Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

AKADEMI NILAM 2/ SIRI 2

FORUM BUKU

BIL. PERKARA TEKS


1 INTRO Terima kasih diucapkan kepada PUTERI QALISYA EZZANI BINTI
HUZAINI DARI SK BUKIT RAMBAI, MELAKA atas persembahan
selingan sebentar tadi. Sungguh memukau dan luar biasa
persembahan yang ’ditarikan’.

Oh ya! Terima kasih juga diucapkan kepada rakan seperjuangan saya,


pengacara majlis, saudari Nuha Insyirah bt Mohd Faizal dari SK
Matang Gerdu, Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.

Sebelum bicara melayang lebih jauh, izinkan saya memperkenalkan


diri terlebih dahulu.

Assalamualaikum salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Saya, Muhammad Naufal Nafis bin Norizam. Berumur 12 tahun, dan


bersekolah di SK (LKTP) Selendang 4, Kuala Rompin, Pahang.

Ini merupakan pengalaman pertama saya bersiaran langsung


mengacarakan majlis gilang-gemilang seperti ini. Andaikata terkhilaf
tutur bicara, terkurang rencah bahasa, maafkan saya ya semua.

2 SK Taman Baiklah kawan-kawan,


Samudra, Batu
Caves, Selangor Tanpa membuang masa lagi, ayuh kita singgah ke negeri Selangor
Darul Ehsan bersama rakan-rakan SK Taman Samudra bagi
membedah buku bertajuk KASUT. Untuk pengetahuan semua, guru
pembimbing yang terlibat ialah Puan JUMAIRUL AISHAH BINTI ABD
MANAF.

Jom sama-sama kita saksikan!

(Selesai forum SK Taman Samudra)

Wah, hebat sekali kupasan dari rakan-rakan SK Taman Samudra


sebentar tadi. Umpama menonton Forum Perdana pula rasanya.

Bagi pengetahuan semua, murid-murid yang teribat ialah:

 NURUL FATNIN RAIHAH BINTI MOHAMAD FIRDAUS


 MUAZ BIN MOHD KHALID
 SARAH SOERAYA BINTI SYAHRULAZAMIR, serta
 IZZAH HADIFAH BINTI JARIHADI

Tahniah diucapkan sekali lagi.


AKADEMI NILAM 2/ SIRI 2
FORUM BUKU

3 SK PINANG Dari negeri Selangor, mai kita bergerak pi ke negeri Jelapang Padi
TUNGGAL SG. bersama rakan-rakan seperjuangan dari SK Pinang Tunggal, Sungai
PETANI KEDAH Petani, Kedah. Murid-murid yang akan mengupas buku yang bertajuk
Kepelbagaian Sosiobudaya ialah:

 SARAH AMNI BINTI MOHD HAMRI


 SITI NURUL NAJWA BINTI NORKHUSHANI
 AIRRA BINTI AHMAD NAZRI, dan
 NUR AISHAH BINTI MOHD NADZRI

Jom pakat-pakat dengaq naa…

(Selesai forum SK Pinang Tunggal)

Tudia! Pelbagai pengajaran yang dapat kita ambil dari perbincangan


yang dikendalikan oleh kawan-kawan dari SK Pinang Tunggal sebentar
tadi.

Untuk pengetahuan semua penonton, guru pembimbing yang terlibat


dalam menjayakan forum ini ialah Puan SITI AZLINA BINTI RASTAM
dan Puan SITI RAHIMAH BINTI AZIZ. Hebat sekali bukan?

4 SK PADANG Baiklah. Selesai sudah negeri Kedah. Jom kita pakat pekena nasik
MENORA, kandaq. Kawan-kawan, izinkan saya memperkenalkan rakan-rakan
PULAU PINANG seterusnya dari SK Padang Menora, Pulau Pinang. Mereka terdiri
daripada 2 orang putera, dan 2 orang puteri. Siapakah mereka?
Mereka ialah:

 MUHAMMAD HARITH DANISH BIN MOHD ZAMRY


 MUHAMMAD AQIL ISKANDAR BIN KAMARUZAMAN
 NUR DAMIA IRDINA BINTI RASHID, serta
 QASEH DANIA DARWISYA BINTI MOHD DAUD

Ayuh kita dengarkan kupasan buku yang diberi judul Ensiklopedia


Sains Hidupan Liar. Dipersilakan.

( Selesai forum SK Padang Menora)

Amboi! Banyak sekali ya hidupan liar yang belum saya kenali di dunia
ini. Banyak juga input ilmu yang dapat saya perolehi dari
pembentangan rakan-rakan SK Padang Menora sebentar tadi. Hangpa
memang hebat!

Di sebalik kehebatan rakan-rakan sebentar tadi, mereka juga telah


dibimbing oleh seorang guru yang luar biasa iaitu Puan NUR
AKADEMI NILAM 2/ SIRI 2
FORUM BUKU

SUZIEYANI BINTI MOHD DAHLAN. Tahniah puan!

5 SMK Masih lagi di Pulau Pinang, sambil mendengarkan alunan lagu Boria
PERMATANG Pulau Mutiara, mai pakat sama-sama kita dengarkan lagi kupasan
TOK JAYA, buku yang berjudul Kenali Kaum dan Etnik Identiti Malaysia dari
BUTTERWORTH, abang dan kakak SMK Permatang Tok Jaya. Untuk pengetahuan para
PULAU PINANG penonton, guru-guru yang terlibat dalam membimbing kumpulan
forum SMK Permatang Tok Jaya ini ialah Puan Maslinda Binti Ismail
dan Puan Fauriza Binti Mohd Azmi.

Jom sama-sama kita saksikan forum ini!

(Selesai forum SMK Permatang Tok Jaya)

Hmm.. Pelbagai ilmu yang dapat saya cedok daripada pembentangan


sebentar tadi. Kawan-kawan pun sama bukan? Inilah keunikan kita
bergelar bangsa bertuah di negara Malaysia. Pelbagai kaum dan etnik
dapat saling bekerjasama, dan bersatu padu bagi membentuk bangsa
Malaysia yang proaktif di mata dunia.

Forum sebentar tadi melibatkan;

 Iris Alya Damia Binti Mohammad


 Nur Fatin Zahirah Binti Khairul Fauzi
 Nurul Raudhah Binti Ruzi, dan
 Muhammad Fathi Adam Bin Azhari
Selaku abang dan kakak-kakak yang saya hormati. Sempoi baq hang!

6 SK MATANG Udah tumpo di Pulau Pinang, ayuh kita berjalan-jalan ke negeri Perak
GERDU , BAGAN Darul Ridzuan. Ate.. Kita akan bersama dengan rakan-rakan SK
SERAI , PERAK Matang Gerdu yang terdiri daripada;

 NUHA INSYIRAH BINTI MOHD FAISAL


 MUHAMMAD ADAM BIN MUHAMMAD IHSAN
 MUHAMAD AQIL HAZIQ BIN MUHAMAD AZRI, serta
 NURUL IMAN NASUHA BINTI NORDIN
bagi mengupas dan membedah buku yang berjudul Siri Sejarah
Masyarakat Majmuk, Bersatu Di bawah Rukun Negara.

Ayuh sama-sama kita saksikan!

( Selesai forum SK Matang Gerdu)

Wah! Hebat sekali ya kawan-kawan kupasan di dalam buku ini.


Sesungguhnya, tiang penyatuan di negara kita adalah berdasarkan
sejauh mana kita menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun
AKADEMI NILAM 2/ SIRI 2
FORUM BUKU

Negara yang telah menjadi darah daging pembentukan Malaysia sejak


sekian lama.

Untuk pengetahuan penonton yang dihormati, forum sebentar tadi


adalah hasil bimbingan dan curahan idea Puan ROSLINDA BINTI
ABDULLAH. Tahniah sekali lagi puan dan rakan-rakan SK Matang
Gerdu atas kupasan yang sangat menarik sebentar tadi.

7 SK GANCHONG, Negeri Kedah sudah, Pulau Pinang sudah, Perak pun sudah. Ke mana
PEKAN , lagi kita selepas ini ya kawan-kawan? Haa.. Saya nak membawa
PAHANG kawan-kawan ke negeri kelahiran Mat Kilau, iaitu negeri Pahang.

Moh kite ke SK Ganchong, Pekan. Untuk pengetahuan penonton,


pasukan forum ini adalah di bawah seliaan Puan Zalma binti Setafa
selaku Guru Perpustakaan dan Media Sekolah, dan dibimbing oleh 2
orang guru yang hebat iaitu Encik Nazanong bin Talib dan Encik
Mohammad Hanif bin Mat Daud.

Mereka akan membuat ulasan dan suluh tara pada buku yang diberi
judul Kecil-kecil Cili Padi.

Jom sama-sama kita saksikan!

( Selesai forum SK Ganchong )

Terlopong mulut saya mendengar ulasan rakan-rakan seperjuangan


sebentar tadi. Bak kata pepatah, kecil jangan disangka anak, besar
jangan disangka bapa ya! Ingat tu! Forum yang hebat sebentar tadi
mengetengahkan moderator dan ahli panel yang jitu iaitu;

 Muhammad Adam bin Sukrihanapi


 Qaseef Ummaira Amani Lok binti Sezali
 Syamimi binti Mustafar, dan
 Nur Anis binti Zainizam

Syabas sekali lagi diucapkan kepada rakan-rakan SK Ganchong atas


kupasan yang memukau sebentar tadi.

8 SK Seri Melati, Besar sungguh negeri Pahang. Alang-alang sudah singgah sini,
Kuantan, apakata jika kita teruskan dengan sepasukan lagi kumpulan forum
Pahang yang mewakili negeri Tok Gajah. Kalau tadi di Pekan, moh kite
bergerak ke Kuantan bersama kawan-kawan dari SK Seri Melati.
Mereka terdiri daripada;

 Liyana Zahira Binti Mohd Razali


 Shakirah Hannah Binti Kirahman
 Sarah Farishatuljannah Binti Mohd Yunus, serta
 Siti Nurjannatul Husna Binti Mahpuz
AKADEMI NILAM 2/ SIRI 2
FORUM BUKU

Mereka akan mengupaskan sebuah buku yang pada pandangan saya


amat menarik sekali. Buku ini diberi judul Iktibar Cerita-Cerita
Dongeng Kepada Masyarakat.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

( Selesai forum SK Seri Menanti)

Saya umpama terpukau serta belayar bersama ke alam dongeng


seperti judul buku tadi. Kawan-kawan, sesungguhnya setiap yang
berlaku, ada hikmahnya. Umpama kata ahli panel tadi, ikhtibar yang
banyak perlu kita gali dalam sesebuah bahan bacaan, termasuklah
cerita dongeng. Pelbagai hikmah dan pengajaran berguna yang kita
dapat adaptasikan dalam menjalani kehidupan sebenar yang penuh
onak dan duri.

Syabas SK Seri Menanti.

Untuk pengetahuan penonton, kumpulan forum SK Seri Menanti


adalah di bawah bimbingan Puan Norfatimah Binti Mahd Ismail.

Tahniah puan dan kumpulan atas pembentangan cemerlang sebentar


tadi!
9 SK Timbang Andu Bah! Semenanjung telah kita jelajahi. Jom kita terbang melawat
Dayang, Kota rakan-rakan kita di Negeri Di Bawah Bayu, Sabah. Mereka berasal
Belud, Sabah dari SK Timbang Dayang, Kota Belud. Siapakah mereka? Jom kita
berkenalan dengan lebih rapat lagi. Mereka terdiri daripada:

 Nur Asyfa Hafizah binti Sukri


 Nur Ariana Intisyar binti Mohd Zaimi
 Mohamad Luqman Danial bin Budi, dan
 Syafie Assyauqie binti Sanim

Mereka akan mengupas berkaitan sebuah buku yang diberi judul


Gelap Menanti Cerah. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

( Selesai forum SK Timbang Dayang)

Kawan-kawan, sedih bercampur terharu saya mendengar kupasan


buku ini. Berhati-hatilah kita dalam memilih kawan. Sesungguhnya
Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Carilah tahu tentang
manusia berdasar keadaan sahabat mereka." Ini bermaksud, sikap
rakan kita adalah cerminan diri kita sendiri. Syabas saya ucapkan
kepada SK Timbang Dayang.

Untuk pengetahuan penonton, kumpulan ini mendapat bimbingan


Puan Jariyathi@Juriyathi binti Liman,serta di bawah seliaan Puan
AKADEMI NILAM 2/ SIRI 2
FORUM BUKU

Angela Lingkebong, selaku Guru Perpustakaan dan Media Sekolah.

OK bah kalau kau!

10 PENUTUP Ke hulu, sudah. Ke hilir pun sudah. Sedar tidak sedar, sampailah kita
ke penghujung Program Akademi Nilam 2/ Siri 2, 2023.

Saya mewakili penganjur serta semua yang terlibat secara langsung


atau tidak langsung dalam menjayakan program ini menyusun 10 jari
memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan sepanjang saya
mengendalikan majlis pada hari ini.

Saya sudahi dengan 2 rangkap pantun. Dengarkan ya;

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua hamba pohonkan.

Dari Pahang ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Saya Muhammad Naufal Nafis bin Norizam.

Salam Bahagia.
Salam Hormat.
Salam Malaysia Madani.

Jumpa lagi di lain siaran.

Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya!


Assalamu’alaikum wbt.
Bye!

You might also like