Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 28

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGHARGAAN 2

ABSTRAK 3

2.0 KAJIAN LITERATUR


2.1 DEFINISI RUKUN NEGARA 5

2.2 SEJARAH PEMBENTUKKAN RUKUN


NEGARA

2.3 5 PRINSIP RUKUN NEGARA 6

2.4 KEPENTINGAN RUKUN NEGARA 10

2.5 KESAN NEGATIF TENTANG KURANG 13


PENGHAYATAN FALSAFAH RUKUN
NEGARA

2.6 MASALAH PENGHAYATAN FALSAFAH 15


RUKUN NEGARA DIKALANGAN
MAHASISWA

3.0 ANALISA DAN PERBINCANGAN 18

4.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 26

5.0 BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN 28

1
PENGHARGAAN

Bersyukur ke atas hadrat ilahi dengan limpahan kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada
kami untuk menyiapkan tugasan kerja khusus bagi CTU 552 ini dengan penuh jayanya. Pertama
sekali, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah Wacana Penulisan
yang dihormati, Dr Azhar bin Abdul Rahman kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya telah membuka minda dan ruang untuk kami menjayakan tugasan berkenaan.

Selain itu, kami juga mahu mengucapkan perhargaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberi pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka sememangnya telah memberikan segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini sehingga berjaya.

Seterusnya, kami turut ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada rakan
sekumpulan serta rakan-rakan yang seunit dengan kami kerana banyak memberi pandangan dan
pendapat terhadap setiap apa yang kami telah alpa sepanjang menyiapkan tugasan kerja khusus
ini. Mereka juga telah membantu kami dengan memberi respon setiap pertanyaan yang
diutarakan kepada mereka.

Akhir sekali, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak dalam pembikinan kerja khusus ini. Terima kasih.

2
ABSTRAK

Rukun Negara adalah prinsip yang sangat penting bagi sesebuah negara yang mempunyai
berbilang kaum dan agama. Setiap warganegara seharusnya memiliki ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan Rukun Negara serta menghayati untuk memastikan keharmonian dan
kesejahteraan dapat dijaga di masa akan datang. Pengetahuan ilmu ini dapat menjadi benteng
kepada rakyat Malaysia daripada melakukan perbuatan yang tidak bermoral atau bertentangan
dengan prinsip yang tidak bermoral yang menyalahi undang-undang negara. Untuk memastikan
setiap individu dan masyarakat perlu lebih berdisiplin dan berakhlak dalam bernegara terhadap
penghayatan dan pemahaman terhadap perlembagaan dan prinsip Rukun Negara adalah amat
penting. Kepentingan ilmu dalam penghayatan ini perlu dipraktikkan dalam kalangan masyarakat
terutamanya golongan mahasiswa di institusi pengajian tinggi untuk jati diri yang kukuh di masa
hadapan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi meninjau dan menganalisis masalah yang
dihadapi oleh mahasiswa tentang penghayatan falsafah Rukun Negara.Berdasarkan penggunaan
kaedah mixed-method, kajian ini mendapati bahawa mahasiswa kurang peghayatan tentang
falsafah Rukun Negara. Dengan ini, diharapkan dapatan kajian ini dapat menjadi tempat
pengkongsian ilmu terhadap kehidupan bermasyarakat dan bernegara yang lebih harmoni,
selamat dan sejahtera di Malaysia dalam sebuah masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan
agama berdasarkan pengetahuan tentang prinsip Rukun Negara.

Rukun Negara is a very important principle for a country that has multiple races and
religions. Every citizen should have knowledge related to Rukun Negara and appreciate it to
ensure harmony and well-being can be maintained in the future. Knowledge of this knowledge
can be a fortress for Malaysians from committing immoral acts or contrary to immoral principles
that violate the laws of the country. In order to ensure that every individual and society needs to
be more disciplined and moral in the state, the appreciation and understanding of the constitution
and the principles of Rukun Negara is very important. The importance of knowledge in this
appreciation needs to be practiced among the community, especially students in institutions of
higher learning for a strong identity in the future. Therefore, this study was carried out to review
and analyze the problems faced by students regarding the understanding of the Rukun Negara
philosophy. Based on the use of mixed-methods, this study found that students lacked
understanding of the Rukun Negara philosophy. With this, it is hoped that the findings of this

3
study can become a place for sharing knowledge towards a more harmonious, safe and
prosperous social and national life in Malaysia in a multi-racial and multi-religious society based
on knowledge of the principles of Rukun Negara.

4
2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 DEFINISI RUKUN NEGARA

Berdasarkan dari bahan rujukan dan bacaan, Rukun Negara adalah salah satu langkah
utama selain penghayatan lagu Negaraku untuk membentuk negara yang bersatu padu antara
berbilang kaum serta berlainan agama dalam membentuk kestabilan dan keharmonian negara. Ia
diperkenalkan pada tahun 1970 kepada rakyat Malaysia dan diwajibkan dalam majlis-majlis
perhimpunan rasmi di setiap sekolah di dalam Malaysia sebagai langkah memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan anak muda yang semakin cetek dalam penghayatan semangat
cintakan negara di masa zaman era kemodenan ini. 5 prinsip Rukun Negara ini diinspirasikan
dari 5 kelopak bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan. Justeru itu, 5 prinsip Rukun
Negara yang dipraktikkan adalah kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara,
keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan akhir sekali, kesopanan dan kesusilaan.

2.2 SEJARAH PEMBENTUKKAN RUKUN NEGARA

Rukun Negara digubal ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Peristiwa hitam yang telah berlaku ini mendorong pemimpin-pemimpin negara dari kalangan
pelbagai kaum untuk memikirkan solusi bagi memulihkan dan mengukuhkan perpaduan kaum di
Malaysia. Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
ketika itu mewujudkan tiga badan bagi menangani isu ini iaitu Majlis Muhibbah Negara, Jabatan
Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara (MPN). Melalui perbincangan MPN, Rukun
Negara diwujudkan. Melalui perbincangan yang diadakan oleh MPN, maka lahirlah Rukun
Negara. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin
Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV, telah mengisytiharkan
Rukun Negara pada 31 Ogos 1970, sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13,
yang menjadi pegangan, panduan dan amalan seluruh rakyat Malaysia dalam memupuk dan
mengukuhkan semangat perpaduan, kecintaan dan ketaatan kepada bangsa dan negara. Rukun
negara merupakan ideologi kebangsaan negara yang dibentuk agar dihayati dan difahami oleh
setiap peringkat umur dan latar belakang .Tujuan ia ditubuhkan adalah untuk memenuhi kontrak
sosial yang telah dipersetujui oleh kumpulan etnik utama di Malaysia semasa penggubalan

5
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau sekarang dikenali sebagai Malaysia. Tujuan
Rukun Negara diwujudkan adalah bagi menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia seperti nilai keagamaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada
Raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan
kesusilaan.

2.3 5 PRINSIP RUKUN NEGARA

2.3.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Pengiktirafan kepercayaan kepada Tuhan sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara
adalah amat penting dalam membentuk dan mengekalkan identiti nasional Malaysia. Prinsip ini
juga memberi fokus kepada pentingnya kepercayaan dan nilai-nilai keagamaan dalam
membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Sementara agama Islam telah dijadikan
agama rasmi di Malaysia, namun hak kebebasan beragama dan hak asasi manusia harus
dihormati dan dilindungi. Negara dan masyarakat Malaysia telah mengambil pendekatan yang
bertoleransi dan merangkumi dalam mempromosikan perpaduan dan kepelbagaian budaya dan
agama di dalam negara. Sekiranya ada ketidakadilan atau diskriminasi berdasarkan agama atau
kepercayaan seseorang, perkara ini boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa atau badan yang
membantu untuk memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan beragama. perbezaan
agama tidak seharusnya menjadi penghalang untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bekerjasama
antara individu dan masyarakat. Sebaliknya, ia seharusnya menjadi satu elemen kepelbagaian
budaya dan kepercayaan yang memperkaya dan memperkuat masyarakat Malaysia. Selain itu,
prinsip kepercayaan kepada Tuhan juga mengajar kita untuk menghormati dan menghargai
kepercayaan dan keyakinan orang lain, sambil tetap memegang teguh keyakinan dan agama kita
sendiri. Ini adalah kerana perbezaan dalam agama dan kepercayaan boleh dan patut saling
melengkapi, bukan saling menyalahkan atau mengecilkan nilai mereka. Jawatankuasa penggubal
Rukun Negara juga turut menyedari bahawa pentingnya kepercayaan kepada Tuhan kerana
dengan ketiadaan agama akan menyebabkan keruntuhan akhlak di dalam diri individu dan
menyebabkan perkembangan adat manusia menjadi mundur. Hal ini telah menjadikan prinsip

6
kepercayaan kepada Tuhan sebagai satu prinsip yang penting dan diutamakan dalam Rukun
Negara.

2.3.2 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Prinsip kedua yang digariskan di dalam Rukun Negara adalah kesetiaan kepada Raja dan
Negara. Seperti yang diketahui umum, negara kita Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi
Berparlimen di mana terdapat pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan
iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif. Selain itu, konsep Raja Berperlembagaan turut
diamalkan dimana negara diperintah oleh Raja iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
mengikut peruntukan di dalam Perlembagaan. Sistem beraja adalah suatu aspek yang penting
dalam kerajaan Malaysia. Menurut Perlembagaan Malaysia, Yang di-Pertuan Agong adalah Raja
negara dan menjalankan peranan sebagai Ketua Negara. Bagi negeri-negeri yang mempunyai
sistem beraja, raja-raja tersebut memegang peranan sebagai lambang kestabilan dan perpaduan
bagi rakyat. Sistem ini telah membantu mewujudkan keharmonian dan keamanan dalam negara
serta memupuk semangat kesatuan diantara rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
merupakan aspek yang penting dalam membina perpaduan dan kesatuan di Malaysia. Setiap
warganegara diwajibkan untuk menunjukkan taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara, dan juga kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka.
Dalam erti kata lain, taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja negeri adalah
kesetiaan kepada negara Malaysia secara keseluruhan. Membina kesetiaan kepada Raja dan
Negara tidak hanya menjadi tanggungjawab kepada pihak berkuasa tetapi setiap rakyat Malaysia.
Dalam menjalani kehidupan harian, kita patut menghormati dan melaksanakan tugas mengikut
undang-undang Negara dan memberikan sumbangan kepada Negara. Dengan cara ini, kita dapat
membantu meningkatkan daya kekuatan dan kejayaan Negara kita.

2.3.3 KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Prinsip yang ketiga adalah keluhuran Perlembagaan. Prinsip ini menekankan rakyat
supaya menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan
Negara. Perlembagaan Persekutuan merupakan satu undang-undang bertulis yang tertinggi yang

7
wajar dipatuhi oleh setiap warganegara. Sebagai warganegara yang baik dan bertanggungjawab,
penting bagi kita untuk memahami maksud dan kandungan Perlembagaan Negara dan
menghormati dan menghargainya sebagai undang-undang tertinggi di negara ini. Dengan
memahami latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara, kita dapat lebih
memahami tujuan dan nilai-nilai yang ingin dicapai melalui Perlembagaan ini. Hal ini juga akan
membantu kita dalam memahami peran dan tanggungjawab kita sebagai warga negara dalam
mencapai tujuan-tujuan tersebut. Oleh karena itu, penting bagi kita untuk terus belajar dan
memperdalam pemahaman tentang Perlembagaan Negara dan berpartisipasi aktif dalam
membangun sebuah negara yang lebih baik. Perlembagaan Negara telah digubal melalui proses
perundingan dan persetujuan oleh semua kaum dan pihak di negara ini sebagai suatu kontrak
sosial yang mengatur hubungan dan hak-hak rakyat sekaligus menentukan prinsip-prinsip
pemerintahan negara. Oleh karena itu, sebagai warganegara yang baik dan bertanggungjawab,
kita harus menjunjung tinggi dan mematuhi Perlembagaan ini. Pematuhan terhadap
Perlembagaan akan membantu memastikan kestabilan dan ketenteraman di negara ini, serta
memberikan kepastian hukum dan keadilan bagi seluruh rakyatnya. Sebagai warga negara, kita
juga memiliki tanggungjawab untuk mengetahui isi Perlembagaan dan mematuhi hukum yang
berlaku di negara ini. Antara contoh fasal yang termaktub di dalam Perlembagaan ialah agama
Islam menjadi agama rasmi di Malaysia dan Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan
negara.

2.3.4 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Prinsip keempat yang terdapat di dalam Rukun Negara adalah kedaulatan


undang-undang. Prinsip kedaulatan undang-undang adalah prinsip yang sangat penting dalam
sebuah negara hukum. Prinsip ini menyatakan bahawa semua tindakan dan keputusan harus
didasarkan pada hukum yang berlaku, dan tidak ada siapa pun dapat dikecualikan dari tanggung
jawab untuk mematuhi hukum tersebut. Dalam sebuah negara, undang-undang harus
ditempatkan ke atas sesiapa pun, termasuk pemerintah dan tokoh-tokoh berpengaruh lainnya. Ini
bagi memastikan bahawa tindakan mereka juga terikat oleh Hukum. Dalam hal ini, prinsip
kedaulatan undang-undang juga dapat menjadi pengukur kualitas pemerintahan suatu negara,
terutama dalam hal penegakan hukum dan perlindungan hak asasi manusia. Undang-undang

8
memiliki peranan yang sangat penting dalam menciptakan suatu masyarakat yang stabil, aman,
dan makmur. Melalui undang-undang, negara dapat mengatur dan mengawal berbagai perilaku,
baik individu maupun kelompok, yang dapat membahayakan keamanan dan kesejahteraan
masyarakat. Undang-undang merangkumi berbagai aspek kehidupan, seperti hukum pidana,
perdata, dan tata negara, dan berfungsi sebagai panduan bagi warga negara mengenai hak dan
kewajiban mereka dalam masyarakat. Selain itu, undang-undang juga memberikan kerangka bagi
pengambilan keputusan dan penyelesaian perselisihan dalam bisnes dan hubungan kontrak.
Dalam menerapkan hak-hak asasi manusia, penting untuk memahami batasan-batasannya dan
menghargai hak-hak orang lain serta kepentingan umum. Hal ini memastikan bahwa hak-hak
asasi manusia dapat dilindungi dan dipromosikan tanpa merugikan kepentingan umum dan
kepentingan masyarakat luas. Dengan demikian, undang-undang adalah bentuk dasar keamanan
di setiap negara. Tanpa undang-undang yang kuat dan efektif, masyarakat akan rentan terhadap
ketidakstabilan dan ketidakpastian, yang dapat melumpuhkan kemakmuran ekonomi serta sosial
di negara. Jadi, prinsip kedaulatan undang-undang sangat penting untuk memastikan adanya
keadilan dan kepastian hukum di dalam suatu negara.

2.3.5 KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip yg kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan merupakan prinsip yang terakhir di
dalam Rukun Negara. Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku di
dalam kalangan setiap warganegara. Hal ini terjadi demikian kerana sifat individu yang bersopan
santun dan bersusila sangat penting dalam konteks perhubungan antara sesama manusia di dalam
masyarakat yang berbilang kaum seperti di negara kita. Sifat ini mencakupi berbagai hal seperti
menghargai orang lain, sopan santun dalam berbicara dan bertindak, memahami perbedaan
pendapat, menghargai perbedaan agama dan etnis, serta bersikap toleran dan terbuka terhadap
perbedaan budaya. Selain membantu menciptakan hubungan yang harmoni antara sesama
manusia, sikap bersopan santun dan bersusila juga penting dalam membentuk karakter seseorang
dan masyarakat yang bermoral dan berdisiplin tinggi. Dengan membentuk budaya bersopan
santun dan bersusila, kita dapat mendorong individu untuk bersikap jujur, bertanggungjawab,
dan berempati terhadap orang lain. Sikap yang baik seperti ini juga dapat membantu
menumbuhkan rasa saling percaya dan saling menghormati di dalam masyarakat, dan mendorong

9
orang untuk lebih menyayangi lingkungan dan alam sekitar. Selain itu, sikap yang baik juga
dapat memperkuat penegakan hukum dan keadilan di dalam masyarakat karena individu yang
memiliki sikap bersopan santun dan bersusila cenderung memiliki rasa hormat dan
tanggungjawab terhadap hukum dan peraturan yang berlaku. Sebagai warganegara, kita harus
memupuk dan menerapkan sifat-sifat yang bersopan santun dan bersusila dalam kehidupan
sehari-hari, terutama dalam konteks perhubungan antara sesama manusia yang berbeda suku,
agama, ras, dan budaya.Oleh karena itu, melalui sikap-sikap yang baik ini, kita dapat membentuk
individu dan masyarakat yang berintegritas tinggi, disiplin, moral dan berguna dalam
meningkatkan kualitas kehidupan bersama.

2.4 KEPENTINGAN RUKUN NEGARA

2.4.1 MENCAPAI PERPADUAN DAN KEHARMONIAN MASYARAKAT

Perpaduan dan keharmonian yang erat dalam kalangan masyarakat menjadi antara salah
satu kepentingan menghayati falsafah Rukun Negara sebagai mahasiswa. Terdapat banyak
nilai-nilai positif yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara antaranya kepercayaan kepada
tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang
serta kesopanan dan kesusilaan. Melalui pemahaman yang jelas dan mendalam terhadap
kelima-lima prinsip ini, kita akan dapat menjadi mahasiswa yang akan menyumbang kepada
keharmonian dan pepaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini dan juga
pada masa hadapan. Kita sebagai mahasiswa yang turut merupakan rakyat Malaysia mestilah
menganggap diri sebagai warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan kaum kerana kita
hidup sebagai satu keluarga yang majmuk dalam sebuah negara. Rakyat di negara ini mempunyai
pemahaman yang berbeza dan sudah pasti wujud berbagai-bagai persoalan dalam diri disebabkan
kepelbagaian kaum yang berbeza pegangan dan budaya hidup bersama dalam sebuah negara. Hal
ini menjadi semakin bertambah rumit apabila terdapat perbezaan dari segi ekonomi antara kaum
yang agak ketara dan tidak seimbang. Namun begitu, dengan adanya pengetahuan dan
pemahaman yang sebaiknya terhadap setiap satu prinsip Rukun Negara, masalah begini tidak

10
sepatutnya akan berlaku dan kita rakyat Malaysia akan terus hidup dalam keadaan harmoni
dengan semangat perpaduan yang utuh antara kaum.

2.4.2 MEMELIHARA CARA HIDUP DEMOKRATIK

Malaysia merupakan sebuah negara yang menjadikan sistem demokrasi berparlimen


sebagai sistem yang terlibat dalam pemerintah negara iaitu melalui undian rakyat bagi
menentukan pemilihan wakil-wakil di perhimpunan dan parlimen. Melalui demokrasi, kerajaan
akan dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya, di mana setiap warganegara yang sudah mencapai
usia yang layak untuk mengundi, bebas menyertai politik dan mengundi semasa pilihanraya.
Selain itu, Malaysia juga mengamalkan sistem Raja berperlembagaan di mana Ketua Negara
ialah Yang di-Pertuan Agong. Baginda memainkan peranan penting dalam kerajaan dan
mempunyai bidang kuasa yang luas dan mutlak. Kesetiaan kepada raja dan negara, mematuhi
peraturan perlembagaan dan undang-undang serta melayan setiap individu secara adil adalah
penting untuk demokrasi. Setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk terlibat dengan
aktiviti sosial, politik dan ekonomi tetapi mestilah tidak melanggar undang-undang yang sudah
ditetapkan. Oleh itu, mahasiswa yang mempunyai pemahaman dan pengetahuan yang terperinci
terhadap prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara sudah tentu jelas dengan sistem yang
diamalkan di negara ini. Justeru, setiap mahasiswa akan berusaha untuk mengekalkan cara hidup
yang telah sedia ada ini dengan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi yang telah
layak, patuh kepada undang-undang serta menghormati institusi beraja dengan tidak akan
sesekali mempertikaikan segala yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

2.4.3 KEADILAN SESAMA RAKYAT

Negara Malaysia mempunyai undang-undang yang digubal berasaskan kepada


perlembagaan yang perlu diterima dan dipatuhi oleh setiap rakyat di negara ini. Setiap daripada
kita mempunyai taraf yang sama di sisi undang-undang negara tanpa mengira kuasa dan pangkat
yang dimiliki seseorang. Kehidupan bermasyarakat menjadi lebih aman dan stabil kerana adanya
undang-undang yang adil dan sama rata. Prinsip kedaulatan undang-undang menuntut kita rakyat
Malaysia untuk sama-sama menghormati undang-undang serta sentiasa memberikan kerjasama

11
dengan menyokong penguatkuasaannya dan memelihara kedaulatannya. Dengan terbentuknya
prinsip Rukun Negara ini, masyarakat di negara ini tidak akan menerima sebarang penindasan
daripada mana-mana pihak kerana hak setiap individu akan dipelihara dan dilindungi dengan
sebaiknya. Seterusnya, hukuman yang dikenakan kepada penjenayah yang melanggar
undang-undang negara juga akan diberikan secara adil mengikut kepada tahap jenayah yang
dilakukan. Jadi sudah semestinya tiada individu yang akan terlepas daripada tindakan
undang-undang apabila terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah. Sebagai mahasiswa kita
seharusnya faham dan sedar bahawa prinsip Rukun Negara yang terdiri daripada kedaulatan
undang-undang mempunyai banyak kepentingan dalam membentuk negara Malaysia yang aman
dan damai daripada masalah-masalah sosial dan segala aktiviti yang boleh mengancam
keharmonian masyarakat. Oleh itu, setiap mahasiswa perlu menjiwai dan menghayati
prinsip-prinsip Rukun Negara yang telah terbentuk agar falsafah kebangsaan ini akan terus
menjadi pegangan dan tidak dilupakan begitu saja.

2.4.4 MEMBENTUK MASYARAKAT LIBERAL

Penghayatan dan pemahaman terhadap ideologi kenegaraan iaitu Rukun Negara dapat
melahirkan dan membentuk sifat liberal dalam kalangan setiap individu di negara ini. Istilah
liberal di sini membawa maksud keterbukaan dalam menerima kepelbagaian tradisi dan budaya,
berbeza dengan fahaman liberalisme dalam konteks agama yang menjadi kebimbangan umat
Islam di Malaysia pada hari ini. Di negara ini, masyarakat mempunyai kebebasan serta hak
untuk mengamalkan agama dan adat resam masing-masing tanpa sebarang halangan.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, negara kita amat kaya dengan budaya dan adat yang unik
untuk kita sama-sama hargai dan hormati kerana ini menunjukkan bahawa negara kita memiliki
keunikan dan identiti yang tersendiri. Setiap anggota masyarakat perlulah bersikap lebih terbuka
dengan tidak mengetepikan budaya masyarakat lain dan dapat menerima perbezaan yang wujud
ini dengan baik supaya suasana yang harmoni antara satu sama lain dapat dikekalkan. Jadi,
dalam konteks ini, semua mahasiswa yang mempunyai penghayatan terhadap rukun negara pasti
akan saling menghormati adat resam yang diamalkan walaupun berbeza kerana adanya
kesefahaman yang tinggi terhadap budaya masyarakat yang berlainan bangsa dan agama.

12
2.5 KESAN NEGATIF TENTANG KURANG PENGHAYATAN FALSAFAH RUKUN
NEGARA

2.5.1 WUJUD MASALAH PERPADUAN DALAM KALANGAN MAHASISWA

Kesan kewujudan masalah perpaduan di kalangan mahasiswa akan wujud apabila


penghayatan falsafah Rukun Negara berlaku. Ini kerana mahasiswa yang berbilang kaum akan
berlaku masalah perpaduan yang boleh menggugat perpaduan yang telah kukuh sebelum ini.
Sebagai contoh sebelum wujud prinsip Rukun Negara ini berlaku satu tragedi rusuhan antara
kaum Melayu, Cina dan India yang dahsyat seperti pembunuhan sehingga diisytiharkan darurat
pada ketika itu. Negara tidak mahu lagi perkara seperti berikut berlaku lagi pada zaman era
globalisasi moden ini. Ini kerana pandangan dan pemikiran rakyat semakin maju dan matang
seiring zaman yang moden ini. Masalah perpaduan masih lagi berlaku tetapi hanya dalam
kuantiti yang sedikit. Walaupun sedikit kita tidak mahu ia berlaku dikalangan masyarakat jadi
dengan mahasiswa yang masih muda dan berfikiran matang masih boleh dipupuk dengan prinsip
Rukun Negara yang hebat dan bermakna supaya tiada lagi masalah perpaduan diantara kalangan
mahasiswa yang berbilang kaum di Malaysia.

2.5.2 HILANG NILAI-NILAI MURNI DAN JATI DIRI DALAM PEMBENTUKAN


MAHASISWA BERAKHLAK

Dengan kurang penghayatan falsafah Rukun Negara dikalangan mahasiswa zaman ini
maka mereka kehilangan nilai-nilai murni dan jati diri dalam membentuk mahasiswa yang
berakhlak dalam masyarakat majmuk. Nilai-nilai murni amat penting dalam menghasilkan
mahasiswa yang berkualiti untuk negara. Jika hilang nilai-nilai murni dan jati diri ini dalam diri
mahasiswa maka negara akan mengalami masalah dalam membentuk pemimpin negara yang
akan datang. Jati diri penting dalam memberi implikasi kepada mahasiswa untuk membentuk
sifat patriotisme. Tetapi apabila berlakunya keadaan ini mahasiswa lebih cenderung untuk tidak
memupuk jati diri seperti mencintai negara mereka lebih tertumpu kepada diri sendiri dan tidak
mempunyai nilai-nilai murni. Keadaan ini amat membimbangkan kepada negara jika berterusan
kepada mahasiswa yang berpendidikan tetapi tidak ada sifat jati diri dan nilai murni yang tinggi.

13
2.5.3 KURANG PENGHAYATAN DAN PEMAHAMAN TENTANG SEJARAH
PEMBENTUKAN PRINSIP RUKUN NEGARA

Mahasiswa pada zaman moden, mereka tidak menitikberatkan tentang sejarah


pembentukan prinsip Rukun Negara dan menyebabkan mereka tidak hairan dan tidak mengambil
berat tentang makna 5 prinsip Rukun Negara yang diwujudkan demi ketenteraman masyarakat
yang berbilang kaum dan agama. Ini memberi impak negatif kepada mahasiswa dengan mereka
tidak ambil endah tentang sejarah terbentuknya falsafah Rukun Negara. Kesannya, mahasiswa
tidak akan ada rasa cinta terhadap negara kerana mereka tidak terlibat dalam proses
pembentukan falsafah Rukun Negara yang ketika itu berlaku rusuhan pada 13 Mei 1969. Ini
boleh menyebabkan keruntuhan kepemimpinan negara jika dibiarkan melarat. Mahasiswa
merupakan tunjang dalam membangunkan negara ke arah wawasan yang lebih berkaliber demi
memimpin di masa hadapan tetapi dengan adanya masalah penghayatan ini mereka akan tidak
ada rasa bertanggungjawab dalam menjaga negara daripada berlaku permusuhan antara kaum
dan agama serta dijajah negara yang lebih berkuasa di masa akan datang. Dengan itu, mahasiswa
perlu dipupuk dan diberikan pendedahan tentang prinsip Rukun Negara.

2.5.4 KURANG PENEKANAN DARIPADA AHLI KELUARGA

Kebanyakkan kesan negatif sering dituju ke arah pihak atasan tetapi kita sering terlepas
pandang dari penekanan daripada ahli keluarga terutama sekali ibu bapa. Ibu bapa amat penting
dalam memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang semua aspek termasuk dalam
membentuk jati diri anak-anak terhadap tanah air tempat tumpah darah. Keadaan ini juga
bergantung kepada jati diri ibu bapa masing-masing. Sesetengah ibu bapa hanya menekankan
aspek pendidikan ilmu tapi mereka lalai dalam aspek akhlak, nilai murni dan jati diri dalam diri
anak mereka. Ini menghasilkan generasi mahasiswa yang tidak berakhlak dalam masyarakat. Ibu
bapa merasakan hal ini remeh kerana mereka tidak melalui zaman sebelum kemerdekaan yang
penuh onak dan cabaran dalam menuntut hak kemerdekaan. Ibu bapa perlulah membimbing
anak-anak supaya menghayati prinsip Rukun Negara yang diwujudkan demi mewujudkan
keharmonian negara supaya tidak berlaku pergaduhan yang boleh berlaku dikalangan
masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia.

14
2.6 MASALAH PENGHAYATAN FALSAFAH RUKUN NEGARA DIKALANGAN
MAHASISWA

2.6.1 KURANG PEMAHAMAN TERHADAP FALSAFAH RUKUN NEGARA

Dasawarsa ini yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, apabila Rukun Negara
diutarakan dan dibicarakan di dalam kuliah, rata-rata mahasiswa setidak tidaknya dapat
menyenaraikan kelima-lima prinsip Rukun Negara tanda anak Malaysia. Namun begitu, seberapa
dalamnya penghayatan seseorang apabila bibir melontarkan dengan mudah namun tidak tahu
menahu pengertian dan titik peluh pemimpin terdahulu untuk merangka satu ideologi yang
merangkumi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma
sosial yang meliputi aspek dari segi keagamaan, kebudayaan,ekonomi,politik dan perundangan.
Mahasiswa kini memandang remeh dengan hanya menghafal dan tidak memahami arti sebenar di
bait-bait kata untuk sesuatu prinsip yang merupakan tuntas untuk perpaduan rakyat di negara
Malaysia.

Meskipun rakyat mempunyai sambungan internet tanpa batasan, mahasiswa tidak


menggunakan dan menyalur kemudahan yang ada untuk mempelajari sejarah dengan lebih
mendalam. Tular di sosial media, di mana aktivitas seperti eksperimen sosial yang kian popular
di mana jurucakap untuk sesebuah video mengutarakan soalan-soalan kepada mahasiswa secara
rawak seperti meminta mereka yang terpilih untuk menyenaraikan bukan lima tetapi salah satu
prinsip Rukun Negara namun terdapat individu yang mengelak untuk memberi jawaban atau
mengambil masa yang lama untuk memikirkan jawaban mereka. Natijahnya, dapat kita konklusi
bahawa betapa kurangnya penghayatan mahasiswa dengan lima prinsip Rukun Negara dan sudah
tentu pemahaman mereka bagi maksud setiap Rukun Negara tersebut.

2.6.2 TIDAK MENGAMALKAN PRINSIP RUKUN NEGARA DALAM KEHIDUPAN


HARIAN

Mahasiswa di zaman serba moden ini, rata-ratanya tidak mengamalkan prinsip Rukun
Negara dalam kehidupan seharian. Hal ini boleh dilihat dari pelbagai masalah yang hampir

15
menjadi kebiasaan terpampang di muka hadapan akhbar atau tajuk utama di kaca televisyen.
Misalnya, memperolok-olok agama bangsa lain mahupun agama bangsa sendiri tanpa menyedari
bahawa ia adalah salah satu jenayah dan boleh dihukum mengikut kanun keseksaan. Walaupun
agama Islam adalah agama rasmi di negara Malaysia, Allah S.W.T. berfirman; "Dan jika engkau
bertanya kepada mereka (mengenai ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya
kami hanyalah berbual dan bermain-main." Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan
ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" Janganlah kamu
berdalih (dengan alasan dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu
(menzahirkan) iman. (Al-Taubah: 65-66). Natijahnya, agama Islam melarang mempersendakan
agamanya serta agama bangsa lain.

Salah satu asbab yang memainkan peranan atas dasar mengapa wujudnya permasalahan
mengapa mahasiswa tidak mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian adalah
kerana ia tidak diterapkan dari kecil bersesuaian dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini kerana di usia yang masih kecil, anak kecil yang sering kali disignifikasikan
dengan kanvas putih akan lebih mudah untuk dibentuk, menerima ilmu dan dapat dicorak
mengikut acuan yang berlandaskan kelima-lima prinsip Rukun Negara. Kanak-kanak yang
mengikut acuan yang betul akan melahirkan mahasiswa yang berakhlak dan berpengetahuan
tinggi.

2.6.3 TIDAK MEMAHAMI RELEVANSI FALSAFAH RUKUN NEGARA DENGAN


MASA KINI

Jika dilakukan soal tanya bersama mahasiswa mengapa Rukun Negara tidak diamalkan
dalam kehidupan seharian, maklum balas yang mungkin diterima adalah kerana mereka tidak
dapat melihat kelebihan apabila mengaplikasikan Rukun Negara. Hal ini demikian kerana
mahasiswa kini bersifat dan berfikiran lebih realistik. Jadi mereka akan lebih menumpukan masa
dan perhatian mereka kepada hasil dan keberuntungan kepada pihak mereka. Sebagai contoh,
mahasiswa akan mempersoalkan apakah keuntungan yang dapat diraih jika mereka
mempertahankan dan mematuhi Perlembagaan Negara.

16
Di sini dapat kita tafsirkan bahawa pemikiran sebegitu adalah satu pemikiran yang kolot
kerana seperti yang termaktub di dalam Rukun Negara, prinsip yang ketiga; Keluhuran
Perlembangaan yang menjelaskan bahawa setiap undang-undang yang dicipta adalah untuk
diterima, dipatuhi dan dipertahankan keluhuran Perlembagaan Negara. Ini kerana Perlembagaan
Negara adalah salah satu identiti negara Malaysia dan teras kepada perpaduan dan keamanan
rakyat.

2.6.4 PENGARUH BUDAYA LUAR YANG NEGATIF

Seiring dengan perkembangan fesyen, gaya kehidupan mahasiswa akan berpaksikan atau
terpengaruh dengan budaya luar yang negatif merupakan salah satu faktor yang membawa
kepada permasalahan penghayatan prinsip Rukun Negara di kalangan mahasiswa. Hal ini dapat
diperhatikan menerusi aplikasi yang tidak asing lai samada di Malaysia bahkan di seluruh dunia,
TikTok. Di aplikasi segi empat tepat hitam itu, pelbagai video yang berdurasi 15 saat, 30 saat, 0
saat atau 3 minit dapat dilihat oleh seluruh rakyat.

Bagaimana aplikasi yang kecil ini boleh menjadi faktor pengaruh budaya luar yang negatif
kepada mahasiswa. Ianya apabila video-video seperti rakyat dari negara barat menunjukkan
suasana di dalam kelab malam bersertakan aktiviti seperti meminum minuman keras yang boleh
mempengaruhi mahasiswa Malaysia. Kini dapat dilihat bukan dari negara barat sahaja bahkan
aktiviti yang diluar nalar ini juga di dokumentasi oleh mahasiswa Malaysia sendiri. Ini
bercanggah dari prinsip yang kelima dalam Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

17
3.0 ANALISA DAN PERBINCANGAN

3.1 SOLUSI

3.1.1 MELALUI PENDIDIKAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Berdasarkan masalah yang telah dinyatakan iaitu kurangnya pemahaman terhadap


falsafah Rukun Negara dalam kalangan mahasiswa menjadi antara punca kurangnya penghayatan
dalam prinsip kenegaraan. Sebagaimana kita sedia maklum, pada hari ini , ramai dalam kalangan
mahasiswa yang tidak menjiwai dan menghayati falsafah Rukun Negara dengan sebaiknya.
Mahasiswa kini mampu untuk menyenaraikan kelima-lima prinsip yang terkandung dalam
Rukun Negara, namun tiada yang dapat menjelaskan erti sebenar setiap makna tersirat yang
terkandung dalam prinsip-prinsip tersebut. Ini jelas membuktikan ramai dalam kalangan anak
muda kurang membaca dan menghayati makna disebalik Rukun Negara yang dibentuk.

Maka dengan itu, solusi yang dapat diambil bagi meningkatkan penghayatan Rukun
Negara ialah melalui pendidikan di institusi pengajian tinggi. Hal ini penting untuk diwujudkan
di semua institusi pengajian tinggi sama ada di bawah kerajaan mahupun swasta. Pihak yang
terlibat seperti Kementerian Pendidikan Tinggi seharusnya memastikan terdapat subjek khusus
diwujudkan untuk menerapkan dan memberi pendedahan yang lebih meluas serta mendalam
tentang ideologi kenegaraan yang turut mengandungi falsafah Rukun Negara di semua universiti
di seluruh negara.

Sebagai contoh, subjek seperti CTU 552 (Falsafah dan Isu Semasa) sepatutnya
diwujudkan di setiap universiti dan diwajibkan kepada semua pelajar tanpa mengira kursus
pengajian yang diambil. Subjek CTU 552 turut mengandungi pembelajaran tentang falsafah
Rukun Negara, jadi sudah tentu para pelajar iaitu mahasiswa akan terdedah kepada segala
maklumat atau info penting yang berkaitan dengannya. Dengan kewujudan subjek ini sudah
semestinya setiap mahasiswa akan dapat lebih menjiwai dan menghayati Rukun Negara kerana
mendapat didikan daripada para pensyarah melalui sesi pembelajaran dan juga kerja kursus yang
diberikan. Contohnya, pensyarah dapat memberikan tugasan secara berkumpulan kepada para
pelajar untuk membuat kajian bagi topik Rukun Negara. Melalui cara ini, setiap pelajar perlu

18
membuat banyak rujukan sama ada melalui laman sesawang, buku-buku, majalah dan
sebagainya untuk mendapatkan maklumat tentang Rukun Negara bagi menyiapkan tugasan yang
diterima. Subjek ini perlu menjadi antara subjek yang wajib lulus bagi setiap mahasiswa supaya
tiada dalam kalangan pelajar yang memandang enteng dengan subjek ini dan menyiapkan setiap
tugasan yang diberikan dengan sambil lewa kerana markah yang akan diperoleh penting bagi
meluluskan diri dan menamatkan pengajian di IPTA mahupun IPTS.

Selain itu, pensyarah juga boleh meminta para pelajar untuk menyediakan bahan
pembentangan yang melibatkan topik Rukun Negara dan dibentangkan secara berkumpulan di
dalam kelas kepada rakan-rakan yang lain. Sebagai contoh, pelajar diminta untuk membuat
beberapa kumpulan dan diberikan setiap satu prinsip Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada
Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan ,kedaulatan undang-undang
serta kesopanan dan kesusilaan untuk dibincangkan lalu dibentang secara terperinci dan jelas.
Apabila pelajar membuat pembentangan, mereka akan lebih mudah untuk menjiwai prinsip
Rukun Negara dengan lebih mendalam kerana mereka akan membaca dan mengkaji terlebih
dahulu maklumat-maklumat yang diperoleh untuk pembentangan sebelum dibentangkan kepada
pensyarah dan juga rakan-rakan. Setiap pelajar mempunyai cara pembentangan yang berbeza di
mana ada pelajar yang akan sangat kreatif dalam menyampaikan sesuatu maklumat, jadi dengan
cara ini, mungkin pemahaman dan penghayatan para pelajar terhadap setiap prinsip Rukun
Negara dapat ditingkatkan dengan lebih berkesan.

Seterusnya, inisiatif lain yang dapat dilakukan oleh pensyarah di universiti yang mengajar
subjek berkaitan kenegaraan ialah dengan mengadakan sesi soal jawab dan juga kuiz di dalam
kelas bagi topik Rukun Negara. Aktiviti soal jawab amat bermanfaat bagi pelajar yang kurang
faham atau mempunyai kekeliruan dengan mana-mana prinsip Rukun Negara yang telah
diajarkan di dalam kelas. Pada waktu itulah mereka berpeluang untuk menyatakan segala
kekeliruan dan mendapatkan jawapan daripada permasalahan yang dimiliki. Kuiz yang
dilaksanakan pula akan membantu para pelajar memantapkan lagi pemahaman berkenaan
falsafah Rukun Negara melalui soalan-soalan yang perlu dijawab semasa sesi pembelajaran
berlangsung. Maka, jelaslah bahawa melalui pendidikan, mahasiswa dapat dibentuk untuk lebih
memahami falsafah Rukun Negara dan seterusnya membawa kepada penghayatan ideologi
kebangsaan yang mantap dalam diri.

19
3.1.2 PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA
ANAK-ANAK

Seperti yang kita ketahui, masalah penghayatan falsafah Rukun Negara di kalangan
Mahasiswa semakin berleluasa di mana nilai-nilai Rukun Negara kurang diamalkan di dalam
kehidupan seharian. Hal ini terjadi demikian kerana segelintir Mahasiswa tidak mengamalkan
nilai-nilai Rukun Negara di dalam kehidupan seharian seperti menghormati perbezaan kaum dan
agama atau menjunjung tinggi nilai kesopanan dan kesusilaan. Hal ini telah menyebabkan
penghayatan kepada Rukun Negara di dalam diri setiap Mahasiswa semakin luntur dan
dilupakan.

Salah satu solusi yang diketengahkan untuk menyelesaikan masalah ini adalah melalui
pendedahan ibu bapa terhadap anak-anak kerana mereka memainkan peranan yang penting
dalam membantu anak-anak memahami dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara. Hal ini
terjadi demikian kerana ibu bapa merupakan akar tunjang kepada keperibadian dan tingkah laku
anak-anak mereka. Ibu bapa bertanggungjawab dalam mendidik anak mereka untuk memahami
dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara sejak mereka kecil kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Melalui cara ini, anak-anak akan membesar menjadi Mahasiswa yang
berguna dan berakhlak dalam melakukan sesuatu keputusan.

Sebagai contoh, ibu bapa boleh menceritakan kepada anak-anak mengenai sejarah negara
Malaysia pada zaman dahulu di samping menyelit tentang pembentukan prinsip Rukun Negara
yang kini telah membantu dalam menjamin kesejahteraan negara Malaysia. Melalui cara ini,
anak-anak akan lebih mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara di dalam kehidupan seharian
sehingga mereka meningkat dewasa dan menjadi mahasiswa yang berilmu, beramal dan
berakhlak untuk kesejahteraan dan kemajuan negara.

Selain itu, ibu bapa juga boleh mengajak anak-anak untuk membuat aktiviti yang menarik
pada masa lapang. Ibu bapa boleh membuat aktiviti yang menarik di rumah untuk membantu
anak-anak memahami nilai-nilai Rukun Negara secara interaktif. Antara beberapa contoh aktiviti
yang sesuai dilakukan ialah melakukan kegiatan seperti gotong-royong, perayaan keagamaan,
dan merayakan perbezaan antara satu sama lain. Hal ini dapat memberikan pendedahan kepada
anak-anak mengenai semangat perkauman yang utuh di Malaysia walaupun berbeza agama dan

20
kaum kerana berpegang teguh dengan nilai-nilai Rukun Negara menjadikan Malaysia sebuah
negara yang aman dan sejahtera walaupun dihuni oleh penduduk berbilang kaum.

Dalam menyusuri ledakan arus teknologi nano ini, ibu bapa juga boleh menggalakkan
anak-anak untuk menyertai aktiviti yang berkaitan dengan patriotisme dan kemerdekaan. Melalui
penglibatan aktif anak-anak di dalam aktiviti ini, anak-anak akan lebih terdedah dengan
perjuangan para pejuang pada zaman dahulu untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada
anasir luar. Sebagai contoh, penglibatan aktif anak-anak dalam aktiviti yang berkaitan dengan
patriotisme dan kemerdekaan seperti upacara bendera, acara peringatan kemerdekaan, atau
kegiatan sosial masyarakat seperti membantu orang memerlukan di sekitar kita, dapat
meningkatkan kesedaran dan kepedulian anak-anak terhadap kemerdekaan dan patriotisme.
Anak-anak akan belajar untuk menghargai kebebasan, nilai-nilai demokrasi, dan kesepakatan
bersama dalam kehidupan berbangsa dan bernegara. Selain itu, ibu bapa dapat melakukan
kegiatan bersama anak-anak untuk memperkuat rasa kebangsaan dan patriotisme mereka.
Misalnya, melawat ke tempat-tempat bersejarah di sekitar kota, atau menonton filem atau
dokumentari tentang sejarah dan kemerdekaan Malaysia. Dengan cara ini, anak-anak dapat lebih
memahami peristiwa sejarah yang membentuk bangsa kita dan menjadi lebih percaya diri
terhadap kebangsaan dan patriotisme mereka. Melalui pendidikan dan pengalaman seperti ini,
anak-anak dapat menghayati, menghargai dan mengamalkan nilai dan prinsip Rukun Negara
dengan lebih mendalam serta dapat meningkatkan rasa bangga dan rasa cinta pada negara kita,
sehingga mereka menjadi Mahasiswa yang berdedikasi dan berdisiplin untuk memajukan bangsa
dan negara pada masa hadapan.

Jika ditinjau dari perspektif yang lain, ibu bapa juga boleh mengambil inisiatif untuk
meluangkan masa sekurang-kurangnya satu jam bersama-sama anak untuk mengajar atau
memberikan pendedahan mengenai prinsip Rukun Negara. Peluang ini juga boleh digunakan
untuk melatih anak-anak menghafal dan mengingati kelima-lima Rukun Negara di samping
menerangkan maksud dan prinsip setiap daripada Rukun Negara tersebut. Melalui cara ini,
anak-anak akan mendapat pendedahan awal mengenai Rukun Negara dan prinsip yang
ditetapkan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang sejahtera dan berwawasan. Jika
kesemua cara ini diamalkan oleh ibu bapa, anak-anak akan mendapat jaminan yang tinggi dalam

21
menjadi seorang Mahasiswa dan warganegara yang berguna, berilmu dan bersopan-santun pada
masa akan datang.

3.1.3 PIHAK KERAJAAN DALAM MENGUSAHAKAN PENGHAYATAN FALSAFAH


RUKUN NEGARA DALAM KALANGAN MAHASISWA

Kerajaan adalah sebuah organisasi yang mempunyai kuasa pentadbiran satu unit politik.
Dalam erti kata lain, kerajaan merupakan badan dalam sebuah organisasi yang menguatkuasakan
undang-undang dalam negara ini. Dengan kuasa ini, pihak kerajaan sewajarnya boleh membantu
dalam menyemai penghayatan falsafah Rukun Negara di kalangan mahasiswa. Pihak kerajaan
amat membantu dan memberi impak yang maksima jika pihak kerajaan bertangungjawab dan
prihatin tentang isu ini.

Solusi yang pertama yang pihak kerajaan boleh lakukan dalam mengusahakan
penghayatan falsafah Rukun Negara dalam kalangan mahasiswa ialah mengadakan kempen jati
diri peringkat kebangsaan. Ini amat membantu mahasiswa untuk bergiat aktif dalam memahami
falsafah Rukun Negara atau falsafah lain seperti memahami makna lagu kebangsaan Negaraku
dan sebagainya. Dengan cara ini, mahasiswa yang berjiwa muda akan lebih tertarik dan berminat
untuk memahami dan menghayati falsafah Rukun Negara dengan cara yang menarik. Pihak
kerajaan perlulah mengadakan banyak lagi kem-kem yang memupuk semangat jati diri
mahasiswa supaya tidak berlakunya masalah kurang penghayatan falsafah Rukun Negara dalam
negara ini.

Seterusnya, pihak kerajaan perlu mewar-warkan kewujudan falsafah Rukun Negara


dengan membuat poster-poster tentang 5 prinsip Rukun Negara dan diedarkan di sekolah serta di
institusi pengajian tinggi. Ini dapat mewujudkan kesedaran tentang kepentingan falsafah Rukun
Negara. Poster-poster yang dihasilkan oleh pihak kerjaan perlulah kreatif dan menarik untuk
menarik perhatian mahasiswa untuk membaca poster tersebut. Dengan menghasilkan poster yang
padat dengan info tetapi mudah untuk difahami oleh mahasiswa akan memberi kesan kepada
mahasiswa. Selain itu, pihak kerajaan boleh mengadakan pertandingan poster bertemakan
falsafah Rukun Negara sempena hari Kemerdekaan atau hari-hari Kebangsaan yang lain. Dengan
cara ini mahasiswa yang berbakat dalam menghasilkan poster akan terlibat secara langsung
mahasiswa akan memahami dan menghayati falsafah Rukun Negara. Walaupun peluang untuk

22
mahasiswa peka dengan poster-poster ini tetapi pihak kerajaan telah berusaha sehabis baik untuk
menyemai semangat menghayati falsafah Rukun Negara ini.

Di samping itu, pihak kerajaan boleh mengusahakan penghayatan ini dengan mengedar
risalah-risalah ringkas mengenai falsafah Rukun Negara di media massa. Platform media massa
sudah tidak asing lagi bagi anak muda seperti mahasiswa. Media massa amat berpengaruh di
kalangan mahasiswa ini akan memudahkan lagi proses penyebaran tentang kesedaran falsafah
Rukun Negara. Pihak kerajaan perlulah menitik beratkan untuk menyebarkan pemahaman
falsafah Rukun Negara dengan lebih efisien, seperti membuat video ringkas dan dimuat naik di
media massa seperti Tiktok maka mahasiswa lebih cenderung untuk meluangkan masa di media
sosial daripada membaca dan menghayati falsafah Rukun Negara. Dengan langkah ini, pihak
kerajaan telah melakukan sehabis baik dalam menyemai penghayatan falsafah Rukun Negara.

Akhir sekali, pihak kerajaan perlulah buat sehabis baik demi mahasiswa negara yang
merupakan permata dalam menyambung legasi kepemimpinan negara di masa akan datang. Jika
mahasiswa sendiri tidak memahami tentang undang-undang serta falsafah negara ini bagaimana
negara dapat dipimpin dengan maju seperti negara berpengaruh di luar sana. Dengan cara ini,
mahasiswa masih punya harapan untuk memupuk semula semangat menghayati falsafah Rukun
Negara.

3.1.4 TANGGUNGJAWAB MAHASISWA DALAM MEMBANTERAS PENGARUH


ANASIR LUAR YANG NEGATIF

Pelbagai onak dan duri yang telah dilalui oleh para pemimpin, pejuang dan nenek
moyang terdahulu untuk mencapai kemerdekaan yang dapat dirasai oleh rakyat Malaysia hingga
kini. Malaysia yang merupakan negara terdiri oleh pelbagai kaum: Melayu, Cina dan India
sebagai kaum majmuk, jadi adalah sukar untuk kita mencapai kata sepakat dan satu keputusan
yang dapat memuaskan semua pihak. Oleh hal yang demikian, setelah mencapai kemerdekaan,
salah satu hal yang diutarakan dan diberikan perhatian adalah perpaduan antara kaum.

Perpaduan antara kaum yang jitu dapat mengelakkan rakyat daripada hidup bersengketa
antara satu sama lain justeru dari insiden 13 Mei 1969 yang merupakan kemuncak rusuhan antara

23
kaum dan telah meragut nyawa dan harta benda. Ekoran peristiwa berkenaan perpaduan antara
kaum di Malaysia kian mendesak dan sebuah ideologi kebangsaan yang diwujudkan iaitu
pembentukan Rukun Negara pada tahun 1970 sebagai garis panduan untuk Malaysia ke arah
perpaduan secara menyeluruh. Dinihari prinsip-prinsip dari Rukun Negara kian tidak diendahkan
sejagat dengan perkembangan teknologi, rakyat kian alpa justeru menimbulkan isu-isu yang
boleh menjadi asbab berulangnya sejarah.

Namun begitu, terciptanya Rukun Negara bukanlah pengakhirannya, ini kerana


mahasiswa tidak sebenar-benarnya menghayati Rukun Negara sendiri dan salah satu punca hal
ini terjadi adalah kerana pengaruh budaya dari luar sendiri. Tidak semua pengaruh dari luar
adalah negatif malah ada yang begitu positif dan mencabar minda hingga secara tidak langsung
membawa nama Malaysia ke persada dunia. Sebagai contoh yang paling terkini, Mohammad
Sofian Abdullah merupakan individu yang tidak asing di Malaysia. Pemuda asal Kelantan yang
lebih dikenali sebagai Sofyank ini merupakan pencipta kandungan digital VFX atau kesan visual
yang berunsurkan helah dan ilusi dan diinspirasikan oleh idolanya sendiri, Zach King.

Zach King telah memberi pengaruh yang besar kepada Sofyank sehinggakan beliau telah
menyertai pertandingan Ultimate VFX Challenge - Magic Of The Month di Los Angeles,
Amerika Syarikat baru-baru ini. Lebih mengharukan lagi, beliau telah memenangi pertandingan
tersebut dan nama beliau sendiri telah diumumkan oleh idolanya, Zach King. Tidak cukup dngan
itu, tular di media sosial apabila Sofyank memuat naik video kesan visual seperti kebiasaanya
namun kali ini beliau telah berkolaborasi secara langsung bersama Zach King sendiri. Video
tersebut telah meraih jutaan tontonan manusia dan dimuat naik oleh Zach King di halaman media
sosialnya. Sofyank menafsirkan kemenangan ini adalah kemenangan berganda dan ditujukan
kepada peminat yang menyokongnya sehingga ke hari ini.

Jadi jelaslah bahawa jika mahasiswa melihat pengaruh budaya dari luar dari perspektif
yang betul, mahasiswa juga boleh menjadi seperti Mohammad Sofian Abdullah yang bukan
sahaja telah mengharumkan nama negara tetapi juga telah mengukir namanya di puncak menara
gading. Mahasiswa yang menerapkan kelima-lima prinsip Rukun Negara dalam diri adalah lebih
cenderung untuk menjadi individu yang berjaya. Bermula dengan prinsip yang pertama,

24
Kepercayaan Kepada Tuhan dapat menambahkan rasa cinta kepada agama tidak mengira agama
yang dianuti adalah agama Islam, agama Hinduisme, agama Kristian, agama Buddha dan
lain-lain. Seterusnya Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, dapat melahirkan mahasiswa yang
menghormati dan berdaulat kepada pemimpin negara. Yang ketiga, Keluhuran Perlembagaan di
mana mahasiswa tidak mempersoal sebaliknya menerima dan mempertahankan keluhuran
Perlembagaan Negara. Selain itu, Kedaulatan Undang-undang yang dipatuhi dan akhir sekali
Kesopanan dan Kesusilaan untuk menjamin individu yang jitu untuk negara.

Natijahnya, mahasiswa merupakan golongan individu yang diberikan akal fikiran dan
minda yang cergas yang boleh diguna pakai dalam membezakan sesuatu yang baik dan buruk.
Jelaslah bahawa mendalami kelima prinsip Rukun Negara adalah tanggungjawab semua
individu. Mahasiswa perlu memikirkan sesuatu dengan pemikiran futuristik yang dapat memberi
manfaat kepada bukan sahaja negara tetapi yang lebih penting kepada diri sendiri dalam
melahirkan insan yang tidak mementingkan diri dan ingin hidup di dalam kelompok yang
harmoni antara berbilang kaum. Bak kata-kata dari Almarhum Profesor Madya Md Izuddin Ali
yang lebih dikenali sebagai Profesor Izzi, “ Renung- renungkanlah dan selamat beramal”, yang
sangat bersesuaian dengan diskusi dalam menambahkan penghayatan prinsip Rukun Negara
dalam kalangan mahasiswa.

25
4.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kesimpulannya, Rukun Negara bukan hanya sekadar untuk dilafaz sebagai ikrar, tetapi ia
memerlukan kesungguhan kita sebagai warganegara untuk mendalami dan mengamalkannya
dalam setiap aspek kehidupan. Setiap prinsip yang terkandung mengandungi nilai-nilai positif
yang penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia amalkan dan jadikan panduan untuk
membentuk keharmonian dan semangat perpaduan yang utuh sesama kita. Kelima-lima prinsip
iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran perlembagaan
dan kedaulatan undang-undang serta yang terakhir, kesopanan dan kesusilaan, apabila dihayati
dan difahami dengan mendalam akan memberi banyak manfaat terutamanya dalam usaha kita
membentuk negara Malaysia yang aman dan damai serta bebas daripada sebarang masalah
perkauman walaupun hidup dalam masyarakat yang majmuk. Perpaduan yang kukuh mampu
membawa kepada pertumbuhan ekonomi dan politik yang stabil.

Setiap prinsip Rukun Negara memberikan kerangka kerja dalam memperlihatkan dan
menerangkan aspek-aspek yang penting dalam kehidupan sosial, politik, sosial budaya, dan
moral dalam kehidupan masyarakat. Penghayatan secara fizikal dan praktikal terhadap nilai dan
falsafah ini sangat penting, baik di sekolah, dalam kalangan keluarga dan bahkan dalam
masyarakat, supaya nilai-nilai Rukun Negara dapat dihayati dan dipraktikkan dalam kehidupan
seharian. Sekolah, universiti, keluarga, institusi warganegara, masyarakat, dan pemerintah perlu
memainkan peranan penting dalam mempromosikan kesedaran mengenai Rukun Negara,
menyampaikan makna dan nilai-nilainya, serta memberi motivasi kepada setiap individu untuk
mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dengan begitu, Malaysia yang bersatu, aman dan
maju dapat direalisasikan dalam kehidupan setiap rakyat Malaysia.

Jika ditinjau dari perspektif yang lain, kurangnya penghayatan dan pengamalan nilai-nilai
Rukun Negara serta kurangnya kesedaran terhadap Rukun Negara dapat menyebabkan kesan
negatif terhadap masyarakat dan negara. Kurang pemahaman terhadap falsafah Rukun Negara,
tidak memahami relevansi falsafah Rukun Negara dengan masa kini, tidak mengamalkan prinsip
Rukun Negara dalam kehidupan seharian, serta pengaruh budaya luar yang negatif adalah antara
kesan buruk yang terkait dengan kurangnya penghayatan Rukun Negara. Kesan negatif tidak
mengamalkan Rukun Negara dapat membawa kesan buruk dalam kehidupan sosial, politik dan

26
ekonomi masyarakat. Falsafah Rukun Negara mempromosikan penghormatan terhadap
perbezaan antara kaum dan agama. Jika nilai-nilai ini tidak dihayati, masyarakat berisiko
menghadapi ketegangan antara kumpulan, mendorong pergeseran masyarakat, bahkan sampai
terjadinya konflik antara sesama rakyat. Selain itu, kesan negatif ini juga menurunkan semangat
patriotisme dan kecintaan kepada negara. Jika Rukun Negara tidak dihayati, penduduk akan
kehilangan semangat patriotisme dan cinta terhadap negaranya. Hal ini akan mengurangkan rasa
tanggungjawab serta keinginan untuk maju untuk pembangunan negara. Seterusnya,
ketidakstabilan politik akan berlaku kerana ketidakmampuan dalam mengamalkan prinsip Rukun
Negara, yang menyebabkan munculnya perebutan kuasa, bahkan pergolakan dalam masyarakat
dan negara.

Bagi menyelamatkan negara daripada kesan-kesan ini, pelbagai langkah dapat diambil
daripada berbagai-bagai pihak. Misalnya, penekanan terhadap falsafah Rukun Negara adalah
amat diperlukan melalui pendidikan di sekolah dan universiti, melalui aktiviti dan acara yang
menyebarkan kesedaran serta penghayatan Rukun Negara, contoh teladan dari individu, serta
penghayatan daripada individu itu sendiri. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting
dalam membentuk sahsiah diri terpuji dalam diri anak-anak dengan mendedahkan mereka
mengenai prinsip dan nilai Rukun Negara. Dengan demikian, masyarakat dan Mahasiswa
memiliki kesedaran yang lebih baik tentang Rukun Negara dan mendapat manfaat daripada
penghayatan nilai-nilai Rukun Negara dalam kehidupan sosial dan politik yang harmoni di
Malaysia.

27
5.0 BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN

Al. (2023, April 10). √ Memahami Kepentingan Rukun Negara untuk Membangun

Harmoni Sosial. Cerdika Malaysia.

https://cerdika.com/my/kepentingan-rukun-negara/

Ismail, M. S., & Ismail, M. S. (2022). TRIVIA KEMERDEKAAN: PEMBENTUKAN

RUKUN NEGARA. Laman Web MKN.

https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/08/03/trivia-kemerdekaan-pembentukan-ruk

un-negara/#:~:text=Rukun%20Negara%20digubal%20setelah%20berlakunya,yang

%20lebih%20utuh%20dan%20kental

Kassim, E. D. I. D. M. A. (2020, July 4). Falsafah Rukun Negara bukan sekadar dihayati.

Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/07/707201/falsafah-rukun-neg

ara-bukan-sekadar-dihayati

Sairozi, I. (2018, January 25). Pabila Rukun Negara diabaikan. Malaysiakini.

https://www.malaysiakini.com/letters/409978

Unknown. (2017, August 27). CARA - CARA UNTUK MENGHAYATI RUKUN NEGARA.

http://nilaimasyarakat4.blogspot.com/2017/08/langkah.html?m=1

28

You might also like