This One

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

REFLEKSI TOPIK FEMINISME

Sepanjang pembelajaran bagi kos Teori Rekabentuk, terdapat pelbagai topik


yang telah disentuh. Bagi laporan reflektif ini, saya akan membincangkan satu topik
yang telah menarik perhatian saya iaitu topik Feminisme. Feminisme secara
ringkasnya ialah satu gerakan bagi membela atau memperjuangkan hak wanita atas
dasar kesaksamaan jantina. Gerakan ini dapat dikaitkan melalui politik dan sosiologi
masyarakat dalam bentuk teori dan falsafah. Selaras dengan matlamat gerakan ini,
sebarang isu yang timbul adalah bagi membahaskan kewujudan perbezaan dalam
pelbagai aspek antara wanita dan lelaki.

Bagi topik Feminisme, saya bersama ahli kumpulan pembentangan telah


memilih seorang tokoh yang mempunyai signifikasi dalam gerakan Feminisme
terutama sekali di Perancis iaitu Simone De Beauvoir. De Beauvoir dalam erti kata
lain telah memimpin gerakan Feminism demi kebebasan wanita yang dilihat bagai
burung yang disangkar. Perumpamaan tersebut memberi gambaran bahawa
golongan wanita adalah perkara yang dimiliki untuk tatapan mata masyarakat dan
kepuasan golongan lelaki yang “memiliki” wanita tersebut. Melalui karya yang di
hasilkan oleh De Beauvoir, beliau menggunakan Teori Sastera Feminis dalam usaha
untuk mengubah stereotaip yang sering dikaitkan dengan wanita melalui satu
penceritaan yang boleh mengubah perspektif para pembaca. Saya bersetuju bahawa
teori ini mampu mengubah sudut pandangan masyarakat secara meluas di samping
mengetengahkan masalah yang sering dihadapi oleh golongan wanita.

Antara karya yang telah dihasilkan oleh De Beauvoir ialah “The Second Sex”.
Karya ini merupakan satu karya yang yang mendapat pujian dan kritikan yang
hangat semasa permulaan penerbitan. Dalam karya tersebut, De Beauvoir
mengemukakan bahawa semua masyarakat berhak mendapat kesaksamaan dan
tidak lagi memerlukan kuasa golongan lelaki sahaja. Melalui karya tersebut juga, De
Beauvoir berpendapat bahawa kedudukan wanita bukannya rendah namun berbeza.
Hal ini kerana bagi beliau golongan lelaki memang tidak dinafikan kecemerlangan
dalam beberapa bidang kehidupan, namun wanita juga dapat membantu mereka
dalam aspek bidang yang lain. Perkara tersebut mencerminkan keadaan
persekitaran abad tersebut iaitu suatu had yang wujud hanya kerana mereka
bergelar wanita. Karya ini sangat membantu dalam meletakkan golongan wanita di
mata dunia bersama dengan golongan lelaki. Ianya mengemukakan masalah atau
hipokrasi yang wujud dalam masyarakat kita yang pada mulanya dikatakan matriarki
namun telah dipaksa berubah yang akhirnya didominasi oleh golongan lelaki.

Selain itu, De Beauvoir juga telah menghasilkan karya “ The Women Destroyed”.
Dalam karya ini, teori yang digunakan dapat dilihat melalui satu naratif mengenai
seorang wanita berusia yang menjalani krisis kehidupan. Mengikuti kisah watak
utama kita yang mempunyai masalah dengan suami, anak lelakinya serta ideologi
politik dan sosialnya yang bertentangan, karya ini tidak memainkan stereotaip yang
biasa dikaitkan kepada wanita apabila individu lelaki dalam hidupnya secara
perlahan meninggalkan dirinya. Hal ini membawa kepada watak utama karya
tersebut kekurangan makna dalam hidup mereka. Karya ini dibaca dari sudut
perspektif orang pertama. Ini bermakna teori yang dinyatakan bertindak untuk
mengajak sekali para pembaca untuk turut serta mengalami perkara yang dihadapi
oleh watak karya tersebut. Melalui cara tersebut, para pembaca dapat bersimpati
dengan perkara yang berlaku dalam hidup watak utama karya tersebut.

Di samping itu, De Beauvoir juga menjadikan dirinya serta beberapa kenalannya


sebagai inspirasi untuk menghasilkan sebuah karya iaitu “The Blood of Others”.
Dalam karya ini, terdapat pelbagai watak yang diperkenalkan. Melalui watak-watak
ini, para pembaca akan mengikuti perjalanan dan keputusan yang dibuat oleh watak-
watak berkenaan. Setiap keputusan yang dibuat oleh setiap watak yang telah
diperkenalkan akan masing-masing memberi kesan kepada watak yang lain. Salah
satu watak dalam karya ini merupakan seorang wanita, Helene yang melawan
kehendak ibubapanya untuk bersama dengan seorang ahli kumpulan penentang,
Jean, ketika Perang Dunia Kedua berlaku. Dalam usaha Helene untuk melindungi
Jean, Helene telah mencuba untuk mengatur tempat kawalan Jean ke suatu tempat
yang lebih selamat. Walaupun tindakan Helene adalah untuk melindungi Jean, Jean
tidak menganggap begitu atas sebab pemikiran dan tujuan yang berbeza dengan
Helene. Melalui naratif pelbagai sudut pandangan ini, para pembaca dapat merasai
kekecewaan dan dilema yang dilalui oleh watak-watak karya tersebut. Dalam karya
ini, Simone mempersembahkan salah seorang watak utama iaitu Helene sebagai
seorang wanita yang menyayangi cinta mereka. Walaupun watak tersebut tipikal, tapi
ia mencerminkan kesetiaan yang ada pada seorang wanita yang sanggup melawan
demi cinta mereka.
Secara keseluruhan, teori sastera feminis membantu masyarakat untuk
menghuraikan karya-karya lama dan melihat karya tersebut melalui pandangan yang
baru dan lebih moden. Hasil daripada naratif-naratif dari sudut golongan wanita
dapat membantu masyarakat untuk menggambarkan dan membezakan sendiri
pengalaman watak wanita dalam buku dengan pengalaman golongan wanita dalam
realiti. Wakil wanita dalam kesusasteraan tidak kurang pentingnya dengan wakil
lelaki. Kepelbagaian sudut ini dapat menyumbang kepada penyusunan semula
stereotaip setiap jantina daripada idea lampau. Feminisme walaupun wujud pada
abad-abad yang lalu, hanya mula membuahkan hasil pada tahun-tahun yang lepas.
Ini memberi satu retrospektif terhadap perjalanan tokoh-tokoh lalu dalam
memperjuangkan hak mereka walaupun dikritik secara berterusan oleh golongan
lelaki yang menganggap perkara tersebut adalah mustahil.

You might also like