Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

LIGA BOLING TENPIN KELAB SUKAN DAN KEBUDAYAAN

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN


KUALA LUMPUR
2023

SYARAT PENYERTAAN

1. Kelayakan Penyertaan:
1.1 Warganegara Malaysia.
1.2 Seseorang yang sedang berkhidmat dan menerima gaji daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia yang bekerja secara tetap.
1.3 Guru, pegawai dan kaki tangan awam yang bertugas di bawah JPWPKL, PPW dan BTPNKL.
1.4 Guru, staf dan pegawai bertaraf sementara dan kontrak tidak layak menyertai pertandingan.
1.5 Pensyarah dan staff di Institut Pendidikan Guru di Kuala Lumpur.

2. Pendaftaran dan Bayaran :

2.1 Setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak RM 50 sebagai yuran


pendaftaran dan dibayar bersama borang penyertaan.
2.2 Pemain dikehendaki menghantar borang penyertaan dan serahkan kepada urusetia
pertandingan pada masa yang ditetapkan.
2.3 Bayaran wang cagaran RM 50 perlu dijelaskan semasa menghantar borang
penyertaan dan wang cagaran ini akan dipulangkan sekiranya pemain tiada bayaran
tertunggak atau tidak melanggar syarat pertandingan.
2.4 Setiap kali pertandingan liga pemain dikenakan bayaran berjumlah RM 50.
2.5 Pemain yang layak ke acara masters akan dikenakan bayaran berjumlah RM 60.
2.6 Pemain perlu menjelaskan bayaran pertandingan sebelum pertandingan pada
setiap sirkit termasuk acara masters.

3. Kategori Pertandingan:

3.1 Liga Lelaki


3.2 Liga Wanita
3.3 Masters Lelaki
3.4 Masters Wanita

4. Sistem Pertandingan:
4.1 Acara Liga:
i.Dijalankan sebanyak 8 kali pertandingan atau sirkit mengikut jadual.
ii.Pemain diwajibkan menyertai 8 kali pertandingan atau sirkit.
iii.Setiap pertandingan pemain akan bermain sebanyak 4 game.
iv. Mata yang diperoleh pada setiap pertandingan akan dikumpulkan hingga tamat 10
pertandingan.
v. Mata terbaik daripada 8 pertandingan akan dijumlahkan untuk menentukan
pemenang dan kedudukan dalam liga.
vi. Hanya 2 kali pengecualian dibenarkan sepanjang liga berlangsung, sama ada
1 “Post Bowl” dan 1 “Pre Bowl” atau 2 kali “Pre Bowl” ataupun 2 kali “Post Bowl”.

1
vii. Keputusan “Post Bowl” dan “Pre Bowl” mesti dicetak oleh pihak Megalanes.

4.2 Acara Masters:

i. 10 pemain terbaik daripada setiap kategori layak untuk menyertai kategori


masters.(*Tertakluk kepada penyertaan dan akan ditetapkan oleh penganjur)
ii. Acara masters akan dijalankan sebanyak 8 game.
iii. Pemain akan bergerak ke lane lain selepas setiap game.
iv. Pada game ke-8, pemain akan disusun mengikut urutun mata hasil jumlah pin
terkumpul sehingga game ke-7.
v. Pemain yang layak ke acara master akan dikenakan bayaran sebanyak RM 60
untuk menampung pembiayaan bayaran sewaan lane.
5. Hadiah Pemenang:

5.1 Liga:
i.Juara Liga - Wang Tunai, Trofi, Sijil dan Piala Pusingan
ii.Naib Juara Liga – Wang Tunai ,Trofi dan Sijil
iii.Ke-3 – Wang tunai, trofi dan Sijil
iv. Ke-4 hingga ke 10 – Wang tunai + Trofi+ Sijil
v. Jatuhan Pin Tertinggi L & P Setiap Sirkit – Voucher Bowling + Sijil
(Jika ada persamaan, pemenang akan ditentukan daripada jatuhan pin
tertinggi pada paling awal)
vi. Pemain Terbaik L & P Setiap Sirkit - Wang Tunai +Trofi+ Sijil
(Seorang pemain hanya layak mendapat sekali sahaja sepanjang liga
berlangsung)

5.2 Masters:

i. Johan – Trofi+ Wang Tunai + Sijil


ii. Naib Johan - Trofi + Wang Tunai + Sijil
iii. Ke-3 – Trofi + Wang Tunai + Sijil
iv. Ke-4 – Trofi + Wang Tunai + Sijil
v. Ke- 5 – Trofi + Wang Tunai + Sijil
vi. Ke 6 hingga 10 - Trofi + Sijil
vii. Jatuhan Pin Tertinggi L & P - Wang Tunai +Trofi+ Sijil
(Jika ada persamaan, pemenang akan ditentukan daripada jatuhan pin
tertinggi pada sirkit paling awal)

6. Menarik diri:

6.1 Pemain yang menarik diri sebelum liga berakhir tidak layak untuk mendapat tempat atau
kedudukan setelah berakhir liga dan namanya akan dikeluarkan daripada senarai peserta.
6.2 Wang pendaftaran dan wang cagaran tidak akan dipulangkan jika seseorang pemain itu
menarik diri.

7. Keperluan Pertandingan:

7.1 Segala keperluan pertandingan adalah tanggungjawab pemain.

2
8. Perkara-perkara lain:

9.1 Lima pemenang akan dipilih untuk mewakili KSKPPWPKL ke Kejohanan MSKPPM Tahun
berkenaan berdasarkan jumlah jatuhan pin Acara Liga dan Acara Master kecuali pemain
daripada IPG.
9.2 Sekiranya terdapat pemain daripada IPG yang berkedudukan nombor 1 hingga 5, lima
pemain terbaik mengikut urutan akan terpilih mewakili KSKPWPKL.
9.3 Pemain yang akan mewakili negeri ke PEKDIS Kebangsaan juga akan dipilih berdasarkan
kedudukan liga ini.
9.4 Bagi perkara yang tidak dinyatakan, jawatankuasa pengelola adalah berhak membuat
keputusan.
9.5 Segala keputusan adalah muktamad.

9. Undang-undang Pertandingan:

10.1 Selain peraturan Am, petandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Pertandingan Kongres
Boling Tenpin Malaysia (MTBC).
10.2 Sebarang kejadian di luar jangkaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan AM akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

10. Peraturan Tambahan:

11.1 Penyertaan dibuka kepada pensyarah dan staf Institut Pendidikan guru di Kuala Lumpur iaitu IPG Ilmu Khas
(Cheras), IPG Bahasa Antarabangsa dan IPG Bahasa Melayu (Lembah Pantai).
11.2 Penyertaan ini sebagai peserta jemputan dan layak menerima hadiah sekiranya menenangi kategori
hadiah kemenangan yang telah ditetapkan dalam kategori liga dan masters.
11.3 Pemain daripada (IPG) tidak layak mewakili KSKPPWPKL ke pesta MSKPPM.

You might also like