Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Nama kes : Muamar bin Mohd Sham lwn Pendakwa Raya [2021] MLJU 1257

Plaintif : Muamar bin Mohd Sham

Defendan : Pendakwa Raya

Mahkamah : Mahkamah Tinggi (Temerloh)

Jenis dan No Kes : RAYUAN JENAYAH NO CB-42S-9-08 TAHUN 2019


Hakim yang terlibat :

 Roslan Mat Nor (Hakim)


 Syairah bt Mohamad Razali bersamanya) (Timbalan Pendakwa Raya)
 Sivahnanthan Ragava (Peguam Bela)

Fakta kes –

[13]Pada 03.09.2017 jam lebih kurang 4.50 pagi, Perayu dan seorang lelaki telah dikatakan
melakukan rompakan secara berkumpulan yang melibatkan wang tunai RM46.05 dan 75
kotak rokok pelbagai jenama yang nilai kesemuanya berjumlah RM1,232.50.

[14]SP2 melalui keterangannya menyatakan bahawa pada tarikh dan masa tersebut beliau
sedang bekerja di Kedai 7-Eleven bersama dengan seorang Nur Syafiqah. Tiba-tiba masuk
dua orang lelaki ke dalam kedai yang pada awalnya SP2 menyangka bahawa beliau adalah
pelanggan.

[15]SP2 menyatakan seorang daripada lelaki itu telah menghalakan sebilah pisau di bahagian
perut SP2. Pisau itu lebih kurang dalam 100 mm hingga 200 mm. Semasa lelaki tersebut
menghalakan pisau ke perut SP2 lelaki itu menurut SP2, lelaki itu berkata "Jangan buat apa-
apa, bagisaya semua duityang ada dalam kaunterJ'.

[16]SP2 nyatakan bahawa pada masa itu beliau terkejut dan takut kerana lelaki itu juga
menyatakan dia juga akan membunuh SP2. SP2 di daiam keterangan di mahkamah telah
mengecam Muzamir bin Md Sari sebagai lelaki yang menghunuskan pisau di perutnya.
(Rekod Rayuan Jilid 2(a) halaman 34).
[17]Kawad cam telah dikendalikan oleh SP4 yang mengesahkan bahawa dua kawad cam
telah dijalankan. Di dalam laporan kawad cam muka surat 9-18 Rekod Rayuan Jilid 3
terutama di halaman 15 dinyatakan oleh SP4 "Pengecaman mangsa terhadap suspek dalam
kawad cam positif. SP4 menyatakan kawad cam positif bermaksud saksi dapat camkan
suspek dalam kedua-dua kawad cam. Suspek membawa maksud Mohamad Muzamir bin Md
Sari. SP4 tidak menjalankan kawad cam bagi Muamar bin Mohd Sham.

[18]SP2 di dalam keterangannya juga ada menyatakan bahawa seorang lagi lelaki bersama
dengan Nur Syafiqah. SP2 ketika pemeriksaaan utama menyatakan ketika itu hanya bersama
Nur Syafiqah. Kemudian dia memberikan beg kepada seorang lagi lelaki kemudian dia
keluar.

Dapatan Hakim Bicara

[19]Hakim mahkamah Sesyen di dalam alasan penghakiman telah menyatakan bahawa


pengecaman yang dibuat oleh SP2 terhadap OKT-OKT adalah positif. SP2 dapat mengecam
semasa kawad cam dan di mahkamah. Tuan Hakim memutuskan bahawa pengecaman SP2
adalah merupakan pengecaman terutama pengecaman dalam mahkamah. Pengecaman SP2 itu
adalah terhadap Mohamad Muzamir bin Md Sari dan bukannya terdahap Muamar. Oleh itu
pengecaman SP2 tersebuttidak berkaitan dengan Perayu dalam kes ini.

[20]Namun demikian, hakim bicara menyatakan bahawa berkaitan dengan OKT1 (Perayu),
SP2 telah dapat mengecam beliau dengan penglibatan Perayu dengan mengawal Nur
Syafiqah binti Razlan. SP2 nyatakan Perayu pada masa kejadian itu adalah memakai baju
warna merah.
Keputusan

Oleh yang demikian ketelitian dalam meneliti keterangan dan memastikan bahawa intisari
kesalahan seperti yang diperuntukan di bawah Kanun Keseksaan adalah amat penting bagi
memastikan bahawa pertuduhan dan sabitan dilakukan secara adil bagi kesemua pihak. la
akan boleh menjadikan sistem pentadbiran keadilan dan keputusan Mahkamah jenayah akan
dihormati dan disanjung disebabkan ianya dibuat dengan penelitian yang mendalam kepada
peruntukan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan. Jika ini berlaku sistem keadilan
jenayah akan dihormati oleh semua pihak. Sesungguhnya tanggungjawab Mahkamah,
pendakwaan dan peguam yang mengendalikan kes jenayah adalah berat bagi memastikan
peruntukan-peruntukan di dalam Kanun Keseksaan difahami, dilaksanakan dengan
sewajarnya mengikut prinsip undang-undang dan mengikuti keputusan-keputusan yang
dibuat oleh Mahkamah atasan.

Berdasarkan kepada penelitian alasan penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen, nota


keterangan perbicaraan, hujahan pihak pendakwaan dan perayu, Mahkamah memutuskan
bahawa rayuan perayu dibenarkan. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Sesyen
diketepikan.

You might also like