Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Media pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada barang apa yang

diperlukan atau digunakan untuk mencapai sesuatu maksud berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (Kamus Dewan Edisi Keempat 2005). Media
memainkan peranan penting sebagai pengantara antara guru dan murid. Di samping
itu, meningkatkan kepahaman murid terhadap sesuatu isi pelajaran. Tambahan pula,
guru berperanan menyediakan atau memilih media pengajaran yang sesuai bagi
tujuan mencapai sesuatu hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Bahan
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru mampu menimbulkan
rangsangan dan keinginan murid untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu
topik pengajaran di samping menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Oleh itu, subjek bahasa Melayu juga menggunakan bahan media dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Antara intrumen penilaian yang dipilih untuk mengkaji keberkesanan bahan


media dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ialah tayangan media
video. Video yang telah dipilih adalah daripada pautan Youtube
https://www.youtube.com/watch?v=bLZIHnBm-k0 yang bertajuk “Tahun 6 | Bahasa
Melayu UPSR | Peribahasa: Simpulan Bahasa”. Keberkesanan media pengajaran
tersebut akan dinilai berdasarkan pendapat McAlpine & Weston (1994) iaitu adakah
disertakan aktiviti dan penglibatan pelajar?, memudahkan kefahaman murid dan
menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan. Instrumen
penilaian ini menunjukkan bahawa penggunaan video membantu guru dalam
menyampaikan subjektif dan objektif pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini
membuktikan bahawa penggunaan video lebih efektif dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana mengandungi audio dan visual yang dapat menarik minat
murid.

Keberkesanan penggunaan video semasa proses PdP mampu menambah


kefahaman murid lebih mendalam dan menjadikan aktiviti pembelajaran yang lebih
pelbagai. Dapatan kajian Alobaid (2020) mendapati bahawa keberkesanan
penggunaan video YouTube dalam pembelajaran bahasa telah banyak membantu
murid untuk meneroka idea utama, menyusun idea, memilih perkataan yang tepat
untuk membuat ayat dan perenggan, menghasilkan ayat yang gramatis betul dan
menggunakan mekanik (tanda baca dan ejaan) dalam penulisan. Hal ini
membuktikan bahawa YouTube amat berkesan dalam membantu murid
menghasilkan penulisan yang berkualiti dan cemerlang. Contohnya, mruid dapat
menghasilkan satu perenggan ayat tanpa sebarang kesalahan tatabahasa dan
ejaan. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan video memberi kesan positif
kepada murid dan ianya dianggap teknologi pembelajaran yang paling inovatif
bahkan menjadikan proses PdP lebih efektif, menarik dan dapat meningkatkan mutu
pendidikan negara. Justeru, guru sepatutnya menyediakan bahan video yang
pelbagai dalam proses PdP supaya objektif pembelajaran pada hari tersebut
tercapai.

Selain itu, keberkesanan pemilihan bahan media seperti video juga mampu
menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.
Menurut Purnamasari dan Hafnita (2019), video pembelajaran haruslah mempunyai
elemen-elemen multimedia seperti audio dan paparan visual supaya penyampaian
maklumat lebih jelas serta dapat mewujudkan persekitaran yang interaktif dan
berkesan. Hal ini dikatakan demikian kerana bahan media seperti video dihasilkan
dengan kepelbagaian grafik, audio, visual dan animasi yang mampu memberikan
suasana belajar yang ceria. Misalnya, video simpulan bahasa tersebut mempunyai
animasi kartun dan latar suara yang jelas yang dapat menarik minat murid untuk
melihat, mendengar dan mempelajari topik tersebut. Kesannya, murid yang berbeza
tahap pemahamannya juga boleh memahami video tersebut kerana isi kandungan
dalam video tersebut padat dan ringkas.

Seterusnya, penglibatan murid secara aktif juga merupakan salah satu


keberkesanan pemilihan bahan media seperti video dalam subjek bahasa Melayu.
Terdapat banyak dapatan kajian lepas yang memberi impak positif melalui
penggunaan video YouTube telah memberi kesan pada tahap penglibatan pelajar di
dalam kelas lebih aktif dan tidak pasif (Bayuong et al., 2019). Hal ini menunjukkan
bahawa penggunaan video dalam proses PdP membantu meningkatkan kemahiran
komunikasi, kemahiran berfikir dan kemahiran interpersonal. Sebagai contoh, guru
bahasa Melayu boleh menjalankan satu aktiviti lakonan semula dan kemudiannya
murid lain perlu menjelaskan watak, keperibadian serta tingkah laku berdasarkan
video yang ditayangkan. Aktiviti seperti ini akan memantapkan lagi pemahaman
murid di samping menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan kreatif.
Kesannya, semua murid akan melibatkan diri secara aktif, mengembangkan idea
dan bakat baharu dapat dicungkil.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa penggunaan bahan media dalam


pengajaran dan pembelajaran seperti video ini amat memberi kesan yang positif
kepada murid. Hal ini menunjukkan bahawa murid dapat merangsang kemahiran
berfikir dengan menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul dan tepat.
Tambahan pula, objektif pembelajaran juga dapat dicapai dengan jayanya.
Instrumen seperti video boleh memberi gambaran visual yang jelas dengan
meningkatkan daya imaginasi murid terhadap subjek bahasa Melayu. Di samping itu,
murid dapat menghasilkan pemikiran yang kritikal dan bersistem dalam bilik darjah.
Murid juga dapat menambah ilmu pengetahuan mereka tentang bahan-bahan media
yang digunakan oleh guru semasa sesi PdP berlangsung. Oleh itu, guru perlulah
mempersiapkan diri untuk menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang
terkini bersesuaian dengan perkembangan pedagogi abad ke-21.
Rujukan

Alobaid, A. (2020). Smart multimedia learning of ICT: role and impact on language


learners’ writing fluency — YouTube online English learning resources as an
example. Smart Learning Environments 7(1). doi:10.1186/s40561-020-
001347

Bayuong, P. D., Yunus, M. M. & Suliman, A. (2019). The use of social media (SM)
among pupils in arural primary school in Sarawak, Malaysia. Humanities and
Social Sciences Reviews 7 (5): 1272– 1279. doi:10.18510/hssr.2019.75166

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

MyGuru. (2019). Tahun 6 | Bahasa Melayu UPSR | Peribahasa: Simpulan Bahasa.


https://www.youtube.com/watch?v=bLZIHnBm-k0

Purnamasari, I. & Hafnita, S. D. (2019). The Utilization of YouTube Media in


Learning Antropology inHigher Education. Journal of Physics: Conference Series
1387(1). doi:10.1088/1742-6596/1387/1/012120
Lampiran

You might also like