Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

0

<PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PENGAJIAN ISLAM>

<SEMESTER MEI / 2021 >

<MPU311>

<HUBUNGAN ETNIK>

NO. MATRIKULASI : <780429125229001>


NO. KAD PENGENALAN : <7804129125229>
NO. TELEFON : <013-8107857>
E-MEL : <ESHAM78@OUM.EDU.MY>

PUSAT PEMBELAJARAN : <KENINGAU>


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENGENALAN
LATAR BELAKANG 1-2
OBJEKTIF 2
2. TUGASAN 1
1. PERANAN FILEM ATAU ANIMASI UPIN DAN IPIN 3-4
2. USAHA-USAHA MENGEKALKAN
KESEPADUAN ETNIK 5-7
3. IMPAK WATAK 8-9
4. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA
KERUNTUHAN PERPADUAN 10-12
3. KESIMPULAN 13

4. TUGASAN 2
JURNAL REFLEKSI ( TOPIK 10 ) 14-16
5. REFERENSI 17
1

LATARBELAKANG
Penggubalan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 telah menjadikan pemain
industri perfileman dan penyiaran negara kita bertanggungjawab dalam menyampaikan
mesej dan maklumat berkenaan konsep negara bangsa yang dinatijahkan dalam apa jua
bentuk penyiaran termasuklah siri animasi, filem animasi dan sebagainya dengan fokus
tertumpu kepada golongan sasar terutamanya generasi muda tanahair. Akta ini
memberikan garis panduan yang perlu dipatuhi selain bertujuan untuk mengawal semua
kandungan penerbitan agar tidak menyentuh sensitiviti seperti isu perkauman yang boleh
mencetuskan kekeliruan dan boleh mengancam keselamatan negara.
Rentetan daripada garis panduan tersebut, sambutan menggalakkan telah diterima
daripada pemain industri penyiaran perfileman dan siri animasi negara untuk
menghasilkan karya cerita yang memaparkan elemen kerjasama, keharmonian, perpaduan
dan kesejahteraan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Ini jelas terbukti sehingga hari
ini, kebanyakan filem dan animasi banyak menggunakan watakberbangsa Melayu, Cina
dan India yang menerajui plotnya. Dan salah satu siri animasi yang terkenal ialah Upin
dan Ipin.
Siri animasi kanak-kanak ciptaan Hj Burhanuddin Radzi, Hjh Ainon Arif, Mohd
Nizam Abdul Razak dan Mohd Safwan Abd Karimi bertajuk Upin dan Ipin ini mula
ditayangkan di TV3 pada 14 Sept 2007 dan diterbitkan oleh Les’Copaque Production
Sdn Bhd. Kisah Upin dan Ipin memaparkan tentang kehidupan dan penggembaraan dua
orang kanak-kanak kembar yang berusia 5 tahun yang tinggal dalam masyarakat
kampung di Malaysia.
Animasi ini berkisarkan kehidupan Upin dan Ipin dalam keluarga, sekolah dan
masyarakat. Sifat kenakalan, kecerdikan dan kejujuran serta setiakawan ditonjolkan
dengan cara bersahaja dan santai. Akan tetapi ia tetap mencuit hati dan kelihatan lucu.
Mesej dan unsur nasionalisme disampaikan dengan cara yang halus dan santun dalam
menyemai kesepaduan sosial masyarakat Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian
etnik dan agama. Selain itu, diselitkan juga keadaan, masalah dan juga konflik tetapi
diselesaikan dengan kebijaksanaan berhemah oleh watak-watak seperti Tok Dalang dan
Opah.

1
2

Kesepaduan sosial merupakan satu formula yang diilhamkan oleh negara Malaysia
membina masyarakatnya yang harmoni selama 56 tahun. Kesepaduan dalam kepelbagaian
merupakan situasi yang paling sesuai digunakan untuk menggambarkan rakyat melaysia
yang rencam. Kesepaduan merujuk kepada sesuatu proses masyarakat yang sedang
bersatu. Usaha untuk mengimplimentasikan formula kesepaduan sosial bermula selepas
berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Sejak titik hitam itu, pelbagai usaha
cuba diketengahkan oleh pihak kerajaan agar dapat memulihkan hubungan antara kaum.
Rukun Negara diperkenalkan sebagai garis panduan kehidupan setiap rakyat Malaysia.
Konsep Integrasi merupakan formula yang sesuai dalam konteks masyarakat di
Malaysia. Malaysia pada hakikatnya masih jauh untuk mencapai perpaduan yang sebenar.
Kita hanya berjaya mencapai tahap kesepaduan sosial. Beberapa takrifan harian dan
takrifan berautoriti yang menunjukkan praktikal kesepaduan sosial dalam realiti
masyarakat Malaysia. Kesepaduan dalam kepelbagaian merupakan acuan Malaysia dalam
membentuk corak kehidupan masyarakatnya.
Rakyat Malaysia pada hari ini dapat menyaksikan kehidupan harmoni antara etnik
dan usaha untuk memperbaiki lagi tahap hubungan itu akan terus digerakkan terutamanya
oleh pihak berwajib seperti kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan
masyarkat. Etnik yang menjadi warganegara harus bersama-sama berganding bahu dalam
usaha memakmurkan negara ini menerusi beberapa askpek seperti kesepakatan dalam
sosial, politik dan ekonomi. Konflik dan pengeseran antara etnik memang tidak dapat
dinafikan dan keadaan itu memang berlaku, tetapi ia perlu diatasi dengan tindakan yang
rasional dan menggunakan kematangan pemikiran dan pertimbangan.

OBJEKTIF
Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai kebolehan pelajar dalam menganalisis
secara terperinci dan komprehensif tentang peranan kesepaduan sosial dalam mewujudkan
kestabilan dalam konteks Malaysia. Selain itu, tugasan ini juga melatih pelajar dalam
menghuraikan peranan animasi Upin dan Ipin dalam mengekalkan kesepaduan etnik di
Malaysia.

2
3

Para pelajar juga diuji melalui kefahaman tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh
kerajaan dan masyarkat mahupun keterlibatan langsung NGO untuk menyatupadukann
masyarakat negara kita yang terdiri daripada berbagai kaum.
Sehubungan itu juga, tugasan ini menilai kemahiran pelajar dalam menganalisis
watak-watak di dalam Upin dan Ipin dan menyenaraikan impak dari peranan watak
tersebut terhadap kesepaduan sosial.
Kesepaduan sosial merupakan satu formula yang diilhamkan oleh negara Malaysia
membina masyarakatnya yang harmoni selama 56 tahun. Kesepaduan dalam kepelbagaian
merupakan situasi yang paling sesuai digunakan untuk menggambarkan rakyat melaysia
yang rencam. Kesepaduan merujuk kepada sesuatu proses masyarakat yang sedang
bersatu. Usaha untuk mengimplimentasikan formula kesepaduan sosial bermula selepas
berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Sejak titik hitam itu, pelbagai usaha
cuba diketengahkan oleh pihak kerajaan agar dapat memulihkan hubungan antara kaum.
Rukun Negara juga dilihat sebagai mekanisme penting ke arah mencapai perpaduan.

TUGASAN 1
1. PERANAN FILEM UPIN DAN IPIN
Filem atau siri animasi Upin dan Ipin merupakan siri animasi yang terkenal di
Malaysia serta negara-negara jiran yang lain seperti Singapura, Indonesia, Brunei,
Thailand, Filipina dan negara-negara lain di Asia dan di dunia. Populariti animasi ini
bukan sahaja menambat hati penonton kanak-kanak dan remaja malah amat di minati
oleh segenap lapisan umur penonton kerana berlatar-belakangkan kisah-kisah teladan dan
nasihat yang melambangkan nilai jati diri masyarakat Melayu khususnya. Watak-watak
yang di mainkan oleh kanak-kanak yang di kenali sebagai si kembar Upin dan Ipin,
Ehsan, Fizi, Jarjit, Mei Mei, Mail, Rajoo, Pakcik Muthu, Pakcik Ah Thong, Susanti, Kak
Ros, Opah dan Tok Dalang melambangkan realiti kesepaduan antara etnik di dalam
kehidupan masyarakat Malaysia.

1. Watak-watak menggambarkan kepelbagaian kaum


Pertama sekali kita dapati siri animasi ini berperanan secara tidak langsung
menunjukkan identiti masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku
kaum dan agama boleh hidup secara harmoni. Ia jelas ditunjukkan melalui watak dan

3
4

karakter yang di mainkan oleh kanak-kanak di dalam siri animasi tersebut seperti Upin
dan Ipin, Ehsan dan Fizi dari suku kaum Melayu, Mei Mei kaum Cina dan Jarjit kaum
Sikh serta Rajoo berbangsa India. Selain itu juga terdapat beberapa watak seperti Tok
Dalang, pakcik Muthu dari kaum India, pakcik Ah Thong kaum Cina, Susanti dari
Indonesia dan ramai lagi. Sebenarnya, peranan watak-watak tersebut adalah untuk
menggambarkan contoh kehidupan bermasyarakat dan keharmonian dalam hubungan
antara etnik yang rencam di sebuah kampung yang dinamakan Kg Durian Tunggal.
2. Penggunaan bahasa Melayu
Keunikan filem dan animasi bersiri ini adalah dari segi penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar komunikasi. Semua watak termasuk melayu, cina dan india
menggunakan bahasa Melayu sebagai medium interaksi sesama mereka dalam aktiviti
seharian. Ini jelas menunjukkan bahawa bahasa berperanan penting dalam memupuk
kesepaduan sosial termasuklah pada usia kanak-kanak lagi.
3. Menerapkan nilai jati diri
Adalah menjadi resam masyarakat malaysia yang hidup harmoni dengan budaya
tolong-menolong, bekerjasama dan saling menasihati sesama bangsa. Peranan penting ini
ditunjukkan oleh watak opah, kak ros, tok dalang, ah thong dan pakcik muthu yang
sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat serta semangat kepada watak kanak-kanak dalam
filem ini. Tujuannya adalah mengekalkan negara bangsa dibawah konsep 1 Malaysia.
Upin dan Ipin merupakan watak kembar yang sangat nakal. Mereka kerap kali
mendapat teguran dari opah dan kak ros serta cikgu Jasmin. Dan cara teguran yang
dipaparkan menunjukkan kelembutan, keprihatinan tanpa unsur keganasan dan
penderaan. Ini dapat memberi mesej kepada ibubapa yang menonton untuk meengambil
pengajaran dan iktibar yang berguna ini. Selain itu, unsur menghormati orang tua secara
tidak langsung dapat diselitkan dalam beberapa adegan . Bukan sahaja nasihat berguna
dapat diperolehi kepada penonton, malah cara teguran membina dan berhemah dapat
dicontohi oleh orang dewasa.
4. Semangat patriotisme
Terdapat beberapa siri episod filem ini yang memaparkan beberapa aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak tadika perpaduan menunjukkan pendedahan semangat kenegaraan.

4
5

Contohnya mewakili kelas dalam pertandingan melukis bertemakan negara bangsa,


mengibarkan jalur gemilang, pertandingan keceriaan dan juga program antara tadika.
5. Paparan suasana kampung
Secara keseluruhannya, filem ini berlatarbelakangkan suasana dan aktiviti
masyarakat pelbagai kaum di Kg Durian Tunggal yang memaparkan suasana aman dan
damai serta menenagkan jiwa, keramahan penduduknya yang sopan dan tolak ansur.

2. USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN KESEPADUAN SOSIAL DAN


MASYARAKAT DI MALAYSIA.
Peranan Kerajaan dalam konteks hubungan etnik
Penubuhan Majlis Perpaduan Negara(1971) untuk menangani isu-isu berhubung
pembinaan semula perpaduan masyarakat. Dan tanggungjawab bagi memupuk dan
memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah Jabatan
Perpaduan Negara. Selepas itu ia di letakkan dibawah Kementerian Perpaduan Negara
dan Masyarakat sebelum diletakkan semula dibawah Jabatan Perdana Menteri dengan
nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( JPNIN ).
Pelaksanaan di Peringkat Dasar Awam
Persefahaman politik melibatkan keakuran parti politik gabungan untuk memperjuangkan
dan mengiktiraf kedudukan sisetem demokrasi, kedudukan raja-raja Melayu, bahasa
kebangsaan dan hak beragama dan sebagainya.
Penggunaan bahasa kebangsaan untuk menggambarkan bahasa Melayu sesuai
untuk semua masyarakat di Malaysia. Kepercayaan dan agama merupakan pengiktirafan
dalam perlembagaan dan Rukun Negara yang menjamin kebebasan menganut dan
mengamalkan agama dan kepercayaan setiap etnik masing-masing.
Kebudayaan pula iaitu mewujudkan kebudayaan nasional yang dipanggil Dasar
Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang berasaskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
Islam menjadi unsur penting dan unsur kebudayaan lain yang sesuai diterima.

5
6

Integrasi wilayah iaitu menumpukan integrasi antara semenanjung Malaysia


dengan penduduk di Sabah dan Sarawak dalam pelbagai aspek seperti kebudayaan,
pengangkutan, siaran radio-television dan sebagainya. Antara contoh integrasi wilayah
melalui radio-television ialah rancangan senandung seirama yang mengetengahkan seni
hiburan dan persembahan antara budaya di semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Penggunaan tenaga manusia iaitu melalui interaksi ditempat kerja. Kerasjaan
menggalakkan supaya pengisian sesuatu jawatan dalam sektor awam dan swasta supaya
tidak berdasarkan faktor etnik, agama dan budaya.
Media massa yang ada seperti television, akhbar dan juga internet menyampaikan
maklumat ke arah menjunjung semangat perpaduan. Kesukanan iaitu menggalakkan
penganjuran sukan yang menjurus kepada perpaduan kaum seperti sukan di peringkat
komuniti setempat.
Peranan masyarakat dalam konteks hubungan etnik
Dalam realiti kehidupan rakyat Malaysia, kesepaduan antara etnik itu dapat dilihat
melalui penglibatan masyarakat dalam pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang
dianjurkan. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dimainkan oleh anggota masyarakat
bagi memastikan keharmonian terjalin erat Aktiviti tersebut menggambarkan bentuk
kesepaduan yang wujud dalam kalangan rakyat. Antara aktiviti tersebut termasuklah
Rukun Tetangga, Rumah terbuka, aktiviti sukan dan kesukarelawanan.
Rukun Tetangga merupakan contoh paling mudah untuk menggambarkan
wujudnya kesepaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini dapat dilihat apabila anggota
Rukun Tetangga yang terdiri daripada pelbagai etnik di sesebuah kawasan perumahan.
Rukun Tetangga atau KRT diperkenalkan sejak tahun 1975 dan penubuhannya bertujuan
untuk memelihara, meningkat dan mengukuhkan kesepaduan rakyat pelbagai etnik dan
integrasi nasional. Rukun Tetangga adalah sejajar dengan dasar kerajaan dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Aktiviti Rukun Tetangga bertujuan untuk
menjaga keselamatan penduduk dan harta benda mereka. Visi Rukun Tetangga ialah
membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dalam konteks
pencapaian Wawasan 2020.
Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim
perayaan. Melalui penganjuran Rumah terbuka ini, setiap golongan etnik di Malaysia

6
7

akan sering kunjung-mengunjungi ke rumah jiran tetangga mereka walaupun berlainan


etnik, budaya dan agama. Contohnya Rumah terbuka aidilfitri, Rumah terbuka Deepavali,
Krismas, Rumah terbuka Tahun Baru Cina dan sebagainya. Orang Cina misalnya akan
berusaha mengambil berat dan memahami budaya dan agama orang Melayu dengan
menyajikan makanan yang halal kepada orang Melayu yang datang berkunjung.
Pertimbangan seperti ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin
kukuh. Selain itu, perkongsian nilai dan tindakan saling menyertai perayaan antara etnik
dapat merapatkan lagi hubungan etnik di negara ini.
Dalam aktiviti sukan, keterlibatan masyarakat daripada pelbagai etnik di Malayisa
dalam aktiviti kesukanan terutamanya sukan bola sepak, badminton dan hoki jelas
melihatkan kesepaduan sosialnya. Ketiga-tiga sukan ini berjaya mengharumkan nama
negara diperingkat antarabangsa dan dunia. Namun apa yang penting ialah ketiga-tiga
pasukan negara tersebut diwakili oleh rakyat daripada pelbagai etnik. Contohnya dalam
pasukan harimau malaya, antara pemain utamanya ialah Ong Kim Swee, Khairul Azman
dan K. Sanbagamaran.
Kesepaduan sosial dalam realiti masyarakat Malaysia juga dapat dilihat melalui
aktiviti kesukarelawanan yang dijalankan. Dari aspek kebajikan masyarakat, terdapat
banyak badan amal yang di anggotai oleh individu dari pelbagai etnik yang terlibat secara
langsung memberi sumbangan kepada golongan asnaf, mangsa banjir, mangsa kebakaran
dan sebagainya. Dan aktiviti kesukarelawanan ini dapat memupuk semangat bantu-
membantu dan melahirkan perasaan prihatin antara rakyat pelbagai etnik terutamanya
generasi muda. Aktiviti sebigini secara tidak langsung dapat mendidik serta memberikan
pendedahan yang positif kepada generasi muda tentang betapa pentingnya kesepaduan
antara etnik.
Kesimpulannya, konsep 1Malaysia merupakan usaha pihak kerajaan terutamanya
Datuk seri Najib Tun Abdul Razak, yang bertujuan membudayakan rakyat supaya
bersikap menerima keunikan kepelbagaian kaum agar dapat hidup bersama dan saling
hormat-menghormati. Konsep 1Malaysia adalah pendekatan serampang dua mata iaitu
untuk memberi keadilan sosial kepada semua lapisan kaum dan juga kearah pemantapan
negara dan bangsa. Strategi ini merupakan harapan negara untuk mengutamakan
kepentingan rakyat merentasi seluruh lapisan masyarakat dengan memastikan

7
8

perkongsian kemakmuran negara secara bersama tanpa ada yang merasa terpinggir.
Selain itu juga, kerajaan sering menyeru rakyat agar sentiasa bertolak ansur untuk
mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham. Hakikatnya, rakyat Malaysia telah
disemai semangat kekitaan sejak dibangku sekolah lagi selain dinasihati agar menjaga
adab sopan dalam pergaulan antara sesama kita.

3. BINCANGKAN IMPAK MANA-MANA SATU WATAK DALAM DRAMA/


FILEM ANIMASI UPIN DAN IPIN BAGI MEMBENTUK KESEPADUAN
SOSIAL MASYARAKAT.

Kesepaduan sosial merupakan cara untuk melihat konflik yang berlaku dalam
kehidupan bermasyarakat. Masyarakat Malaysia membina kesepaduan sosial melalui
interaksi dan amalan secara langsung dan tidak langsung secara berterusan menunjukkan
betapa dinamiknya masyarakat kita.
Watak Upin dan Ipin
Pada pendapat saya, watak yang berupaya memberi impak yang besar dalam
animasi Upin dan Ipin sudah tentulah mereka berdua itu sendiri. Selain menjadi tajuk
besar siri animasi, mereka juga merupakan watak utama yang banyak ditonjolkan melalui
peranan plot dan babak. Upin merupakan pelengkap Ipin. Mereka sentiasa bersama-sama
dalam banyak perkara yang dilakukan contohnya bermain bersama-sama dan mengemas
rumah bersama-sama. Tarik lahir mereka pada 16 september dan merupakan Hari
Malaysia.
Mereka bersekolah di Tadika Mesra bersama rakan-rakan yang lain termasuklah Ehsan,
Fizi, Mei Mei, Mail, Susanti, Jarjit, Rajoo dan lain-lain lagi. Kita dapat lihat ketika inilah
mereka mula mempelajari erti dan cabaran hidup dalam pengembaraan kehidupan
mereka.

Upin
Upin ialah merupakan salah satu watak utama. Dia merupakan abang kembar
kepada Ipin. Walaupun mereka merupakan kembar seiras, namun Upin dapat dibezakan
dengan Ipin melalui warna baju singlet kuning dan mempunyai lambang ‘U’. Selain itu,

8
9

Upin mempunyai sehelai rambut berpilin yang menonjol di atas kepala botaknya. Warna
kuning merupakan warna asas pemakaiannya seharian. Ketika ke surau atau semasa
Aidilfitri baju melayu yang dipakainya berwarna kuning. Ketika menjadi penyiasat
peribadi, Upin akan memakai kot labuh berwarna kuning.
Dari segi karakter, Upin lebih banyak bercakap. Upin lebih menonjolkan diri dan
lebih berkarisma kerana berperanan sebagai abang. Upin lebih kepada menyelesaikan
masalah melalui berfikir dan membuat perancangan yang terbaik untuk mereka berdua
berbanding Ipin sebaliknya. Beberapa impak watak Upin harus diteladani oleh golongan
muda iaitu berkepimpinan menjaga adiknya dan berkarisma serta mengambil berat
perihal kawan-kawannya. Sikap ringan tulang membuatkannya seorang yang sangat
prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh kawan-kawannya.

Ipin
Ipin merupakan adik kepada Upin. Perbezaan ketara dapat dilihat melalui warna
baju biru dan sehelai napkin merah terikat dikeliling leher selain tanda ‘I’ pada baju
singlet birunya. Seperti juga Upin, warna asas pakaian Ipin ialah warna biru seperti baju
melayu biru, kot labuh biru serta seluar petak warna biru. Ipin selalunya akan berkata “
betul betul betul”.
Dari segi perwatakan Ipin menunjukkan karakter seakan pak turut yang bersetuju
sahaja dengan kehendak dan keputusan abangnya Upin mahupun sesiapa sahaja yang
berbual dengannya setiap kali dengan membalas kata-kata itu dengan mengulangi satu
kata sebanyak tiga kali dalam satu ayat. Contohnya “sedap sedap sedap!”
Sama seperti juga Upin, Ipin cenderung untuk tidak berpisah dengan abang kembarnya
walaupun dalam permainan bola sepak bersama rakan-rakan mereka.
Ipin amat menyukai semua buah-buahan tempatan dan meminati semua jenis
ayam terutamanya ayam goreng. Kita dapat melihat betapa Ipin amat meminati ayam
goreng sehingga layang-layangnya diperbuat berbentuk ayam pada episod Terbang
Tinggi-tinggi.
Impak dan peranan watak Upin dan Ipin ini diperakui oleh Menteri Pendidikan
Malaysia DR Maszlee Malik yang mengiktiraf dan mengangkat karakter Upin dan Ipin
sebagai duta Mahabbah yang jelas memaparkan perasaan kasih sayang dan keharmonian

9
10

rakyat Malaysia. Beliau juga berkata elemen saling menghormati, sayang-menyayangi


dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum wujud dalam karakter Upin dan Ipin sekaligus
memainkan peranan mempromosikan budaya majmuk rakyat Malaysia. Beliau berkata
demikian ketika merasmikan tayangan perdana filem animasi Upin dan Ipin dalam siri
keris siamang tunggal.

4. JELASKAN FAKTOR-FAKTOR YANG BERUPAYA MEMBAWA KEPADA


KERUNTUHAN PERPADUAN SOSIAL DI MALAYSIA.
Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk, tentulah tidak boleh lari daripada
berhadapan dengan cabaran hubungan etnik. Beberapa faktor perlu di ambil perhatian
kerana berupaya membawa kepada keruntuhan perpaduan sosial di negara kita. Terdapat
dua indikator halangan yang besar dalam mewujudkan kesepaduan sosial dalam
masyarakat iaitu;
A) Indikator Etnik
Kewujudan prasangka, perkauman, diskriminasi. Stereotaip, rasisme,
ethnocentrisme dan cauvinisme diperingkat peribadi dan individu
B) Latar Belakang Sosioekonomi
Contohnya isu pendapatan, kemahiran pekerjaan, pendidikan, kelas dan budaya
hidup. Keadaan ini ditambah pula dengan peningkatan kos hidup yang semakin
meningkat, perkhidmatan awam yang kurang cukap, pengangguran, kemiskinan,
keterpinggiran dan ketidaksamarataan, masalah sosial yang semakin meruncing dan
terdapatnya samseng ataupun kongsi gelap yang boleh mencetuskan ketidakstabilan dan
huru-hara dalam masyarakat.
1. Faktor Sosial
1. Pemisahan fizikal
Pemisahan fizikal wujud daripada kesan dasar “ pecah dan perintah” yang
diamalkan oleh British. Keadaan ini menyebabkan sesebuah golongan etnik itu tidak
mengenali atau berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap, khususnya mereka
yang tingaal di wilayah yang berbeza.Hal ini berlaku disebabkan keadaan faktor geografi.
Contohnya kesukaran berinteraksi antara masyarakat di Semenanjung Malaysia dan
Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan.

10
11

Pemisahan ini berupaya merenggangkan hubungan interaksi dalam kalangan anggota


etnik malahan boleh menguatkan lagi perasaan kekitaan dan etnaosentrisme serta boleh
menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan,
2. Sistem pendidikan yang berasingan
Pendidikan merupakan platform terbaik untuk merapatkan hubungan antara etnik
diperingkat usia muda. Namun begitu, pendidikan di negara kita masih mempunyai
pelbagai aliran pendidikan yang dikenali sengan panggilan sekolah vernakular. Sekolah
vernakular menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seperti Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) sama ada aliran Cina (SJKC) atau
aliran Tamil (SJKT) untuk orang India. Walaupun konsep ini merupakan konsep yang
dipersetujui bersama dalam kalangan pemimpin, tetapi sekolah vernakular mewujudkan
jarak sosiobudaya pelbagai etnik hingga etnik tertentu sukar memahami budaya etnik
lain.
2. Faktor Ekonomi
Penguasaan ekonomi
Terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi. Lazimnya, orang
Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia
dan masih berteknologi rendah ataupun masih mengamalkan corak pertanian tradisional.
Orang Cina umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan
berteknologi moden. Dampaknya, wujud jurang pendapatan yang ketara dan
ketidakseimbangan pendapatan turut berlaku.

Perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi


Penguasaan ekonomi membawa kepada pengenalan pekerjaan mengikut etnik
atau mewujudkan perbezaan dari segi jenis pekerjaan. Setiap golongan etnik dikelaskan
mengikut sektor ekonomi tertentu seperti pertanian, perladangan, perindustrian dan
sebagainya. Contohnya orang Melayu ketika zaman pemerintahan British lagi
kebanyakkannya terlibat dalam sektor pertanian dan berkhidmat sebagai penjawat awam.
Kebanyakkan orang Cina pula terlibat dalam sektor perniagaan dan perlombongan.
Manakala sebilangan besar orang India pula merupakan buruh di estet. Walaupun
perbezaan ini mula berkurangan, namun masih terdapat perbezaan mengikut sektor

11
12

ekonomi berdasarkan kumpulan etnik. Perbezaan pekerjaan ini menghalang interaksi


antara kaum yang luas. Perkara ini akan memperkukuhkan lagi semangat perkauman.
1. Faktor Politik
Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat
tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Lebih-lebih lagi jika isu perkauman
seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi diperalat oleh
sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat, maka tindakan ini tidak akan
menyumbang ke arah kesepaduan sosial masyarakat.
2. Cabaran nilai antara etnik
Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan lebih ketara dalam
masyarakat majmuk. Masing-masing kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama,
bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap
kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Hal ini
menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripdada etnik yang sama
dengan memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan
polarasi antara etnik. Masalah ini bakal dilihat menjadi lebih sukar sekiranya fahaman
etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.
3. Cabaran Globalisasi
Era globalisasi merupakan cabaran yang terkuat dalam membina dan
memperkukuhkan hubungan etnik di negara Malaysia. Proses globalisasi merupakan
proses penyebaran pengaruh orang barat yang sangat kuat dan pantas. Gejala penerimaan
pengaruh barat dikalangan etnik mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan pemikiran
barat diterima secara halus kedalam masyarakat. Globalisasi berpotensi membawa masuk
pengaruh dari segi iedologi, budaya hedonisme dan nilai negatif, ekonomi bebas dan
sebagainya. Melalui globalisasi juga, mereka mengeksport segala macam keburukan yang
merosakkan modal insan negara dan alam sekitar selain budaya hiburan yang membawa
kepada trend barat yang merosakkan jati diri golongan muda yang masih mentah dan
mudah terpengaruh.
4. Isu Keagamaan

12
13

Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas agama


Islam ialah agama rasmi persekutuan dan agama lain juga bebas diamalkan dengan aman
dan damai diperingkat persekutuan. Dalam konteks ini, penting bagi pelbagain etnikn di
Malaysia saling hormat menghormati agama penganut lain dan mempelajari kepelbagaian
agama yang ada sedikit sebanyak dapat mengelakkan konflik agama di Malaysia.
Isu murtad atau keluar agama sengaja diperbesarkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab bertujuan menegangkan suasana yang menyentuh sensitiviti agama.
Selain isu azan, isu kalimah Allah, isu perarakan kepala lembu, isu kepala babi dan isu
rumah ibadat kerap dijaja dan sengaja dimainkan secara langsung dan jika isu-isu
sedemikian tidak ditangani dengan baik, ia bakal mengundang situasi yang boleh
memcahbelahkan hubungan etnik di Malaysia.
KESIMPULAN
Pendekatan kepada Isalam Hadhari merupakan pendekatan yang sesuai dalam
konteks hidup bermasyarakat. Pernyataan ini berdasarkan sejarah dan sirah Rasulullah
SAW yang telah berjaya membina masyarakat daripada pelbagai golongan etnik dan
mereka hidup dengan aman dan damai. Islam Hadhari menekankan sikap bertolak ansur
terutamanya dalam kehidupan pelbagai kepercayaan kerana manusia dijadikan dengan
kepelbagaian bangsa dan etnik serta keturunan. Salah satu keistimewaan Hadharah Islam
ialah bersifat terbukan dan menerima apa sahaja kemajuan selagi tidak bertentangan
dengan syariat Islam. Justeru itulah salah satu kekuatan Islam Hadhari iaitu
mengkehendaki kemajuan sama ada bersifat kebendaan atau spiritual. Ia juga pendekatan
yang mementingkan kemajuan ilmu yang menjadi teras kepada kehidupan manusia untuk
maju tanpa memilih bangsa dan warna kulit.

TUGASAN 2
Jurnal Refleksi
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT, dengan izin dan redha dari-Nya,
tugasan MPU3112-Hubungan Etnik ini akhirnya dapat saya siapkan tatkala berdepan
dengan situasi penularan Pandemik Covid-19 yang masih menjadi fokus utama agenda
kerajaan ketika ini dan masyarakat Malaysia amnya. Walaupun demikian, dengan tekad

13
14

dan keyakinan serta semangat perjuangan mencari ilmu, tugasan ini akhirnya berjaya
saya tuntaskan sebelum tarikh penghantaran tugasan tamat. Saya amat bernasib baik dan
ingin berterima kasih diatas segala bantuan, informasi dan tunjuk ajar daripada
kakitangan pentadbiran dan pengurusan OUM cawangan Keningau, rakan-rakan dan juga
tutor yang prihatin terhadap keperluan dan permasahalaan yang dihadapi olehn pelajar
dalam menyiapkan tugasan ini.
Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai etnik. Dan hal
kepelbagaian etnik ini tidak membawa konflik yang kronik sebagaimana yang berlaku di
negara Afrika. Justeru banyak negara cemburu kepada kejayaan negara kita menangani
isu etnik selama lebih 50 tahun selepas mendapat kemerdekaan. Oleh itu, saya amat
berbesar hati ingin mengupas serba lanjut apakah realiti yang terdapat dalam masyarakat
hingga Malaysia berjaya menguruskan hubungan etnik rakyatnya.
Dalam konteks realiti masyarakat Malaysia, kejayaan ini kerana negara kita
sebenarnya hanya mencapai kesepaduan sosial kearah perpaduan kaum sebenar.. Apa itu
kesepaduan sosial? Kesepaduan merujuk kepada sesuatu proses masyarakat yang sedang
bersatu. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun pesat, kemajuan bukan hanya
btertumpu terhadap teknologi infrastruktur, kemodenan organisasi serta perkembangan
teknologi digital semata mata, aspek keharmonian hubungan antara etnik dan toleransi
merupakan perkara penting yang perlu dihayati oleh setiap etnik, Malaysia perlu memliki
kemantapan iltizam dan semangat perpaduan serta ikatan integrasi erat antara etnik
mahupun wilayah.
Terdapat banyak input dari segi ilmu dan pengetahuan sejarah yang saya perolehi
apabila cuba menyingkap peristiwa hitam yang melanda negara pada tanggal 13 Mei
1969. Saya sangat teruja dan bersemangat ingin mengetahui sejarah berdarah tersebut.
Pelbagai kebarangkalian punca dan sebab mula berlegar dalam fikiran saya.
Usaha untuk mengimplimentasikan formula kesepaduan sosial di Malaysia
bermula selepas berlakunya trajedi berdarah pada 13 Mei 1969. Ia sebenarnya melibatkan
pergaduhan dan pembunuhan antara dua suku terbesar negara iaitu bangsa Melayu dan
bangsa Cina. Sejak itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan agar air yang keruh
dapat dijernihkan.

14
15

Namun di sebalik trajedi itu, lahirlah Rukun Negara sebagai garis panduan
kehidupan setiap rakyat Malaysia. Konsep negara bangsa merupakan konsep yang
penting dalam proses pembangunan negara. Pengalaman harian melalui perkongsian
ruang awam berupaya memberikan kesan yang mendalam dalam proses membina
kesepaduan antara etnik di Malaysia. Ketika ini, saya baru memahami peranan Rukun
Negara iaitu sebuah dokumen yang amat komprehensif dan menuntut dicipta sebuah
masyarakat demokratif, adil dan saksama dan liberal. Ia merupakan pedoman negara dan
rakyat malaysia yang berbilang etnik dalam menentukan hidup masing-masing dan juga
masa depan negara.
Saya mula berasa kagum kepada usaha kerajaan dalam konteks hubungan etnik
jelas menyatakan cita-citanya untuk membina negara bangsa, iaitu negara dan bangsa
Malaysia yang rakyatnya bersatu padu, mengamalkan cara hidup yang demokratif,
melaksanakan keadilan sosial dan berfikiran terbuka. Ia diibaratkan asas penting untuk
negara kita.
Pengajaran dan iktibar yang saya perolehi setakat ini ialah peranan dan usaha
kerajaan yang berterusan serta bersifat istiqamah dan betapa seriusnya kerajaan hubungan
etnik untuk memastikan keharmonian antara etnik terjalin erat.
Selain itu, usaha untuk memperbaiki tahap hubungan antara etnik bukan hanya
terletak dibawah tanggungjawab kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), swasta
dan masyarakat perlu bersama-sama berganding bahu dalam usaha memakmurkan negara
ini menerusi beberapa aspek kesepakatan dalam sosial, politik dan ekonomi.
Sikap tolak ansur perlu disemai dijiwa masyarakat agar keharmonian hidup dapat
dicapai. Ia dapat dilihat melalui penglibatan masyarakat dalam aktiviti sosial dan
kemasyarakatan yang dianjurkan. Antara aktiviti tersebut termasuklah rukun tetangga,
rumah terbuka, aktiviti sukan dan permainan dan macam-macam lagi.
Sememangnya peranan anggota masyarakat itu sendiri merupakan faktor
terpenting dalam mencapai perpaduan. Peri pentingnya memelihara, memupuk dan
menjamin kelangsungan hubungan etnik yang harmonis di Malaysia ialah satu fakta yang
telah berakar umbi tersemat di dalam jiwa semua lapisan rakyat Malaysia. Semua pihak
dalam masyarakat kita harus terlibat dalam usaha dan tindakan susulan ke arah
kesepaduan sosial antara etnik.

15
16

Kesedaran mula timbul pada diri saya kerana konsep negara bangsa yang
diperjuangkan melalui kerencaman ini harus dilihat sebagai sesuatu yang positif. Melalui
kesedaran ini barulah dapat dibina kefahaman yeng lebih mendalam. Selanjutnya
kefahaman baharu ini dapat meningkatkan tahap akomodatif setiap individu atau
kelompok terhadap kelompok etnik yang wujud seiring dengan mereka dalam kehidupan
seharian sama ada di kawasan perumahan, tempat kerja, ketika perayaan dan kegiatan
lain. Hanya dengan sikap akomodatif ini sahaja saya rasa mereka dapat menjana perasaan
saling menghormati. Dan aspek saling menghormati ini sangat penting untuk
menghapuskan salah faham, stereotaip serta prejudis mereka terhadap etnik kumpulan
lain. Maka kita mungkin dapat melihat dan merasai pintu perpaduan dan kerjasama yang
harmonis.
Kesimpulannya usaha untuk mewujudkan kesepaduan daripada kepelbagaian
etnik mestilah dilakukan secara istiqamah. Justeru, perasaan prihatin terhadap semua
etnik yang berbeza adalah berlandaskan kefahaman yang mendalam hasil daripada
kesedaran. Secara sedar atau tidak, perilaku dan tindakan bersifat akomodatif yakni sedia
menerima golongan etnik yang berbeza. Sifat akomodatif serta kesanggupan menerima
etnik lain yang berbeza cara hidup, tradisi, agama adalah aspek yang sangat penting
untuk membuka pintu perpaduan yang diidamkan. Sifat akomodatif berupaya menjana
sikap dan perilaku saling hormat-menghormati, kefahaman dan toleransi serta
menghindari konflik dalam segala bentuk.
Akhir sekali, melalui penghayatan mendalam tentang iktibar yang saya perolehi,
dengan wujudnya kesedaran yang kuat, kefahaman yang mendalam, sifat akomodatif
yang tinggi, hubungan saling hormat-menghormati yang berterusan pasti akan membuka
luas pintu untuk mengecapi segala bentuk usaha ke arah perpaduan etnik yang
diidamkan. Dan perlu di ingatkan bahawa tidak cukup untuk saya hanya menerima fakta-
fakta berkaitan realiti masyarakat Malaysia dalam mengekalkan kesepaduan sosial tanpa
tindakan susulan. Dan setiap tindakan susulan mestilah bermakna, berkesan dan mudah
difahami.

16
17

REFERENSI
1. Mohd Syariefudin Bin Abdullah, 1st Edition, Hubungan Etnik, OUM ( Disember 2017),
MPU3112

17

You might also like