Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SKAP1013 ALAM, MANUSIA DAN BUDAYA

SEMESTER 1 2022/2023
TAJUK: KUIZ SATU

NAMA PENSYARAH
PROF.MADYA DR. AZIMA BT. ABDUL MANAF
NAMA
RABIATUL ADAWIYAH BINTI JALIL
NO MATRIK
A193263

BERDASARKAN VIDEO YANG DISERTAKAN, JELASKAN EVOLUSI YANG


BERLAKU DALAM MASYARAKAT TANI
Pertanian merupakan sektor utama untuk penjanaan ekonomi sesebuah negara dan terpenting
sehingga ke hari ini. Semasa abad ke-18, semua masyarakat di Tanah Melayu menjalankan
aktiviti pertanian di tanah-tanah milik mereka sendiri secara kecil-kecilan. Hasil pertanian
yang mereka dapati pada waktu itu hanya bertujuan untuk dijadikan sumber makanan harian
bagi kelangsungngan hidup mereka. Masyarakat tani pada masa itu juga tidak lagi
menggunakan peralatan moden untuk menjalankan aktiviti pertanian. Malah mereka juga
hanya menggunakan ahli keluarga sebagai tenaga kerja dalam mengusahakan pertanian milik
mereka.
Masyarakat tani mengalami perubahan dari segi aktiviti pertanian secara berperingkat dan
bukannya secara drastik. Peralihan yang luar biasa dalam aktiviti pertanian adalah disebabkan
oleh pengenalan teknologi baharu dalam kehidupan. Segala perubahan yang berlaku didalam
aktiviti pertanian ini adalah berpunca daripada golongan penjajah yang datang ke Tanah
Melayu untuk meluaskan pengaruh mereka. Dengan kedatangan mereka memaksa
masyarakat mengubah cara pertanian secara tradisional ke cara pertanian secara moden yang
lebih efektif dan lebih menguntungkan. Kebanyakkan kawasan pertanian adalah di kawasan-
kawasan kampung. Terdapat pelbagai peralatan-peralatan moden yang telah diperkenalkan
dalam pengusahaan aktiviti pertanian.
Kebanyakkan kawasan di Tanah Melayu menjalankan aktiviti penanaman padi. Hal ini
disebabkan kerana, beras ialah merupakan makanan ruji bagi masyarakat di Tanah Melayu.
Peralatan-peralatan moden pertanian yang diperkenalkan adalah seperti mesin menanam padi,
mesin menuai padi,mesin membajak, mesin pemprosesan beras dan lain-lain. Sebelum
wujudnya peralatan-peralatan moden itu, masyarakat tani menggunakan peralatan tradisional
dalam menjalankan aktiviti pertanian. Antara peralatan tradisional yang digunakan dalam
penanaman padi ialah ‘tosung’ (tempat menumbuk padi) yang diperbuat daripada kayu, untuk
ditumbuk menggunakan penumbuk yang juga daripada kayu untuk memisahkan kulit padi daripada
isinya. Mereka juga menggunakan kerbau untuk membajak tapak semaian padi mereka itu. Mereka
akan mengambil masa yang lama apabila menggunakan peralatan tradisional dalam menjalankan
aktiviti pertanian.

Terdapat juga syarikat-syarikat yang menawarkan pertolongan bersama para masyarakat


dalam mengusahakan pertanian mereka. Tiga pilihan yang diberikan kepada masyarakat ialah
mereka menjalankan pertanian secara tersendiri dan semua hasil akan diserahkan kepada
petani. Kedua,mereka menawarkan perkhidmatan dengan bayaran tertentu dalam
pengusahaan pertanian diatas tanah milik masyarakat. Terakhir sekali, masyarakat
menyerahkan tanah kepada syarikat dan mereka akan melakukan segalanya dan pemilik tanah
akan mendapat 30% keuntungan. Selain daripada wujudnya teknologi pengeluaran dalam
aktiviti pertanian yang semakin kurang menggunakan tenaga manusia, faktor perubahan sikap
segelintir masyarakat tani juga menyebabkan mereka berubah menjadi masyarakat industri.
Mereka tidak lagi mahu tinggal di kawasan kampung untuk melakukan kerja-kerja pertanian
yang menjadi sumber utama ekonomi keluarga mereka pada suatu masa dahulu.

You might also like