Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA

SK ST FRANCIS TAHUN 2022

1.0 PENDAHULUAN
Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas desa ini
merupakan acara tahunan sekolah di sekolah rendah malahan merupakan sukan yang amat mudah
dan boleh disertai oleh semua pelajar. Ia juga memberikan peluang kepada pelajar untuk terlibat
dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan.

2.0 TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT PERTANDINGAN


Tarikh : 24 Mei 2022

Hari : Selasa

Masa : 7.40 pagi – 9.10 pagi

Tempat : Sekitar SK ST Francis Sitiawan

Penganjur : Unit Kokurikulum

Urusetia Pelaksanaan : Unit Sukan

3.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN


Kejohanan Lari Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. antaranya adalah
untuk :

i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan.

ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang
cergas.

iii. Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga SK ST Francis dalam mengendalikan acara
yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.

Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga SK ST Francis tentang alam sekitar.
iv.

v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan
murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan .

vi. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah.


4.0 KUMPULAN SASARAN
i. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid dari tahun 4 sehingga murid tahun 6 SK ST
Francis kecuali bagi murid-murid yang mendapat kebenaran pengecualian daripada Guru
Besar atau murid-murid yang mendapat pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai
pertandingan ini daripada Doktor.

ii. Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap Ketua guru rumah mestilah memastikan
kesihatan peserta rumah masing-masing semasa sesi latihan dan semasa kejohanan
diadakan.

5.0 KATEGORI PERTANDINGAN


Pertandingan ini dikelaskan kepada 3 kelas dan kategori:-
BIL KELAS KATEGORI BILANGAN PEMENANG
TAHUN 4 LELAKI 20 orang
1.
TAHUN 5 LELAKI 20 orang
2.
TAHUN 6 LELAKI 20 orang
3.

6.0 MATA INDIVIDU UNTUK RUMAH.


Murid-murid yang menamatkan lariannya secara sah mendapat nombor antara nombor 1 hingga 10
akan mendapat mata bagi rumah mereka seperti berikut:

KEDUDUKAN MATA
1 10
2 9
1 8
4 7
5 6
6 5
7 4
8 1
9 1
10 1

Kedudukan rumah dalam pertandingan ini akan ditentukan berdasarkan jumlah mata
yang terbanyak. Piala Pusingan akan di anugerahkan kepada rumah yang mendapat Johan. Markah
bagi setiap rumah sukan akan digabungkan dengan aktiviti sukan yang lain. Markah yang tertinggi
akan dianugerahkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan.
7.0 TREK LARIAN
Semua murid dikehendaki berlari mengikut trek yang ditentukan mengikut kategori yang telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Murid yang berlari mengikut trek yang salah akan dikira
batal.

8.0 PEMBATALAN PENYERTAAN PESERTA


i. Peserta tidak harus mendapat bantuan di sepanjang perlumbaan.

ii. Para peserta yang didapati menganggu atau memintas peserta peserta lain dengan tujuan
melengahkan kelajuan lawan mereka

iii. Peserta yang tidak mengikut trek kejohanan merentas desa yang telah ditetapkan

iv. Sebab-sebab lain yang dapat membawa kemudaratan kepada peserta

9.0 ATURCARA PERTANDINGAN:


TENTATIF KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022
TARIKH : 24 Mei 2022
HARI : Selasa
MASA : 7.40 pagi hingga 9.10 pagi
TEMPAT PERMULAAN/
TEMPAT BERAKHIR : Padang Sekolah

MASA TENTATIF TINDAKAN

7.10 pagi  Pendaftaran kehadiran oleh Guru-guru Kelas Guru Tingkatan, Guru
di Tapak Perhimpunan Rumah

7.20 pagi  Taklimat Kejohanan kepada Pegawai- Pengerusi Teknik,


pegawai Kejohanan oleh Penolong Pengerusi Penolong Pengerusi
Teknik di kantin. teknik, Pegawai Check
Point, Pencatat Masa,
 Taklimat Kejohanan kepada Peserta oleh
Hakim Penamat
Pengurus Kejohanan di tapak perhimpunan
7.30 pagi  Pergerakan Pegawai-pegawai Check Point, Pegawai Check Point,
Pasukan Keselamatan Kawalan Lalu Lintas Pegawai Keselamatan
serta Pasukan Kecemasan ke check point Lalulintas
stesen masing-masing

 Sesi memanaskan ba tunjukcara serta arahan


ke garisan permulaan

7.40 pagi  Acara dimulakan dilepaskan mengikut Pelepas, Peronda Mula,


kelas Peronda Semasa
Kejohanan, Peronda
 Tahap 2 (Tahun 4,5,6)
Akhir, Pertolongan
cemas

8.40 pagi  Peserta pertama dijangka tiba Ketua Hakim, Pencatat


Masa

9.10 pagi  Ketibaan peserta terakhir

10.0 PANDUAN TUGAS GURU


PERSIAPAN TEMPAT

1. Menyediakan mengemaskan semula tempat penamat pertandingan iaitu lorong penamat,


kerusi meja pencatat mengikut kelas kategori peserta.

SETIAUSAHA PEN.SETIAUSAHA

1. Menyediakan borang keputusan pertandingan, Kad pemenang kad Check Point.

2. Membuat laporan pertandingan menyerahkan kepada PK Kokurikulum dalam masa seminggu


selepas pertandingan

HADIAH

1. Menempah, memastikan hadiah mencukupi untuk setiap acara.

2. Membuat persiapan upacara penyampaian hadiah apabila kejohanan tamat.

PELEPAS

1. Melepaskan peserta untuk permulaan

KECEMASAN

1. Menyediakan alat bantuan kecemasan.

2. Memberi bantuan yang sewajarnya lepada pesakit.


HAKIM

1. Memberikan kad hakim kepada pemenang mengikut nombor kemenangan kad untuk mata rumah
iaitu No. 1 hingga No.10

KETUA HAKIM

1. Memberi taklimat kepada hakim penjaga masa (Pencatat)

2. Mempastikan semua keputusan pertandingan diperolehi menyerahkannya kepada pengacara


majlis untuk penyampaian hadiah.

PENCATAT PENJAGA MASA

1. Mencatat nama rumah pemenang mengikut nombor kad keputusan hakim

2. Merekod mata rumah mengikut masa yang ditentukan oleh hakim

3. Mengambil masa pemenang pertama pertandingan mengikut kelas kategori yang diarahkan
untuk mencatat( berada di tempat permulaan untuk mengambil masa permulaan).

PENGURUS TREK

1. Mempastikan trek selamat digunakan semua guru yang bertugas di check point telah bersedia.

2. Memberitahu Referi pelepas untuk acara di mulakan.

3. Menentukan memberi arahan jurutunjuk bagi setiap kategori.

JURUTUNJUK ARAH

1. Bersedia dengan motosikal membawa bendera amaran kepada orang awam (Bendera Merah)

2. Menjadi tujuk arah laluan bagi kategori yang diarahkan oleh pengurus trek.

PENJAGA STESEN/ CHECK POINT.

1. Berada di tempat check point (Stesen) yang ditentukan sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal
sebelum masa kejohanan bermula

2. Berada di kedudukan yang sesuai di check point bagi mempastikan keselamatan murid

3. Mengawal mempastikan lalulintas di kawasan tersebut selamat untuk laluan murid.

4. Memberi arahan kepada murid sekiranya mereka berlari secara yang membahayakan.
JAWATANKUASA PELAKSANA
KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA
PERINGKAT SK ST FRANCIS TAHUN 2022

Pengerusi : Puan Zaridah Binti Zuber

Guru Besar SK ST Francis

Timbalan Pengerusi : Puan Noorul Khadijah Binti Adnan

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 1 : Puan Asnah Binti Shamsuddin

Guru Penolong Kanan Kurikulum

Naib Pengerusi 2 : Encik Mohammad Hanis Bin Brahim

Guru Penolong Kanan HEM

Setiausaha Sukan : En. Mohammad Zafuan Bin Bakhtar

Timbalan Setiausaha :

AHLI JAWATANKUASA KERJA


12.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil. Butiran Kuantiti HargaSeunit Jumlah

(RM) (RM)

1. Medal (Emas) 30 orang 4.50

2. Medal (Perak) 30 orang 4.50

3. Minuman Peserta 120 orang 50.00

Jumlah RM

Jumlah peruntukan yang dimohon adalah sebanyak RM .00

*Sumber kewangan dipohon daripada wang peruntukan BKK atau BSS

Disediakan oleh; Disemak oleh;

…………......................……………….. ……………………….......................………

(EN.GOBINATH A/L GOVINDASAMY) (PN.NOORUL KHADIJAH BT ADNAN)

S/U Kejohanan Merentas Desa Penolong Kanan Kokurikulum

SK ST Francis SK ST Francis

Disahkan oleh;

…………………...………….

(PN Zaridah BT Zuber)

Guru Besar

SK ST Francis
Lampiran

You might also like