BMMB3123 Semantik

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN


TAHUN AKADEMIK 2023

Program : PISMP Nama Pelajar :

Kod Kursus : BMMB3123 Semester / Tahun : Semester 2/ Tahun 3


Ambilan : JUN 2020
Nama Kursus :
Kumpulan : Bahasa Melayu
Semantik Bahasa Melayu
(BM1,BM2,BM3,BM4,BM5)

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan esei (1000 pp) 5 Feb. 2023 26 Feb. 2023
2. Analisis peribahasa (1000 pp) 7 Mac 2023 23 Mac 2023
3. Pembentangan kumpulan (30 minit) 26 Feb. 2023 9 Mac 2023

Hasil Pembelajaran Kursus (HPK):

1. Membincangkan sejarah perkembangan bidang semantik dengan berkesan secara lisan


dan bertulis (C2, PLO1, PLO3, CTPS2)
2. Menjelaskan fitur makna, makna leksikal, dan makna ayat melalui rujukan pelbagai sumber
(C6, PLO6, LL1)
3. Menganalisis perubahan semantik dalam peribahasa secara kritis (C4, PLO3, CTPS4)
4. Menghasilkan teks menggunakan teori semantik sebagai bahan dalam pembentangan
secara kumpulan (C6, PLO4, PLO5, CS1, TS1)

Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar dapat:

1. Menghuraikan sejarah perkembangan semantik serta menghasilkan grafik fitur makna,


makna leksikal dan makna ayat dalam bahasa Melayu berserta huraian berdasarkan
contoh daripada sumber yang pelbagai.
2. Menganalisis makna dan proses perubahan makna dalam empat peribahasa Bahasa
Melayu.
3. Mencipta sebuah teks karya kreatif kanak-kanak dengan mengaplikasikan teori semantik
secara berkumpulan dan mempersembahkannya dengan menggunakan perisian
multimedia yang sesuai.

Big idea:
Penghayatan ilmu dalam era digital memacu transformasi pendidikan negara
Soalan Pencetus (EQ):
Bagaimana anda mendapatkan maklumat secara maya untuk menghasilkan teks kreatif
kanak-kanak dan mempersembahkannya dengan menggunakan bahan multimedia yang
sesuai secara kreatif?

1
Tugasan

Semantik merupakan bidang yang penting dan wajar dikaji serta diterokai. Hal ini kerana proses
komunikasi sesuatu bahasa hanya dikatakan berjaya apabila makna yang ingin disampaikan kepada
pendengar atau pembaca dapat difahami sebagaimana yang kita kehendaki. Dengan kata lain,
makna yang harus ditafsirkan ialah makna yang sebenarnya terkandung dalam sesuatu rangsangan
bahasa (Zulkifley Hamid et al. 2007). Oleh itu, pengkajian makna akan menambahkan lagi ilmu
pengetahuan individu terhadap bahasa Melayu yang pastinya mempunyai makna sama ada tersurat
atau tersirat. Jika makna yang disampaikan melalui tulisan atau ujaran tidak difahami secara
mendalam, maka proses komunikasi sesuatu bahasa itu dianggap gagal.

Bagi menguasai aspek tersebut, anda diminta melaksanakan tugasan berikut:

i. Tugasan 1 : Penulisan Esei (25%)

Secara individu, bincangkan perkembangan bidang semantik dan seterusnya jelaskan fitur
makna, makna leksikal dan makna ayat dengan menggunakan grafik serta bersandarkan
kepada contoh yang sesuai melalui rujukan pelbagai sumber. Panjang tugasan hendaklah
dalam lingkungan 1000 patah perkataan.

Untuk melaksanakan tugasan ini, perkara berikut boleh dikemukakan dalam tugasan:
a. Perbincangan tentang perkembangan bidang semantik.
b. Menghasilkan rajah dan jadual tentang makna leksikal bersandarkan kepada contoh yang
sesuai serta membuat huraian yang lengkap.
c. Perbincangan menunjukkan pemikiran yang kritis dan keaslian hasil penulisan.

ii. Tugasan 2 : Analisis Peribahasa (25%)

Secara individu anda dikehendaki menganalisis makna dan perubahan makna dalam empat
buah peribahasa Bahasa Melayu yang berunsurkan hidupan. Panjang tugasan hendaklah
dalam lingkungan 1000 patah perkataan.

Untuk melaksanakan tugasan ini, perkara berikut boleh dikemukakan dalam tugasan:
a. Takrifan peribahasa Melayu.
b. Memilih lima peribahasa Bahasa Melayu yang berunsurkan hidupan.
c. Menganalisis makna dan perubahan makna berdasarkan peribahasa berkenaan.
d. Perbincangan menunjukkan pemikiran yang kritis dan keaslian hasil penulisan.

iii. Tugasan 3 : Pembentangan Kumpulan (10%)

Melalui penghayatan ilmu semantik, secara berkumpulan anda dikehendaki menghasilkan


sebuah teks kreatif kanak-kanak dengan menggunakan teori semantik yang sesuai. Demi
memacu transformasi pendidikan negara dalam era digital, pembentangan anda hendaklah
menggunakan bahan multimedia yang sesuai dan kreatif.

Untuk melaksanakan tugasan ini, perkara berikut boleh dijadikan panduan:

Big idea:
Penghayatan ilmu dalam era digital memacu transformasi pendidikan negara
Soalan Pencetus (EQ):
Bagaimana anda mendapatkan maklumat secara maya untuk menghasilkan teks kreatif
kanak-kanak dan mempersembahkannya dengan menggunakan bahan multimedia yang
sesuai secara kreatif?

a. Pilih teori semantik yang sesuai.


b. Hasilkan sebuah teks karya kreatif kanak-kanak dengan menggunakan teori tersebut.
2
c. Elemen grafik yang bersesuaian boleh dimasukkan dalam teks yang dihasilkan.
d. Menyampaikan pembentangan dengan bahan multimedia yang sesuai.
e. Menunjukkan kerjasama yang efektif dan kolektif dalam kumpulan.
f. Tempoh persembahan dalam lingkungan 30 minit.

Arahan Pelaksanaan Tugasan :

1. Tugasan ini dilaksanakan secara individu bagi tugasan 1 dan 2, secara berkumpulan (2-3
orang) bagi tugasan 3.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
a. Muka depan mengikut templat terkini.
b. Fon Arial.
c. Saiz huruf 11.
d. Langkau 1.5 baris.
e. Penulisan rujukan mengikut format APA (American Psychological Association).
f. Lampiran disertakan jika perlu.
3. Amalan PLAGIAT tidak dibenarkan (Penggunaan turnitin amat digalakkan).
4. Tugasan perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Tugasan ini membawa markah 60%.
6. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat, data dan rujukan.
7. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
8. Penulisan esei menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada
kesalahan ejaan dan kematangan hujah.
9. Pengurusan persembahan yang mantap, penggunaan bahasa yang baik dan menepati masa.
10. Rujukan daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.
11. Tugasan ini disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.
12. Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. No. Kad pengenalan
iv. Kumpulan/ Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Nama Pensayarah
vii. Tarikh Hantar
viii. Pengakuan Pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(BUKHARI BIN SHAFIE) (AZMAN BIN ARIS)


Penyelaras Kursus BMMB3123 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Darulaman. IPG Kampus Darulaman.

Tarikh: Tarikh:

Disahkan oleh:

(MOHAMAD YAZI BIN KERYA)


Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Darulaman.

Tarikh:
3

You might also like