Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

TUGASAN

September 2015 SEMESTER

KOD KURSUS EMB 413

NAMA KURSUS PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM


BAHASA MELAYU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR NORAINI BINTI ABAS

NO. MATRIK E30209130240

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK PUAN MAIMUNAH BINTI AHMAD

PUSAT BATU PAHAT, JOHOR


PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN

MUKA
NO PERKARA SURAT

1. Isi Kandungan 1

2. Pendahuluan 2

3. BAHAGIAN A
 Baca artikel bertajuk “Tahap Kebolehbacaan dalam Kalangan Murid Orang
Asli (Program Pemulihan) di Sekolah Kebangsaan Brincang (Pahang) dan 3-8
Sekolah Kebangsaan Batu 14 Tapah (Perak)” oleh Dr. Md. Nasir b.
Masran, Dr. Ramlah bt. Jantan, Dr. Suppiah Nachiappan, Dr. Sbd. Aziz b.
Shukor dan Puan Roslinda bt. Mustapha. Jawab soalan-soalan yang
dikemukakan.

BAHAGIAN B
9-12
 Tulis satu esei bertajuk:

“Cabaran- cabaran yang dihadapi dalam Melaksanakan Pengajaran


Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu di sekolah Saya”

BAHAGIAN C 13-22
 Gubal satu kaedah mengajar membaca dan sediakan satu Rancangan
Pelajaran Harian (RPH).

4. Rujukan 23

1
PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan yang mencipta sekalian alam, selawat dan salam ke atas
junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W juga ke atas keluarga dan para sahabat baginda.
Setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah dan kurnia-Nya, tugasan bagi
kursus Pengajaran Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu (EMB 415) ini dapat
disempurnakan sepenuhnya.
Tugasan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar mempelajari
dengan lebih mendalam berkaitan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu ini. Tugasan
ini terbahagi kepada Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A menghendaki
pelajar menjawab soalan berdasarkan artikel bertajuk “Tahap Kebolehbacaan dalam
Kalangan Murid Orang Asli (Program Pemulihan) di Sekolah Kebangsaan Brincang (Pahang)
dan Sekolah Kebangsaan Batu 14 Tapah (Perak)” oleh Dr. Md. Nasir b. Masran, Dr. Ramlah
bt. Jantan, Dr. Suppiah Nachiappan, Dr. Sbd. Aziz b. Shukor dan Puan Roslinda bt.
Mustapha.
Manakala dalam Bahagian B, para pelajar dikehendaki menulis satu esei bertajuk:
“Cabaran- cabaran yang dihadapi dalam Melaksanakan Pengajaran Kemahiran Membaca
dalam Bahasa Melayu di sekolah Saya”
Bahagian C pula menghendaki pelajar menggubal satu kaedah mengajar membaca
dan menyediakan satu Rancangan Pelajaran Harian (RPH).
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi- tinggi ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjalankan tugasan ini
terutamanya kepada Puan Maimunah Binti Ahmad selaku Fasilitator Akademik atas
informasi dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga
juga kepada rakan-rakan seperjuangan atas sumbangan idea dan pendapat kalian.
Sesungguhnya tugasan ini memberi banyak pendedahan kepada saya tentang keprihatinan
guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan sesi pembelajaran selaras dengan kehendak
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah.. Semoga usaha murni dalam penerokaan ilmu
ini diberkati Allah S.A.W.

2
Bahagian A

Baca artikel bertajuk:

“Tahap Kebolehbacaan Dalam Kalangan Murid Orang Asli (Program Pemulihan) Di


Sekolah Kebangsaan Brincang (Pahang) dan Sekolah Kebangsaan Batu 14 Tapah (Perak) ”
oleh Dr. Md. Nasir b Masran, Dr. Ramlah Bt. Jantan, Dr. Suppiah Nachiappan, Dr. Abd. Aziz
B. Shukor dan Puan Roslinda Bt. Mustapha.

a) Tujuan Kajian

Kajian berkaitan “Tahap Kebolehbacaan Dalam Kalangan Murid Orang Asli (Program
Pemulihan) Di Sekolah Kebangsaan Brincang (Pahang) dan Sekolah Kebangsaan Batu 14
Tapah (Perak) ” yang dijalankan oleh Dr. Md. Nasir b Masran, Dr. Ramlah Bt. Jantan, Dr.
Suppiah Nachiappan, Dr. Abd. Aziz B. Shukor dan Puan Roslinda Bt. Mustapha ini bertujuan
untuk melihat pencapaian kanak- kanak orang Asli dalam kemahiran membaca. Kajian ini
akan mengenal pasti sejauh mana penguasaan yang telah dicapai oleh kanak-kanak tersebut,
serta mempraktikkan modul yang telah disediakan oleh pihak UPSI bagi melihat pencapaian
murid selepas penggunaan modul tersebut di tiga buah negeri iaitu Perak, Kelantan dan
Pahang telah dipilih bagi melaksanakan kajian ini yang mana responden merupakan suku
kaum Orang Asli iaitu kanak-kanak dalam masyarakat tersebut.
Di samping itu, kajian ini ingin melihat sejauh mana tahap kebolehbacaan dalam
kalangan anak Orang Asli. Hal ini demikian, keadaan tempat tinggal mereka serta kemudahan
prasarana sekolah yang kurang menyebabkan mereka kurang mendapat pendedahan tentang
perkembangan teknologi terkini sama ada dalam bidang pendidikan mahupun kehidupan.
Oleh yang demikian, kajian ini akan melibatkan kajian di SK Brinchang, Cameron Highland,
Pahang. Kajian ini juga akan melihat sejauh mana penguasaan anak Orang Asli dalam
pendidikan terutama dalam kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu. Hal ini kerana,
penguasaan kemahiran membaca dan menulis sangat penting kepada kanak-kanak sebelum
mereka melangkah masuk ke sekolah menengah. Selain itu juga, apabila murid-murid ini
sudah dapat menguasai kemahiran tersebut, mereka akan mudah untuk memahami pengajaran
yang disampaikan oleh guru dengan mudah.

3
b) Kaedah dan instrument yang digunakan

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan menggunakan modul sebagai instrumen kajian.
Modul digunakan untuk menjawab persoalan kajian berkaitan dengan tahap kebolehbacaan
dalam kalangan murid orang asli (Program Pemulihan) di Sekolah Kebangsaan Brincang
(Pahang) dan Sekolah Kebangsaan Batu 14, Tapah (Perak). Modul turut digunakan untuk
menjawab persoalan kajian berkaitan perspektif baru mengenai cara berfikir murid-murid
orang asli dan kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Modul bacaan yang digunakan untuk menguji kemahiran membaca murid Orang Asli
Semai ini ialah buku bacaan yang dibina oleh Prof Emiritus Dato Dr Isahak Haron. Modul
tersebut ialah siri Ceria 2M Awal Membaca dan Menulis Bahasa Malaysia Prasekolah buku 1
dan 2. Modul ini merupakan modul yang menggunakan kaedah gabungan bunyi suku kata
(KGBK). Modul ini mempunyai dua modul bacaan dan dua modul latihan pengukuhan.

Selain itu, Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) juga
digunakan dalam menguji kemahiran membaca murid Orang Asli suku Semai. Program Kelas
Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang
belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Penyelidik menjalankan ujian diagnostik dan ujian membaca terhadap murid Orang Asli
sekolah tersebut dengan menggunakan kaedah Modul Membaca Gabung-Kata oleh Prof.
Emiritus Dato Dr Isahak Haron. Disamping itu, kajian ini juga menggunakan kaedah secara
temubual bersama dengan guru pemulihan untuk melihat pandangan guru tersebut terhadap
pencapaian murid Orang Asli di sekolah tersebut. Temubual yang dijalankan ini juga bagi
mendapatkan maklumat mengenai minat yang disukai oleh murid-murid Orang Asli kaum
Semai semasa di sekolah tersebut.

4
c) Dapatan Kajian

1) Ujian Diagnostik Kaedah Gabung Kata (KGBK) Awal Membaca Bahasa Melayu

Dalam Ujian Diagnostik KGBK Awal Membaca Bahasa Melayu yang dihasilkan oleh
Prof Emiritus Dato‟ Dr Isahak Haron terdapat dua belas aras kebolehbacaan membaca yang
perlu dinilai oleh penyelidik.

Aras Kebolehbacaan
Aras 1 Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah
Aras 2 Membunyikan suku kata terbuka
Aras 3 Membaca perkataan suku kata terbuka
Aras 4 Membaca suku kata tertutup
Aras 5 Membaca perkataan suku kata tertutup
Aras 6 Membaca perkataan membezakan vokal e taling dan e pepet; dan o
Aras 7 Membaca perkataan suku kata tertutup „ng‟
Aras 8 Membaca perkataan suku kata geluncuran dan diftong
Aras 9 Membaca perkataan dengan suku kata „nga‟ dan „nya‟
Aras 10 Membaca perkataan dengan penambahan me-, mem-,ber-
Aras 11 Membaca ayat pendek
Aras 12 Membaca ayat dan cerita

Hasil dapatan kajian penyelidik daripada 18 orang responden yang terlibat dalam
kajian ini menunujukkan tahap paling rendah dalam kalangan Orang Asli dalam Ujian
Diagnostik KGBK Awal Membaca Bahasa Melayu ialah pada tahap 0 iaitu hanya seorang
responden yang tidak boleh melepasi tahap 1 iaitu membunyikan huruf vokal dan konsonan
mudah seperti a, i, u, b, k, c, s, t dan d. Manakala tahap paling tertinggi yang dicapai oleh
responden-responden ini ialah pada aras 12 iaitu boleh membaca ayat dan cerita seperti Fizi
pergi ke rumah neneknya. Rumah neneknya ditepi sungai. Di dalam sungai banyak ikan. Fizi
dan abangnya suka menangkap ikan.

5
2) Buku Ceria 2M Awal Membaca dan Menulis Bahasa Malaysia; Prasekolah – Buku 1 .
Dalam buku ini terdapat 24 aras kebolehbacaan yang diuji bagi mengetahui tahap
kebolehbacaan murid-murid yang dikaji di sekolah ini. Dalam kajian ini, penyelidik telah
menilai lima orang murid berdasarkan hasil dapatan pada ujian diagnostik yang dijalankan.
Aras yang diuji bagi melihat tahap kebolehbacaan adalah seperti jadual di bawah ;

Aras Tahap Kebolehbacaan


Aras 1 Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah
Aras 2 Membunyikan suku kata terbuka b
Aras 3 Membunyikan suku kata terbuka c
Aras 4 Membunyikan suku kata terbuka b dan c
Aras 5 Membunyikan suku kata terbuka k
Aras 6 Membunyikan suku kata terbuka b, c dan k
Aras 7 Membunyikan suku kata terbuka t
Aras 8 Membunyikan suku kata terbuka s
Aras 9 Membunyikan suku kata terbuka m
Aras 10 Membunyikan suku kata terbuka l
Aras 11 Membaca huruf vokal dan konsonan dalam huruf besar (a, i, u, b, c, k, t, s)
Aras 12 Membunyikan suku kata terbuka r
Aras 13 Membunyikan suku kata terbuka d
Aras 14 Membunyikan suku kata terbuka g
Aras 15 Membunyikan suku kata terbuka n
Aras 16 Membunyikan suku kata terbuka p
Aras 17 Membunyikan suku kata terbuka o
Aras 18 Membunyikan suku kata terbuka e
Aras 19 Membunyikan suku kata terbuka h
Aras 20 Membunyikan suku kata terbuka j
Aras 21 Membunyikan suku kata terbuka y
Aras 22 Membunyikan suku kata terbuka f dan q
Aras 23 Membunyikan suku kata terbuka v dan w
Aras 24 Membunyikan suku kata terbuka x dan z
6
Daripada aras kebolehbacaan yang telah ditetapkan oleh Prof Emiritus Dato‟ Dr.
Isahak Haron, pengkaji telah menjalankan kajian dan hasilnya mendapati hanya seorang
murid yang tidak berjaya melepasi aras 1 iaitu membunyikan huruf vokal dan konsonan
mudah. Manakala hanya seorang sahaja murid yang diuji dalam kajian ini melepasi aras 24
iaitu boleh membunyikan suku kata terbuka x dan z

3) Buku Ceria 2M Awal Membaca dan Menulis Bahasa Malaysia; Prasekolah – Buku 2.

Dalam buku ini terdapat 22 aras kebolehbacaan yang diuji bagi mengetahui tahap
kebolehbacaan murid-murid yang dikaji di 2 buah sekolah ini. Dalam kajian ini, penyelidik
telah menilai enam orang murid berdasarkan hasil dapatan pada ujian diagnostik yang
dijalankan. Aras yang diuji bagi melihat tahap kebolehbacaan adalah seperti jadual di bawah ;
Aras Tahap Kebolehbacaan
Aras 1 Membaca dan menyalin ayat
Aras 2 Membaca suku kata KV dan KVK ; Mencantumkan suku kata KV dan KVK
menjadi perkataan KVKVK
Aras 3 Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;
Membaca dan menyalin ayat
Aras 4 Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;
Membaca dan menyalin ayat
Aras 5 Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;
Membaca dan menyalin ayat; Membaca suku kata KVK
Aras 6 Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;
Membaca rangkai kata
Aras 7 Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis
Aras 8 Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;
Membaca rangkai kata; Membaca dan menyalin ayat mudah;
Membina dapat menulis perkataan daripada suku kata KV dan KVK
Aras 9 Mencantumkan suku kata KV dan KVK menjadi perkataan dan menulis ;
Membina perkataan daripada suku kata KV dan KVK

7
Aras 10 Membaca suku kata KVK dan rangkai kata menyalinnya; Membaca ayat mudah;
Mengisi huruf kosng dalam perkataan
Aras 11 Membaca dan Menulis suku kata KVK dan perkataan ; Membaca dan menyalin
ayat
Aras 12 Membaca suku kata KVKK dan perkataan ; Membaca dan menyalin ayat ;
Membina dan menulis perkataan daripada suku kata
Aras 13 Membaca suku kata dan perkataan daripada „nga, ngi , ngu‟ dan „nya, nyi nyu‟
serta menyalin ayat ; membaca suku kata „sya, syi, syu‟ ; membaca dan
menyalin ayat
Aras 14 Membaca perkataan diftong ; membina perkataan dengan mengisi suku kata
Aras 15 Memilih dan menulis perkataan di tempat kosong
Aras 16 Menamakan bahagian badan, menulis maklumat diri ; mengisi perkataan yang
sesuai di tempat kosong dalam ayat ; membaca sebuah cerita ringkas
Aras 17 Menulis nama sekolah ; memilih dan menulis perkataan di tempat kosong dalam
ayat ; membaca kisah bendera Malaysia dan menjawab soalan ; menjawab soalan
berdasarkan petikan yang diberi
Aras 18 Membaca dan menulis nama hari ; menceritakan apa yang murid lakukan pada
setiap hari , membaca hari-hari perayaan
Aras 19 Mengenal buah-buahan
Aras 20 Mengenal kenderaan
Aras 21 Membaca cerita pendek
Aras 22 Membaca dan menyanyi

Daripada aras kebolehbacaan yang telah ditetapkan oleh Prof Emiritus Dato‟ Isahak
Haron, pengkaji telah menjalankan kajian dan hasilnya mendapati kesemua murid yang diuji
dalam kajian ini berjaya melepasi aras 22 iaitu boleh membaca dan menyanyikan lagu.

8
Bahagian B
Tulis satu esei bertajuk: “Cabaran-Cabaran yang dihadapi dalam Melaksanakan Pengajaran
Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu di Sekolah Saya”

Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke
arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan
kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca
merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu
memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca
juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan
antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan
maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa,
gaya kognitif, dan pengalaman membaca.

Namun, mutakhir ini terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuh oleh warga
pendidik dalam mengaplikasikan ilmu berkaitan pengajaran kemahiran membaca di sekolah.
Guru-guru terpaksa mengorak langkah seiring era globalisasi bagi mendidik anak bangsa
yang semakin rapuh dan leka diselimuti perhiasan dunia dengan mengabaikan ilmu yang
patut dicari dan digali untuk bekalan masa hadapan.

Saya salah seorang warga pendidik di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang
yang merupakan guru tahun 5 bagi murid kelas lemah. Sungguhpun begitu, saya bernasib
baik kerana semua murid kelas tersebut boleh membaca dengan baik. Walau bagaimanapun,
masih terdapat cabaran yang perlu saya hadapi iaitu rata-rata murid kelas itu agak lemah
dalam memberikan jawapan yang tepat berpandukan petikan. Mereka juga tidak berupaya
menjawab soalan- soalan aras tinggi dengan baik.

Bagi mengatasi masalah tersebut, saya telah memperbanyakkan latihan pemahaman


berdasarkan pelbagai jenis petikan yang memerlukan mereka berfikir dan menjawab
menggunakan ayat yang lengkap. Contohnya, petikan cerita, dialog, puisi, pantun, sajak, syair
serta bahan berbentuk grafik. Kesan daripada latihan tersebut, murid saya dapat menjawab
soalan pemahaman dengan baik sewaktu pentaksiran dilaksanakan.
9
Bagi membuat analisis berkaitan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan
pengajaran kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu, saya telah menjalankan temu bual ke
atas tiga orang guru Bahasa Melayu di sekolah saya. Responden tersebut ialah Encik Ismail
bin Hassan, Puan Siti Norhayati binti Jamal dan Puan Noorliza binti Ramli. Temu bual ini
dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti masalah- masalah pengajaran kemahiran
membaca yang mereka hadapi, langkah- langkah yang diambil untuk mengatasi masalah-
masalah tersebut serta cadangan untuk memperbaiki pengajaran kemahiran membaca.

Semasa menemu bual Encik Ismail bin Hassan yang juga merupakan guru Bahasa
Melayu tahun 4, beliau menyatakan bahawa masalah utama dalam pengajaran kemahiran
membaca yang dihadapinya ialah kesukaran murid untuk memahami isi kandungan teks yang
dibaca. Ini merupakan antara permasalahan yang menyebabkan murid gagal memahami
kandungan bahan yang dibaca. Selain itu, terdapat juga murid yang tidak dapat mentafsir
maksud ayat yang dibaca dengan baik. Kegagalan murid menguasai kemahiran asas ini akan
menyebabkan mereka tidak berkeupayaan untuk mengeluarkan idea-idea utama daripada
petikan yang dibaca. Rentetan daripada permasalahan ini, beliau terpaksa melanjutkan waktu
pengajaran sehingga murid faham akan isi pelajaran yang cuba disampaikan.

Bagi mengatasi senario ini, Encik Ismail bercadang untuk merancang aktiviti yang
mampu menarik minat murid untuk turut serta dalam sesi pembelajaran yang bakal
dilaksanakan. Beliau juga bercadang untuk mengadakan latihan bacaan tambahan untuk
murid- murid yang lemah membaca supaya dengan latih tubi tersebut dapat membantu murid-
murid yang lemah dalam bacaan dapat meningkatkan kemahiran membaca mereka.

Sebagai guru Bahasa Melayu, saya juga bersetuju dengan cadangan penambahbaikan
yang cuba dilaksanakan oleh Encik Ismail. Dengan merancang aktiviti yang menarik, murid-
murid tentu akan berasa seronok untuk turut serta dalam sesi pembelajaran tersebut. Kaedah
latih tubi juga sememangnya perlu dilaksanakan supaya murid yang lemah dapat
meningkatkan kemahiran membaca mereka.

Puan Siti Norhayati merupakan responden yang kedua ditemu bual. Beliau merupakan
guru Bahasa Melayu tahun 1. Beliau lebih memfokuskan kepada masalah pengajaran

10
kemahiran bacaan dalam kalangan murid linus. Antara permasalahan yang dihadapinya ialah
kelemahan murid dalam mengecam dan membunyikan suku kata tertentu. Mereka terpaksa
mengeja berkali- kali suku kata sebelum menyebut perkataan tersebut. Ada juga murid yang
bacaannya tersekat- sekat (tidak lancar) semasa membaca bahan yang disediakan.

Untuk mengatasi masalah ini, Puan Siti Norhayati sedar bahawa beliau perlu
banyakkan latih tubi pandang sebut menggunakan kad imbasan sehingga murid- murid
tersebut dapat membaca dengan baik.

Saya amat bersetuju dengan cara mengatasi masalah kelemahan murid yang
dicadangkan oleh Puan Siti Norhayati itu. Dalam aktiviti pandang sebut ini juga, Puan Siti
Norhayati boleh menggunakan gambar-gambar bagi merangsang minat murid. Latihan
pandang dan sebut merupakan latih tubi bacaan awal dengan menggunakan gambar-gambar
yang dimasukkan ke dalam teks latihan. Sebagai contoh, carta bergambar, bahagian filem dan
slaid juga boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar. Semua alat digunakan supaya murid-
murid dapat mempelajari kemahiran bacaan yang baik. Selain itu, Puan Siti Norhayati juga
perlu mengasingkan latihan mengikut tahap kebolehan murid dengan memberi kan murid-
murid perdana latihan pengukuhan sementara latihan membaca kepada murid- murid linus.
Pengagihan mengikut tahap kebolehan murid ini sangat penting supaya murid pandai dapat
melaksanakan tugasan yang diberi dengan sendiri sementara murid yang lemah dibimbing
sehingga mereka boleh menyaingi rakan- rakan yang lain.

Lain pula halnya dengan responden ketiga iaitu Puan Noorliza binti Ramli. Beliau
mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid tahun 6 kelas lemah. Sungguhpun
murid yang diajarnya merupakan murid tahun 6, masih ramai lagi yang lemah dalam
menguasai kemahiran membaca dengan baik. Terdapat murid yang tidak lancar sewaktu
diminta membaca petikan yang diberi. Murid juga tidak dapat memberikan jawapan yang
bernas sewaktu sesi soal jawab dijalankan. Ini bermakna, mereka masih lemah dalam
kemahiran membaca. Lebih parah lagi, terdapat segelintir murid yang tidak faham langsung
bahan yang dibaca menyebabkan mereka tidak dapat mengeluarkan sebarang maklumat
daripada bahan tersebut.

11
Puan Noorliza telah cuba mengatasi masalah ini dengan menyediakan bahan- bahan
bacaan yang mudah supaya murid- murid ini dapat mengenal pasti isi penting atau idea utama
serta membezakan antara idea utama dengan idea sampingan. Setelah murid-muridnya
menguasai bahan yang mudah, beliau meneruskan pengajarannya dengan menyediakan bahan
yang sederhana dan kemudiannya petikan yang lebih kompleks. Kaedah ansur maju ini
sedikit sebanyak dapat membaiki kemahiran membaca murid- murid kelas tersebut.

Selain menyediakan bahan yang sama juga, Puan Noorliza boleh membimbing murid
membuat sinopsis berkaitan bahan- bahan tertentu seperti buku- buku cerita yang mudah
kepada yang sukar. Dalam erti kata lain, Puan Noorliza perlulah menggalakkan murid
menulis dalam buku NILAM sebagai latihan pengukuhan kepada mereka.
Kesimpulannya, keupayaan membaca dalam kalangan murid adalah berbeza- beza.
Guru perlu peka dan mengakui hakikat ini. Sebagai guru, kita perlu bijak mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah justeru membantu anak didik kita dalam mengasah kemahiran
berbahasa mereka.

12

Bahagian C:
Gubal satu kaedah mengajar membaca dan sediakan satu Rancangan Pelajaran Harian
(RPH):

Rancangan Pelajaran Harian

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia


Tahun : 2 Cemerlang
Bil murid : 30 orang
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Tema : Jati Diri
Tajuk : Arnab yang Pemalas
Standard Kandungan : 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang
sesuai bagi memupuk minat membaca.

Standard Pembelajaran: 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk
menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran
bacaan.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


i. Membaca dengan lancar petikan yang diberi dengan
menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
ii. Menyatakan antonim kepada kata adjektif yang disediakan
berdasarkan teks cerita Pak Senik Insaf.

Sistem Bahasa :
 Kosa kata : luas, kering, miskin, bakhil, gelagat
 Tatabahasa: Kata adjektif

Pengisian Kurikulum:
 Ilmu : Budaya dan Amalan Hidup
 Nilai : Murah hati, tolong-menolong
13
Elemen Nilai Tambah:
 KB : Penyoalan, menghubung kait
 TKP: Verbal-linguistik, intrapersonal, interpersonal
 BCB: Bacaan intensif
 Pengalaman Sedia Ada: Murid pernah membaca buku cerita
 BBB: Petikan cerita, lembaran kerja, kad potongan ayat, radio dan audio lagu
(aktiviti kotak beracun)

Langkah/ Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan Catatan


Masa pembelajaran

Induksi set Tajuk cerita haiwan dan 1. Murid diminta menyatakan tajuk- BBB : Buku Cerita
(5 minit) cerita rakyat. tajuk cerita haiwan dan cerita Nilai : Keyakinan
rakyat yang diketahui. KBT : Kemahiran
“Sang Kancil Dengan 2. Guru menyatakan bahawa setiap Berfikir
Harimau.” cerita mempunyai pengajaran
“Pak Pandir” tertentu.
“Lebai Malang”

Langkah 1 Teks cerita 1. Guru mengedarkan teks cerita BBB : Teks cerita
(20 minit) “Pak Senik Insaf” “Pak Senik Insaf” kepada semua Nilai : Berani,
murid. tekun.
Penilaian Kemahiran 2. Murid dibimbing membaca cerita
Membaca Mekanis dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
3. Guru memilih beberapa orang
murid secara rawak untuk
membaca petikan mengikut
intonasi bercerita.

14
Langkah 2 Kata adjektif: 1. Murid diterangkan tentang maksud BBB : teks cerita,
(10 minit)
Miskin kata adjektif. lembaran kerja.
Lazat 2. Dalam kumpulan, murid diminta Nilai : kerjasama,
Marah mencari perkataan adjektif yang berani.
Kuat terdapat dalam teks. KBT : KBCB, KB,
3. Murid menyenaraikan kata adjektif TKP
yang terdapat dalam petikan secara Keusahawanan:
berkumpulan. Etika Kerja
4. Wakil setiap kumpulan Berkumpulan
membentangkan hasil
perbincangan di hadapan kelas.

Langkah 3 Menyusun urutan


1. Guru menyusun potongan cerita BBB : lembaran
(10 minit) cerita.
Nilai yang terdapat yang tidak tersusun tentang cerita kerja, kad ayat.
dalam cerita.
“Pak Senik Insaf” di hadapan Nilai : berani,
kelas. tekun.
2. Beberapa orang murid diminta KBT : KBCB, TKP
tampil ke hadapan kelas untuk
menyusun potongan cerita tersebut
mengikut urutan cerita dengan
betul.
3. Murid berbincang dengan guru
berkaitan jalan cerita yang betul.

15
BBB:
Langkah 4 Permainan kotak 1. Guru meminta murid duduk dalam  Radio
(10 minit) beracun keadaan sedia.  Audio lagu
2. Guru menerangkan cara permainan  Soalan- soalan
kotak beracun sebelum berkaitan cerita
memulakannya. ‘Pak Senik
3. Murid yang memegang kotak Insaf’
soalan pada akhir lagu yang
diberhentikan diminta memilih Teknik:
secara rawak soalan dalam kotak Permainan kotak
tersebut dan menjawabnya. beracun
4. Murid yang dapat menjawab
dengan tepat akan diberi sebiji
gula-gula sebagai ganjaran
sehinggalah selesai semua (10
soalan) dijawab dengan betul.
5. Guru mengedarkan lembaran kerja
sebagai kerja rumah kepada murid.

Penutup Rumusan 1. Murid diminta menyebut kata Nilai:


(5 minit) adjektif yang telah dipelajari pada  Bekerjasama
hari ini.  Keberanian
2. Murid diminta menyatakan nilai
yang terdapat dalam cerita ‘Pak
Senik Insaf’.
3. Guru membuat rumusan tentang isi
pelajaran hari ini.

Refleksi: ____orang daripada ____ orang murid telah mencapai objektif yang
disasarkan. ____orang murid perlu diberi bimbingan untuk mencapai objektif
pembelajaran

16
LAMPIRAN:

Petikan
Pak Senik Insaf
Pada zaman dahulu, ada seorang kaya bernama Pak Senik. Kebun getahnya luas.

Haiwan ternakan juga banyak. Ada lembu, kambing, ayam dan itik. Walaupun kaya namun

dia sangat kedekut. Dia sanggup makan nasi berlaukkan ikan kering sahaja. Dia juga

tidak pernah bersedekah kepada orang-orang miskin.

Pak Senik mempunyai seorang anak perempuan bernama Gayah. Suami Gayah

Dolah, tidak suka akan sifat bapa mentuanya yang bakhil itu. Dolah dan Gayah telah

menjemput Pak Senik ke rumah mereka.

Pada hari tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat .

“ Wah, sedap sungguh gulai kambing ini! Baunya pun harum dan menyelerakan,” kata Pak

Senik sambil makan .Dia makan dengan berselera sekali kerana dia tidak pernah

menikmati lauk-pauk yang sedap. Mereka memperhatikan sahaja gelagat Pak Senik.

“ Dari mana kamu dapat daging kambing ni?” Tanya Pak Senik.

“ Saya sembelih seekor kambing ayah,” jawab Dolah ,selamba. Pak Senik sangat marah.

“Kamu mesti bayar ganti ruginya,” jerit Pak Senik dengan kuat.

“ Kami tidak makan daging kambing itu. Mengapa kami mesti membayarnya ?” balas

Dolah. Pak Senik terdiam.

“ Ayah sudah tua. Harta ayah banyak. Kalau ayah murah hati dan suka bersedekah

tentu orang kampung menghormati ayah. Tuhan juga menggandakan rezeki ayah,” jelas

Dolah dengan lembut.

Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi. Dia sentiasa

bersedekah. Dia sentiasa bersedekah kepada fakir miskin.

Kad Potongan Cerita 17

“ Dari mana kamu dapat daging kambing ni?” Tanya Pak Senik.

“ Saya sembelih seekor kambing ayah,” jawab Dolah ,selamba. Pak Senik sangat

marah. “Kamu mesti bayar ganti ruginya,” jerit Pak Senik dengan kuat.
Pada zaman dahulu, ada seorang kaya bernama Pak Senik. Kebun getahnya luas.

Haiwan ternakan juga banyak. Ada lembu, kambing, ayam dan itik. Walaupun kaya

namun dia sangat kedekut. Dia sanggup makan nasi berlaukkan ikan kering sahaja.

Dia juga tidak pernah bersedekah kepada orang-orang miskin.

Pada hari tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat .

“ Wah, sedap sungguh gulai kambing ini! Baunya pun harum dan menyelerakan,” kata

Pak Senik sambil makan .Dia makan dengan berselera sekali kerana dia tidak

pernah menikmati lauk-pauk yang sedap. Mereka memperhatikan sahaja gelagat

Pak Senik.

Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi. Dia sentiasa

bersedekah. Dia sentiasa bersedekah kepada fakir miskin.

“ Ayah sudah tua. Harta ayah banyak. Kalau ayah murah hati dan suka

bersedekah tentu orang kampung menghormati ayah. Tuhan juga menggandakan

rezeki ayah,” jelas Dolah dengan lembut.

Pak Senik mempunyai seorang anak perempuan bernama Gayah. Suami Gayah Dolah,

tidak suka akan sifat bapa mentuanya yang bakhil itu. Dolah dan Gayah telah

menjemput Pak Senik ke rumah mereka.

Soalan- soalan kotak beracun 18

Siapakah nama anak Pak Senik?


Apakah masakan yang dimasak oleh Gayah untuk Pak Senik?

Mengapakah Pak Senik berasa marah terhadap Dolah?

Nyatakan sifat Pak Senik

Senaraikan 3 kata adjektif yang terdapat dalam petikan “Pak Senik Insaf”

Mengapakah Gayah dan Dolah menjemput Pak Senik ke rumahnya?

Siapakah nama suami Gayah?

Apakah pertalian antara Gayah dengan Pak Senik?

Apakah nasihat Dolah yang membuatkan Pak Senik Insaf?

Mengapa Dolah tidak menyukai sifat bapa mertuanya?

19
Lembaran kerja

Nama: ______________________ Kelas: ___________________


20

REFLEKSI
Kekuatan:

Guru berjaya mewujudkan kesediaan belajar murid dengan merancang dan


melaksanakan set induksi dengan aktiviti permainan bahasa. Sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, terdapat kekuatan yang telah dikesan. Antara kelebihan tersebut
ialah suara guru yang kuat dapat didengari dengan jelas oleh semua murid. Buktinya, murid
dapat menjalankan aktiviti seperti yang diarahkan tanpa meminta ulangan arahan.
Dalam pada itu, guru juga peka dengan kesilapan murid iaitu terus menegur dan
membetulkan murid yang telah menggunakan bahasa pasar ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran terutama semasa aktiviti perbincangan kumpulan dijalankan.
Selain itu, guru juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan
murid dapat belajar secara bersahaja. Sungguhpun begitu, disipin murid terkawal dan murid
menunjukkan keseronokan ketika aktiviti pembelajaran dilaksanakan terutama semasa aktiviti
permainan kotak beracun.. Murid sangat membantu dan memberi respon yang baik ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Kelemahan

Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat beberapa kelemahan
yang telah dikesan. Antaranya ialah guru sepatutnya meminta murid membina ayat
menggunakan kata adjektif setelah mereka menyenaraikan kata adjektif daripada petikan
untuk memastikan mereka faham akan maksud setiap perkataan tersebut.
Ketika murid menulis, sepatutnya guru meminta murid menulis dengan menggunakan tanda
baca yang betul iaitu tidak menggunakan keseluruhan perkataan dengan huruf besar.
Sepatutnya guru menyediakan lembaran kerja berbentuk soalan pemahaman sebagai
kerja rumah supaya guru dapat mengesan sejauh mana kefahaman murid dalam menjawab
soalan menggunakan ayat lengkap.
Guru boleh meminta murid untuk menulis kata adjektif di dalam buku tulis semasa
aktiviti perbincangan kumpulan dilaksanakan agar murid dapat memahami dengan jelas ilmu
tatabahasa berkaitan kata adjektif yang telah dipelajari.
21
Langkah mengatasi
Dalam perancangan lagi, sepatutnya guru lebih menekankan aktiviti yang menguji
kemahiran murid. Seharusnya guru menggunakan lebih banyak BBM dan aktiviti yang
bersesuaian agar tahap murid diuji.
Guru perlu berbincang dalam sesi pengajaran berkaitan maksud setiap kata adjektif
supaya murid dapat membina ayat dengan mudah kerana telah faham akan maksud perkataan
tersebut. Guru juga boleh meminta murid mengesan ayat yang mengandungi kata adjektif
agar penerangan tentang kata adjektif tersebut lebih jelas.
Guru hendaklah menggunakan strategi dan aktiviti yang tepat dan mengambil kira
semua aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk unsur-unsur ICT dan KMD. Pemilihan
sumber-sumber yang baik dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru seharusnya sentiasa menggunakan kemahiran berfikir dengan jelas dan tepat. Di
samping merancang dan melaksanakan dengan lebih jelas. Guru juga seharusnya
menggunakan alat rangsangan yang dapat mencabar keupayaan minda murid.

22
RUJUKAN
Bahagian Perkembangan Kurikulum. (2010).KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Perkembangan Kurikulum. (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard


Sekolah Rendah (KSSR: Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan
Tahun Satu.. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia .(1987) . Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Buku


Panduan Khas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mok Soon Sang. (1992).Pedagogi 2: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Mikro. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman.

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib. (1995).Pengajaran dalam Bilik Darjah, Kaedah
& Strategi. Kajang : Masa Enterprise.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur: Heineman

23

You might also like