Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Sejarah pekan

Pekan merupakan sebuah bandar diraja negeri Pahang. Bandar Pekan dikatakan telah wujud sejak
abad ke 17. Pekan juga pernah menjadi ibu negeri Pahang pada tahun 1889 sehingga tahun 1998.

Berdasarkan penulisan Buyong Adil di dalam bukunya yang bertajuk Sejarah Pahang, masyarakat
Hindu asli pada suatu ketika dahulu memberikan gelaran ‘Pura’ kepada daerah itu yang bermaksud
bandar atau pekan di dalam bahasa Melayu.

Mengikut cerita orang tua-tua, bandar Pekan mendapat nama daripada sejenis bunga yang
dipanggil bunga pekan. Pokok bunga pekan ini banyak tumbuh di tebing sungai. Sepanjang Sungai
Pahang di daerah ini ditumbuhi oleh bunga pekan. Maka pemerintah pada masa tersebut
memberikan nama kawasan itu sebagai Pekan bersempena dengan nama bunga tersebut.

Walaupun terdapat kemasukan unsur-unsur moden di kawasan bandar Pekan, namun Pekan tetap
boleh dilihat dan dirasai sebagai sebuah bandar tradisi yang tenang dan aman dengan suasana
alam sekitar yang mempersonakan sehingga kini.

Sumber :
https://negeripahang.com/asal-usul-nama-pekan
https://lensapekan.blogspot.com/2019/06/asal-usul-nama-pekan-
pahang.html
https://www.mdpekan.gov.my/en/visitors/places-interest
KAMPUNG PASIR PANJANG, PEKAN PAHANG

Kampung Pasir Panjang merupakan sebuah kampung yang terletak di Pekan Pahang, iaitu sebuah negeri
di Malaysia. Poskod yang digunakan di Kampung Pasir Panjang, Pekan, Pahang ialah 26600. Penduduknya
pula majoriti berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Kampung Pasir Panjang merupakan sebuah perkampungan nelayan kerana lokasinya terletak di
persisiran Sungai Pahang. Sebahagian penduduknya bekerja sebagai nelayan, penternak dan pada
masa kini, terdapat juga bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Kampung Pasir Panjang
mempunyai kemudahan asas seperti sekolah, masjid, klinik desa dan terletak kira-kira 8 kilometer
dari bandar Pekan.

Kini, penduduknya semakin bertambah dan semakin maju. Namun, suasana kampung ini masih
kekal aman dan sentosa sehingga ke hari ini.

Sumber :

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Pasir_Panjang,_Pekan

https://mapcarta.com/15877734

Sejarah SK Pasir Panjang


SE
JA
RA
H
SE
KOini telah
Sekolah
LApada
dibina
tahunH1936

Ketika itu sekolah ini popular dengan


corak pendidikan sekolah pondok.

Sehingga pada tahun 1956, kementerian telah


mengagihkan peruntukan untuk membina sekolah yang
baru. Lokasinya terletak di hadapan bangunan sedia
ada sekarang.
Pada tahun 1962, bangunan baru telah dibina atas sebab bangunan
lama sentiasa mengalami masalah banjir. Bangunan tersebut
merupakan sebuah bangunan kayu setingkat.

Pada tahun 2003 bangunan baru yang lebih moden telah siap dibina dan digunakan
sehingga sekarang. Bangunan lama pula berfungsi sebagai kelas fardhu ain dan tempat
mesyuarat MPKK Kampung Pasir Panjang.

Kedudukan dan Koordinat


SK Pasir Panjang di Goole Earth

You might also like