Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

JIB2014 ANALISIS WACANA BAHASA MELAYU

CERPEN “MATA MEMANDANG HATI MENYEBUT” (UUM PRESS):

SUATU ANALISIS KOHESI LEKSIKAL

Disediakan oleh:

KUMPULAN 2
BIL. NAMA AHLI NO. MATRIK

1. ROZITA BINTI RAHMAT U2102667

2. AYU NAZIFAH BINTI AZMAN U2102585

3. SITI NORIFFA ASYIRAH BINTI ABD SHUKOR U2102560

4. NUR DINIE BINTI MOHD KAMARUDDIN U2102559

5. ADRIANA NAJIHAH BINTI MOHD RUZI U2102608

Disediakan untuk:

DR. ROHAIDAH HARON


1.0 PENGENALAN

Wacana ialah satu satuan bahasa yang lengkap, atau suatu unit ujaran yang terbina daripada unit

bahasa yang melebihi batas ayat dan diujarkan dalam suatu konteks lakuan bahasa yang sebenar.

Menurut Chaer (1994), wacana adalah satuan bahasa yang lengkap, sehingga dalam hierarki

gramatikal merupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar. Bagi (Johnstone,2002 yang

dipetik oleh Idris Aman,2022) pula, wacana ialah contoh-contoh sebenar komunikasi dalam

wadah bahasa. Dengan ini dapat dikatakan bahawa pengertian wacana merupakan suatu frasa

terlengkap atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koheren dan kohesi tinggi yang

berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir nyata disampaikan sama ada secara lisan

mahupun tulisan (Tarigan, 1987).

Berdasarkan pengertian wacana yang digunakan, wacana dapat dibahagikan kepada dua

iaitu wacana lisan dan wacana tulisan (Mulyana, 2005). Wacana lisan ialah wacana yang

disampaikan secara langsung kepada audiens (penutur-pendengar) dan mengandungi maklumat

atau komunikasi secara langsung seperti perbincangan, pidato, seminar dan lain-lain. Manakala,

wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis dan mengandungi informasi

atau komunikasi tidak langsung, misalnya surat, makalah, cerpen, novel dan sebagainya.

Kedua-dua wacana ini perlu mempunyai kesatuan maklumat dan sistematik dalam jalinan

organisasinya (Idris Aman, 2022). Perkara ini berkait dengan pandangan Beaugrande &

Dressler (1981) yang mengatakan bahawa sebuah wacana yang berkualiti perlu mengandungi

tujuh elemen iaitu kohesi, runtutan, tujuan, penerima (khalayak), maklumat, keadaan, dan

intertekstualiti.

Richards & Richards (2013) kohesi bermaksud tautan atau hubungan yang gramatis atau

yang bersifat leksikal antara unsur yang membina sesebuah teks atau wacana. Hubungan itu

mungkin merupakan hubungan antara ayat dengan ayat atau antara bahagian ayat.

1
“... the grammatical and/or lexical relationship between the different elements of a

text. This may be the relationship between sentences or between different parts of a

sentence.”

Kohesi atau tautan (Sanat, 2002), tenunan (Idris, 2022) dan juga dikenali sebagai

kesinambungan topik (Wong, 1995) merujuk kepada definisi yang sama, iaitu sesuatu topik

utama dijalinkan dalam sesuatu urutan klausa mahupun ayat yang tersusun yang membentuk

sesuatu perenggan. Kohesi dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu kohesi nahuan

(ketatabahasaan) dan kohesi leksikal (perkataan yang digunakan) (Halliday & Hasan, 1976).

Oleh hal yang demikian, dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan penganalisisan aspek

kohesi leksikal sahaja dalam wacana tulisan berupa cerita pendek atau ringkasannya cerpen.

Cerpen yang bertajuk “Mata Memandang Hati Menyebut” oleh Hajah Bainah binti Mustafa

(2017) mengisahkan tentang ketabahan dan kegigihan seorang pelajar perempuan yang

bernama Suhartina dalam alam universiti. Latar belakang Suhartina yang berasal daripada

keluarga yang serba kekurangan sering dipandang hina oleh Aida dan rakan-rakannya kecuali

sahabat karibnya Zaimah dan pensyarahnya Dr. Maheran. Walaupun sering dihina Aida dan

rakan-rakan, Suhartina tidak menghiraukan dan meneruskan usahanya dalam mengarang

sebuah karya cerpen dengan pertolongan daripada Zaimah. Konflik berlaku pada klimaks

cerpen ini apabila Aida memplagiat penulisan Suhartina dan mengatakan bahawa cerpen

tersebut adalah karyanya sendiri. Pengakhiran gembira cerpen ini adalah apabila Suhartina dan

Zaimah sama-sama memenangi Anugerah Penulis Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan.

Kajian ini bertujuan menganalisis aspek kohesi leksikal dalam cerpen ini. Bukan itu

sahaja, disebabkan oleh kajian mengenai aspek kohesi dalam cerpen sangat kurang, maka ini

menjadi salah satu permasalahan dalam kajian ini. Selain itu, kisah cerpen ini yang mampu

memberi pengajaran dan nilai murni yang baik terutamanya kepada pelajar antara sebab

2
pengkaji memilih cerpen ini sebagai bahan kajian. Oleh itu, perbincangan yang lebih

menyeluruh akan dihuraikan pada bahagian-bahagian yang seterusnya dalam kajian ini.

2.0 SOROTAN KAJIAN

Dalam kajian yang memfokuskan aspek wacana tulisan terutamanya pada aspek tautan atau

kohesi, pengkaji perlu meninjau sorotan literatur atau kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan

kajian ini. Hal ini supaya, pengkaji dapat mengenal pasti kekurangan atau kelompongan yang

masih belum dikaji oleh pengkaji-pengkaji lepas. Hal ini juga dapat membantu pengkaji untuk

mengumpul maklumat mengenai kajian, menyatakan permasalahan kajian serta kepentingan

kajian ini dijalankan. Jadi, berikut antara sorotan kajian lepas yang telah diteliti oleh pengkaji.

Ganesan A/L Subramonian (2015), melakukan satu kajian yang bertajuk “Kohesi

Nahuan Dan Leksikal Dalam Novel Ilatchia Payanam”. Kajian ini menggunakan kaedah

kepustakaan, analisis teks dan aplikasi teori. Kajian ini menggunakan teori M.A.K Halliday

(1976). Kajian ini menggunakan bahan daripada novel Ilatchia Payanam. Batasan kajian hanya

memberi tumpuan kepada 34 bab dalam novel Ilatchia Payanam yang mana hanya

memfokuskan kepada elemen kohesi nahuan dan leksikal. Objektif kajian ini adalah mengenal

pasti dan menganalisis kekerapan dan menghuraikan jenis kohesi nahuan dan leksikal. Hasil

dapatan menunjukkan aspek kohesi nahuan lebih mendominasi berbanding kohesi leksikal.

Nur Masitah binti Mat Hassan (2016) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Kohesi

dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Pelajar di Sebuah Universiti Awam”. Pelajar sering

gagal dalam menciptakan ayat yang bertautan menyebabkan kajian ini dilakukan untuk melihat

kemahiran pelajar dalam menulis karangan dalam menggunakan aspek kohesi. Kaedah kajian

yang digunakan kaedah analisis dokumen melalui responden menulis karangan yang telah

ditetapkan tajuknya selama satu jam. Bahan kajian digunakan iaitu skrip karangan pelajar-

pelajar universiti awam. Batasan kajian hanya memberi fokus terhadap penulisan karangan yang

3
mempunyai kohesi gramatikal, kohesi leksikal dan kohesi idea. Objektif kajian ini adalah untuk

menganalisis kohesi gramatikal, menghuraikan kohesi leksikal dan merumuskan kohesi idea

dalam karangan pelajar.Kerangka kohesi Halliday dan Hassan (1976) digunakan dalam kajian

ini. Hasil dapatan menunjukkan kebanyakan pelajar menggunakan kohesi gramatikal

berbanding kohesi leksikal. Pelajar juga lemah dalam mentautkan idea dalam penulisan

mereka.

Selain itu, kajian wacana tulisan aspek kohesi leksikal juga dapat dilihat pada kajian

oleh Trisnawati Hutagalung (2017) yang bertajuk “Analisis Wacana Tulis Cerita Pendek “Di

Dusun Lembah Krakatau” Karya St. Fatimah”. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk

mendeskripsikan makna dari segi bahasa, unsur intrinsik dan situasi sosial budaya dalam bahan

kajian cerpen “Di Dusun Lembah Krakatau” karya St. Fatimah. Bagi mencapai objektif kajian,

pengkaji menggunakan kaedah kualitatif deskriptif. Teknik pengumpulan data yang digunakan

adalah dengan pendekatan mikrostruktural, makrostruktural dan praktik wacana. Teknik

pengumpuan data ini juga melalui tiga tahap iaitu, penyediaan data, pengklasifikasian data dan

penganalisisan data. Dapatan kajian ini mendapati bahawa cerpen ini banyak menggunakan

persona tunggal, persona ketiga dan elipsis. Analisis leksikal pula membuktikan bahawa adanya

unsur repetisi dan konjungsi. Manakala melalui pendekatan praktik wacana, terdapat tema,

penokohan, alur, latar, sudut pandang dan gaya bahasa yang diutarakan pengarang dalam cerpen

ini. Analisis konteks situasi pula tergambar pada kehidupan watak utama yang memiliki

kepercayaan yang kukuh melalui analisis sosial budaya.

Aefiqah Binti Gitin & Adenan Ayob (2018) telah menjalankan kajian bertajuk “Analisis

Aspek Kohesi Dan Koheren Dalam Cerpen Komponen Sastera Berdasarkan Model

Fairclough”. Dalam kajian ini menyatakan bahawa pengkaji telah melakukan penelitian dan

mengenal pasti aspek kohesi dan koheren dan perbandingan kekuatan dan kelemahannya dalam

cerpen ini menggunakan teori Model Fairclough. Pengumpulan data dalam kajian ini

4
menggunakan kaedah kualitatif deskriptif dengan kaedah menganalisis dokumen oleh pengkaji

sebagai sampel. Dapatan kajian menunjukkan cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja” memperoleh

unit aspek kohesi dan koheren yang tertinggi iaitu berjumlah 98 unit berbanding 91 unit bagi

cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul”.

Ira Yuniati & Chairunnisa (2018) telah melakukan satu kajian bertajuk “Kohesi Pada

Novel Cinta Suci Zahrana Karya Habiburahman El Shirazy''. Kajian ini bertujuan untuk

mengetahui jenis kohesi yang digunakan dalam novel Cinta Suci Zahrana terutamanya pada bab

terakhir dalam novel tersebut yang bertajuk Cinta Suci Zahrana. Kajian ini menggunakan

kaedah penelitian kualitatif dengan teknik analisis isi (content analysis). Sumber data yang

digunakan dalan kajian adalah Novel Cinta Suci Zahrana karya Habiburrahman El Shirazy.

Kajian ini menggunakan pendekatan teori kohesi leksikal oleh Halliday dan Hassan (1976).

Objektif kajian adalah pengkaji menganalisis jenis kohesi yang terdapat dalam novel Cinta Suci

Zahrana Karya Habiburahman El Shirazy. Hasil yang diperoleh sepanjang kajian dijalankan

adalah terdapat kohesi gramatikal yang meliputi pengacuan, penggantian, pelesapan, dan

perangkaian. Selain itu juga kohesi leksikal yang digunakan yang meliputi repetisi, antonimi,

kolokasi, hiponimi, dan ekuivalensi

Nursyaqinah Sakala, Normaliza Abd Rahim dan Hazlina Abdul Rahim (2019) pula telah

melakukan kajian yang bertajuk “Penggunaan Kohesi di dalam Skrip Cerita Pendek Iklan Hari

Raya Aidilfitri di Youtube”. Terdapat kajian yang terdahulu hanya memberikan tumpuan

kepada satu aspek kohesi sahaja, iaitu kohesi gramatikal. Kajian ini menggunakan kaedah

kuantitatif melalui menganalisis teks iklan untuk mengetahui maklumat dalam iklan bagi

memperoleh data. Kajian ini menggunakan Teori Analisis Kohesi oleh Halliday dan Hassan

(1976). Kajian ini menggunakan bahan daripada skrip cerita pendek iklan Hari Raya Aidilfitri

oleh stesen radio Era fm di Youtube. Batasan kajian ini hanya memberi tumpuan terhadap

penggunaan kohesi dalam skrip cerita pendek iklan Hari Raya. Objektif kajian ini mengenal

5
pasti kohesi yang digunakan dan membincangkan kohesi yang dominan dalam skrip cerita

pendek iklan Hari Raya Aidilfitri. Hasil dapatan menunjukkan aspek kohesi gramatikal lebih

mendominasi berbanding dengan kohesi leksikal. Melalui penggunaan aspek rujukan 81.96%,

kata hubung 13.11%, pengguguran 4.09% dan penggantian 0.81%.

Seterusnya, Muhammad Hisyam Haliah (2019) dalam kajiannya yang bertajuk “Kohesi

Dalam Warkah Sosial Melayu Abad Ke-17 Hingga Abad Ke-19”. Melalui kajian ini, pengkaji

telah mendapati bahawa setiap komponen struktur warkah sosial ini, mempunyai hubungan

sebagai satu kesatuan yang dapat mengikat teks menjadi satu genre. Warkah ini memperlihatkan

satu jalinan yang utuh antara satu ayat dengan ayat yang lain. Objektif kajian ini adalah

mengenal pasti keberkesanan tahap tautan dan runtutan menimbulkan kesan kefahaman wacana

terhadap teks kajian dan melihat kepada cara struktur wacana disusun dengan meneliti

kehadiran dan penempatan jenis dan subjenis tautan dalam teks kajian.

Kajian Aifa Izzati Azman, Normaliza Abd Rahim dan Nor Azuwan Yaakob (2019) pula

yang bertajuk “Wacana Kohesi Teks Digital Khutbah Maulud Nabi” telah mengaplikasikan

teori analisis wacana yang diutarakan oleh Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian ini telah

menjadikan perkataan dan andaian konteks ayat dalam teks digital khutbah Maulud Nabi pada

tahun 2016, 2017 dan 2018 dalam portal Jakim sebagai bahan kajian. Kajian ini juga

mengandungi dua objektif iaitu untuk mengenal pasti kohesi dalam wacana teks digital khutbah

Maulud Nabi dan untuk membincangkan andaian teks digital khutbah Maulud Nabi terhadap

masyarakat. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan meneliti penggunaan

bahasa dan ayat dalam dalam wacana teks khutbah dan seterusnya menganalisis teks ini dengan

melihat kepada kohesi gramatikal, leksikal serta andaian. Secara keseluruhan, dapatan kajian

ini menjelaskan sejauh mana teks digital khutbah memberikan kefahaman wacana dengan jelas

kepada pembaca.

6
Rizki Joko Nurcahyo, Viana Nandasari, dan Rifa Dewi Zulaikha (2020) menjalankan

satu kajian yang bertajuk “Kohesi Wacana Dalam Kumpulan Puisi Berguru Kepada Rindu”

Karya Acep Zamzam Noor. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis dan

mendeskripsikan penggunaan kohesi gramatikal dan kohesi leksikal pada buku Kumpulan Puisi

“Berguru Kepada Rindu” Karya Acep Zamzam Noor. Dalam kajian ini, penulis telah

menggunakan kaedah penelitian kuantitatif bertujuan untuk mendeskripsikan secara sistematik

mengenai fakta-fakta, sifat-sifat, dan perkaitan antara satu sama lain yang telah dilakukan kajian

oleh pengkaji lepas. Selain itu, teori Sumarlam (2003) digunakan untuk menganalisis data

dengan cara mengklasifikasikan peranti-peranti kohesi dalam wacana yang terbahagi kepada

dua iaitu kohesi gramatikal dan kohensi leksikal. Hasil yang diperoleh mendapati bahawa

terdapat kohesi leksikal yang mendominasi dalam Kumpulan Puisi Berguru Kepada Rindu

kerana puisi lebih banyak pada keterkaitan makna dalam suatu kata.

Secara kesimpulannya, berdasarkan penelitian mengenai sorotan kajian lepas, pengkaji

mendapati hanya dua kajian mengenai kajian kohesi dalam cerpen. Dalam kajian lepas, ditemui

kajian mengenai analisis kohesi leksikal, aspek kohesi dan koheren iaitu perbandingan kekuatan

dan kelemahannya dan terdapat juga kajian yang hanya memberi tumpuan kepada aspek kohesi

gramatikal. Oleh hal demikian, perkara ini menjadi satu permasalahan kajian yang boleh diberi

perhatian.

3.0 TEORI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan teori kohesi oleh Halliday dan Hassan (1976). Menurut

Halliday dan Hassan (1976) tautan atau kohesi membawa maksud hubungan kata, klausa, ayat

atau perenggan yang ada dalam teks. Kohesi menunjukkan pertautan dalam ayat. Halliday dan

Hassan (1976) menyatakan kohesi diwujudkan melalui dua cara iaitu kohesi nahuan dan kohesi

leksikal. Kohesi leksikal ini dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu pernyataan semula

7
leksikal dan kolokasi. Pernyataan semula leksikal dapat dipecahkan kepada tiga, iaitu

penggunaan kata yang sama atau hampir sama, penggunaan kata sinonim atau hampir sinonim,

penggunaan kata superordinat.

Menurut Halliday dan Hassan (1976) pernyataan semula bermaksud terdapat perkataan

yang diulang dengan kata yang sama bagi merujuk pada pernyataan yang sama yang telah

disebut pada teks sebelumnya. Fungsi pernyataan semula digunakan untuk menghindari

kebosanan apabila terlalu kerap menggunakan perkataan yang sama dalam teks. Penggunaan

pernyataan semula dalam teks, ayat atau perenggan tidak menjadikan wacana itu sebagai lewah

seperti yang dikemukakan oleh pendapat beberapa ahli bahasa yang menyatakan unsur lewah

merupakan kesalahan dalam tatabahasa.

Sinonim menurut pandangan Halliday dan Hassan (1976) ialah kata yang mempunyai

makna yang sama. Penggunaan kata sinonim dalam teks dalam menjadikan idea saling bertaut

bagi menghasilkan kohesi dalam teks.

Menurut Halliday dan Hassan (1976) istilah superordinat ialah kata yang mempunyai

maksud yang terangkum dalam maksud yang lain.Superordinat dapat berfungsi sebagai

rujukan. Salah satu aspek kohesi leksikal iaitu kolokasi dimana terdapat dua kata atau lebih

yang wujud dalam satu susunan dalam skop yang sama. Sifat pada kolokasi menunjukkan

hubungan antara kata berlaku dalam bidang yang sama (Halliday & Hassan, 1976).

Teori ini digunakan untuk mengenal pasti dan menganalisis penanda kohesi leksikal

yang terdapat dalam Antologi Cerpen: Mata Memandang Hati Menyebut. Sumber data yang

digunakan pada bahagian pertama cerpen yang bertajuk “Mata Memandang Hati Menyebut”

yang telah ditulis oleh Hajah Bainah binti Mustafa (2017) pada muka surat 1 sehingga muka

surat 25, beberapa aspek kohesi leksikal digunakan dalam analisis ini.

8
4.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan yang wujud menjadi salah satu sebab sesebuah kajian dan penyelidikan

dijalankan. Kajian dan penyelidikan ini bertujuan untuk menjawab dan mencari solusi pada

setiap masalah yang dibangkitkan. Penulis berpendapat permasalahan kajian ini wajar

dilakukan kerana menambahkan lagi kajian tentang analisis wacana dari aspek kohesi

terutamanya dalam karya cerpen memandangkan cerpen merupakan bahan bacaan ringkas yang

mudah dan mampu menarik minat pembaca untuk membacanya.

Pengkaji melihat permasalahan yang wujud ialah kekurangan kajian mengenai analisis

wacana khususnya aspek kohesi leksikal dalam cerpen. Berdasarkan kajian lepas, pengkaji

mendapati hanya dua kajian sahaja mengenai kajian kohesi leksikal dalam cerpen. Pengkaji

mendapati kajian-kajian lepas banyak memfokuskan kajian mengenai kohesi gramatikal. Hal

ini menyebabkan berlaku kesukaran kepada pengkaji untuk membuat rujukan disebabkan

kajian lepas yang terhad. Oleh itu, pengkaji berasa kajian aspek kohesi leksikal dalam cerpen

ini penting dan wajar dilakukan bagi rujukan tambahan kepada pengkaji-pengkaji akan datang.

Oleh itu, penulis telah melihat hal ini sebagai salah satu permasalahan yang perlu diberi

perhatian dalam kajian ini.

Selain itu, pengkaji juga turut melihat permasalahan yang wujud adalah kurang

kepekaan pelajar terhadap penggunaan wacana terutamanya dalam aspek kohesi leksikal dalam

penulisan. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar kurang kefahaman dalam penggunaan

kohesi yang baik dalam penulisan menyebabkan kegagalan dalam menyampaikan maklumat

yang berkesan. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan kohesi yang baik dalam

penulisan ataupun lisan mewujudkan kesinambungan yang berterusan (Richards, 1990). Oleh

hal demikian, satu kajian mengenai kohesi wajar dilaksanakan kerana aspek kohesi penting bagi

menghasilkan penulisan cerpen yang berkualiti tinggi.

9
Permasalahan kajian terakhir yang dapat dikenal pasti oleh pengkaji adalah berkaitan

dengan aspek kohesi khususnya leksikal kurang ditekankan oleh penulis dalam cerpen. Hal ini

dikatakan demikian kerana, penelitian pengkaji berdasarkan kajian-kajian lepas, penulis atau

pengarang kurang memberikan penekanan kepada kohesi leksikal terutamanya dalam cerpen.

Hal ini perlu dititikberatkan kerana aspek kohesi leksikal dalan cerpen merupakan perkara

penting bagi pengarang dalam mentautkan idea agar dapat disampaikan kepada pembaca

dengan lebih berkesan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi melihat penggunaan kohesi dari

aspek leksikal dalam cerpen.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya, kajian ini memfokuskan kepada dua objektif, iaitu;

5.1 mengenal pasti jenis kohesi leksikal yang digunakan dalam cerpen “Mata

Memandang Hati Menyebut” oleh Hajah Bainah binti Mustafa dan

5.2 menganalisis pengaplikasian kohesi leksikal dalam cerpen “Mata Memandang

Hati Menyebut” oleh Hajah Bainah binti Mustafa.

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting dalam usaha untuk menambahkan lagi kajian tentang analisis wacana dari

aspek kohesi terutamanya dalam karya cerpen kerana cerpen merupakan bahan bacaan ringkas

yang mudah dan mampu menarik minat pembaca untuk membacanya. Bukan itu sahaja,

pengkaji juga mendapati bahawa kajian ini amat berguna kepada penulis-penulis baharu sebagai

rujukan kepada pentingnya aspek tautan atau kohesi dalam penulisan mereka. Selain itu, kajian

ini juga penting kerana dapat menjadi panduan atau rujukan terutamanya kepada pengkaji-

pengkaji akan datang yang akan membuat kajian berkaitan kajian ini.

10
7.0 BAHAN KAJIAN

Kajian ini adalah berdasarkan bahan bertulis iaitu cerpen yang bertajuk “Mata Memandang Hati

Menyebut” oleh Bainah Mustafa. Cerpen ini terkandung dalam sebuah antologi cerpen yang

tajuknya sama dengan cerpen ini. Antologi cerpen Mata Memandang Hati Menyebut ialah hasil

penulisan cerpen oleh penulis-penulis baharu yang juga pertama kali menceburi bidang

penulisan kreatif. Antologi cerpen ini diterbitkan oleh Universiti Utara Malaysia Press (UUM

Press) yang juga merupakan penerima Anugerah Penerbit Terbaik pada tahun 2016 dalam

Anugerah Buku Negara. Hal ini telah menarik minat pengkaji untuk menjalankan kajian

berdasarkan aspek kohesi leksikal dalam cerpen Mata Memandang Hati Menyebut ini.

8.0 BATASAN KAJIAN

Kajian memberi tumpuan terhadap penggunaan aspek kohesi leksikal dalam Antologi Cerpen:

Mata Memandang Hati Menyebut yang diterbitkan Universiti Utara Malaysia Press (2017).

Kajian ini hanya membataskan pada bab pertama dalam buku iaitu cerpen yang bertajuk “Mata

Memandang Hati Menyebut’ yang telah ditulis oleh Hajah Bainah binti Mustafa (2017) pada

muka surat 1 sehingga muka surat 25. Kajian ini dilakukan bagi mengumpulkan data melalui

aspek kohesi iaitu kohesi leksikal. Kohesi leksikal dilihat melalui pernyataan semula leksikal

yang berlaku melalui tiga cara (penggunaan kata yang sama atau hampir, penggunaan kata

sinonim atau hampir sinonim dan penggunaan kata superordinat) serta pemanfaatan leksikal

berkolokasi. Kajian ini juga dilakukan bertujuan untuk melihat pengaplikasian aspek kohesi

iaitu kohesi leksikal dalam cerpen “Mata Memandang Hati Menyebut” oleh Hajah Bainah binti

Mustafa.

11
9.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah penganalisisan tekstual atau

penganalisisan kandungan teks. Pada mulanya, pengkaji mengenal pasti bahan kajian yang akan

dianalisis untuk dapatan kajian iaitu cerpen bertajuk “Mata Memandang Hati Menyebut” bagi

mencapai kedua-dua objektif kajian iaitu untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan

kohesi leksikal yang digunakan dalam cerpen tersebut. Seterusnya, pengkaji membuat

pelabelan atau pengekodan pada setiap perenggan dan ayat dalam cerpen tersebut. Hal ini

supaya aspek leksikal yang akan dikenal pasti pada setiap ayat dapat dianalisis dengan baik dan

sistematik.

Selepas melabel semua perenggan dan ayat dalam cerpen tersebut, pengkaji melakukan

penelitian terhadap setiap ayat bagi mengenal pasti kohesi leksikal yang wujud dalam cerpen

tersebut. Langkah terakhir pengkaji dalam kaedah analisis tekstual adalah dengan

mengkategorikan setiap ayat yang telah diteliti dalam cerpen tersebut mengikut kelas-kelas

aspek kohesi leksikal yang dirujuk melalui teori kohesi leksikal oleh Halliday dan Hassan

(1976). Pengkategorian ini akan dipermudah dalam bentuk jadual bagi tujuan penganalisisan

data. Hasil penganalisisan data akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya iaitu dapatan

kajian.

10.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan hasil atau dapatan kajian setelah bahan kajian, cerpen

“Mata Memandang Hati Menyebut” dianalisis mengikut aspek-aspek kohesi

leksikal berdasarkan teori Halliday dan Hassan (1976).

10.1 Pernyataan Semula Leksikal

Pernyataan semula leksikal berlaku melalui tiga cara, iaitu penggunaan kata

yang sama atau hampir, penggunaan kata sinonim atau hampir sinonim dan penggunaan

12
kata superordinate serta pernyataan semula kata melalui meronim. Penganalisisan data

berdasarkan aspek pernyataan semula leksikal akan dibincangkan dalam bahagian ini.

10.1.1 Pernyataan Semula Kata yang Sama atau Hampir Sama

Aspek pertama dalam kohesi leksikal ialah pernyataan semula kata yang

sama atau hampir sama. Pernyataan semula kata yang sama atau hampir sama

merupakan pengulangan perkataan yang sama dalam ayat atau perenggan.

Pernyataan semula kata yang sama atau hampir sama dalam ayat atau perenggan

tidak akan menjejaskan kegramatisan ayat dan makna, malah akan memudahkan

lagi maklumat yang ingin disampaikan dengan cara yang lebih berkesan.

Pernyataan semula kata yang sama atau hampir juga ialah ciri kohesi leksikal

yang melibatkan pengulangan seluruh seperti kata, frasa ataupun klausa.

Pernyataan kata yang sama atau hampir sama dapat dilihat dalam Jadual 10.1.1.

Bil. Perenggan/ Ayat Contoh Ayat


1. P2A6-8 Mereka tidak menduga bakal menjadi pemenang kali ini. Setelah
mengharungi pelbagai halangan dan rintangan, berjaya juga
akhirnya. Kata-kata perangsang pensyarah mereka telah
menyemarakkan semangat untuk menulis.
2. P3A1&2 Suhartina masih menyimpan pesanan keramat itu disudut
sanubarinya hingga kini. Tamat kuliah penulisan kreatif petang
itu, Suhartina harus bergegas ke pusat sumber untuk mencari
bahan menulis.
3. P5A4 Dia menolak dengan hormat, dia memberi alasan cuma sikit
sahaja luka dan ringan sahaja sakitnya.
4. P6A2 Bait-bait frasa indah menelusuri perenggan demi perenggan
penceritaan cerpen Suhartina.
5. P6A4 Salah seorang rakan Aida mencuit Aida supaya mengalihkan
pandangan ke meja sekolah.
6. P6A1&2 Tak mengapa. Senang-senang nanti aku buat. Cerpen aku tiada
tandingan.
7. P7A6-8 Rancangan awalnya hendak menulis cerpen pada siang hari, dan
menaipkannya di komputer pada malam hari.

13
8. P7A8-10 Itu pun jika Zaimah tidak menggunakan komputer riba.
Suhartina terpaksa meminjam komputer riba Zaimah.
9. P7A10-15 Anak penoreh getah di Kampung Jeneri, pedalaman Sik, Kedah
mana mampu membeli sebuah komputer riba. Dia tahu harga
sebuah komputer riba boleh menyara sebulan atau dua bulan
perbelanjaan harian keluarganya.

11. P9A1 “Belum. Kau siapkan dulu tugasan kau, Zai.”


12. P10A2-5 Lagi lama dia melayan Zaimah lagi sedih dibuatnya. Dia tidak
mahu Zaimah melihatnya menangis. Dia mesti tabah.

13. P10A10 “Kenapa aku? Kenapa aku yang menjadi sasaran mereka?”

14. P11A2&3 Air matanya bercucuran lagi. Lagi dan lagi.


15. P11A6-8 Silap hari bulan orang yang kita dendam itulah yang akan
memandikan jenazah kita. Orang yang kita dendam itulah
yang membaca surah Yasin untuk kita. Orang yang dendam
itulah yang akan mengkafankan kita.
16. P12A3&4
Matanya melekat pada katil Zaimah. Zaimah masih berselimut.

17.  P12A6&7  Suhartina mengejutkan Zaimah supaya bangun tidur. Zaimah


masih menggeliat.  
18.  P13A1&2  Selesai saja azan, Suhartina mendirikan solat sebelum Subuh.
Kemudian disambung dengan solat Subuh.  
19.  P13A3-5  Dalam sunyi sepi yang merantai jiwa, Suhartina sujud di sejadah
pemberian ibu. Lama dia sujud. Berdoa dan terus berdoa. 
20.  P13A6-8  “Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku.” 
“Ya Allah, ampunilah dosa ibu dan bapaku.” 
“Ya Allah, ampunilah dosa guru-guruku dan saudara-
saudaraku.” 

21.  P14A3  Serikanlah hidupku dengan kejayaan demi kejayaan. 

22.  P147&8  “Lama kau sujud Su. Kau doakan untuk aku tak?” 

23.  P15A3&4  Daun jendela kamar dikuak seluas-luasnya. Bayu pagi menerjah
masuk ke ruang kamar kecil mereka. 
24.  P25A17&18  Dua orang lagi adik perempuan di sekolah. Seorang adik lelaki
di tadika prasekolah kerajaan. 
25.  P26A7&8  Itu pun berlaukkan ikan sungai di belakang rumah. Jelawat,
lampam, keli, tebal sisik, baung akan tumpas di kaki bapa dan

14
adik-adik lelakinya apabila mereka turun ke sungai untuk
menjala. 

26.  P27A3  Pucuk-pucuk ubi kayu, pucuk lemidi dan pucuk paku menjadi
teman ikan sungai untuk dimakan. 
  P27A4  Kehidupan mereka persis kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang. 
27.  P28A1-3  Keperitan dan kepayahan ini telah mengajar Suhartina
sekeluarga untuk berusaha bersungguh-sungguh sehingga
berjaya. Penderitaan hidup susah dan serba kekurangan telah
mendidik keluarga besar ini untuk bersabar dengan ujian Allah
SWT. Semua kisah hidupnya yang mewakili masyarakat
kampung penoreh getah, Suhartina nukilan dalam penulisan
cerpennya. 
28.  P29A1&2  Jari-jemari Suhartina mengetuk laju pada keypad komputer riba
kepunyaan Zaimah. Suhartina kena lekas.  
29.  P29A3&4  Nanti giliran Zaimah pula menaip. Dalam saat Zaimah terkebil-
kebil memerah ilham, Suhartina sedikit menjerit, “Yes! 
Dah siap.” 
30.  P30A2  Lambat laun Zaimah akan baca juga sebab semua
pengkisahannya tercatat dalam komputer riba Zaimah. 
31.  P31A2&3  Arahan menerusi pembesar suara keselamatan bangunan
kedengaran jelas. Semua penghuni bangunan dikehendaki keluar
bangunan. 
32.  P32A2&3  Komputer riba terbiar buka tanpa ditutup. Teks cerpen
terpampang pada skrin komputer. 
33.  P33A3&4  Dr. Maheran meminta semua pelajar menyerahkan tugasan
mereka. Satu demi satu tugasan bertindihan di atas meja
pensyarah lima puluhan usianya itu. 
34.  P34A3-5  Aida membaca cerpennya. Semua pelajar terdiam dan khusyuk
mendengar. Ada yang membisik perlahan memuji keindahan
bahasa yang diungkapkan dalam cerpen Aida. 
35.  P34A21&22  Suhartina menarik cepat cerpen yang ada di tangan Aida. Aida
menjerit. 

36.  P35A4&5  “Sudah...sudah. Kenapa bertengkar sebegini rupa?” 

37.  P35A10&11  “Tidak! Cerpen itu saya punya. Penat saya mengarang siang dan
malam.” 
38.  P35A13  “Tidak. Tidak benar Dr., cerpen itu saya yang tulis,” rintih
Suhartina lagi. 
39.  P35A14  “Baiklah, disebabkan Aida yang membacanya dahulu, mungkin
itu cerpen Aida.” 

15
40.  P35A15&16  “Wah, ada plagiat ni. Siapa tiru siapa?... 

41.  P36A5-7  “Kes ini perlu disiasat. Ada unsur plagiat. Saya akan serahkan kes
ini kepada panel disiplin akademik.” 
42.  P36A11&12  “Sikit, sikit, nangis. Sikit, sikit nangis. Itu je senjata yang kau
ada. 
43.  P39A5&6  Mereka melalui pinggiran sungai kampus. Sungai buatan
manusia. 
44.  P40A3-7  “... Cerpen itu aku punya. Aku yang tulis. Aku tulis dengan
penuh perasaan. Aku tulis dengan penuh pengalaman. Perit getir
dunia yang diselimuti kesusahan dalam hidup kami aku ceritakan
semuanya dalam cerpen itu.” 
45.  P50A1&2  Lantas dihulurnya kepada Dekan. Dekan membelek-belek
seketika. 
46.  P52A3  “Saya mahu kamu sendiri yang menceritakan bagaimana cerpen
itu berada dengan kamu?” Suara Dekan serius. 
47.  P59A2&3  Tiba masanya juruacara mengumumkan nama pemenang hadiah
penulis cerpen kebangsaan untuk tahun itu. 
Pemenangnya ialah Suhartina binti Zainal Abidin. 
Jadual 10.1.1 Pernyataan semula kata yang sama atau hampir sama

Berdasarkan Jadual 10.1.1, pengkaji telah mendapati sebanyak 47

pernyataan semula kata yang sama atau hampir sama dalam cerpen Mata

Memandang Hati Menyebut. Pernyataan semula kata yang sama atau hampir

sama dalam jadual 10.1.1 adalah sangat penting dalam menjelaskan isi

kandungan sesuatu ayat atau perenggan bagi sesuatu idea atau maklumat yang

terdapat dalam wacana. Pernyataan-pernyataan ini juga adalah bertujuan

memberi penegasan dan memberikan maklumat yang lebih baik kepada

pembaca. Sebagai contoh yang terdapat dalam Jadual 10.1.1 pernyataan semula

kata yang sama iaitu kata ganti nama diri mereka pada P2A6-8 “Mereka tidak

menduga bakal menjadi pemenang kali ini. Setelah mengharungi pelbagai

halangan dan rintangan, berjaya juga akhirnya. Kata-kata perangsang pensyarah

mereka telah menyemarakkan semangat untuk menulis.

16
Penggunaan pernyataan semula kata ganti nama diri tersebut telah

memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pembaca. Seterusnya, pernyataan

semula kata nama khas iaitu Suhartina. Pernyataan semula kata nama khas ini

ditemui pada P3A1&2 iaitu “Suhartina masih menyimpan pesanan keramat itu

disudut sanubarinya sehingga kini. Tamat kuliah penulisan kreatif petang itu,

Suhartina harus bergegas ke pusat sumber untuk mencari bahan menulis”.

Pernyataan semula kata yang sama atau hampir sama ini membuktikan bahawa

ayat atau perenggan tersebut mempunyai kesatuan untuk memberi

kesinambungan ayat atau perenggan tersebut supaya dapat memberikan

maklumat yang lebih baik dan mudah difahami oleh pembaca.

10.1.2 Pernyataan semula kata sinonim atau hampir sinonim

Pernyataan semula kata sinonim bermaksud mempunyai kata erti atau

makna yang sama manakala pernyataan semula kata hampir sinonim pula

bermaksud perkataan yang memiliki makna yang hampir sama, ‘Sinonim’

merupakan suatu kata yang mempunyai makna yang sama dengan ‘kata seerti’.

Sinonim diamalkan bagi mengelakkan kebosanan mengulang kata yang sama

dalam teks atau wacana. Bukan itu sahaja, pernyataan semula kata sinonim atau

hampir sinonim juga dapat memberi variasi kepada sesuatu wacana tersebut

(Idris Aman, 2022). Dalam Jadual 10.1.2 di bawah merupakan contoh ayat yang

mengandungi pernyataan semula kata sinonim atau hampir sinonim dalam

cerpen tersebut.

Bil. Perenggan/ Ayat Contoh Ayat


1. P2A3 Piala kemenangan berkilau disusun rapi atas meja di hujung
pentas.
2. P2A8 Setelah mengharungi pelbagai rintangan dan halangan,
berjaya juga akhirnya.

17
3. P4A13 Kehidupan di kolej mesti dipenuhi dengan riang gembira
berjumpa dengan kawan-kawan, bergaya dengan baju mahal-
mahal dan fesyen up to date
4. P12A3 Dalam sunyi sepi yang merantai jiwa, Suhartina sujud di
sejadah pemberian ibu.
5. P26A1&2 Ibu bapanya tidak mampu untuk menghantar ke tadika
swasta. Keluarganya susah.
6. P29A1&2 Jari-jemari Suhartina mengetuk laju pada keypad komputer
riba kepunyaan Zaimah. Suhartina kena lekas.
7. P33A1&2 Hari ini semua assignment kena hantar. Tempoh
penyerahan cerpen sudah tamat.
8. P35A15&16 “Wah, ada plagiat no. Siapa tiru siapa?...
9. P48A1 Menceritakan keperitan dan kesusahan hidup saya
sekeluarga dan orang kampung di ladang getah.
Jadual 10.1.2 Pernyataan Semula Kata Sinonim atau Hampir
Sinonim

Berdasarkan Jadual 10.1.2 iaitu pernyataan semula kata sinonim atau

hampir sinonim, pengkaji telah menemui 9 pernyataan semula kata sinonim atau

hampir sinonim dalam cerpen Mata Memandang Hati Menyebut. Pernyataan

semula kata ini jelas menunjukkan kesinambungan atau tautan idea dengan idea

yang lain. Hal ini dapat dibuktikan melalui data yang telah diperolehi misalnya

pada P26A1&2, “Ibu bapanya tidak mampu untuk menghantar ke tadika

swasta. Keluarganya susah.” Perkataan ‘tidak mampu’ dan ‘susah’ mempunyai

makna atau maksud yang sama.

Selain itu berdasarkan Jadual 10.1.2 pada P29A1&2, “Jari-jemari

Suhartina mengetuk laju pada keypad komputer riba kepunyaan Zaimah.

Suhartina kena lekas.” Perkataan ‘laju’ dan ‘lekas’ mempunyai makna yang

sama iaitu cepat atau pantas. P25A15&16 pula menunjukkan pernyataan semula

kata hampir sinonim iaitu “Wah, ada plagiat ni. Siapa tiru siapa?...”. Perkataan

‘plagiat’ bermaksud mengambil karya atau tulisan orang lain sebagai karyanya

yang tersendiri, manakala ‘tiru’ pula bermaksud mengikut perbuatan atau cara.

Pada umumnya kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam situasi yang

18
sama kerana makna perkataan tersebut adalah hampir sama dan boleh digunakan

dalam konteks yang sama.

10.1.3 Pernyataan Semula Melalui Meronim

Pernyataan semula melalui meronim bermaksud perkataan yang

menunjukkan sebahagian daripada sesuatu keseluruhan yang lebih besar atau

ahli kepada sesuatu yang dikenali sebagai holonim. Holonim pula ialah merujuk

kepada suatu kata dengan makna yang lebih meluas dalam menghuraikan

kepada keseluruhan perkataan yang dirujuk. Sebagai contoh, holonim ialah

perabot maka meronim kepada perabot ialah sofa, almari, katil dan sebagainya.

Jelas bahawa meronim merupakan bahagian sesuatu daripada makna kata yang

lebih besar.

Bil. Perenggan/ Ayat Contoh Ayat


1. P32A2&3 Komputer riba terbiar buka tanpa ditutup. Teks cerpen
terpampang pada skrin komputer.
2. P50A8&9 Tarikh ditaip tertera dalam skrin laptop Zaimah lebih awal.
Sedangkan tarikh dalam laptop Aida sehari selepas itu.” Dekan
memberi penjelasan.
Jadual 10.1.3 Pernyataan Semula Melalui Meronim

Berdasarkan Jadual 10.1.3 iaitu pernyataan semula melalui meronim

menunjukkan perkataan-perkataan meronim yang terdapat dalam cerpen Mata

Memandang Hati Menyebut. Pengkaji telah mendapati bahawa terdapat 2 sahaja

pernyataan semula melalui meronim yang terdapat dalam cerpen

Mata Memandang Hati Menyebut. Sebagai contoh, pada P32A2&3,

“Komputer riba terbiar buka tanpa ditutup. Teks cerpen terpampang pada skrin

komputer”. Perkataan ‘komputer riba’ merupakan holonim dan meronimnya

adalah ‘skrin komputer’.

19
Perkataan seterusnya pula pada P50A8&9, “Tarikh ditaip tertera di skrin

laptop Zaimah lebih awal. Sedangkan tarikh dalam laptop Aida sehari selepas

itu.” Dekan memberikan penjelasan”. Perkataan ‘laptop’ merupakan holonim

dan meronimnya adalah ‘skrin laptop’. Meronim ini menunjukkan bahagian

yang mempunyai hubungan yang saling memerlukan dan melengkapi antara satu

sama lain. Jelaslah bahawa meronim perlu hadir dengan holonim secara serentak

agar tautan dalam penulisan cerpen ini lebih menarik.

10.2 Pemanfaatan Leksikal Berkolokasi

Aspek kohesi melalui kolokasi dicapai melalui perkaitan semantik item-item

leksikal yang kerap hadir secara bersama atau mempunyai makna rujukan umum yang

sama atau berkaitan dan kata yang berlawanan (Idris Aman, 2022). Pemanfaatan

leksikal berkolokasi dapat dibahagikan kepada dua iaitu, kolokasi kata berkaitan dan

kolokasi kata berlawanan (antonim).

10.2.1 Kolokasi Kata Berkaitan

Kolokasi kata berkaitan merujuk kepada kata, frasa atau klausa yang

mempunyai makna rujukan umum yang sama atau berkaitan dalam sesebuah

wacana. Dalam Jadual 10.2.1 di bawah, terdapat contoh penggunaan kolokasi

kata berkaitan berdasarkan cerpen ini.

Bil. Perenggan/ Ayat Contoh Ayat


1. P1A4-6 Inilah janji Melayu. Gerutunya dalam hati. Kelibat Zaimah
kawan baiknya masih belum menjelma.
2. P2A12 “Penulis dan hasil karyanya umpama irama dan lagu. Pincang
irama, sumbanglah lagu,” kata-kata pensyarahnya Dr.
Maheran masih terngiang-ngiang di cuping telinga.
3. P7A11 Dia tahu, harga sebuah komputer riba boleh menyara sebulan
atau dua bulan perbelanjaan harian keluarganya.

20
4. P32A4-6 Semua maklum kalau keadaan kecemasan sebegini, jangan
selamatkan yang lain. Selamatkan diri sendiri dahulu. Itu pesan
5. P34A6 Dr. Maheran juga teruja dengan jalinan jalan penceritaan yang
menarik.
6. P35A1&2 Dia merampas ganas cerpen di tangan Suhartina. Zaimah cuba
bangun untuk membantu sahabat karibnya.
7. P36A1&2
Suhartina terdiam seribu bahasa. Hanya air mata berbicara.

8. P36A14 “Sikit, sikit, nangis. Sikit, sikit nangis. Itu je senjata yang kau
ada. Lembek macam sotong.”
9. P38A1 Luka hati Suhartina terasa terubat sedikit mendengar maksud
terjemahan daripada ayat al-Quran…
10. P39A14&15 Hatinya mula memberontak. Peristiwa yang berlaku tadi
menyebabkannya seperti berenang di lautan api.
11. P41A2&4 Sengaja dibiarkan sahabat karibnya itu menangis sepuas-
puasnya. Biarlah. Air mata berhamburan lagi bagai mutiara
putus dari karangan.
12. P42A1&2 Lama mereka berdua mendiamkan diri. Tidak ada
komunikasi. Biar elemen alam yang berbicara.
13. P45A7&8 Dia tahu dia tidak bersalah. Melihat gayanya berjalan sungguh
berani. Langkahnya seperti pahlawan.
Jadual 10.2.1 Kolokasi Kata Berkaitan

Berdasarkan Jadual 10.2.1, pengkaji telah memperolehi sebanyak 13

kolokasi kata berkaitan. Perkataan kolokasi kata berkaitan tersebut diperolehi

dari halaman dan perenggan yang berbeza. Perkataan-perkataan kolokasi ini

merupakan kata yang wujud secara bersama-sama sehingga membentuk satu

makna perkataan yang mantap dan boleh difahami. Sebagai contoh, berdasarkan

dapatan pada P1A4&6, “Inilah janji Melayu. Gerutunya dalam hati. Kelibat

Zaimah kawan baiknya masih belum menjelma”. Perkataan ‘janji Melayu’

berkolokasi dengan perkataan ‘belum menjelma; yang merujuk kepada janji

Zaimah untuk datang tepat pada waktunya tetapi datang lambat.

21
Seterusnya pada P41A2&4, “Sengaja dibiarkan sahabat karibnya itu

menangis sepuas-puasnya. Biarlah. Air mata berhamburan lagi bagai

mutiara putus dari karangan”. Perkataan-perkataan tersebut tergolong dalam

kolokasi kata yang berkaitan kerana perbuatan ‘menangis’ sangat berkait dengan

‘air mata berhamburan’. Perbuatan menangis akan mengeluarkan air mata yang

banyak. Oleh yang demikian, perbuatan ini boleh diibaratkan ‘bagai mutiara

putus dari kayangan’. Perkataan-perkataan ini menunjukkan kolokasi ayat

tersebut dengan sangat jelas, terperinci dan saling berhubung kait antara satu

sama lain.

10.2.2 Kolokasi Kata Berlawanan

Dua kata yang mempunyai makna berlawanan (antonim) juga mampu

membantu membentuk pertautan teks atau wacana. Definisi berdasarkan Kuiper

dan Allan (2010), mengatakan bahawa antonim mempunyai perkataan yang

berlainan ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlainan. Dapatan

kajian tentang aspek ini dapat dilihat dalam Jadual 10.2.2 di bawah.

Bil. Perenggan/ Ayat Contoh Ayat


1. P25A17&18 Dua orang lagi adik perempuan di sekolah. Seorang adik
lelaki di tadika prasekolah kerajaan.
2. P27A4 Kehidupan mereka persis kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang.
3. P32A2&3 Komputer riba terbiar buka tanpa ditutup. Teks cerpen
terpampang pada skrin komputer.
4. P37A6&7 “Sabar ya, Su. Ingat kata-kata ustaz, yang benar akan timbul,
yang batil akan tenggelam.”
5. P51A2 Teknologi komputer telah membuktikan siapa yang benar dan
siapa yang salah.

22
6. P58A5 Beberapa orang pensyarah melontarkan senyuman
kepadanya. Suhartina menyambut dengan senyuman yang
manis sekali.
Jadual 10.2.2 Kolokasi Kata Berlawanan

Berdasarkan Jadual 10.2.2 kolokasi kata berlawanan menunjukkan

bahawa terdapat perkataan yang berlawanan yang telah membentuk kohesi.

Pengkaji telah mendapati terdapat enam kata berlawanan dalam cerpen Mata

Memandang Hati Menyebut. Sebagai contoh, pada P51A2, “Teknologi

komputer telah membuktikan siapa yang benar dan siapa yang

salah”. Perkataan ‘betul’ dan ‘salah’ telah membentuk kohesi melalui kolokasi

kata berlawanan. ‘Betul’ bermaksud sesuatu benda itu benar dan salah

bermaksud sesuatu perkara itu tidak betul. Perkataan-perkataan ini jelas

menunjukkan bahawa perkataan itu mempunyai makna yang tidak sama dan

berbeza.

Seterusnya, kolokasi kata berlawanan pada P58A5 pula termasuklah

“Beberapa orang pensyarah melontarkan senyuman kepadanya, Suhartina

menyambut dengan senyuman yang manis sekali”. Perkataan ‘menyambut’ dan

‘melontarkan’ mempunyai maksud yang berlawanan dan berlainan maknanya.

Perkataan ‘melontarkan’ bermaksud membaling atau memberikan manakala

‘menyambut’ membawa maksud menerima sesuatu. Jelaslah bahawa, penulis

telah menggunakan kolokasi kata berlawanan dalam mentautkan idea antara ayat

dalam wacana cerpennya.

23
11.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, hasil daripada penganalisisan bahan kajian iaitu cerpen berdasarkan aspek

kohesi leksikal oleh Halliday dan Hassan (1976), pengkaji mampu merumuskan bahawa aspek

kohesi leksikal yang paling tinggi kekerapannya ialah aspek pernyataan semula kata yang sama

atau hampir sama iaitu sebanyak 47 kekerapan. Manakala, aspek kohesi leksikal yang mencatat

kekerapan yang paling rendah adalah aspek pernyataan semula kata melalui meronim iaitu

sebanyak dua kekerapan sahaja. Pengkaji juga telah memperolehi sebanyak sembilan kekerapan

bagi aspek pernyataan semula sinonim atau yang hampir sinonim, 13 kekerapan bagi aspek

penggunaan kolokasi iaitu kolokasi berkaitan dan sebanyak enam aspek kolokasi kata

berlawanan. Hal ini menunjukkan bahawa aspek pernyataan semula kata yang sama atau

hamper mendominasi penulisan cerpen pengarang dalam usaha beliau mentautkan idea-

ideanya. Tambahan pula, pengkaji tidak menemukan aspek penggunaan kata superordinat sama

ada penggunaan kata yang lebih umum (hiperonim) dan yang lebih khusus (hiponim).

Cerpen “Mata Memandang Hati Menyebut” ini mengandungi pelbagai mesej dan nilai

murni yang mampu membawa kesan positif kepada pembaca. Bukan itu sahaja, kaedah

pertautan idea yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen ini juga mampu memudahkan

pembaca untuk memahami jalan cerita dan tidak menimbulkan rasa bosan ketika membacanya.

Oleh itu, pengkaji berharap kajian yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu penulis-

penulis baharu dalam mentautkan idea dalam penulisan mereka agar mampu mencapai prestasi

kemahiran menulis yang lebih baik, di samping mampu menjadi rujukan kepada pengkaji-

pengkaji akan datang mampu mencapai prestasi kemahiran menulis yang lebih baik.

24
12.0 RUJUKAN

Aifa I.A, Normaliza A.R & Nor A.Y. (2019). Wacana Kohesi Teks Digital Khutbah Maulud

Nabi. Infrastructure University Kuala Lumpur Research Journal, 7(2), 83-97.

https://iukl.edu.my/rmc/wp-content/uploads/sites/4/2020/12/9.-SS_Aifa-Izzati.pdf

Brown, G. & G. Yule. (1988). Discourse Analysis. Cambridge.Cambridge

University Press.

Chaer & Abdul. (1994). Linguistik Umum. Jakarta: Rineka Cipta

Ganesan Subramonian. (2015). Kohesi Nahuan Dan Leksikal Dalam Novel Ilatchia Payanam.

Tesis Sarjana Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Universiti Putra Malaysia.

Gitin, A., & Ayob, A. (2018). Analisis Kohesi dalam Cerpen Komponen Sastera dengan

berdasarkan Model Fairclough. International Journal of Education, Psychology and

Counseling, 3(9), 54-67. https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/4734_4734.pdf.

Halliday, M.A.K. dan Ruqaiya Hasan. (1976). Cohesion in English. London: Longman.

Haliah, M., & Ab. Karim, A. (2019). Kohesi dalam Warkah Sosial Melayu Abad Ke-17 hingga

Abad Ke-19. Jurnal Bahasa, 19(1), 139-168.

http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/3968/2259

Idris Aman. (2022). Analisis Wacana. Bangi: UKM Press.

J. C. Richards & Richard Schmidt, (2013). Dictionary of Language Teaching dan Applied

Linguistics (4th ed.). Pearson Education Ltd, Great Britain.

Kuiper, K., & Allan, W. S. (2010). An introduction to English language: Word, sound and

sentence. London,MA: Palgrave Macmillan.

Mulyana. (2005). Kajian Wacana. Yogyakarta: Tiara Wacana.

Mustafa, B. and Saud, C.M. (2018). Mata Memandang Hati Menyebut: Antologi Cerpen

Himpunan Karya Penulis Baru. Sintok, Kedah, Malaysia: UUM Press.

25
Nurmasitah (2016) Kohesi dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Pelajar di Sebuah

Universiti Awam. Masters Thesis, Universiti Putra Malaysia.

Richards, J. C. (1990). The Language Teaching Matrix. New York: Cambridge University

Press.

Rizki Joko Nurcahyo, Viana Nandasari, dan Rifa Dewi Zulaikha. (2020). Kohesi Wacana

Dalam Kumpulan Puisi Berguru Kepada Rindu Karya Acep Zamzam Noor. Jurnal

Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia.

Sanat Md. Nasir (1996). Tautan dalam wacana bahasa Melayu akhbar: Analisis rencana

pengarang Utusan Zaman (1957-1961). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Nursyaqinah, A.R. Normaliza & A.H. Hazlina. (2019). Penggunaan Kohesi di dalam Skrip

Cerita Pendek Iklan Hari Raya Aidilfitri di Youtube. International Journal of

Infrastructure Research and Management, 7(2), 31-42.

https://myjurnal.mohe.gov.my/public/articleview.php?id=152824

Tarigan, Henry Guntur. (1987). Pengajaran Wacana. Bandung: Angkasa.

Trisnawati Hutagalung. (2017). Analisis Wacana Tulis Cerita Pendek “Di Dusun Lembah

Krakatau” Karya St. Fatimah. Fakultas Bahasa dan Seni, Universitas Negeri Medan.

Wong Khek Seng. (1995). Kesinambungan Topik dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Yuniati, I. & Chairunnisa, C. (2018). Kohesi pada Novel Cinta Suci Zahrana Karya

Habiburahman El Shirazy, Jurnal Kajian Bahasa, Sastra dan Pengajaran (KIBASP), 1(2),

pp. 182–201. https://doi.org/10.31539/kibasp.v1i2.219.

26

You might also like