NUTTELLA RED VELVET Layer Cake

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

NUTTELLA RED VELVET (BY DAYANG JACK) - LOYANG 9X9X3.

5
PRICE : WHOLE RM160-RM170 / HALF RM90 / LOAF RM50

INGREDIENTS
500g pure creamery butter
800g-850g telur (timbang dgn kulit sekali)
1 SB ovalette
400g susu pekat manis
380g tepung pau (ayak 3 kali) *
50g ground almond *
100g milk powder * (Dutch Lady perisa madu)
50g gula halus
200ml buttermilk
2 SB esen vanilla
1 SB red velvet emulco/paste
150g nutella spread
360g cream cheese (dipukul kental)
100g whipping mix powder *
10g black cocoa powder
20g brown cocoa powder (any brand)
30g jem rapsberry St Dalfour
1 SK gliserin
2 SB golden syrup
pewarna merah secukupnya
Pewarna putih - optional
Contoh gambar bahan-bahan boleh klik
https://www.facebook.com/groups/996392010729898/permalink/9965907
70710022/

METHOD
Satukan bahan-bahan bertanda * ke dalam bekas besar dan gaulkan. Tutup bekas
dengan plastic wrap. Ketepikan.
Dalam mixing bowl, satukan butter, gula, ovalette dan esen vanilla. Putar hingga
kembang dan gebu. (dari low speed ke high speed)
Perlahankan speed. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar sebati.
Masukkan susu pekat. Putar sebati.
Masukkan golden syrup. Sebatikan.
Masukkan bahan campuran tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan
buttermilk. (medium speed). Putar hingga adunan sebati dan gebu.
Masukkan gliserin. Putar lagi hingga sebati.
CARA TIMBANG DAN BAHAGI ADUNAN
Mula-mula timbangkan adunan yang base tadi. Anggaran seberat 2600g. Kemudian
bahagi adunan ini kepada 3 bahagian.

RED VELVET - anggaran 1215g


Kemudian dicampurkan dengan jem rapsberry, serbuk koko, red velvet paste dan
pewarna merah secukupnya. Boleh juga campurkan sedikit pewarna mulberry atau
maroon sehingga berpuas hati dengan tona yang diingini. Sebatikan. Timbangkan lagi
dan bahagi kepada 6 bahagian. Anggaran satu layer 190g - 200g.
CHEESE - anggaran 900g
Campurkan dengan cream cheese yang telah dipukul dengan kental. Kemudian
sebatikan. Tambahkan pewarna putih jika suka. Kemudian timbangkan lagi dan bahagi
kepada 6 bahagian. Anggaran satu layer 190g-200g
NUTTELLA - anggaran 475g
Campurkan dengan nutella spread dan black cocoa powder. Sebatikan. Kemudian
timbang dan bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Anggaran satu layer 190g-200g.
Lebihan adunan boleh dimasukkan ke dalam piping bag untuk dibuat deko jika suka.
PERSEDIAAN SEBELUM MEMBAKAR KEK
Panaskan oven minimum 10 minit. Tutupkan fungsi kipas jika ada. Suhu bergantung
pada kepanasan oven masing-masing. (160°C-170°C)
Sediakan loyang. Sapukan butter pada dasar loyang dan alaskan dengan non stick
baking paper. JANGAN SAPU BUTTER DI SEKELILING LOYANG. INI UTK ELAK KEK DP
MEREGANG DAN AKIBATNYA, ADUNAN AKAN JATUH DI TEPI LOYANG. PLS TAKE NOTE
YA.
CARA MEMBAKAR
Untuk lapisan pertama, ratakan adunan nutella ke dalam loyang. Bakar dengan api
atas dan bawah sehingga masak. Tetapi jangan sampai terkering dan keperangan.
Kawal suhu oven. Turunkan suhu jika terlampau panas. (suhu standard 150°C-160°C).
Lapisan kedua, Adunan red velvet. Ratakan. Bakar hingga masak dengan api atas
sahaja. (dari lapis kedua hinggan lapisan terakhir hanya menggunakan api atas sahaja.
Please take note )
Lapisan ketiga, adunan red velvet. Ulangi proses seperti langkah di atas.
Lapisan keempat, adunan cheese. Ulangi proses seperti langkah di atas. Pastikan
lapisan tidak perang. Nanti terkering pulak.
Berikut adalah susunan melapis :
Lapis 1 = nutella
Lapis 2 & 3 = red velvet
Lapis 4 & 5 = cheese
Lapis 6 = nutella
Lapis 7 & 8 = red velvet
Lapis 9 & 10 = cheese
Lapis 11 = nutella
Lapis 12 & 13 = red velvet
Lapis 14 & 15 = cheese
Please take note : setiap lapisan dibakar sekejap2 sahaja(tetapi masak) untuk
mendapatkan tekstur yang gebu dan lembut. Kena sentiasa duduk mengadap oven .
Lagi satu, buangkan bubble(sekiranya ada) setiap kali meratakan adunan supaya kek
tidak berlubang.

Sesudah masak, keluarkan loyang dari oven dan letak atas redai kek. Setelah 1/2 jam
atau kek sudah renggang dr loyang, bolehlah dikeluarkan.
Sejukkan terlebih dahulu pada suhu bilik sebelum diwrap dan disimpan dalam fridge.
Kek sejuk dan keras, lebih mudah dipotong dan nampak kemas. Guna pisau yang
panjang dan tajam.

Resepi Nutella Red Velvet ini adalah mengikut citarasa dan method saya sendiri dan
amat berlainan dengan cara olahan dari resepi2 red velvet yang ada. Rasa kek ni tak
muak, kurang penggunaan cheese dan tak manis sgt. Semoga memenuhi selera kalian
juga ye.
HAPPY BAKING!
Bahan2 kek lapis nuttella red velvet

Homemade buttermilk..
200ml fresh milk/susu cair + 1 sb jus
lemon/cuka
Bancuh hingga sebati. Biarkan 10
minit sblm digunakan.

You might also like