Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

SUBJEK:
KOMUNIKASI DALAM MUAMALAT

KOD SUBJEK:
IIE3011

TAJUK TUGASAN:
TEMUDUGA

DISEDIAKAN UNTUK:
DR MOHD ABD WAHAB FATONI BIN MOHD BALWI
DR NOR’AZZAH BINTI KAMRI

DISEDIAKAN OLEH:
BIL. NAMA NO. MATRIK

1. AHMAD MUQRI HAKIM BIN HUZILI 17200284

2. NORSYAKIRAH BINTI MOHD RODZI 17200862

4. NURMIZA MAISARAH BINTI MOHD FAZLIN 17200586

5. NURUL HANANIN BINTI NASIR 17199482

SEMESTER 1
2022/2023
TEMUDUGA PEMOHONAN KERJA (jaycorp berhad)

MAI : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Kita mulakan sesi temuduga


kita pada harini. Saya maisarah dan puan hananin sebagai penemuduga anda
pada hari ini.
NANI :selamat datang saya ucapkan kepada anda yg terpilih utk sesi temuduga
pada pagi ini. Baiklah, Seperti yang diiklankan, temu duga ini untuk
jawatan eksekutif junior pengurus sumber manusia. Boleh perkenalkan
diri secara ringkas

SYAK : Terima kasih Puan Maisarah dan Puan Hananin. Nama saya Norsyakirah
binti mohd rodzi , berumur 24 tahun, berasal dari Teluk intan, perak tetapi
sekarang menetap di KL. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda syariah
pengurusan dalam bidang Pengurusan muamalat dari Universiti Malaya.
(tibe2 muq masuk)
MUQ: mintak maaf puan saya lambat
NANI: tk pe silakan duduk. Sila teruskan syakirah
SYAK: Selain itu, saya telah menjalani latihan industri di bank rakyat dalam jabatan
pengurusan sumber manusia pada tahun 2022 selama 4 bulan. Kemudian,
saya meneruskan kerjaya saya di tempat yg sama selama 1 tahun.
MAI: okay, encik yg lmbt td sila perkenalkan diri anda.

MUQ : Nama saya ahmad muqri hakim , berumur 25 tahun, berasal dari perlis tetapi
sekarang menetap di Melaka bersama ahli keluarga. Saya berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda syariah pengurusan dalam bidang Pengurusan muamalat dari
USIM. Saya tk de pengalaman keje pon janji bijak

MAI: amboi cik ni tempat kerja bukan universiti lagi. Bagaimana kamu berdua
mengetahui tentang kerja ini?

SYAK : Oo, saya mendapat maklumat mengenai kekosongan jawatan ini di media
sosial, jadi saya cuba melayari laman sesawang syarikat ini dan saya dapati
jawatan ini sesuai dengan bidang dan kemahiran saya.

MUQ :ntah lah saya pon dh lupa tgk kat mane, so saya mohon je lagipon saya tk de
keje
NANI : Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami? (jaycorp berhad)

SYAK : apa yg saya tahu tentang syarikat ini, syarikat ini merupakan antara pelopor
utama dalam pengeluaran perabot di malaysia , selain itu saya juga tertarik
dengan misi dan visi syarikat ini kerana ia bertepatan dengan visi diri saya
iaitu sentiasa belajar dan mencari ilmu pengetahuan di mana-mana sahaja.
MAI: encik muqri pulak?

Calon 2: ohh syarikat perabot kan? saya selalu nmpk nama syarikat ni, sbb mak saya
selalu beli perabot dkt sini
NANI :awak ke mak awak yg nk cari keje ni?
MUQ: HEHEHHE
NANI : Mengapakah kami perlu memilih anda bekerja di syarikat kami?

MUQ : saya orang yg tepati masa, td saya lmbt sikit je sbb saya cuci taik kucing tadi,
kalau tk mak saya bising, ha kan nmpk saya punya tanggungjwb
MAI :ohh belum kerja lagi dh byk alasan eh, nnt dh keje nk buat alasan ape pulak
oh faham, kalau awak pulak syakirah?
SYAK : Saya seorang yang berdisplin, bertanggungjawab, sukakan cabaran dan sedia
belajar sesuatu yang baru, saya juga boleh bekerja berkumpulan dan saya
seorang yang bijak menguruskan masa.

NANI : Apakah yang anda boleh sumbangkan kpd syarikat sekiranya anda
dipilih untuk jawatan ini?

SYAK : Sekiranya saya dipilih, saya akan berusaha menjadi seorang yang jujur dan
produktif dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Jikalau puan bagi
peluang kepada saya untuk berkhidmat mesti saya akan menggunakan
peluang ini untuk meningkatkan kualiti kerja saya dan belajar untuk menjadi
yang terbaik.

MUQ : oooo tk de

MAI : Baiklah. Faham. Boleh kami tahu kebolehan lain anda?

SYAK : Saya mahir dalam bidang teknologi IT, perisian komputer dan pengeditan
video.
MUQ: saya pulak pandai berpantun puan
NANI: oh kalau mcm tu, awak boleh balas pantun dengan saya.

NANI: Pecah kaca pecah gelas,


Sudah baca harap balas
MUQ:Tido di hutan tidak beralas
Sudahpun baca sudahpun balas.

NANI ohh pandai pantun budak ni


MAI: (buat muka pelik)

MAI : Baik. Sebelum saya tamatkan sesi temuduga harini, ade ape2 persoalan?

SYAK: saya ada soalan, boleh puan terangkan secara ringkas mengenai skop kerja untuk
jawatan ni

NANI: nnt awak kerja awak tahu lah

MAI: tk baik mcm tu puan nani, saya mohon maaf dari pihak kami, baik saya terangkan
antara skop kerja mengambil pekerja yg betul utk tugasan yg btl, membayar
gaji pekerja, mengekalkan pekerja yg berkebolehan dan uruskan
pemberhentian pekerja . Jadi encik muq ade soalan tk?

MUQ: mesti gaji puan, gaji byk tk? Klu cuti mcm mane nk apply?

NANI : bayaran gaji RM2500 tidak termasuk bayaran overtime .utk Bayaran lebihan
masa ia bergantung kepada lembaran kerja (job sheet) yang dihantar ke
bahagian sumber manusia. Utk cuti pulak, secara asasnya, anda diberikan
pelepasan cuti tahunan sebanyak 8 hari.

SYAK : selain itu, Jika saya bekerja di syarikat ini, Aadakah saya dilindungi dengan
insuran sepanjang tempoh perkhidmatan? Dan jika ada, apakah jenis insuran
yang syarikat carum untuk saya?

MAI : Soalan yang bagus. Syarikat kami akan menyediakan insuran kepada
setiap kakitangan di syarikat kami. Insuran yang di berikan ialah Insurans Liabiliti Am
Komersil cik. . Contohnya kematian ahli keluarga, kebakaran rumah, kemalangan sehingga
terjadinya kecacatan kekal, jadi pekerja tersebut tak boleh berkhidmat dah.

SYAK : Adakah saya akan berpeluang untuk kenaikan pangkat setelah beberapa lama
berkhidmat?.
MUQ: oh best gak naik pangkat
NANI : Jika ada anda melakuan kerja bersungguh-sungguh berkemungkinan anda
ada akan diberikan kenaikan pangkat atau kenaikan gaji. Antara dua tu lah.
Bergantung kepada budi bicara lembaga.
SYAK : Terima kasih puan atas maklumat yang telah di berikan. Itu sahaja yang
ingin saya bertanyakan dari pihak puan.
NANI : Baik Cik syak dan muq, kami akan berbincang mengenai permohonan
anda ini. Sekiranya andaterpilih pihak kami akan memberikan maklum balas dengan kadar
yang segera untukcik memulakan bekerja di syarikat kami. Sekirnya anda tidak medapatkan
sebarang maklumbalas dari pihak kami maka permohonan anda tidak berjaya lah.

MAI : Terima kasih kerana menghadirkan ke sesi temuduga syarikat kami. Semoga
berjaya, cik muq dan syak
MUQ : Sama-sama. Terima kasih juga atas peluang temu duga ini.

You might also like