Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

6.

0 RUMUSAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji mengkaji faktor-faktor yang


mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama telefon bimbit dalam kalangan pelajar di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang, Terengganu. Kaedah
utama yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan temu bual sebagai
instrumen kajian ini. Skop kajian ini adalah meliputi persoalan kajian mengenai
faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama telefon bimbit dalam
kalangan pelajar dan mengenal pasti jenama telefon bimbit yang digunakan oleh para
pelajar tingkatan. Antara instrumen yang digunaakan dalam kajian ini ialah
menggunakan telefon bimbit dan juga bahan ilmiah. Data mentah yang diperoleh
daripada kajian ini dianalisa oleh pengkaji sendiri. Analisa kajian ini dilakukan secara
deskriptif dengan mengambil kira kekerapan dan peratusan serta min.

6.1 Mengenal pasti jenama telefon bimbit yang digunakan oleh para pelajar
tingkatan 5 dan tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling,
Marang, Terengganu.

Menelusuri kajian yang dijalankan, dapat dibuktikan terdapat pelbagai jenama


telefon bimbit yang digunakan olehj para responden dan dapat dikenal pasti. Objektif
kajian yang kedua telah berjaya dicapai iaitu untuk mengenal pasti jenama telefon
yang digunakan oleh responden seperti APPLE (I-PHONE), SAMSUNG, HUAWEI,
XIAOMI/REDMI, OPPO, REALME, ASUS dan YES. Jenama XIOMI dan APPLE
menjadi pilihan para responden dala pemilihan telefon bimbit.

Kewujudan telefon bimbit yang lengkap dengan kemudahan multimedia


pelbagai guna menyebabkan murid sangat teruja untuk memiliki alat komunikasi
mudah alih yang canggih ini. Dapat disimpulkan disini bahawa semakin hari semakin
banyak jenama telfon bimbit yang canggih. Oleh itu, ia haruslah dipilih dan
digunakan dengan bijak sana oleh para pelajar terutama dalam pembelajaran abad ke-
21 yang semakin hari semakin mencabar.

6.2 Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama telefon


bimbit dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian
Guling, Marang, Terengganu
Bagi faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama telefon bimbit
dalam kalangan pelajar ialah pelajar memerlukan jenama telefon yang menyediakan
spesifikasi terbaik setiap masa. Dalam pada itu, storan telefon juga memainkan
peranan penting untuk pelajar memuat naik pelbagai fail informasi yang dihantar oleh
guru-guru di sekolah. Bagi tujuan pembelajaran terutama dalam keadaan negara
dilanda Covid-19, peranti elektronik seperti telefon bimbit amat penting untuk
keperluan pembelajaran secara atas talian. Objektif kajian kali ini telah berjaya
dicapai dengan mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan terhadap
jenama telefon bimbit seperti harga yang mampu milik, ketahanan bateri yang lama,
mempunyai ciri-ciri keselamatan yang canggih dan mempunyai prosessor, Ram dan
internal storage yang baik. Oleh itu, pemilihan peranti dengan jenama yang sesuai
amat perlu dititikberatkan semasa pemilihan dibuat. Kesemua faktor-faktor ini
menjadi punca kepada kesetiaan dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu jenama
telefon bimbit itu.

You might also like