Bab #10 Pengurusan Kewangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

BAB #10 : Matematik Pengguna : Pengurusan

1. Nyatakan 5 proses Pengurusan Kewangan

(a) …………………………………………………………………………………….
(b) …………………………………………………………………………………….
(c) …………………………………………………………………………………….
(d) …………………………………………………………………………………….
(e) …………………………………………………………………………………….

2. Terdapat dua matlamat dalam menetapkan matlamat kewangan.


Berikan dua perbezaa utama dua matlamat tersebut.

Matlamat

Tulis 2
Perbezaan
Matlamat
Ini

Contoh

3. Dua perkara yang perlu difikirkan dalam merancang kewangan. Senaraikan dua perkara itu
beserta contoh :

(a) ………………………………………………………………………………………………..

(b) ………………………………………………………………………………………………..

4. Tuliskan maksud bagi setiap akronim yang tersebut.

Matlamat
Kewangan
SMART

1|
BAB #10 : Matematik Pengguna : Pengurusan

5. Dalam merancang pelan kewangan, terdapat dua jenis pendapatan. Berikan 2 contoh bagi setiap
pendapatan itu.

(a) Pendapatan aktif = ……………………………………………………………………………

(b) Pendapatan pasif = ……………………………………………………………………………

6. Dalam merancang pelan kewangan, terdapat dua jenis perbelanjaan. Berikan 3 contoh bagi setiap
pendapatan itu.

(a) Perbelanjaan tetap = ……………………………………………………………………………

(b) Perbelanjaan tidak tetap = ……………………………………..………………………………

7. Berikut adalah 6 langkah yang perlu diambil kira sebelum kita mewujudkan pelan kewangan.
Huraikan setiap langkah tersebut.

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

2|
BAB #10 : Matematik Pengguna : Pengurusan

8. Baca situasi bagi setiap yang berikut. Seterusna, tentukan jenis aliran tunai bagi situasi tersebut.

(a) Encik Shahrin bekerja sebagai seorang kerani dengan gaji bulanan RM2 500 dan mempunyai
pendapatan pasif sebanyak RM300 sebulan. Dia mempunyai perbelanjaan tetap bulanan iaitu sewa
rumah RM500, bil utiliti RM250, ansuran kereta RM350 selain perbelanjaan tidak tetap
berjumlah RM700 sebulan. Jelaskan jawapan anda berkenaan aliran tunai Encik Shahrin.

(b) Encik Andrew mempunyai pendapatan bulanan RM3 500 dan tidak mempunyai pendapatan
lain. Dia mempunyai perbelanjaan tetap bulanan iaitu sewa rumah RM1 500, bil utiliti RM350,
ansuran kereta RM850 selain perbelanjaan tidak tetap berjumlah RM1 000 sebulan. Jelaskan jawapan
anda berkenaan aliran tunai Encik Andrew.

(c) Puan Suriani bekerja sebagai seorang guru dengan gaji bulanan RM4 500. Dia juga mengajar
tuisyen dengan pendapatan sebanyak RM2 000 sebulan. Dia mempunyai perbelanjaan tetap
berjumlah RM3 000 dan perbelanjaan tidak tetap berjumlah RM1 800 sebulan. Jelaskan
jawapan anda berkenaan aliran tunai Puan Suriani.

(d) Puan Erriana bekerja sebagai seorang doktor dengan gaji bulanan RM6 500 dan mempunyai
pendapatan sewaan rumah sebanyak RM1 500 sebulan. Dia mempunyai perbelanjaan tetap
bulanan iaitu ansuran rumah RM2 700, bil utiliti RM450, ansuran kereta RM1 200 selain
perbelanjaan tidak tetap berjumlah RM 2 500 sebulan. Jelaskan jawapan anda berkenaan aliran
tunai Puan Erriana.

3|
BAB #10 : Matematik Pengguna : Pengurusan

9. Berikut adalah Pelan kewangan Keluarga Encik Zikry dan aliran tunai sebenar setiap bulan.

Pelan
Kewangan Aliran Tunai
Sebenar (RM)
(RM)
Gaji bersih Encik Zikry 4 500 4 500
Gaji bersih isteri Encik Zikry 3 000 3 000
Pendapatan pasif 1 000 1 000
Jumlah Pendapatan Bulanan 8 500 8 500
Tolak simpanan tetap bulanan 850 850
(10% daripada pendapatan bulanan)
Tolak simpanan kecemasan 150 150
Baki Pendapatan 7 500 7 500
Tolak perbelanjaan tetap bulanan
Pinjaman perumahan 2 400 2 400
Ansuran dua kereta 1 100 1 100
Premium Insuran 350 350
Bayaran Pinjaman pendidikan (PTPTN) 300 300
Bayaran pengasuh anak 600 600
Jumlah perbelanjaan tetap bulanan 4 750 4 750
Tolak jumlah pendapatan perbelanjaan tidak tetap bulanan
Persekolahan anak-anak
Utiliti rumah 300 300
Belanja petrol dan tol 450 300
Barangan dapur 300 350
800 750
Pemberian kepada ibu bapa 500
Simpanan untuk percutian hujung tahun 500
300 300
Jumlah pendapatan tidak tetap 2 650 2 500
Pendapatan lebihan. 100 250
(a) Adakah Encik Zikry seorang yang bijak menguruskan kewangan? Beri justifikasi anda.

(b) Encik Zikry merancang untuk membeli sebuah laptop yang berharga RM5 000 dalam tempoh
6 bulan akan datang. Adakah matlamat kewangan Encik Zikri boleh dicapai. Berikan
justifikasi anda.

(c) Adakah Encik Zikry menggunakan pendekatan SMART untuk mencapai matlamat kewangan
beliau? Berikan justifikasi anda.

4|
BAB #10 : Matematik Pengguna : Pengurusan

10. Encik Manickam dan isteri ingin membeli sebuah rumah dalam masa 5 tahun selepas mereka
berkahwin. Jumlah pendapatan bulanan mereka ialah RM7 500 dan jumlah perbelanjaan tetap
ialah RM5 500. Mereka bercadang untuk membeli sebuah rumah semi D dua tingkat yang
berharga RM650 000 dengan 10% bayaran pendahuluan daripada harga rumah itu.

(a) Berapakah simpanan bulanan, dalam RM, yang perlu disimpan oleh Encik Manickam dan
isterinya bagi mencapai matlamat tersebut.

(b) Adakah Encik Manickam bijaksana dari segi pembelian rumah pada harga RM650 000 itu?
Berikan justifikasi anda.

11. Berikut adalah Pelan kewangan Encik Firdaus dan aliran tunai sebenar setiap bulan.

Pelan Kewangan (RM)

Gaji bersih 5 500


Pendapatan pasif 500
Jumlah Pendapatan Bulanan 6 000
Tolak simpanan tetap bulanan 600
(10% daripada pendapatan bulanan)
Tolak simpanan kecemasan 100
Baki Pendapatan 5 300
Tolak perbelanjaan tetap bulanan
Sewaan rumah 1 200
Ansuran kereta 650
Premium Insuran 150
Bayaran Pinjaman pendidikan (PTPTN) 200
Bayaran pengasuh anak 600
Jumlah perbelanjaan tetap bulanan 2 800

Tolak jumlah pendapatan perbelanjaan tidak tetap bulanan


Persekolahan anak-anak
350
Utiliti rumah
Belanja petrol dan tol 350
180
Barangan dapur
800
Pemberian kepada ibu bapa
Simpanan untuk percutian hujung tahun 300
100
Jumlah pendapatan tidak tetap 2 080
Pendapatan lebihan. 420

5|
BAB #10 : Matematik Pengguna : Pengurusan

(a) Encik Firdaus merancang untuk menyimpan wang untuk pendidikan anak-anaknya sebanyak
RM150 000 dalam tempoh 12 tahun dari sekarang. Berapakah simpanan bulanan yang perlu
disimpan oleh Encik Firdaus?

(b) Bagaimanakah cara untuk Encik Firdaus dapat mencapai matlamat kewangannya?

(c) Kebolehlaksanaan pelan kewangan Encik Firdaus bergantung kepada beberapa faktor.
Senaraikan 4 faktor yang mempengaruhi kebolehlaksanaan tersebut.

(i) ……………………………………………………………………………………..

(ii) ……………………………………………………………………………………..

(iii) ……………………………………………………………………………………..

(iv) ……………………………………………………………………………………..

6|
BAB #10 : Matematik Pengguna : Pengurusan

12. Encik Lee Chong Hei bekerja sebagai seorang jurutera dengan gaji bersih bulanan RM4 750. Dia
juga memperoleh komisen bulanan dianggarkan sebanyak RM800 hasil jualan produk kesihatan.
Selain itu dia juga memperoleh hasil sewaan rumah keduanya sebanyak RM1 200 sebulan.

Berikut adalah anggaran perbelanjaan bulanan beliau.

Perbelanjaan Bulanan RM
Bayaran ansuran rumah #1 2 300
Bayaran ansuran rumah #1 1 100
Perbelanjaan dapur 900
Bayaran Utiliti 350
Belanja petrol dan tol 300
Premium insurans 120
Pemberian saguhati kepada ibu bapa 300
Pembelian akhbar, majalah dan peralatan sukan 150
Makan di restoran terkenal 180

Encik Lee Chong Hei menetapkan 10% daripada gaji bersihnya sebagai simpanan tetap bulanan
dan RM100 sebagai simpanan kecemasan.

(a) Sediakan satu pelan kewangan peribadi untuk Encik Lee Chong Hei

(b) Kemukakan komen anda tentang lebihan atau kurangan yang akan dialami oleh encik Lee
Chong Hei.

(c) Encik Lee Chong Hei ingin membeli sebuah Iphone berharga RM6 000 dalam masa 5 bulan.
Adakah dia mampu mencapai matlamatnya. Berikan justifikasi anda.

7|
BAB #10 : Matematik Pengguna : Pengurusan

13. Berikut adalah pelan kewangan pendapatan dan perbelanjaan bulanan Encik Manaf dan isterinya
puan Lateefa

Perkara RM
Pendapatan / Income :
Gaji bersih Encik Manaf 5 500
Gaji bersih Puan Lateef 4 500
Pendapatan pasif 500
Jumlah pendapatan bulanan 10 500

Tolak simpanan tetap (10% daripada gaji bersih bulanan) 1 050


Tolak simpanan untuk dana kecemasan 450

Baki pendapatan 9 000

Tolak perbelanjaan tetap bulanan :


Ansuran 2 buah kereta 1 800
Premium insurans 300
Upah pengasuh anak 700

Jumlah perbelanjaan tetap 2 800

Tolak perbelanjaan tidak tetap bulanan :


Bil utiliti 500
Belanja persekolahan anak 1 200
Belanja tol & petrol (2 kereta) 400
Perbelanjaan dapur 1 300
Pemberian bulanan kepada ibu bapa 1 000
Melancong 700

Jumlah perbelanjaan tidak tetap 5 100

Lebihan Pendapatan 1 100

(a) Encik Manaf merancang untuk membeli sebuah rumah yang berharga RM650 000. Bayaran
pendahuluan rumah ialah 10% daripada harga rumah. Jika mereka sudah mempunyai wang
simpanan sebanyak RM29 500, adakah mereka mampu menyediakan wang pendahuluan
tersebut dalam tempoh satu tahun? Tunjukkan pengiraan anda

8|
BAB #10 : Matematik Pengguna : Pengurusan

(b) Penggunaan konsep SMART amat penting dalam mengurus kewangan kendiri.
Jelaskan setiap konsep SMART yang digunakan oleh Encik Manaf dan Puan Lateefa dalam
perancangan mereka untuk membeli rumah tersebut.

(c) Bantu Encik Manaf dan Puan Lateefa untuk menguruskan kewangan mereka supaya matlamat
mereka dapat dicapai.

14. KERJA PROJEK :

(a) Sediakan satu Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan anda bagi tempoh sebulan.

(b) Anda merancang untuk membeli sebuah kereta dengan harga sebanyak RM90 000 di mana
anda perlu membayar 10% bayaran pendahuluan dan bakiny amelalui penjaman bank. Anda
merancang untuk membeli kereta tersebut dalam tempoh 6 bulan akan datang. Menggunakan
konsep SMART, tunjukkan sama ada anda anda mamppu mencapai matlamat anda.

9|
BAB #10 : Matematik Pengguna : Pengurusan

15. Berikut adalah Imbangan Pendapatan dan Perbelanjaan yang tidak lengkap bagi Encik
Zairul.

Pendapatan Perbelanjaan

Items RM Items RM

Gaji 1575 Sewa Rumah 650

Elaun – Elaun 700 Ansuran kereta 500

Bayaran lebih Masa 500 Bil Utiliti 250

Bonus dan lain-lain X Belanja Dapur 700

Insurans 175

Simpanan ASB Y

Jumlah Akhir Bulan 3025 3025

(a) Berdasarkan rekod Imbangan Pendapatan dan Perbelanjaan Encik Zairul, hitung

(i) nilai X

(ii) nilai Y.

(b) Bagi setiap situasi yang berikut, jawab soalan yang diberikan.

(i) Jika Encik Zairul ingin mendapatkan rawatan pergigian berjumlah RM250 pada
bulan tertentu, nyatakan perbelanjaan yang boleh diubah suai pada bulan
tersebut. Berikan justifikasi anda.

10 |
BAB #10 : Matematik Pengguna : Pengurusan

(ii) Jika pada bulan berikutnya, Encik Zairul mendapat tambahan 25% bayaran
lebih masa dan tambahan RM15 faedah simpanan bank. Selain itu kos untuk bil
utiliti bertambah RM35 dan belanja dapur bertambah 15%, lengkapkan
Imbangan Pendapatan dan Perbelanjaan Encik Zairul pada bulan tersebut.

Pendapatan Perbelanjaan

Items RM Items RM

Gaji 1575 Sewa Rumah 650

Elaun – Elaun 700 Ansuran kereta 500

Bayaran lebih Masa Bil Utiliti

Bonus dan lain-lain Belanja Dapur

Insurans 175

Simpanan tetap ASB

Jumlah Akhir Bulan 2 683.75

(c) Encik Zairul berhasrat untuk membeli sebuah rumah berharga RM300 000 dengan
pembiayaan 100% dari sebuah bank yang mengenakan kadar faedah tetap 2.5%
setahun bagi tempoh 30 tahun. Pada pendapat anda, adakah Encik Zairul mampu
untuk merealisasikan hasrat tersebut? Berikan justifikasi anda dengan menunjukkan
pengiraan bagi menyokong pendapat anda.

11 |

You might also like