Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KKERTAS KERJA MENINGKATKAN PRASARANA SUKAN DAN KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(3), PUTRAJAYA

NAMA PROJEK
MENINGKATKAN PRASARANA KELAB BOLA JARING SK PUTRAJAYA PRESINT 8(3),
PUTRAJAYA.

PENDAHULUAN
Kemudahan sukan merupakan elemen penting bagi setiap murid untuk melaksanakan aktiviti
sukan dan kokurikulum di sekolah. Peralatan sukan yang disediakan oleh pihak sekolah hendaklah
mencukupi dan selamat untuk digunakan oleh semua murid sekolah. Peruntukan yang disediakan
oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membeli peralatan sukan telah digunakan
secara maksimum dan tidak mencukupi bagi sesesuatu permainan.

MATLAMAT
Projek dijalankan bertujuan untuk menambahbaik prasarana sukan dan memudahkan pengurusan
sukan sekolah untuk bersaing di peringkat sekolah, negeri mahupun kebangsaan dalam sukan
bola jaring.

OBJEKTIF
Objektif projek ini dijalankan ialah:
i) Meningkatkan kemudahan asas sukan sekolah supaya penggunaan kemudahan tersebut
dapat dioptimumkan untuk murid-murid khususnya peralatan sukan bola jaring.
ii) Memudahkan pengurusan sesuatu aktiviti sukan di peringkat sekolah, negeri mahu pun
kebangsaan.
iii) Menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan merealisasikan Dasar 1Murid
1Sukan (1M1S).

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Kelab Bola Jaring SK Putrajaya Presint 8(3), Putrajaya.

1
“ EIGHT THREE AWESOME ”
KKERTAS KERJA MENINGKATKAN PRASARANA SUKAN DAN KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(3), PUTRAJAYA

JAWATANKUASA INDUK PROJEK


Penasihat : Pn. Hajah Khaizulakmam bt Zulkifli (Guru Besar)
Pengerusi I : Pn. Samsiah bt Yusof (PK Kokurikulum)
Pengerusi II : Pn. Tuty Aryanti bt Mufip (PK Pentadbiran)
Pengerusi III : En. Mohammad Iqbal bin Kamudin (PK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : Pn. Nur Fatihah bt Mohamad Nor (Setiausaha Kokurikulum)
En. Rasul bin Rusli (Setiausaha Sukan)
Penyelaras : Pn. Alya Agilah bt Mohd Nasrudin (Kelab Bola Jaring)

SUMBER KEWANGAN
(i)

ANGGARAN HARGA PERALATAN SUKAN

ANGGARAN
BIL. PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH
(RM)
1. Tiang Gol 02 1000.00 2000.00

JUMLAH KESELURUHAN 2000.00

PENUTUP
Adalah diharapkan agar kemudahan tersebut dapat disediakan untuk murid-murid menjalankan
aktiviti sukan dan kokurikulum di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan.

Disediakan oleh : ..................................................... Tarikh : 25 MEI 2023


ALYA AQILAH MOHD NASRUDIN
Guru Penasihat Kelab Bola Jaring
SK Putrajaya Presint 8(3)

Disemak oleh : .................................................. Tarikh : .........................

Disahkan oleh : .................................................. Tarikh : .........................

2
“ EIGHT THREE AWESOME ”

You might also like