Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

UNIVERSITI MALAYSIA SARAW AK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL:

SESIPENGAJUlN:________

Saya
(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,


Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak


2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi
5. ** sila tandakan (..J )

D SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA

D
~
TERHAD
RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh

organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)

~ TIDAK TERHAD

J~mhw
(T ANDAT ANGAN PENULIS) (TANDAT

Alamat Tetap:

Tarikh: 4- J4- /03 I ·A·O J


Tarikh: ~-JI_L......-_.--'-
1_________
-----~--=--------

Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsatah, Sarjana dan Sarjana Muda
*Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasalorganisasi
berkenaan dcngan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau
TERHAD
Pusat Khidm~ Mitl 7AQdendk
UNIVERSlTI MALAYSIA SARAWAY
94300 KOla Samarahan
PERANAN KAUNSELOR DI DALAM ORGANISASI: SATU KAJIAN KES DI ENAM
BUAH ORGANISASI TERPILIH DI MALAYSIA
P.KHIDMA TMAKLUMA TAKADEMIK
UIiIMAS

1111111111111111111' 111111
1000129692

Oleh
/'

SUHANA BINTI mRAHIM

Projek ini merupakan salah satu keperluan kursus uotuk mendapat

Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kaunseling Organisasi) dari

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Universiti Malaysia Sarawak

c
Projek bertajuk Peranan Kaunselor Di Dalam Sesebuah Organisasi: Satu Kajian Kes Di Enam
Buah Organisasi Terpilih Di Malaysia telah disediakan oleh Suhana Binti Ibrahim dan
diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat
untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kaunseling Organisasi).

Diterima dan diperiksa oleh:

(Encik Mohd Razali Othman)

Tarikh :

ii
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia kajian
ilmiah ini, iaitu Encik Mohd Razali Othman atas nasihat, bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar
serta idea dan masa yang diberikan sepanjang tempoh kajian ilmiah ini dijalankan. Ucapan
terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah dalam membantu memberi pendapat ke atas
kajian ini.

Penghargaan juga disarnpaikan kepada organisasi-organisasi yang terlibat seperti Bintulu Port
Sdn.Bhd., Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Ke1antan, Telekom Malaysia Berhad, EON Bank,
Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Dewan Bandaraya Kuching Utara yang sudi memberi
bantuan dalam proses pengumpulan data yang dijalankan.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan adik-beradik saya yang
telah banyak memberi sokongan dan dorongan yang tidak ternilai. Tidak lupa juga ucapan
terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan iaitu Program Kaunseling Organisasi yang sarna­
sarna memberi sokongan serta idea dalam menjayakan kajian ilmiah saya ini, juga rakan-rakan
lain. Jasa kalian tidak akan dapat dilupakan.

III
.,.

Jadual Kandungan

3. Metodologi Kajian
3.0 Pengenalan

3.1 Reka Bentuk


Penghargaan iii 3.2 Responden

Jadual Kandungan iv 3.3 Instrumen K~


Senarai Garnbarajah vii 3.3.1 Soa
!
Senarai Jadual Vll1 3.4 PengurnpulaI
Abstrak x 3.4.1 Dat
Abstract xi 3.5 Analisis Dau
3.5.1 Ana
3.6 Kesimpulan

1. Pengenalan 4. Dapatan dan Perbin


l.0 Pengenalan 1
4.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Kajian 2


4.1 Latar Belaka
l.2 Latar Belakang Organisasi 3
4.1.1 Urn
1.3 Kenyataan Masalah 3
4.l.2 Bah
1.4 Kepentingan Kajian 3
4.1.3 Tell
1.5 ObjektifKajian
4.2 Peranan Kaun
1.5.1 ObjektifUrnurn 4
4.3 Masalah-Masl
l.5.2 ObjektifKhusus 4
4.4 Masalah Perill
l.6 Rangka Konseptual 4
4.5 Cara Penyeles
l.7 Skop Kajian 5
4.6 Persepsi Pihal
l.8 Definisi Istilah Dan Konsep 5
DalarnMenye
l.9 Batasan Kajian 7
4.7 Perkhidmatan
1.10 Kesimpulan 7
4.7.1 Pe.
4.7.2 Pe~
2. Sorotan-Sorotan Kajian Lepas 4.8 Pendapat Pihl
2.0 Pengenalan 8
Atau TidakB
2.1 Peranan Kaunselor 8
4.8.1 Ka

2.1.1 Kaunselor Sebagai Pernbimbing 9


4.8.2 Ka

2.1.2 Kaunselor Sebagai Penyelesai Masalah 9


4.9 Isu-Isu Yang
.
2.1.3 Kaunselor Sebagai Pernangkin 9
4.10 Ciri-Ciri Yanj
2.l.4 Peranan-Peranan Lain Kaunselor 9 4.11 Nilai-Nilai Yl
2.1.5 Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Organisasi
4.12 Harapan Piha
!
Dan Majikan 10
4.13
Masalah-Ma

2.2 Jenis-Jenis Masalah Yang Dialarni Pekerja


4.14.1
2.2.1 Masalah Kewangan 11

2.2.2 Masalah Keluarga 11


4.14.2

2.2.3 Masalah Kerja 11

2.2.4 Masalah Kerjaya 12


4.14.3

2.3 Ciri-Ciri Kaunselor

2.3.1 Etika Kaunselor 13


4.3 Kesirnpulan

2.3.2 Personaliti 13

2.3.3 Berpengetahuan 14

2.3.4 Kerahsiaan 14
5. Ringkasan,
2.3.5 Berkernahiran 14
5.0

2.4 Kajian-Kajian Lepas 15


5.1

2.4 Kesirnpulan 15
5.2

iv
Pu at Kh'dm l Maklumats~~n
UNlVERSlTl MALAYSLA
94300 KOla Samardhan

3. Metodologi Kajian
3.0 Pengenalan 17
3.1 Reka Bentuk Kajian 17
III 3.2 Responden 17
IV 3.3 Instrumen Kajian
Vll 3.3.1 Soal Selidik 18
Vll1 3.4 Pengumpulan Data
x 3.4.1 Data Sekunder 19
xi 3.5 Analisis Data
3.5.1 Analisis Statistik Diskriptif 19
3.6 Kesimpulan 19

4. Dapatan dan Perbincangan


1 4.0 Pengenalan 20
2 4.1 Latar Belakang Responden

3
4.1.1 Umur 20
3 4.1.2 Bahagian Berkhidmat 21
3 4.1.3 Tempoh Berkhidmat 21
4.2 Peranan Kaunselor Dalam Merancang Kerjaya Pekerja 22
4 4.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja 23
4 4.4 Masalah Peribadi Yang Dihadapi Oleh Responden 24
4 4.5 Cara Penyelesaian Pihak Pengurusan Terhadap Masalah Pekerja 25
5 4.6 Persepsi Pihak Pengurusan Terhadap Keberkesanan Kaunseling
5 Dalam Menyelesaikan Masalah Pekerja 25
7 4.7 Perkhidmatan Kaunselor Dalam Organisasi 26
7 4.7.1 Pembimbing 26
4.7.2 Perancang Kerjaya 26
4.8 Pendapat Pihak Pengurusan Berhubung Kaunselor Yang Bertauliah

8
Atau Tidak Bertauliah 27
8 4.8.1 Kaunselor Yang Bertauliah 27
9 4.8.2 Kaunselor Tidak Bertauliah 27
9 4.9 Isu-Isu Yang Perlu Ditekankan Oleh Kaunselor Dalam Organisasi 28
9 4.10 Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Kaunselor 30
9 4.11 Nilai-Nilai Yang Perlu Ada Pada Seorang Kaunselor 31
4.12 Harapan Pihak Pengurusan Terhadap Kaunselor Yang Berkhidmat 31
10 4.13 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja Secara Keseluruhan
4.14.1 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja Berdasarkan
11 Umur Menurut Pihak Pengurusan 32
11 4.14.2 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja Berdasarkan

11
Bahagian Berkhidmat Menurut Pihak Pengurusan 33
12 4.14.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja Berdasarkan
Tempoh Berkhidmat Menurut Pihak Pengurusan 34
13 4.3 Kesimpulan 35
13
14
14 5. Ringkasan, Rumusan Dan Cadangan
14 5.0 Pengenalan 36
15 5.1 Ringkasan 36
15 5.2 Rumusan 37
5.3 Cadangan Kepada Enam Buah Organisasi
Yang Terlibat 40
5.3.1 Cadangan Kepada Organisasi 40 Senarai Gambarajah
5.3.2 Cadangan Kepada Kaunselor Atau Pengamal
Kaunseling 41 Rajah 1 :
5.4 Cadangan Kepada Penyelidik Masa Depan 42 Rangka Konseptual Kaj ia
5.5 Kesimpulan 43
Rajah 4.1 :
Rumusan Daripada Semu'
Bibliografi 44 Pekerja
Lampiran 47

vi
40
40 Senarai Gambarajah

41 Rajah 1 :

42 Rangka Konseptual Kajian 4

43

t Rajah4 .1 :

Rumusan Daripada Semua Jenis Masalah Yang Dihadapi Oleh

44
Pekerja 23

47

vii

Senarai Jadual Jadual4.14 :


Harapan Pihak V ..r,m"" i

Jadual 3.1 :
Bilangan Responden Mengikut Organisasi 17 Jadual4.15
Masalah-Masalah Y
Jadual 3.2 : Pihak Pengurusan
Bahagian Dalam Borang Soal Selidik 18
Jadual 4.16 :
Jadual4.1 : Masalah- Masalah Y
Taburan Responden Mengikut Umur 20 Menurut Pihak Pt>'l Ou:nJ

Jadual4.2 : Jadual4.17 :
Taburan Responden Mengikut Bahagian Berkhidmat 21 Masalah- Masalah Y
Menurut Pihak V"r, m ,n,
Jadual4.3 :
Taburan Responden Mengikut Tempoh Berkhidmat 21

Jadual4.4 :
Pandangan Responden Terhadap Peranan Kaunse10r Dalam Merancang Kerjaya
Pekerja 22

Jadual4.5 :
Kekerapan Masalah-Masalah Biasa Yang Dihadapi Oleh Pekerja 23

Jadual4.6 :
Kekerapan Masalah Peribadi Yang Dihadapi Oleh Pekerja 24

Jadual4.7 :
Kekerapan Cara Penyeiesaian Masalah Pihak P~ngurusan Terhadap Masalah Pekerja 25

Jadual4.8 :
Perkhidmatan Kaunselor Dalam Organisasi 26

Jadual4.9 :
Pendapat Responden Berhubung Kaunselor Bertauliah Atau Tidak Bertauliah 27

Jadual4.10 :
Isu-Isu Yang Perlu Ditekankan Oleh Kaunselor Dalam Organisasi 28

Jadual 4.1 I :
Peratusan Sama Ada Wujudnya Konflik Atau Tidak Pada Seorang Kaunselor 29

Jadual4.12 :
Ciri-Ciri Kuanselor Mengikut Keutamaan Yang Dinyatakan Oleh Responden 30

Jadual4.13 :
Nilai-Nilai Kaunselor Yang Dinyatakan Oleh Responden 31

viii
Jadual4.14 :
Harapan Pihak Pengurusan Terhadap Kaunselor 31

17 Jadual4.l5
Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja Berdasarkan Umur Menurut
Pihak Pengurusan 32
18
Jadual4.16 :
Masalah- Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja Berdasarkan Bahagian Berkhidmat
20 Menurut Pihak Pengurusan 33

Jadual4.17 :
21 Masalah- Masalah Yang Dihadapi Oleh Pekerja Berdasarkan Tempoh Berkhidmat
Menurut Pihak Pengurusan 34

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

ix
ABSTRAK

Role Of Counselor In Organizat,


Peranan Kaunselor Di Dalam Sesebuah Organisasi: Satu Kajian Kes Di Enam Buah Organisasi
Terpilih Di Malaysia

Suhana Binti Ibrahim


The purpose ofdoing this resea ,
of counselor in six organization
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi pihak pengurusan terhadap Kelantan (SUK) , Majlis Perbal
peranan kaunselor di enam buah organisasi terpilih iaitu Bintulu Port Sdn.Bhd, Pejabat (DBKU), Telekom Malaysia 1
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) , Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Dewan motivator, problem setting ane
Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Telekom Malaysia Berhad dan EON Bank. Dapatan kajian problem of workers such asfa"
menunjukkan peranan kaunselor adalah pembimbing, penyelesai masalah, dan peranan lain (50.0%), work (8.3%) and prl
yang harus dilakukan sebagai konsultan dan penyelia sesuatu program. Manakala masalah­ experienced, knowledgeable ,
masalah yang dihadapi oleh pekerja seperti masalah keluarga (25 .0%), kewangan (58.3%), respondents toward role of c
bebanan tugas (50.0%), kerja (8.3%) dan kerjaya (16.7%). Dari segi personaliti, kaunselor researcher has proposed to 0
mestilah memiliki sifat yang menarik, berkemahiran, berpengetahuan dan berpengalaman dalam counselor.
bidang kaunseling. Secara keseluruhannya, responden rnempunyai persepsi yang positif
terhadap peranan. kaunselor di dalam organisasi Melalui kajian ini, pengkaji mencadangkan
kepada organisasi dan kaunselor yang merangkurni perkhidmatan-perkhidmatan dan tugas yang
perlu ditekankan oleh kaunselor.

x
ABSTRACT
Role OfCounselor In Organization :A Research In Six Selected Organization In Malaysia
Buah Organisasi
Suhana Binti Ibrahim

The purpose ofdoing this research is to identify the p erception ofmanagement towards the role
ofcounselor in six organizations in Bintulu Port Sdn.Bhd, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
pengurusan terhadap Kelantan (SUK) , Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Dewan Bandaraya Kuching Utara
Sdn.Bhd, Pejabat (DBKU), Telekom Malaysia Berhad and EON Bank. However, roles of counselor are
(MPKB), Dewan motivator, problem setting and other roles like a consultant and supervisor. Whereas, the
Dapatan kajian problem of workers such as family problem (25.0%), monetary problem (58.3%), work burden
dan peranan lain (50.0%), work (8.3%) and profession (J 6. 7%). Personality of counselor must be attractive,
Manakala masalah­ experienced, knowledgeable and qualified in counseling area. In sum, perception of
kewangan (58.3%), respondents toward role of counselor are positive. While the result of this research, the
. kaunselor researcher has proposed to organization and counselor consists the services and roles of
pcl:pt:lrlga,lanrlan dalam counselor.
yang positif
mencadangkan
dan tugas yang

Xl
BABSATU

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Dalam dunia global yang penuh dengan cabaran, pelbagai masalah serta tekanan yang dihadapi
oleh masyarakat hari ini yang melibatkan semua lapisan dan golongan tidak kira profesional,
pekerja bawahan dan pelajar seperti bebanan tugas, tekanan, dan keperluan hidup yang semakin
meningkat semakin ketara berlaku yang mengharuskan satu penyelesaian yang baik iaitu bidang
kaunseling yang dahulunya terpinggir dan dipinggirkan oleh kebanyakan masyarakat,
sedangkan bidang ini mampu menjadi landasan dan membantu menangani kekusutan serta
permasalahan yang dihadapi dapat dileraikan dengan baik.

Perkhidmatan kaunseling menjadi satu agenda penting khususnya dalam dunia pekerjaan masa
kini sarna ada melibatkan sebuah organisasi besar mahupun organisasi kecil. Menurut Persatuan
Kaunseling Malaysia (PERKAMA), kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong
yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor yang profesional
bagi menghasilkan peru bahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan
menyeluruh secara sukarela. Manakala menurut America Psychological Association (AP A)
mentakrifkan kaunseling sebagai satu pendekatan pada masa lalu yang menekankan pencapaian
individu dalam mencapai keharrnonian diri dengan meningkatkan sumber yang dirniliki untuk
perkembangan diri berdasarkan persekitaran.

Maka, kaunseling adalah satu perhubungan antara kaunselor yang terlatih dengan kliennya
untuk mencapai satu matlamat yang telah ditetapkan bersama dalam usaha menyelesaikan
masalah yang dihadapi.

Dalam sesebuah organisasi, kaunseling berkait rapat dengan pengurusan manusia yang menjadi
tunggak bagi sesebuah organisasi. Keadaan ini menjadikan peranan kaunselor amat perlu
ditekankan dan diberi perhatian terutamanya dalam membangunkan pekerja secara tidak
langsung meningkatkan keunggulan organisasi. Menurut Tan Sri Samsudin Osman, Ketua
Pengarah labatan Perkhidmatan Awam (1999) menyatakan, perkhidmatan kaunseling
merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan manusia. Perkhidmatan kaunseling yang
berkesan boleh membantu pekerja menyelesaikan masalah peribadi, masalah berkaitan dengan
kerjaya dan masalah keluarga. Walaupun petikan ini menyatakan kepentingan perkhidmatan
kaunseling, namun seandainya ia tidak dilakukan oleh kaunselor yang berada dalam sesebuah
organisasi, sudah tentu matlamat untuk mencapai ke arah yang diinginkan tidak akan tercapai.
Namun begitu, kaunseling bukan bererti nasihat seperti yang difaharni oleh kebanyakan menjalankan kaunseling iJ
masyarakat walaupun terdapat un sur nasihat yang diberikan semasa kaunseling dijalankan oleh perundingan dengan ibu bal
seorang kaunselor, jawapan terhadap sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien tidak akan
dilakukan oleh kaunselor secara langsung. lni kerana keistimewaan kaunseling adalah ia
membimbing klien untuk mencari sumbemya sendiri untuk diadaptasikan sejajar dengan Akan tetapi, tidak ramai yaJ
masalah yang dihadapi. ditekankan dalam sesebual
untuk meningkatkan presta!
perunding dan sebagainya
1.1 Latar Belakang Kajian tentang peranan seorang iG
serta keprihatinan inilah, I
Setelah berakhimya dunia pengajian yang dilalui dan ditempuhi oleh setiap insan, sudah pasti dengan tidak diabaikan 0
mereka akan cuba menempatkan diri mereka dalam dunia pekerjaan yang memerlukan kaunselor yang dimainkan
kesungguhan, kebolehan, pengetahuan serta kemahiran yang tinggi untuk menjadi seorang seorang kaunselor.
pekerja yang mempunyai kemahiran yang pelbagai. Namun begitu, setiap organisasi
mempunyai budaya dan cara kerjanya yang tersendiri untuk membezakan an tara satu organisasi
dengan organisast yang lain dengan ' gayanya' yang tersendiri. 1.2 Latar Belakang Orga

Kajian berkaitan peranan I


Kebanyakan individu yang menempatkan diri mereka dalam sesebuah organisasi tidak peka organisasi seperti Bintulu
dengan nilai-nilai serta kriteria-kriteria yang harns diambilkira dengan kehendak dan keperluan Majlis Perbandaran Kota I
organisasi sehingga mendatangkan tekanan dan rasa ketidakselesaan dalam Malaysia Berhad dan EON
melakukan tugas. Selain itu juga, pihak pengurusan sesebuah organisasi harus memahami dan
mengetahui cara yang terbaik untuk meningkatkan prestasi organisasi mereka dengan tidak
mengabaikan kebajikan serta keperluan pekerjanya yang bemaung di bawah penguasaan 1.3 Kenyataan Masalab
mereka.
Kebanyakan organisasi lu
seorang kaunselor yang be
Namun begitu, setiap permasalahan yang timbul dalam sesebuah organisasi memerlukan satu meningkatkan prestasi da
perkhidmatan yang kbusus untuk membantu serta membendung masalah tersebut. Apa yang sendiri. Sedangkan dengar
pasti, peranan dilakukan oleh kaunselor yang berkecimpung dalam organisasi masih lagi pandangan yang jauh terh
'mentah' dan tidak diambil berat serta tidak dipedulikan oleh kebanyakan pihak pengurusan hala tuju serta tempat ru
organisasi hari ini. Sedangkan keperluan ini semakin jelas dan nyata keperluannya dengan dengan itu, ada di kaJar
berbagai-bagai masafah yang tirnbul seperti yang disuarakan oleh masyarakat kini. ketidaksesuaian yang WUjl
1993).

Kajian-kajian lepas yang dijalankan serta perbahasan yang ditimbulkan sebelum ini banyak
menekankan kepentingan perkhidmatan kaunseling hanya di sekolah-sekolah. Contoh kajian Berdasarkan keperluan in
yang pemah dilakukan oleh Suradi Salim (1992) telah menjalankan kajian mengenai tentang peranan kaunselOl
perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah menengah di penting bagi pihak pengu
Malaysia. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa perkhidmatan bimbingan dan produktiviti dan prestasi y
kaunseling walaupun telah dilaksanakan masih lagi menghadapi beberapa halangan dalam
memastikan keberkesanan perkhidmatan tersebut. Mohd Zain Abdul Kader (1994) pula telah
membincangkan keperluan-keperluan pelajar terhadap perkhidmatan birnbingan dan kaunseling 1.4 Kepentingan Kajiall
di institusi pengajian tinggi menurut pengalaman beliau sendiri dan hasil-hasil kajian yang telah
dilakukan mengenai perkara yang sarna. Kaj ian yang dijalankan i
organisasi-organisasi terp
pekerja yang bermasalah.
perlunya penilaian term
Bonebrake dan Borgers (1984) telah mengkaji pandangan para pengetua dari sekolah menengah
berkenaan sistem dan ten2
atas dan rendah tentang fungsi kaunselor sekolah. Mereka mendapati bahawa para pengetua
sependapat bahawa kaunselor sekolah perlu melibatkan diri mereka dalam fungsi-fungsi seperti

2
oleh kebanyakan menjalankan kaunseling individu, perundingan dengan guru, membuat penilaian pelajar,
"LUQ'Olil.l~
dijalankan oleh perundingan dengan ibu bapa serta membuat penilaian terhadap aktiviti bimbingan.
oJeh klien tidak akan
kaunseling adalah ia
sejajar dengan Akan tetapi, tidak ramai yang menyedari bahawa peranan kaunselor juga amat penting dan perlu
ditekankan dalam sesebuah organisasi. lni kerana peranan kaunselor merupakan satu wadah
untuk meningkatkan prestasi organisasi itu sendiri dan juga pekerjanya sebagai saluran rujukan,
perunding dan sebagainya yang tidak terfikir oleh kebanyakan masyarakat yang memahami
tentang peranan seorang kaunselor yang merangkumi bidang yang luas. Dengan ketidakpekaan
serta keprihatinan inilah, perlunya seorang kaunselor ditempatkan dalam sesebuah organisasi
setiap insan, sudah pasti dengan tidak diabaikan oleh kerana pemikiran dan anggapan yang salah terhadap peranan
. yang memerlukan kaunselor yang dimainkan berlandaskan etika kaunseling yang dipegang dan diamalkan oleh
untuk menjadi seorang seorang kaunselor.
setiap organisasi
antara satu organisasi
1.2 Latar Belakang Organisasi

Kajian berkaitan peranan kaunselor di dalam sesebuah organisasi telah dijalankan di enam buah
organisasi seperti Bintulu Port Sdn.Bhd, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK),
Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Telekom
Malaysia Berhad dan EON Bank.
harus memahami dan
mereka dengan tidak
di bawah penguasaan 1.3 Kenyataan Masalah

Kebanyakan organisasi hari ini tidak mengetahui dengan jelas peranan yang dimainkan oleh
seorang kaunselor yang berkhidmat dalam organisasi dengan dunia pekerjaan dalam membantu
. memerlukan satu meningkatkan prestasi dan pembangunan kerjaya sarna ada pekerja ataupun organisasi itu
tersebut. Apa yang sendiri. Sedangkan dengan adanya kaunselor yang terlatih secara profesional akan memberi satu
organisasi masih lagi pandangan yang j auh terhadap apa yang 'harus dicapai tanpa perlu melalui kebuntuan, tiadanya
pihak pengurusan hala tuju serta tempat rujukan dalam membincangkan masalah yang dihadapi. Sehubungan
keperluannya dengan dengan itu, ada di kalangan pekerja yang meninggalkan dunia pekerjaan mereka lantaran
kini. ketidaksesuaian yang wujud antara diri dengan pekerjaan yang dilakukan (Isaacson & Brown,
1993).

sebelum ini banyak


...,."v.uu. Contoh kajian Berdasarkan keperluan inilah, kajian yang dilakukan ini adalah untuk memberi satu infonnasi
kajian mengenai tentang peranan kaunselor yang diharapkan oleh pihak pengurusan. Oleh yang demikian, adalah
menengah di penting bagi pihak pengurusan untuk membantu pekerja yang bennasalah untuk meningkatkan
bimbingan dan produktiviti dan prestasi yang cemerlang.
halangan dalam
(1994) pula telah
.&V'~'OL'" dan kaunseling 1.4 Kepentingan Kajian
kajian yang telah
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji peranan seorang kaunselor di
organisasi-organisasi terpilih. Hasil kajian akan membantu pihak pengurusan untuk membantu
pekerja yang bennasalah. Cunningham (1994) dalam Zaleha (2002), menekankan kepentingan
. sekolah menengah perlunya penilaian terhadap persepsi dari pelbagai sudut dan peringkat dengan melihat
berkenaan sistem dan tenaga kerjanya.

3
Justeru itu, adalah penting bagi pihak pengurusan mengetahui serta memahami peranan seorang 1.7 Skop Kajian
kaunselor yang berkhidmat dalam membantu menyelesaikan dan menangani pelbagai masalah
yang dihadapi oleh pekerja. Kajian yang dijalankan i
organisasi-organisasi yan:
1.5 Objektif Kajian

Kajian ini juga akan mel


Objektifkajian yang dijalankan melibatkan objektifumum dan objektifkhusus iaitu: dijadikan sebagai respon<

1.5.1 Objektif Umum 1.8 Definisi Istilah Dan


Mengkaji peranan seorang kaunselor di dalam sesebuah organisasi yang diharapkan oleh pihak (a) Kaunseling
pengurusan.
Definisi Konseptual :

1.5.2 Objektif Khusus Satu proses pembetulan


bidang ini dan individu
Objektif khusus ten tang kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi pihak sesuai dengan dirinya 54
pengurusan terhadap peranan kaunselor dalam sesebuah organisasi. yang terlibat akan mela
yang sesuai untuknya me

1.6 Kerangka Konseptual


Menurut Carroll (199
Pembolehubah bersandar Pembolehubah tidak bersandar menyesuaikan diri deni
meningkatkan kesihatan

Ciri-ciri demografi terpilih Persepsi pihak pengurusan terhadap


kaunselor dalam organisasi Definisi Operasional :
• Umur
• Bahagian berkhidrnat • Peranan kaunselor
• Tempoh berkhidmat • Jenis-jenis masalah yang dapat Dalam kajian ini, kau
diatasi bersemuka (face to fae
• Ciri-ciri kaunselor penyelesaian serta kepu
• Harapan pihak pengurusan sumber yang ada di sekl

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian (b) Persepsi

Definisi Konseptual :
Berdasarkan kerangka konseptual inilah kajian tentang peranan kaunselor dilakukan untuk
Menurut Ainon dan At
mengkaji persepsi pihak pengurusan di beberapa organisasi yang terpilih. Penggunaan borang
apabila seseorang inc
soal selidik digunakan untuk mengenalpasti persepsi pihak pengurusan terhadap peranan
tanggapan individu ter
kaunselor, jenis-jenis masalah yang dapat diatasi, ciri-ciri kaunselor dan harapan pihak
seharian.
pengurusan terhadap kaunselor.

4
peranan seorang 1.7 Skop Kajian
pelbagai masalah
Kajian yang dijalankan ini akan melibatkan beberapa organisasi yang terpilih dengan memilih
organisasi-organisasi yang berminat dan tidak berminat tentang perkhidmatan kaunseling.

Kajian ini juga akan melibatkan pihak pengurusan dan pekerja yang dipilih secara rawak untuk
iaitu:
dijadikan sebagai responden terhadap kajian yang dijalankan.

1.8 Definisi Istilah Dan Konsep


diharapkan oleh pihak
(a) Kaunseling

Definisi Konseptual :

Satu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan bantuan orang pakar dalam
bidang ini dan individu tersebut dapat merasakan satu pengalaman yang belum dirasai yang
persepsi pihak sesuai dengan dirinya sendiri dan situasi sekeIiIing (Mansur & Siti Nordinar,1993). Individu
yang terlibat akan melalui proses pertolongan yang membimbingnya atau mencari altematif
yang sesuai untuknya membuat keputusan menyelesaikan masalah sendiri.

Menurut Carroll (1996), kaunseling merupakan satu cara untuk menyokong pekerja
menyesuaikan diri dengan perubahan organisasi. Kaunseling dilihat sebagai satu cara untuk
meningkatkan kesihatan mental.

Definisi Operasional :

Dalam kajian ini, kaunseling merujuk kepada peranan kaunselor dalam proses hubungan
bersemuka (face to face) yang bertujuan untuk membantu klien dalam mencari dan membuat
penyelesaian serta keputusan yang berkesan. Kaunseling juga turut menekankan konsep aplikasi
sumber yang ada di sekeliling diri klien untuk membantu diri mereka sendiri.

(b) Persepsi

Definisi Konseptual. :
dilakukan untuk
Penggunaan borang Menurut Ainon dan Abdullah (1993), persepsi merupakan proses yang berlaku di dalam rninda
terhadap peranan apabila seseorang individu memaharni apa yang dilihat. Keadaan ini berkaitan dengan
dan harapan pihak tanggapan individu terhadap · sesuatu perkara atau fenomena yang dihadapi dalam kehidupan
seharian.

5
Definisi Operasional : (e) Pekerja Ber

Dalam kajian ini, persepsi merupakan tanggapan terhadap peranan kaunselor dalam organisasi Definisi Konsept
yang dikaji. Persepsi adalah sarna ada dari sudut positif atau negatif bergantung kepada
organisasi yang dikaji. Menurut Brou (I
menunjukkan pre
bermasalah tidak
(c) Kaunselor

Definisi Konseptual : Definisi Operasic

Menurut Mansur (1987), kaunselor merupakan seseorang yang dipertanggungjawabkan sebagai Pekerja bennasal
pemberi khidmat kepada orang lain yang benar-benar memerlukan khidmat bimbingan dan kerja yang men:
kaunseling. kerja.

Kaunselor yang dilantik sepatutnya mengikuti kursus-kursus formal yang diiktiraf dalam bidang 1.9 Batasan Kaj
kaunseling. Peranan kaunselor dalam memberi bimbingan dan nasihat mungkin mempengaruhi
kliennya, tetapi pada dasamya peranan kaunselor adalah hanya se"bagai memberi tunjuk ajar dan Dalam kajian ya
nasihat, bukannya menyelesaikan masalah kliennya. dan maklumat ya
organisasi dan 1
mendapatkan rna
Menurut Nugent (1990), kaunselor merupakan orang yang membantu klien sarna ada secara menjalankan kajic
peribadi, kerjaya, sosial dan pembangunan pendidikan dalam membuat keputusan.

Ekoran dari itu ju


Definisi Operasional : mana responden r

Dalarn kajian yang dijalankan., kaunselor merupakan subjek pengkaji untuk mengkaji peranan 1.10 KesimpulaJ
dan ciri seorang kaunselor yang cuba rnembantu dalam penyelesaian masalah.
Dalam bab ini, se
juga, menjelaskal
(d) Organisasi kajian ini serta rn<

Definisi Konseptual :

Mescon, Albert dan Khedouri (1981) mendefinisikan organisasi sebagai sekumpulan manusia
yang mempunyai aktiviti-aktiviti atau tugas-tugas yang ditentukan ke arah satu objektif yang
sarna.

Definisi Operasional :

Organisasi yang terlibat dalam kajian ini adalah enam buah organisasi yang terpilih.

6
(e) Pekerja Bermasalah

organisasi Definisi Konseptual :


kepada
Menurut Brou (1999), pekerja bermasalah ialah pekerja yang tidak dapat menjalankan tugas dan
menunjukkan prestasi kerja yang dikehendaki oleh majikannya. Namun begitu, pekerja yang
bermasalah tidak memiliki sifat yang teruk.

Definisi Operasional :

Pekerja bermasalah merujuk kepada pekerja yang menghadapi masalah peribadi atau masalah
kerja yang menyebabkan masalah-masalah tersebut mempengaruhi prestasi dan produktivi
kerja.

1.9 Batasan Kajian

Dalam kajian yang dijalankan, pengkaji tidak dapat memperolehi keseluruhan maklum balas
dan maklumat yang diperlukan ekoran kesibukan dan kesuntukan masa waktu kerja organisasi­
organisasi dan responden-reponden yang dipilih. lni telah menyukarkan pengkaji untuk
mendapatkan maklumat yang menyeluruh seperti yang diharapkan dalam membantu pengkaji
menjalankan kajian ini.

Ekoran dari itu juga, pengkaji telah menjadikan soalan temuramah kepada borang soal selidik di
mana responden menyatakan pendapat mereka dengan mengisi borang terse but.

peranan 1.10 Kesimpulan

Dalam bab ini, seeara ringkasnya menerangkan latar belakang kajian yang dijalankan, Selain itu
juga, menjelaskan penyataan masalah yang menimbulkan hasrat pengkaji untuk menjalankan
kajian ini serta menerangkan objektifkajian sarna ada objektif seeara umum dan khusus.

I O[)JeKlur yang

7
BABDUA

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan peranan kaunselor di dalam sesebuah organisasi. Teori-teori yang
berkaitan juga akan turut diterangkan selain mengambilkira keperluan-keperIuan serta faktor­
faktor yang diberikan. Di samping itu, bahagian ini turut menyentuh tentang kajian-kajian lepas
yang berkaitan bagi menyokong kajian yang telah dijalankan.

2.1 Peranan Kaunselor

Dalam Hodgkinson (1992) peranan kaunselor perlu diberi penekanan dalam empat bidang
utama. Pertama, kaunselor perlu mempunyai kemah iran dan kebolehan untuk mengendalikan
sesi kaunseling dengan kliennya. Keduanya, kaunselor harus melengkapkan dirinya dengan
segala maklumat yang tepat dan komprehensif (Barr,1993). Ketiga, kaunselor perlu menilai
terlebih dahulu kehendak kliennya sebelum membantu membuat pilihan yang tepat dan akhir
sekali yang keempat iaitu kaunselor perIu mempunyai kemahiran mengurus dan mengendalikan
program-program kaunseling serta kemahiran menilai keefektifan program yang telah
dijalankan (Zunker, 1994).

Nur Aini (1988), jangkaan dan harapan individu terhadap perkhidmatan kaunseling adalah
berbeza-beza bergantung kepada kefahaman masing-masing terhadap pengertian konsep
kaunseling, pendekatan dan teknik atau struktur proses dan perhubungan kaunseling dalam
konteks membantu individu menghadapi serta menangani cabaran hidup.

Sebaliknya, satu altematif kepada kaunseling ialah sebagaimana dihuraikan oleh Herzberg
(1976) menjelaskan situasi kerja yang menimbulkan kekecewaan dan ketiadaan peluang­
peluang untuk melahirkan atau mengurangkan masalah, akan menghadapi kos yang tinggi
terhadap organisasi dan individu.

Coleman (1988) dalam Hasmani (2002), mengatakan kekecewaan, ketidakselesaan, kebosanan


serta terlalu banyak tanggungjawab telah menyebabkan berlakunya masalah dan tekanan di
tempat kerja. Masalah-masalah yang dihadapi akan membawa kepada penurunan produktiviti
serta sikap tidak peduli terhadap organisasi.

8
Menurut Krimboltz (1969) menyatakan bahawa peranan kaunselor untuk mencapai matlamat prestasi pekerja. [
kaunseling yang dijalankan haruslah memenuhi tiga kriteria; ia mestilah matlamat yang berIainan antara se
dikehendaki oleh klien, kaunselor haruslah bersedia membantu klien untuk mencapai matlamat yang demikian, pil
tersebut dan matlamat yang akan dicapai oleh klien sepatutnya dapat dianggarkan oleh mereka dapat berge
kaunselor.

2.1.4 Peranan-I
Yankelovick (1974) menunjukkan keperIuan untuk mengintegrasikan kaunseling dalam
organisasi iaitu pekerja mahu mengetahui apa dan bagaimana dasar-dasar yang melibatkan diri Kaunse~or biasanya
mereka dengan mengadakan dialog tentang hal-hal yang dahulunya menjadi budi bicara dari perkhidmatan
pengurus dan polisi dan amalan personel semakin menjadi 'transparent' . Ini kerana dalam dijalankan, hubungc
organisasi kerap berIaku kekecewaan terhadap polisi organisasi, ketidaktentuan tentang syarat­ seorang kaunselor.
syarat peranan serta "insecurity" tentang kebolehan dan kemahiran yang dimiliki. kepakaran yang d
ataupun mengeluarl
Ibrahim Talib (2000) dalam penulisannya berkaitan Peranan Kaunseling Dalam Memantapkan
Sesebuah Organisasi (Guide and Counseling) menyatakan beberapa peranan kaunselor yang Dalam keadaan tl
berkhidmat dalam sesebuah organisasi iaitu: perancangan yang (
yang dipertanggung
antara pihak pengu l
2.1.1 Kaunselor Sebagai Pembimbing dilakukan.
Dalam organisasi, peranan penting harus dilakukan dalam memberi maklumat yang terkini
berkaitan maklumat organisasi dan kerjaya, memberi arahan tugas, meringkaskan fakta yang
diperIukan dan menjelaskan mengapa sesuatu pendekatan itu berjaya dilakukan. Kaunselor juga Selain itu juga, seOl
berperanan mengubah pandangan (point of view) dan membantu mengadaptasi dalam hid up yang dilakukan 01
dengan cara bertindak ke atas kandungan (content) kehidupan mereka berkenaan kerja mereka. dikendalikan. Mene
putus, maka kauli
perhubungan kauns(
2.1.2 Kaunselor Sebagai Penyelesai Masalah

2.1.5 Tanggungja'
Kaunselor berperanan mengeluarkan serta mencungkil bukti-bukti yang ada dan
mencantumkannya semula dengan membuat pemerhatian terhadap perkara-perkara yang Dalam Kod Etika
berIaku. Oleh yang demikian, kaunselor harus memecahkan persepsi ten tang realiti dan seorang kaunselor
berkonfrantasi terhadap amalan-amalan keagamaan serta menunjukkan ketidaksesuaian tanggungjawab ters(
melakukannya.
• Kauns
organi
• Kauns
2.1.3 Kaunselor Sebagai Pemangkin menin!
• Kauns
Semasa berkhidmat di dalam organisasi juga, kaunselor menjadi perakam waktu dengan organi
mengatur jadual pertemuan antara pihak pen gurus an dan pekerja, memberi pandangan bebas • Kauns
terhadap prestasi seseorang, dan menilai usaha-usaha untuk meningkatkan keupayaan serta •
memeriksa semula pendekatan terhadap penyelesaian masalah yang dihadapi oleh pekerja •
dengan cara yang berlaianantara individu dengan individu yang lain.
• Kauns
kemuIl
menye
Kesimpulannya, bagi membolehkan kaunselor memberi pertolongan kepada pekerja dan
memahami dorongan diri pekerja, teori ini sangat sesuai dijadikan panduan untuk meningkatkan • Kauns
kerjay,

9
prestasi pekerja. Dalam men gurus pekerja, kaunselor hendaklah menggunakan kaedah yang
berlainan antara seQrang pekerja dengan pekerja yang lain mengikut keperluan mereka. Oleh
yang demikian, pihak pengurusan haruslah memenuhi dahulu keperluan asas pekerja supaya
mereka dapat bergerak untuk mencapai tahap yang tinggi.

2.1.4 Peranan-Peranan Lain Kaunselor

Kaunselor biasanya mempunyai peluang untuk memberikan perkhidmatan yang pelbagai selain
dari perkhidmatan kaunseling yang diberikan. Perunding, menyelia sesuatu aktiviti yang
dijalankan, hubungan sosial dan komentar secara profesional adalah antara contoh peranan lain
seorang kaunselor. Menjadi satu kewajipan kepada kaunselor untuk mengetahui tahap
kepakaran yang dimiliki untuk mengelakkan daripada melebihi tahap sebagai perunding
ataupun mengeluarkan sebarang kenyataan umum berkaitan dengan tugas yang dijalankan.

Memantapkan
...,.",,,_.v. yang Dalam keadaan tertentu, seorang kaunselor menjadi sebagai pentadbir dalam sesuatu
perancangan yang dilakukan. lni kerana, pekerja akan melaporkan sesuatu kerja kepada orang
yang dipertanggungjawabkan iaitu kaunselor. Maka, kaunselor akan menjadi orang perantaraan
antara pihak pengurusan dan pekerja dengan memahami perbincangan dan strategi yang perlu
dilakukan.

Selain itu juga, seorang kaunselor harus menekankan persediaan yang rapi dengan pemeriksaan
yang dilakukan oleh golongan profesional untuk menilai sesuatu program yang bakal
dikendalikan. Menentukan keputusan apabila berlaku konflik adalah sukar untuk mencapai kata
putus, maka kaunselor berperanan untuk mengamhil tindakan berdasarkan pandangan
perhubungan kaunseling dan sosialisasi klieUillya.

2.1.5 Tanggungjawab Kaunselor Kepada Organisasi Dan Majikan

Dalam Kod Etika Kaunselor, beberapa tanggungjawab yang telah digariskan agar peranan
seorang kaunselor dalam organisasi tidak bercanggah dengan profesioUillya. Antara
tanggungjawab tersebut adalah:
• KaunseIor hendaklah mematuhi segal a perjanjian yang ditandatangani dengan
organisasi di mana dia berkhidmat
• Kaunselor hendaklah mematuhi polisi dan prosedur organisasinya, serta berusaha
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmataUillya dengan organisasi
• Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam
waktu dengan organisasi di mana dia bertugas
tld<mglm bebas • Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya
Itu.pa'vaaill serta •

oleh pekeJja •

• '. Kaunselor hendaklah memberitahu majikannya keadaan-keadaan di mana


kemungkinan berlakunya konflik yang boleh merosakkan atau perkara yang
menyekati keberkesanan tugas-tugasnya
pekerja dan • Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan
meningkatkan keJjaya untuk dirinya dan stafnya

10
' ..
2.2 Jenis-Jenis Masalah Yang Dialami Pekerja ahli ke1uarga. Ka.
bimbang tentang
Dalam kajian ini, antara jenis-jenis masalah yang dialami adalah seperti masalah kewangan, meluangkan mas~
keluarga, kerja, kerjaya dan hubungan interpersonal. Menurut McGowen dalam Zunker (1994), mereka tidak m
sebanyak 15% hingga 20% daripada pekerja yang mengalami masalah personal mempengaruhi mendatangkan td
prestasi kerja, produktiviti dan tahap moral pekerja.

Menurut Murphy
2.2.1 Masalah Kewangan bahawa sebanyak
tahap yang sanga
Hasil kajian oleh Williams (1996) mendapati bahawa masalah kewangan yang dialami oleh samping itu, seba
pekerja di kedua-dua sektor awam dan swasta mempengaruhi produktiviti pekerja. Beliau juga dihadapi telah me
berpendapat bahawa masalah seperti ketidakhadiran kerja, masalah keluarga dan sebagainya
adalah saling berkaitan dengan masalah kewangan dialami oleh pekerja. Brown (1993) juga
turut menyokong kenyataan ini yang mempercayai bahawa masalah kewangan mempengaruhi Salah satu kajian
tahap produktiviti pekerja. orang pekerja dal
Amerika Syarikat
menunjukkan bah
2.2.2 Masalah Keluarga prestasi kerja.

Confucius mempercayai bahawa jika setiap orang bertingkahlaku sewajarnya sebagai ahli
keluarga, maka kebahagiaan dan kemakmuran akan tercapai. Menurut Goode (1988), keluarga (b) Isu Prestasi 1
merupakan satu institusi sosial yang "expressive" yang berkembang secara formal dalam
masyarakat. Menurut Brou (19
sikap yang berka
lewat atau tidak n:
Dalam satu kajian oleh Burke (1997), mendapati bahawa kerjaya mempengaruhi keluarga keupayaan dalam
khususnya wanita dan bukannya lelaki. Beliau menjelaskan bahawa keadaan ini berlaku tertentu mungkin
disebabkan kebanyakan organisasi memerlukan kornitmen, usaha dan penglibatan yang tinggi untuk menyiapkar
dalam pelaksanaan kerja. Justeru itu, majoriti pekerja wanita yang mempunyai anak adalah cuti sakit di man:
sukar untuk mencapai keperluan organisasi tersebut. ketidakhadiran tel
yang tinggi.

Selain itu, McDermott (1988) turut memberi penjelasan yang agak sarna dengan apa yang
dikemukakan oleh Burke (1997). Beliau mengatakan bahawa pekerja wanita yang mempunyai 2.2.4 Masalah
anak akan menanggung dua kali beban (double burden). Manakala menurut Burke dan McKeen,
wanita yang mempunyai anak kurang memberi perhatian terhadap kerjaya mereka. Mereka turut Menurut Kirkcald
melaporkan bahawa wanita yang mempunyai anak juga mempunyai jam bekerja dalam mendapati bahav
serninggu yang kurang dan kurang penglibatan dalam kerja berbanding lelaki. pembangunan ket:
an tara umur dengl
meningkat maka n
2.2.3 Masalah Kerja

(a) Tekanan Di Tempat Kerja Masalah-masalah


perkhidmatan kau
Menurut McHugh & Brennan (1993), tekanan mempengaruhi organisasi. Contohnya, kadar Perkhidmatan Ps
pusing ganti yang tinggi, ketidakhadiran yang bertambah, moral yang rendah dan penurunan perkhidmatan kau
produktiviti. Menurut kajian yang dijalankan oleh Institute of Management (1M) pada tahun dihadapi seperti:
1994 ke atas 989 orang responden pengurus, mendapati bahawa kerja yang bertambah a) Ketegl
disebabkan oleh lebihan kerja menyebabkan kebimbangan dan mempengaruhi hubungan dengan b) Ketida

11

You might also like