Professional Documents
Culture Documents
Jadual Pelaksanaan PDPR
Jadual Pelaksanaan PDPR
Jadual Pelaksanaan PDPR
Medium
1. Whatsapp – Semua makluman berkaitan tugasan murid walaupun menggunakan medium yang
lain.
2. Rakaman video – Pengajaran oleh guru bagi suatu tajuk pembelajaran. Boleh tonton berulang
kali sebagai panduan.
3. Google Classroom (GC) – Latihan dinilai secara automatik dan tidak perlu maklumkan semula
kepada guru.
4. Google Meet – Perjumpaan atas talian mengikut waktu yang dipersetujui oleh ibu bapa dan
penjaga agar tidak berlaku sebarang masalah dan ketidakselesaan.
5. YouTube – Perlu melanggan (subscribe) perkongsian tersebut sebagai panduan pembelajaran
murid.
6. Facebook Live – Pengajaran langsung guru dan video perlu simpan sebagai panduan.
7. Lembaran kerja (modul) – Berbentuk buku dan akan diedarkan setiap minggu. Ibu bapa dan
penjaga perlu mengambil modul di sekolah. Murid-murid perlu menjawab soalan-soalan di dalam
modul tersebut dan dikembalikan ke sekolah seterusnya mengambil modul yang baharu untuk
dijawab.
Rujukan
Pautan berikut adalah buku teks digital yang boleh digunakan sebagai panduan pembelajaran:
https://t.me/bukuteksdigitaltrieze
Penglibatan
1. Ibu bapa dan penjaga berperanan memantau dan membantu pembelajaran anak-anak di rumah.
Sebarang masalah berkaitan aktiviti pembelajaran, boleh berbincang dengan guru secara
berhemah.
2. Semua murid diharapkan dapat mengikuti PdPR agar tidak berlaku keciciran dalam pembelajaran
dan memastikan kesinambungan akademik berterusan.
Terima kasih.