

Syarikat dari luar negara akan membina kilang yang akan didirikan di kawasan luar bandar.

(ii) Ayat tunggal diperluas melalui proses pancangan. Contoh:

Kereta itu kereta Cikgu Khairul. Kereta itu berwarna biru.

Kereta yang berwarna biru itu kereta Khairul.

(iii) Ayat tunggal diperluas melalui proses pancangan dengan menambah bahagian keterangan. Contoh:

Dia tidak hadir ke sekolah. Dia demam

Dia tidak hadir ke sekolah kerana demam

You might also like