Tugasan 2 RPH

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Pentaksiran Berterusan 2: Penulisan ilmiah (30%)

Rangsangan:

Pertanian merupakan sumber anugerah yang tidak ternilai buat negara Malaysia. Selari
dengan pertumbuhan teknologi, hasil makanan bersumberkan pertanian telah meningkatkan
pengeluaran sehingga dalam skala besar seperti di negara Belanda dan Thailand.
Penggunaan dron untuk aktiviti membaja dan meracun di kawasan sawah padi pula antara
contoh penggunaan teknologi yang membantu pertanian di Malaysia. Penggunaan teknologi
dalam pertanian atau Agroteknologi perlulah dipupuk dalam institusi pendidikan bagi
mewujudkan kesejahteraan di masa depan.

Pentaksiran Berterusan ini dilaksanakan secara interdisciplinary dengan Pentaksiran


Berterusan RBTS3223

Bagi tugasan RBTS3093 iaitu Pedagogi Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah, saya
telah ditugaskan untuk menyediakan saya Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang
lengkap. RPH yang dirancang ini merupakan satu RPH bagi subjek Reka Bentuk Dan
Teknologi Tahun 5 Sekolah Rendah. Berdasarkan tugasan, saya telah ditugaskan untuk
menulis RPH tahun 5 di bawah tajuk 3 iaitu Reka Bentuk Pengaturcaraan. Tugasan
RBTS3093 ini berkongsi idea dengan RBTS3223. Jadi, saya perlu mengaitkan reka bentuk
pengaturcaraan dengan pertanian. Oleh itu, saya telah merancang RPH di bawah yang
merupakan RPH bagi minggu pertama dan RPH ini bersambung sehingga minggu ketiga.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1. Mata Pelajaran : Reka Bentuk dan Teknologi

2. Tahun : 5 Karisma

3. Bilangan Murid : 25 orang

4. Tarikh : 22 Ogos 2022

5. Hari : Isnin

6. Masa : 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

7. Tajuk : 6.4 Pembangunan Atur Cara Dalam Mikropengawal

8. Standard Kandungan

6.4 Pembangunan atur cara dalam mikropengawal

9. Standard Pembelajaran

6.4.5 Menghasilkan sambungan perkakasan yang memerlukan cahaya, bunyi dan


pergerakan.

10. Objektif Pembelajaran


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
i. Menjelaskan komponen elektronik microbit
ii. Menghasilkan sambungan robot penjaga tanaman menggunakan makecode.

11. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)


● Ilmu: Pendidikan Reka Bentuk dan Teknologi
● Nilai Murni: Kerjasama, Kesunguhan, Ketekunan
● Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Belajar melalui Teknologi Maklumat
dan
Komunikasi
12. Penilaian pengajaran dan pembelajaran
 Sambungan perkakasan menggunakan makecode
 Lembaran kerja

13. Bahan Bantu Mengajar


Bil. Perkara Jumlah
1. Aplikasi Makecode 5
2. Lembaran kerja 25
3. Kotak misteri 1
4. Komponen elektronik 6
5. Sampul surat 13
6. Komputer 5

14. Pengetahuan Sedia Ada


 Murid telah mempelajari perisian pengaturcaraan iaitu scratch di tahun 4.
15. Kajian masa depan
 Murid dapat menghasilkan sambungan perkakasan di atas breadboard

Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Masa Pembelajaran
Pengurusan  Kebersihan kelas  Murid memeastikan  Peralatan
Bilik Darjah  Persediaan murid untuk kelas bersih dan yang sesuai
belajar mereka bersedia
(2 minit) untuk belajar

Set Induksi ● Murid di bawa ke BBM


(5 minit) “Kotak Misteri”
makmal komputer  Kotak
Komponen dalam ● Guru membawa  Komponen
menghasilkan pengaturcaraan elektronik
masuk sebuah kotak
yang dipenuhi dengan KP 
komponen elektronik  Verbal
tanpa melihatnya linguistik
 Interpersonal
● Setiap murid
dikehendaki untuk  

mengambil komponen KB
tersebut dan meneka
 Menghubung
jenis komponen tersebut kait
● Murid menerangkan
 
bentuk komponen
BCB
tersebut
● Guru mengaitkan set  Memproses
Maklumat
induksi dengan isi
pelajaran Pendekatan:

 Konstruktivism

Kaedah dan Teknik

 Pembelajaran
Kontekstual
 Soal jawab

Pernyataan isi pelajaran :

1.Apakah komponen yang


kamu sentuh dalam kotak
tersebut?

2.Adakah komponen tersebut


digunakan dalam
pengaturcaraan?

Jangkaan jawapan:

1. Perintang, bateri dan led.

2. Ya

Langkah 1 Langkah membuat atur cara  Setiap murid


BBM
(15 minit) dibahagikan kepada
lima kumpulan  Sampul surat
 Gambar
 Setiap kumpulan akan langkah atur
mendapat 2 atau 3 cara robot
penjaga air
sampul surat yang tanaman
berbeza  Papan putih
 Murid perlu meneka KB
Antara gambar yang terdapat
dalam sampul surat: gambar tersebut ialah
 Memproses
langkah yang ke maklumat
berapa
Kaedah dan Teknik
 Murid akan
melekatkan gambar  Pembelajaran
Kontekstual
tersebut di papan
putih Pendekatan:

 Murid dibimbing oleh  Konstruktivism


guru e
KP

 Interpersonal
 Verbal
linguistik
 Kinestetik

Nilai murni

 Kerjasama
 Kesungguhan

 Toleransi

Langkah 2  Setiap kumpulan BBM:


Makecode diminta untuk  makecode
(30 minit)
menghasilkan satu
https://makecode.microbit.org/ sambungan Strategi:
_1y9XaTa6vL8D perkakasan robot  Berpusatkan
penjaga air tanaman. murid
 Murid menggunakan  Berpusatkan
aplikasi “makecode” bahan
untuk membuat Nilai:
sambungan  Kerjasama
perkakasan  Kesungguhan

 Murid dibantu dan Kaedah dan Teknik:


dipantau oleh guru  Pembelajaran
semasa menghasilkan kontekstual
sambungan. Pendekatan:
 Konstruktivism
e

Pentaksiran
Berasaskan
Prestasi:
 Band 3: Murid
dapat
menjelaskan
komponen
elektronik
microbit
 Band 4: Murid
dapat
menghasilkan
sambungan
robot penjaga
tanaman
menggunakan
makecode.


Langkah 3  Murid diberikan KP
Aktiviti pengukuhan  lembaran kerja oleh  Verbal
(5 minit ) guru. linguistik
 Murid menjawab  Interpersonal
lembaran kerja
tersebut secara BCB
individu.  Memproses
Maklumat
 Setelah selesai, murid
menghantar lembaran Pendekatan:
kerja kepada guru. Modular

Penutup Pengukuhan dan penutup  Seorang murid dipilih Nilai Murni


(5 minit) kognitif. secara rawak untuk  Berusaha
memberikan rumusan KB
pembelajaran.  Merumus

 Guru menyatakan
rumusan secara
keseluruhan
pembelajaran yang
telah dipelajari.

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian di atas, RPH ini digunakan bagi mata
pelajaranReka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 tajuk reka bentuk pengaturcaraan. Sesi
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dijalankan pada 22 Ogos 2022 iaitu hari
Isnin yang melibatkan 25 orang murid tahun 5 Karisma. Sesi pengajaran dan pembelajaran
ini dijalankan di makmal komputer bagi memudahkan murid meneroka sendiri perisian
pengaturcaraan. Standard Kandungan yang telah dipilih adalah 6.4 iaitu pembangunan atur
cara dalam mikropengawal (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Bagi standard
prestasi pula ialah 6.4.5 menghasilkan sambungan perkakasan yang memerlukan cahaya,
bunyi dan pergerakan. Oleh itu, terdapat beberapa pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
yang telah dipilih untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan
dengan lebih lancar.
Pendekatan merupakan cara sesuatu pelajaran yang disampaikan oleh guru bagi
mencapai objektif pembelajaran melalui sesi PdP. Pendekatan yang digunakan dalam RPH
ini  ialah pendekatan konstuktivisme. Pendekatan ini memerlukan penglibatan murid secara
aktif menyebabkan guru perlu menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dengan
menggunakan alat bantu mengajar bagi menimbulkan minat murid terhadap pembelajaran.
Menurut Kamarul Azmi et al. (2013) penggunaan pembelajaran abad ke-21 dapat
membangunkan kemahiran kognitif dan sosial, perkembangan peribadi serta kematangan
sosial di kalangan murid. Oleh itu, pendekatan ini amat sesuai untuk diaplikasikan dalam
PdP seiring dengan sistem pendidikan masa kini yang menuntut murid untuk melibatkan diri
secara aktif, berpusatkan murid dan guru hanya menjadi pembimbing kepada murid. 
Seterusnya, strategi yang digunakan dalam RPH ini ialah strategi pembelajaran luar
bilik darjah. Definisi bagi strategi adalah perancangan tindakan yang menyeluruh untuk
mencapai matlamat (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015). Strategi ini dipilih supaya murid
merasakan keseronokan semasa pembelajaran berlangsung kerana mereka mengalami
suasana pembelajaran di luar bilik darjah iaitu di makmal komputer. Strategi berpusatkan
murid dan bahan juga banyak digunakan dalam perancangan RPH ini. Strategi berpusatkan
murid akan menggerakkan kelas dan guru hanya menjadi fasilitator sahaja. Namun, strategi
berpusatkan bahan pula guru menyampaikan pengajaran melalui bahan maklumat rujuan
seperti audio visual, komputer dan modul. Proses PdP akan lebih bermakna dengan adanya
bahan pelajaran, ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan kontrik. Oleh itu,
setiap strategi PdP mempunyai kelebihannya yang tersendiri agar sesi PdP lebih menarik
dan efektif.
Selain itu, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang digunakan dalam RPH ini iaitu
soal jawab. Kaedah dan teknik soal jawab bertujuan untuk guru mendapatkan respons
daripada murid. Respons yang ditunjukkan dapat memberi gambaran kepada guru terhadap
tahap kefahaman murid bahawa mereka memahami atau tidak topik yang sedang
dibincangkan. Seterusnya, kaedah dan teknik pembelajaran kontekstual juga diaplikasikan
dalam RPH ini. Pembelajaran konstekstual melibatkan murid untuk berfikir dan “hands on”.
Kaedah dan teknik latih tubi turut terdapat dalam bentuk lembaran kerja. Pendekatan bagi
kaedah dan teknik ini dikenali sebagai pendekatan modular (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2021). Menurut Mohd Nazri (2021), soalan latih tubi ini berupaya untuk
meningkatkan pemahaman murid terhadap topik yang diajar oleh guru. Pergerakan kreatif
juga turut terdapat dalam RPH ini. Jelaslah bahawa penggunaan kaedah dan teknik ini
dapat membantu guru dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid.
Kesimpulannya, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik merupakan satu gabungan
yang saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana setiap pendekatan, strategi, kaedah
dan teknik PdP yang dirancang oleh guru dapat membantu meningkatkan keberkesanan
PdP. Perkara ini mampu menarik minat murid untuk belajar dengan suasana pembelajaran
lebih menyeronokkan. Kesannya, murid-murid akan lebih rajin untuk hadir ke sekolah
menyebabkan gejala ponteng sekolah di kalangan murid dibendung. Sebagai bakal
pendidik, perancangan PdP perlulah dilakukan seminggu lebih awal sebelum sesi PdP
bermula agar objektif pembelajaran dapat dicapai dengan cemerlang. Oleh itu, bakal guru
perlulah lebih kreatif memikirkan PdP yang lebih ceria dan efektif agar kemenjadian sahsiah
murid yang cemerlang dapat dibentuk.
Rujukan 

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Kurikulum Standard Reka Bentuk dan Teknologi
Sekolah Rendah. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Kurikulum Standard bahasa Melayu Sekolah


Rendah. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 

Kamarul Azmi, J. & Norhafizah, S. (2013). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran


Berpusatkan Pelajar dalam Kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan
Guru di Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes. 773-783.
http://eprints.utm.my/id/eprint/38371/1/Cover%20%26%20Paper.pdf 

Mohd Nazri, A. R. (2021, November 30). Kerja rumah tingkatkan pencapaian murid?. BH
Online.https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/11/893483/kerja-
rumahtingkatkan-pencapaian-murid

You might also like