Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

GGGB6012

PENULISAN AKADEMIK I
KERTAS KONSEP

TAHAP KESEDIAAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN DALAM


MENJALANI ON-THE-JOB TRAINING.

PENSYARAH : DR. NORHAYATI MOHAMAD

SITI NUR HASLINDA BINTI MD SALEH


P113635

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


2021
TAHAP KESEDIAAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN DALAM
MENJALANI ON-THE-JOB TRAINING.

SITI NUR HASLINDA MD SALEH


Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaaan Malaysia

Abstrak
Program On-the-job Training (OJT) merupakan salah satu elemen pembelajaran yang
terdapat dalam kurikulum diploma Kolej Vokasional. Ia merupakan pembelajaran
berasaskan kerja yang dijalankan dalam industri. Setiap bidang yang menawarkan
diploma vokasional perlu menjalankan program on-the-job training bagi menyediakan
pelajar untuk memasuki industri selepas bergraduat. Kajian ini dijalankan untuk melihat
tahap kesediaan pelajar dalam menjalani OJT dari segi aspek kemahiran, pengetahuan dan
kemahiran insaniah yang telah dipelajari sepanjang pengajian. Kajian ini akan
berfokuskan kepada bidang pertanian dan akan dijalankan ke atas pelajar tahun akhir
diploma vokasional. Kajian tinjauan menggunakan kaedah soal selidik akan dijalankan ke
atas pelajar di lima buah kolej vokasional pertanian seluruh Malaysia. Hasil kajian ini
akan dapat memberi manfaat kepada pelajar, pensyarah, institusi kolej vokasional,
Bahagian Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (BPLTV) dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kata kunci : Kolej Vokasional, On-the-job Training, Latihan Industri, kemahiran,


pengetahuan, kemahiran insaniah
Abstract
On-the-job Training program is one of the elements that in Vocational College diploma
curriculum. It is a work-based learning that needs to be implemented in industry. Every
field that offers diploma in vocational need to implement on-the-job training program to
prepare students for entering the industry after graduate. This research is going to be
conducted to see the readiness level of student while in OJT from practical, knowledge
and soft skills that have been learned throughout the studies. This research will focus on
Agriculture Field and will be conducted on diploma final year students. Survey using
questionnaire method will be given to students from five agricultural vocational college
in Malaysia. The result from this research will be beneficial to students, lecturers,
vocational college, Technic and Vocational Training Division and Ministry of Education.
Keywords: Vocational College, On-the-job Training, Industrial Training, skills,
knowledge, soft skills

1.0 Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah meletakkan pendidikan teknikal dan vokasional
(TVET) sebagai salah satu bidang teras yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan modal
insan yang berkemahiran dan berkualiti serta memenuhi hasrat negara dalam melahirkan
ramai tenaga kerja mahir. Transformasi Kolej Vokasional dibawah Bahagian Pendidikan
Latihan Teknik dan Vokasional (BPLTV) memulakan misi ini dengan pelajar yang lebih
muda berusia 16 tahun dan akan diberi pendedahan bagi menguasai bidang kemahiran
yang dipilih seterusnya akan mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut di alam
pekerjaan. Oleh yang demikian, jalinan antara institusi pendidikan dan industri telah
menjadi salah usaha bagi memastikan bakal tenaga kerja yang dihasilkan di institusi
masing masing menepati kehendak industri (Hasanefendic et al., 2016).

Dalam struktur kurikulum Diploma Kolej Vokasional memperuntukkan


pembelajaran secara kerja atau pun dikenali sebagai On-the-Job Training sehingga 6
bulan sebagai persediaan pelajar untuk ke alam pekerjaan. Pembelajaran berasaskan kerja
juga dikenali sebagai Latihan Industri (LI) merupakan suatu pendekatan pembelajaran
yang kini menjadi salah satu strategi pendidikan utama di dunia (Hasan et.al, 2015).
Tujuan latihan industri menurut Hasanefendic et.al (2016) adalah untuk mewujudkan
sinergi antara pengetahuan, bekerja dan belajar dan aplikasi pengetahuan praktikal dalam
situasi kerja sebenar. Latihan juga akan mempercepatkan pelajar mengenal pasti
kelemahan dan keupayaan masing-masing bagi mengurangkan jurang antara keadaan
sedia ada dengan jangkaan kerja seperti yang ditetapkan oleh organisasi (Halizawati &
Irni Norsuhana, 2017).

Berdasarkan tafsiran dalam Garis Panduan OJT Kolej Vokasional (2015), On-the-
Job Training ialah latihan dalam suasana pekerjaan sebenar di agensi kerajaan atau swasta
dan wajib diikuti oleh setiap pelajar selama tempoh empat bulan setelah tamat semester
lapan seperti terkandung dalam Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) (BPLTV,
2015). Dalam garis panduan ini juga dinyatakan bahawa antara objektif pelaksanaan OJT
ini adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan ditempat
kerja. Selain itu, pelajar dapat berkomunikasi secara berkesan dan menambahbaik
kemahiran berinteraksi selain mengamalkan kerja berpasukan. Seterusnya, pelajar dapar
meningkatkan tahap prosfesionalisme dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur
dan kaedah-kaedah di dalam organisasi. Akhir sekali, pelajar dapat menerangkan tugas-
tugas yang diberikan dalam tempoh OJT mengikut format yang ditetapkan.

KSKV Diploma terdiri daripada tiga domain pembelajaran iaitu kognitif bagi
pengetahuan dan pemahaman dalam bidang pengkhususan yang diikuti, psikomotor bagi
kemahiran praktikal dalam bidang dan afektif bagi kemahiran insaniah yang diperlukan
bagi melahirkan graduan yang kompeten terutama dalam bidang.Ketiga-tiga domain ini
perlu dikuasai oleh pelajar untuk mereka memasuki pasaran kerja TVET yang kini
memuncak. Menurut Affero dan Zeti (2020), individu yang ingin memasuki bidang
kemahiran teknikal perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi.
Kajian daripada Mesheta dan Norazah (2020) mendapati bahawa majikan mempunyai
permintaan tinggi kepada kemahiran employabiliti dan aspek kemahiran teknikal.

1.1 Penyataan Masalah

Berdasarkan Laporan Tahunan 2019 PPPM 2013-2025, kebolehpasaran graduan


Kolej Vokasional adalah indikator kepada akses pendidikan teknikal dan vokasional yang
berkualiti. Oleh itu dengan meningkatkan kompetensi graduan KV dapat memenuhi
keperluan industri domestik dan antarabangsa. Kualiti graduan KV perlu dititikberatkan
ketika pelajar dalam semester OJT agar setelah tamat pengajian, pelajar boleh terus masuk
ke dalam pasaran kerja dengan membawa pengetahuan, kemahiran praktikal dan
kemahiran insaniah yang telah dibangunkan dengan baik sepanjang tempoh pengajian di
Kolej mahupun ketika OJT. Selain memberi kesan terhadap majikan tempat OJT, tahap
kebolehkerjaan graduan juga mewakili petunjuk terhadap keberkesanan institusi
pendidikan yang melahirkan graduan (Fadhilah et al. 2018).

Disebabkan perubahan dalam permintaan industri pada masa ini, maka satu
perbezaan atau jurang kemahiran dikesan di antara permintaan pihak industri dan graduan
yang dikeluarkan oleh sistem pendidikan. Jurang ketidakupayaan dan kesediaan bekerja
setiap graduan baharu akan menyebabkan majikan tidak mengambil mereka bekerja
sekaligus menyumbang ke arah peningkatan kadar pengangguran (Azmi et al. 2018).
Omar, Muhd (2020) berpendapat objektif penubuhan kolej vokasional perlu digaris
semula dari segi penggubalan kurikulum dan unjuran graduan keluar, sama ada mereka
ingin terus bekerja dalam industri atau melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Perbezaan kelayakan akademik seharusnya bukan penghalang untuk menempuh alam
pekerjaan atau pun menyambung pengajian. Orientasi pekerjaan masa kini bukan hanya
melihat pencapaian akademik, sebaliknya kemahiran dan kemampuan melaksanakan
tugas diamanahkan majikan (Omar, Muhd, 2020).

Jika terdapat jurang dalam jenis kemahiran yang diperlukan oleh industri dengan
kurikulum yang dibina, ia boleh menjadi punca mengapa terdapat pelajar yang tidak terus
bekerja dalam bidang selepas tamat OJT. Nikhat dan Zebun Khan (2017) juga menyatakan
sekiranya tidak terdapat kerelevanan kursus yang ditawarkan dan kemahiran yang
diterapkan oleh institusi pendidikan dengan kerjaya pilihan, maka peluang untuk
mendapat pekerjaan dalam bidang tersebut tidak dapat ditingkatkan. Graduan kolej
vokasional perlu menguasai setiap kemahiran yang diperlukan majikan supaya mereka
lebih bersedia dalam menghadapi cabaran dan persaingan dalam mendapatkan pekerjaan,
kerana modal insan yang baik adalah tenaga kerja yang mempunyai kedua-dua kemahiran
akademik dan kebolehkerjaan (Othman et.al., 2020). Beberapa isu berkaitan personaliti
peribadi telah di kenal pasti terhadap bakal graduan KV semasa menjalani On-The Job
Training (OJT) yang mana terdapat pelajar yang lemah dalam aspek komunikasi, kurang
mahir menulis laporan, dan tidak berdisiplin (Abdul Musid et.al.,2018)
1.2 Tujuan Kajian

Bagi melihat jurang antara kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi dan
kemahiran insaniah yang dibangunkan dalam diri pelajar dalam tempoh pengajian dengan
aplikasi di lapangan semasa OJT, kajian ini dilakukan.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi :

i. Mengenal pasti tahap kesediaan pelajar diploma KV Pertanian dari segi


kemahiran dalam memenuhi kehendak majikan dalam industri semasa OJT.
ii. Mengenal pasti tahap kesediaan pelajar diploma KV Pertanian dari segi
pengetahuan dalam memenuhi kehendak majikan dalam industri semasa
OJT
iii. Mengenal pasti tahap kesediaan pelajar diploma KV Pertanian dari segi
kemahiran insaniah dalam memenuhi kehendak majikan dalam industri
semasa OJT
iv. Mengenalpasti hubungan antara demografi terhadap tahap kesediaan dari
segi kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan di
industri semasa OJT.
v. Mengenalpasti hubungan antara sikap terhadap tahap kesediaan dari segi
kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan di industri
semasa OJT.

1.4 Soalan kajian

Antara persoalan kajian yang ingin diketahui jawapannya :

i. Apakah tahap kesediaan pelajar diploma KV Pertanian dari segi kemahiran


dalam memenuhi kehendak majikan dalam industri semasa OJT?
ii. Apakah tahap kesediaan pelajar diploma KV Pertanian dari segi
pengetahuan dalam memenuhi kehendak majikan dalam industri semasa
OJT?
iii. Apakah tahap kesediaan pelajar diploma KV Pertanian dari segi kemahiran
insaniah dalam memenuhi kehendak majikan dalam industri semasa OJT?
iv. Adakah terdapat hubungan antara demografi terhadap tahap kesedian dari
segi kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan di
industri semasa OJT?
v. Adakah terdapat hubungan antara sikap terhadap tahap kesediaan dari segi
kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan di industri
semasa OJT?

1.5 Kerangka konsep

Model Iceberg 1996 Hay Mcber digunakan dalam membina kerangka konsepsual
kajian. Ini sejajar dengan objektif kajian untuk melihat tahap kesediaan pelajar dari aspek
kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah serta sikap pelajar. Peningkatan
kemahiran dan pengetahuan boleh dikuasai melalui kursus atau latihan. Berdasarkan
model tersebut, jelas digambarkan bahawa kemahiran dan pengetahuan merupakan
kompetensi yang mudah dikenal pasti dan diukur. Manakala nilai adalah faktor yang
menentukan kecemerlangan seseorang dalam pelaksanaan tugasnya. Model ini
menggambarkan bahawa kompetensi merupakan iceberg yang di atasnya menunjukkan
pengetahuan dan kemahiran manakala bahagian bawahnya terdiri dari komponen ciri-ciri
peribadi (Norfariza dan Nurfadilah, 2018). Kerangka ini dibina berdasarkan teori
bahawa sekiranya kompetensi sikap yang terlindung itu dapat dikeluarkan dan
digabungkan dengan kompetensi yang sedia terlihat seperti pengetahuan dan
kemahiran, maka akan menghasilkan suatu input yang lebih baik dan komprehensif
dalam kesediaan pelajar menjalani OJT (Nurul Farhanah dan Mohd Faisal, 2021).
Rajah 1 : Kerangka konsep berasaskan Model Iceberg 1996 (Adaptasi : Nurul
Farhana & Mohd Faisal. 2021)

2.0 Sorotan Kajian

2.1 Kolej Vokasional


Kolej Vokasional merupakan institusi pendidikan yang memfokuskan kepada
bidang kemahiran. Kolej Vokasional adalah organisasi pembelajaran, yang ideal untuk
menangani perubahan persekitaran luaran, untuk mengurus perubahan organisasi, inovasi
serta keberkesanannya (Kools & Stoll, 2016: Ahzan Salwana, 2021.) Selain itu, Kolej
Vokasional boleh menjadi organisasi pembelajaran yang dikembangkan untuk
mendorong pembelajaran individu, berpasukan dan organisasi pada tahap maksima
(Dadang Hartanto, 2020)

Menurut Fazlinda dan Azlina (2021), Kolej Vokasional menggunakan sistem modul
dalam kurikulum yang memfokuskan kepada kemahiran teknikal yang berkaitan bagi
setiap bidang yang ditawarkan. Kolej Vokasional juga perlu melengkapkan pelajar dengan
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk berjaya dalam masa depan yang
tidak menentu dan sentiasa berubah (Ahzan Salwana et.al,2021)

2.2 On-the-job Training


On-the-job Training (OJT) atau turut dikenali sebagai Latihan industri adalah satu
bentuk pembelajaran berasaskan pekerjaan atau work-based learning. OJT dijalankan di
Kolej Vokasional sehingga 6 bulan bagi sebagai transisi pelajar mengaplikasikan
pembelajaran mereka ke alam pekerjaan dengan kawalan oleh institusi Kolej Vokasional.
Menurut Norhidayah et.al, (2021), latihan industri dapat mendedahkan pelajar kepada
situasi sebenar semasa bekerja disamping meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
mereka.
Selain itu, dengan latihan, pelajar akan lebih cepat mengenalpasti kelemahan dan
keupayaan mereka sekaligus dapat mengurangkan jurang antara keadaan semasa dnegan
jangkaan kerja yang telah ditetapkan oleh institusi (Halizawati dan Irni Norsuhana, 2017).
Latihan industri menurut Hasanefendic, Heitor, dan Horta (2016) adalah bertujuan
mewujudkan sinergi antara pengetahuan, bekerja dan belajar serta aplikasi pengetahuan
praktikal dalam situasi kerja sebenar.

2.3 Kemahiran, Pengetahuan dan Kemahiran Insaniah

Pada masa ini, perubahan struktur kerjaya menunjukkan keperluan kemahiran


kerjaya yang membolehkan pelajar dalam bidang TVET untuk menyesuaikan diri dalam
dunia ekonomi yang sentiasa berubah (Zahari & Omar, 2021). Menurut Ebenehi
et.al,(2021), perubahan struktur ini telah menjana keperluan pekerja mahir yang dapat
membantu dalam penyesuaian kerjaya yang berubah-ubah.
Namun menurut Rashid (2011), kemahiran kerja pada masa ini tertumpu kepada
kemahiran praktikal dan komunikasi dalam industri yang tidak dapat diajar di dalam bilik
darjah. Hasil kajian Zuhdi, Nizam dan Ruhizan (2017), mendapati para graduan tidak
mempunayi kemahiran yang sepadan dengan keperluan industri selain mendapatai
Malaysia menghadapi masalah kekurangan pekerja mahir dalam industri. Hubungan
kerjasama yang wujud antara industri dan institusi latihan sebagai penyelesaian terhadap
kelemahan kemahiran, pengetahuan dan sikap graduan dipersoalkan oleh Moses et.al
(2016).

3.0 Kesimpulan

Kajian ini dijangka dapat mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dalam aspek
kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah dalam menjalani On-the-job Training.
Berdasarkan pembelajaran diploma selama 2 tahun di kolej vokasional, dijangka tahap
kesediaan pelajar berada di tahap sederhana dan ke atas. Selain itu, dengan hasil kajian
ini, dapat melihat kembali kerelevenan kursus-kursus yang ditawarkan kepada pelajar
sepanjang pengajian mereka. Hasil kajian ini juga dapat menilai keberkesanan kurus-
kursus yang dipelajari oleh pelajar. Dengan tempoh OJT yang akan dijalani, dijangka hasil
kajian dapat menunjukkan peningkatan tahap kemahiran, pengetahuan dan kemahiran
insaniah pelajar diploma Kolej Vokasional. Kajian ini akan memberi impak kepada
pelajar, pensyarah, Kolej Vokasional, pihak industri, Bahagian Pendidikan Latihan
Teknik dan Vokasional dan Kementerian Pendidikan Malaysia

Rujukan
Abd Samad, N., Tuan Ahmad, T. A., Ismail, A., Amiruddin, M. H., & Mohd Nor, S. N.
F. (2017). Kerangka Pembelajaran Berasaskan Proses Kerja Kurikulum Standard
Kolej Vokasional (Kskv) Diploma Vokasional Malaysia. Online Journal for TVET
Practitioners, 2(2).
Abdul Musid, N., Mohd Affandi, H., & Abas, & N. H. (2018). The Soft Skill Elements in
an On-Job Training (OJT) (Organisation) Assessment Rubric for Construction
Technology Students in Malaysian Vocational Colleges. Journal of Technical
Education and Training, 11(3).
Affero Ismail & Zeti Kasman.2020. Pembangunan Kompetensi Kemahiran Teknikal Bagi
Sektor Pengangkutan Di Malaysia. ATIKAN 10(1): 75-88.
Ahzan Salvina W.A., Jamal.N.Y., Zahari H.2021. Conceptual Framework of Learning
Organizations in Vocational College. EasyChair.
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.(2017). Maklumat pendidikan Transformasi
Pendidikan Vokasional. Dicapai daripada .
Dadang Hartanto (2020), Pentingnya Organisasi Bertahan Melalui Organisasi
Pembelajaran, Pros. SemNas. Peningkatan Mutu Pendidikan Volume 1, Nomor 1,
Januari 2020 Halaman 578-585 E-ISSN: 2745-5297.
Ebenehi, A. S., Rashid, A. M. & Bakar, A. R. 2016. Predictors of Career Adaptability
Skill among Higher Education Students in Nigeria. International Journal for
Research in Vocational Education and Training (IJRVET) 3(3): 212-229.
Fadhilah, A. R., Noraini, M. N., Noreliza, A. M., & Chua, K. H. (2019). Analysis on the
Employability Skills of UNITEN Graduates in Engineering Program. In
Proceedings of the 2018 IEEE 10th International Conference on Engineering
Education, ICEED 2018 (pp. 34-38). Institute of Electrical and Electronics
Engineers
Fazlinda A.H. & Azlinda A.M. 2021. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan
Pembelajaran Berbantukan Permainan Digital Pelajar Kolej Vokasional. Online
Journal for TVET Practitioners 6(2): 123-133.
Halizawati, Irni Norsuhana. 2017. Latihan Industri: Keberkesanan Terhadap Peningkatan
Kemahiran Pelajar Fesyen Dan Pakaian Dipoliteknik Ibrahim Sultan. e-Proceedings
iCompEx17 Academic Paper, hlm. 20-30
Hasan, A., Yasin, S. N. T. M., & Yunus, M. F. M. (2015). A Conceptual Framework For
Mechatronics Curriculum Using Stufflebeam CIPP Evaluation Model. Procedia-
Social and Behavioral Sciences, 195, 844-849.
Kools, M., & Stoll, L. (2016). What makes a school a learning organisation? Paris, France:
OECD Publishing.
Masheta Mohd Noor & Norazah Abdullah.2020. Persepsi Majikan Terhadap Pelajar Kolej
Komuniti Jempol Semasa Menjalani Latihan Industri [Employer Perception of
Kolej Komuniti Jempol Students During Industrial Training]. BITARA International
Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080) 3(4):
26-35.
Mohd Zuhdi, I., Mohd Nizam, A. & Ruhizan, M. 2017. Ketidaksepadanan Kemahiran
Dan Kolaborasi Industri–Institusi Pltv Di Malaysia: Satu Cadangan Penyelesaian.
SkillsMalaysia Journal 3(1): 17-22.
Moses, K. M., Muladi, M. & Wibawa, A. P. 2017. The Linkage between Vocational High
School Cooperation with Industries in Field of Information Technology in Malang.
1st International Conference on Vocational Education And Training (ICOVET
2017), hlm. 12-15.
Nikhat & Zebun Khan. 2017. Attitude of Teachers Towards in Service Training for the
Improvement in Quality of Teaching at School Level. International Education and
Research Journal (IERJ)ISSN: 2254 -9916. 3. 73 -75.
Norhidayah, M., Nursabila, R., Shahnun, M. & Mujahideen, H. A. 2021. Keberkesanan
Latihan Industri Ke Atas Pelajar Tahun Akhir-Satu Ulasan. International Journal
of Education and Pedagogy 3(1): 228-231.
Nurul Farhana R. & Mohd Faisal M. 2021. Tahap Pengetahuan, Kemahiran Dan Sikap
Guru Pendidikan Islam (Gpi) Terhadap Kesediaan Pengajaran Dan Pembelajaran
(Pdp) Mod Atas Talian. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH) 6(10): 82-89.
Othman, M., Haron, Z., & Othman, N. (2020). Hubungan Tahap Pengurusan Masa dengan
Pencapaian Akademik Pelajar On-The Job Training Kolej Vokasional. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 45(1SI), 1-8.
PADU.2020. Laporan Tahunan 2019 Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia 2015 -
2025. Dicapai daripada
Ramli, M. A., Mustapha, R. & Abd Rahman, R. 2018. Hubungan Kemahiran
Kebolehkerjaan Pelajar Kolej Vokasional Pertanian Dengan Kesediaan
Menghadapi Revolusi Industri 4.0. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life
Long Learning 2(1): 1-15.
Rashid, A. M. 2011. Career Development Interventions in Technical and Vocational
Schools in Malaysia. The Journal of Human Resource and Adult Learning 7(2): 23.
Sandra Hasanefendic, Manuel Heitor, Hugo Horta.2016. Training Students For New Jobs:
The Role Of Technical And Vocational Higher Education And Implications For
Science Policy In Portugal. Technological Forecasting and Social Change,Volume
113, Part B.
Survei Tenaga Buruh.(2021). Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai daripada
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=124&bul
_id=QjdwRnBlSkxBcXczLzhzbHNKVTJRQT09&menu_id=Tm8zcnRjdVRNW
WlpWjRlbmtlaDk1UT09
Zahari, Z., & Omar, M. K. (2021). Pendekatan Kebolehsuaian Kerjaya dalam kalangan
Pelajar Kolej Vokasional di Selangor. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities(MJSSH), 6(1), 52 - 60.

You might also like