Item Objektif Dan Subjektif

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Pentaksiran :

- Merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman


serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
- Juga merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang
pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. (LPM, 2000)
- Bertujuan mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
dan sebagai maklum balas amalan pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan
selanjutnya.
- Aspek-aspek utama dalam pentaksiran meliputi instrumen, kumpulan yang ditaksir,
respon, kumpulan pentaksir dan skor.

Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Konsep Penilaian yang boleh dibuat secara Penilaian yang dijalankan secara
formal/ tidak formal untuk mengesan formal bagi menentukan pencapaian
penguasaan/ kelemahan pelajar bagi pelajar di akhir pengajaran, seperti
setiap tajuk pengajaran. pada hujung penggal/akhir tahun.

Waktu penilaian Sepanjang proses pengajaran dan Pada akhir penggal atau akhir tahun
kaedah pembelajaran berlansung. persekolahan.
Formal: Ujian pensel-kertas Tidak Formal: Ujian pensel-kertas, ujian
formal: Pemerhatian, soal lisan.
jawab,tugasan, latihan. Ditadbir secara berkumpulan
Dibuat secara individu/kumpulan.

Tujuan Selepas tahap kemajuan/ penguasaan Selepas pencapaian pelajar


pelajar ditentukan, tindakan susulan ditentukan bagi tempoh
perlu diambil untuk mengatasi persekolahan tertentu, gred
kelemahan pelajar. pencapaian diberikan kepada
pelajar.

Selepas penilaian Mengatasi kelemahan pelajar dengan Menempatkan murid mengikut


dijalankan mengulang semula topik atau pencapaian. Memberi pengiktirafan –
mengadakan pemulihan. Menjalankan sijil, hadiah dan sebagainya.
aktiviti pengayaan bagi pelajar yang Membaiki kurikulum.
tiada masalah.
Item Objektif :
Item yang membolehkan calon bertindak balas (respons) secara terkawal dan terbatas. Untuk
mendapatkan jawapan yangbetul, calon memerlukan pengetahuan serta kefahaman yang
khusus.
Menurut Grondlund (1977), Ujian objektif adalah dibentuk daripada beberapa item objektif yang
boleh diperiksa secara objektif, pemeriksa yang berlainan memperolehi skor yang sama ketika
memeriksa jawapan yang serupa.

Jenis-jenis item objektif

Terdapat dua jenis/kumpulan item/soalan yang biasa digunakan dalam ujian objektif. Satu
kumpulan item yang memerlukan sumbangan jawapan pendek daripada calon (item respons
bebas), manakala kumpulan kedua memerlukan calon membuat pilihan daripada beberapa
pilihan jawapannyang disediakan (item respons tetap).

Kumpulan pertama: Jenis item respons bebas

Jenis item Contoh


1. Item jawapan pendek Siapakah nama datuk nabi Muhammad
s.a.w.? _____________________________

2. Item melengkapkan ayat Peristiwa Nabi s.a.w. dibawa berjalan malam dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa terus ke Sidratul
Muntaha dinamakan peristiwa
______________________________

3. Item perkaitan Tuliskan tempoh penyusuan Nabi s.a.w. dengan


wanita-wanita berikut:
Ibu Khadijah:...................................................
Suwaibah al-Aslamiyyah:................................
Halimah as-Sa’adiyyah:..................................

Kumpulan kedua: Jenis item rspons tetap

Jenis item Contoh

Pahala sembahyang berjemaah adalah 27 kali ganda


daripada sembahyang bersendirian. ( Betul/salah )
1. Item betul/salah

Suaikan perkara-perkara berikut:


Anjing dan babi najis mughallazah
2. Item padanan Muntah najis mukhaffafah
Air kencing najis mutawassitah
 Tuliskan nombor pada ruang jawapan.
 A B Jawapan
 1.Niat Rukun ...............
 2.Masuk waktu Sunat ...............
3. Item pengelasan  3.Mengelap air Makruh ...............
 4.Berkumur-kumur Batal ...............
 5.Bercakap-cakap Syarat sah ...............

4. Item aneka pilihan Pembukaan kota Makkah berlaku pada tahun ke berapa
- satu jawapan salah hijrah?
- satu jawapan betul
- satu jawapan terbaik A 3H
- jenis negatif B 5H
- ayat KECUALI C 8H
- item cantuman D 10H

Item Subjektif :
Ujian ini ditakrifkan sebagai ujian berbentuk esei di mana calon berpeluang memberi gerak
balas dalam tulisan dengan menggunakan perkataan sendiri sama ada dalam satu ayat,
beberpa ayat, satu perenggan atau beberapa perenggan berbentuk karangan yang lengkap
dan menyeluruh.

Jenis-jenis item subjektif

a) Soalan jenis gerak balas terhad.

Soalan yang menentukan bentuk dan batasan kandungan gerak balas calon. Gerak balas yang
dikehendaki adalah secara ringkas mungkin dalam bentuk satu frasa atau satu ayat. Kata lazim
yang digunakan ialah:
i. Berikan ii. Apakah
iii. Bilakah iv. Nyatakan
v. Senaraikan

Contoh:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan najis mukhaffafah.
2. Senaraikan syarat-syarat sah tayammum.
b) Soalan jenis gerak balas bebas.

Jenis ini melibatkan jenis perbicaraan. Ia memberi peluang calon menjawab secara bebas
dengan menghuraikan idea atau pendapatnya secara bertulis dalam satu atau beberapa
perenggan berbentuk karangan. Soalan ini sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses
pemikiran kreatif dan kritis, daya pemikiran analitikal, inferensi, keaslian idea, induksi dan
imaginasi yang lebih tinggi iaitu aras analisis, sintesis dan penilaian.

Kata dasar yang digunakan ialah:


i. Terangkan
ii. Bezakan
iii. Bincangkan
iv. Rancangkan
v. Huraikan

Contoh:

1. Bezakan antara ujian objektif dengan ujian subjektif.


2. Bincangkan kesan-kesan hijrah kepada individu, masyarakat dan perkembangan agama
Islam.

You might also like