Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Kebersediaan Pelajar Sebagai Petugas

Suruhanjaya Pilihan Raya

Muhammad Haziq Azali1, Zahrina Nurhawa2, Nur Erysha


Syazreyna1, Noor Ashira1, Nurul Nadzirah1, Muhammad
Amsyar Hakim1, Nur Syafiqah1, Muhammad Fikri1

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun


1

Hussein Onn Malaysia

Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi


2
Maklumat,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Haziq@uthm.edu.my

DOI: https://doi.org/10.30880/ahcs.0000.00.00.000

Received 16 November 2022; Accepted 5 January 2023; Available online 5 January 2023

Abstrak: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) (Election


Commission of Malaysia) ialah sebuah suruhanjaya yg
menyelia,mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di
Malaysia. Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan
kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan
Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil
jika berlaku kekosongan. Bagi mengadakan pilihan raya ini, petugas SPR
menjalankan tanggungjawab penting bagi menjamin kelancaran proses
mengundi ketika pilihan raya. Berikutan undi18 sudah diwartakan,
permintaan sebagai petugas SPR semakin meningkat. Kebersediaan
pelajar untuk menjadi petugas SPR dilihat sebagai permasalahan yang
perlu dibincang dan diselesaikan.

1
Keywords: Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, pilihan raya, dewan rakyat, dewan
undangan negeri, mengundi, undi18, petugas SPR, kebersediaan, pelajar

1. Pengenalan

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, pilihan raya merupakan pemilihan umum yang
diadakan untuk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya. Pilihan raya
yang diadakan untuk mengisi satu atau beberapa kekosongan kerusi sahaja di Parlimen yang timbul
selain disebabkan oleh pembubaran Parlimen atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. (Kamus
Dewan Edisi Keempat)

1.1 Pengenalan tambahan

Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem
pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu sama ada perwakilan berkadar atau sistem majoriti.
Sistem pilihan raya mementingkan pemenang atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang
diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang akan menjadi tumpuan kerana mereka akan
mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu, cara
pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu, pilihan raya
kebiasaannya dipantau oleh sebuah badan bebas iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya.

Selain itu, senarai daftar pengundi yang menyimpan butiran lengkap mengenai semua pengundi
yang layak bagi sesuatu kawasan. Senarai ini disediakan oleh badan yang menguruskan pilihan raya
seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Malaysia. Kebiasaannya senarai ini dibahagikan menurut
kawasan pilihan raya sama ada di peringkat negeri untuk dewan undangan negeri atau peringkat
parlimen. Individu yang tersenarai dalam kertas ini layak mengundi di kawasan tersebut. Contohnya,
senarai pengundi yang dipamerkan oleh SPR di tempat awam untuk semakan sebelum pilihan raya
diadakan. (Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu)

Antara persediaan pelajar sebagai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah membuat
persediaan dengan menyiapkan segala peralatan bagi kemudahan pengundi yang hadir pada hari
pilihan raya yang telah ditetapkan. Selain itu, pelajar tersebut akan membuat ulangkaji terlebih dahulu
perkara-perkara yang berkaitan dengan pilihan raya. Hal ini supaya mereka lebih memahami setiap
peraturan yang berkaitan dengan pilihan raya. Seterusnya, persediaan yang dilakukan adalah petugas
SPR akan menggantungkan kain rentang di luar pagar sekolah bagi menandakan sekolah itu menjadi
pusat mengundi. Hal ini akan memudahkan setiap calon mengundi untuk menjalankan
tanggungjawabnya.

1.2 Pengenalan tambahan tajuk kecil

Permasalahan yang dapat dalam kajian ini berkaitan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
(Election Commission of Malaysia) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola dan
bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan
Malaysia memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya
umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika
berlaku kekosongan. Bagi mengadakan pilihan raya ini, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
menjalankan tanggungjawab penting bagi menjamin kelancaran proses mengundi ketika pilihan raya.

2
Berikutan undi18 sudah diwartakan, permintaan sebagai petugas SPR dilihat sebagai permasalahan
yang perlu dibincang dan diselesaikan.

2.0 Metodologi

2.1 Pendahuluan

Metodologi ialah analisis teori dan sistematik kaedah yang digunakan untuk bidang pengajian.
Metodologi terdiri daripada analisis teoritis mengenai kaedah dan prinsip yang berkaitan dengan
cawangan pengetahuan (Irny, S.I. dan Rose, A.A. ,2005). Kajian ini berbentuk tinjauan. Kajian
tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan data-data kuantitatif dan
kualitatif yang dipungut melalui soal selidik dan temu bual atau rujukan (Soo Yew Phong, 2011).
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kebersediaan pelajar untuk menjadi seorang
petugas SPR dan mengenalpasti langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjamin kecukupan
petugas SPR pada masa akan datang. Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik yang
mengandungi tiga bahagian untuk mencapai objektif kajian yang dibuat. Soalan dalam borang soal
selidik merupakan soalan-soalan yang berkenaan dengan tajuk kajian ini iaitu kebersediaan pelajar
sebagai petugas pilihanraya. Borang soal selidik ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B. Empat buah soalan yang disediakan di bahagian A adalah untuk mendapatkan data-data
pelajar. Bagi bahagian B pula, pengkaji menyediakan 15 buah soalan. Di bahagian ini, terdapat lima
soalan yang menggunakan skala guttman, lima soalan yang menggunakan skala likert dan lima soalan
yang diberikan adalah berbentuk pemilihan jawapan yang betul. Bahagian ini adalah untuk mengkaji
tahap pengetahuan pelajar-pelajar terhadap pilihan raya, tugas-tugas ahli SPR dan pendapat pelajar
untuk menjadi seorang ahli SPR.

3
Jadual 1: Skala Guttman

Ya Tidak

Jadual 2: Skala Likert

Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

Rujukan merupakan salah satu cara untuk menyokong hasil dapatan kajian ini. Menurut
Laman Web Rasmi Pusat Rujukan Persuratan Melayu, rujukan bermaksud keterangan lanjutan
mengenai sesuatu atau sumber untuk dirujuk. Dari peringkat awal kajian, sumber-sumber rujukan
daripada internet telah digunakan untuk dijadikan rujukan kajian ini. Artikel-artikel kajian lain adalah
rujukan utama yang digunakan untuk kajian ini seperti artikel “Peranan Belia Dan PRU-14 Di Sabah:
Kajian Kes di P.188 Silam” oleh Ramli Dollah, Nordin Sakke, Wan Shawaluddin Wan Hassan, Marja
Azlima Omar, & Adi Jafar. Rujukan yang berbentuk E-buku juga turut digunakan dalam kajian ini
iaitu E-buku “Pengukuran Dalam Bidang Pendidikan” oleh Prof Dr. H. Djaali, dan Dr. Pudji Muljono.
Instrumen kajian adalah alatan atau cara yang digunakan oleh pengkaji untuk penyelidikan mereka.
Instrumen kajian ini digunakan sebagai keperluan asas yang sangat penting untuk mengumpulkan
maklumat dan data-data bagi memulakan sesuatu penyelidikan. Hasil daripada penggunaan instrumen
kajian ini akan digunakan untuk dikaji, dikira dan dijadikan rujukan. Kaedah instrumen kajian ini
terbahagi kepada dua iaitu kualitatif dan kuantitatif. Bagi kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen
kajian berasaskan rujukan (kualitatif) dan borang soal selidik (kuantitatif). Seramai 30 orang pelajar
Kursus Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia Sesi 20222023 di UTHM telah
bekerjasama dalam menjawab soalan di borang soal selidik yang diedarkan. Borang soal selidik telah
disediakan dalam bentuk maya dengan menggunakan laman web Google Form.Pengedaran borang
soal selidik adalah melalui media sosial seperti aplikasi Telegram dan Whatsapp.

3. Keputusan dan perbincangan

4
Kenyataan Bilangan
1. Jujur dan amanah merupakan nilai utama yang perlu ada pada seorang petugas SPR.
YA 33
TIDAK 0
2. Adakah pengundi biasa diwajibkan untuk hadir ke tempat mengundi?
YA 32
TIDAK 1
3. Adakah kad pengenalan merupakan salah satu dokumen pengenalan diri yang penting
dibawa ketika mengundi?
YA 33
TIDAK 0
4. Jika tidak membawa kad pengenalan, adakah lesen memandu dibenarkan untuk dibawa
mengundi?
YA 19
TIDAK 14
5. Adakah pemilih dibenarkan untuk memakai baju parti yang disokong ketika mengundi?
YA 6
TIDAK 27
6. Anda bersetuju untuk memikul tanggungjawab sebagai petugas SPR.
SANGAT SETUJU 12
SETUJU 19
TIDAK SETUJU 2
SANGAT TIDAK SETUJU 0
7. Anda mengetahui prosedur pilihanraya secara menyeluruh.
SANGAT SETUJU 12
SETUJU 19
TIDAK SETUJU 2
SANGAT TIDAK SETUJU 0
8. Penyediaan saluran khas di tempat mengundi untuk warga tua,orang kurang upaya dan
wanita mengandung amat diperlukan.
SANGAT SETUJU 26
SETUJU 7
TIDAK SETUJU 0
SANGAT TIDAK SETUJU 0
9. Jika pemilih dengan sengaja enggan menunjukkan jari telunjuk kiri, ketua tempat mengundi
berhak untuk tidak memberikan kertas undi.
SANGAT SETUJU 13
SETUJU 14
TIDAK SETUJU 6
SANGAT TIDAK SETUJU 0
10. Ketua tempat mengundi berhak untuk enggan memberikan kertas undi jika pemilih
enggan memberikan keterangan diri.
SANGAT SETUJU 19

5
SETUJU 13
TIDAK SETUJU 1
SANGAT TIDAK SETUJU 0

Dapatan hasil kajian menunjukkan sebanyak 100% responden menyatakan ya tanda bersetuju
bahawa jujur dan amanah merupakan nilai utama yang perlu ada pada seorang petugas SPR. Daripada
dapatan hasil kajian juga, dapat dilihat bahawa tiada seorang respoden pun tidak bersetuju dengan
pernyataan ini. Jujur serta amanah merupakan satu sikap terpuji yang perlu ada dalam diri setiap
orang. Seseorang yang jujur dapat menjamin sesuatu keputusan yang berkualiti. Seperti mana yang
diketahui petugas SPR merupakan orang yang bertanggungjawab dalam proses pengundian. Jadi sikap
jujur dan amanah sememangnya perlu ada dalam diri setiap petugas SPR. Hal ini demikian kerana,
sekiranya petugas SPR sendiri tidak jujur, pasti keputusan yang diperolehi dalam pilihan raya adalah
salah dan palsu. Oleh sebab itu, kesemua responden bersetuju dengan menyatakan bahawa sikap jujur
dan amanah itu penting serta perlu ada. Petugas yang bersikap jujur serta amanah akan menjalankan
tugas dengan penuh keikhlasan. Sifat jujur yang ada juga dapat menjadi benteng agar seseorang
petugas itu sentiasa terhindar daripada terjebak dengan perkara yang tidak betul seperti amalan rasuah
semasa proses pilih raya. Hal ni dikatakan sedemikian kerana amalan rasuah merupakan amalan yang
semakin berleluasa di dalam politik pada masa kini. Amalan ini dapat diibaratkan seperti isi dengan
kuku. Namun, perkara ini dapat dibanteras sekiranya sifat jujur dan amanah dipupuk bermula dalam
diri petugas SPR. Al-Mawardi mengingatkan ahli politik dengan membawa sepotong hadis yang
bermaksud, apabila pemimpin berniaga, maka binasalah rakyat. Kenyataan ini seterusnya disokong

6
dengan Ibnu Khaldun dengan mengukuhkan syarat itu, apabila seorang Menteri melibatkan diri dalam
perniagaan, Menteri tersebut mungkin cuai dalam tugasnya dan kebarangkalian untuk melakukan
penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan adalah tidak mustahil (Rasuah dalam politik Jurnal).
Walau bagaimanapun, dengan adanya sifat jujur dan amanah, bukan sahaja keputusan sesuatu politik
menjadi benar malah sifat ini juga sekaligus akan membanteras amalan rasuah yang semakin
berleluasa ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap jujur dan amanah sememangnya amat
penting dan perlu dijadikan syarat utama bagi semua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya. Oleh sebab
itu, 100% responden memilih untuk bersetuju dengan soalan ini.

Bagi kenyataan adakah pengundi biasa diwajibkan untuk hadir ke tempat mengundi pula,
seramai 97% orang responden menyatakan ya tanda beretuju dengan kenyataan ini. Sebaliknya, hanya
3% responden sahaja tidak bersetuju. Berdasarkan hasil dapatan telah menunjukkan bahawa hamper
kesemua responden mempunyai ciri-ciri kebersediaan untuk menjadi petugas SPR. Umum mengetahui
bahawa, terdapat pelbagai kategori pengundi antaranya ialah pengundi biasa, pengundi pos dan
pengundi luar negara. Bagi kategori pengundi biasa sememangnya diwajibkan untuk hadir ke tempat
mengundi pada hari pengundian. Kesemua pengundi biasa boleh menyemak maklumat pemilih atau
pengundi di dalam portal rasmi yang disediakan oleh SPR. Perkara ini bertujuan untuk para pengundi
mengetahui lokasi dimana untuk mengundi serta saluran mengundi mana yang ditetapkan. Semasa
dalam tempoh berkempen, para pengundi biasa perlu mengenali calon-calon yang bertanding. Para
pengundi biasa juga dibenarkan untuk terlibat dalam aktiviti berkempen namun perlu mengikut
peraturan-peraturan yang ditetapkan. Apabila tiba hari pengundian, pengundi biasa perlu datang awal
ke pusat mengundi. Pengundi perlu mendapatkan slip saluran mengundi di mana-mana meja urusetia
SPR. Setelah mendapat slip pengundian, para pengundi biasa perlu terus ke saluran mengundi dan
mematuhi segala arahan yang ditetapkan oleh SPR. Contohnya, beratur terlebih dahulu dan tidak
boleh membuat bising. Setelah selesai membuat pengundian dan memilih parti mana yang diingini,
para pengundi biasa perlu terus beredar dari tempat pengundian. Dalam masa yang sama, para
pengundi biasa hendaklah memastikan jari telah dicelup dakwat. Hal ini untuk membezakan pengundi
yang telah membuat undian dengan yang belum selesai mengundi. Para pengundi biasa juga perlu
mengetahui jenis-jenis pilihan raya yang diadakan iaitu sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya
kecil. Hal ini bertujuan untuk pengundi sentiasa prihatin terhadap keadaan yang berlaku sekeliling.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap warganegara perlu memiliki sifat tanggungjawab dalam
diri. Oleh sebab itu, pengundi biasa perlu ke tempat mengundi untuk memastikan undian dilaksanakan
dan tanggungjawab sebagai warganegara dipenuhi.

Pernyataan yang seterusnya ialah adakah kad pengenalan merupakan salah satu dokumen
pengenalan diri yang penting dibawa ketika mengundi. Dapatan hasil kajian telah menunjukkan 100%
responden menyatakan ya tanda bersetuju dengan pernyaatan ini. Tiada seorang responden pun
menyatakan tidak bersetuju. Perkara ini dapat dilihat bahawa kesemua para responden berpendapat
bahawa kad pengenalan sangat penting semasa pengundian dan pasti petugas SPR perlu menanyakan
kad pengenalan terlebih dahulu. Umum mengetahui bahawa, kad pengenalan merupakan dokumen
yang amat penting. Hal ini kerana kad pengenalan merupakan identiti benar seseorang. Kad
pengenalan bukan sahaja penting sewaktu mengundi malah kad ini juga penting untuk digunakan di
mana-mana tempat sahaja. Oleh sebab itu, setiap warganegara diwajibkan untuk membuat kad
pengenalan diri apabila usia telah mencapai 12 tahun. Sewaktu mengundi kad pengenalan diri penting
untuk tujuan pengesahan dimana untuk memastikan identiti seseorang adalah sama. Hal ini dapat
dilihat apabila petugas suruhanjaya meminta kad pengenalan semasa di meja pendaftaran. Petugas-
petugas pilihan raya akan mencari maklumat pengundi dengan merujuk kepada kad pengenalan diri

7
setiap orang. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kad pengenalan diri merupakan satu keperluan
untuk dibawa semasa hari pengundian. Namun demikian, tanpa kad pengenalan juga, pengundi-
pengundi masih boleh mengundi dengan syarat membawa dokumen-dokumen lain yang sah. Menurut
SPR, dokumen yang perlu dibawa ialah sama ada kad pengenalan diri, pasport, lesen memandu,
dokumen pengenalan sementara atau resit laporan kehilangan kad pengenalan. Walau bagaimanapun,
petugas-petugas pilihan raya akan meminta kad pengenalan terlebih dahulu daripada para pengundi
yang hadir untuk mengundi. Oleh sebab itu, kesemua responden bersetuju 100% bahawa kad
pengenalan merupakan salah satu dokumen pengenalan diri yang penting dibawa ketika mengundi.
Perkara ini juga menggambarkan bahawa ramai responden tahu keperluan kad pengenalan diri dan
tahap kebersediaan para responden juga tinggi.

Seterusnya, dapatan hasil kajian menunjukkan seramai 57.6% orang responden menyatakan
ya tanda bersetuju bahawa jika tidak membawa kad pengenalan, lesen memandu dibenarkan untuk
dibawa semasa mengundi. Sebaliknya iaitu sebanyak 42.4% orang responden menyatakan tidak tanda
tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Daripada dapatan hasil kajian, jelas boleh dilihat bahawa ramai
para responden tidak begitu tahu akan dokumen-dokumen yang boleh dibawa semasa hari
pengundian. Hal ini juga menunjukkan bahawa tahap kebersediaan para responden masih rendah.
Dalam konteks ini, SPR turut menerima sebarang dokumen yang rasmi selain daripada kad
pengenalan untuk dibawa semasa mengundi. Salah satu dokumennya adalah lesen memandu. Hal ini
demikian kerana, lesen memandu juga mempunyai butiran-butiran lengkap sebagaimana yang
dipaparkan dalam kad pengenalan diri. Keadaan ini memberi kemudahan kepada semua pengundi
dimana untuk mengundi bukan hanya kad pengenalan yang diterima. Oleh sebab itu, tiada alasan
untuk setiap warganegara yang memenuhi syarat untuk mengundi pada hari pilihan raya diadakan.
Bukan sahaja lesen memandu yang boleh digunakan, namun terdapat dokumen-dokumen lain seperti
passport dan resit laporan kehilangan kad pengenalan. Namun demikian, majoriti pengundi membawa
dan menggunakan kad pengenalan semasa hari pengundian. Oleh sebab itu, jika dilihat dari hasil
dapatan telah menunjukkan bahawa peratus “ya” dan “tidak” daripada responden hampir sama. Hal ini
demikian kerana pada hari ini semua warganegara sudah sedar akan kepentingan kad pengenalan.
Namun, untuk mengundi lesen memandu juga diterima sekiranya kad pengenalan tidak dibawa atau
hilang sewaktu hari pengundian.

Berdasarkan hasil soal selidik yang telah dilakukan ke atas para pelajar tahun 1 daripada
semua fakulti, telah menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 18.2% telah memilih ya iaitu bersamaan
dengan 6 orang responden manakala terdapat sebanyak 81.8% bersamaan dengan 27 orang responden
telah memilih tidak. Setelah mengetahui kesemua hasil soal selidik tersebut,jelas menunjukkan
bahawa peratus bagi pemilih yang memilih jawapan tidak lebih tinggi berbanding dengan pemilih
yang memilih jawapan ya. Daripada bilangan peratus berkenaan jelas menunjukkan bahawa para
pelajar yang terdiri daripada kalangan siswa siswi sudah mengetahui akan hal yang berkaitan dengan
pilihan raya. Bilangan yang memilih tidak tersebut mungkin belum bersedia untuk menjadi petugas
pilihan raya. Terdapat segelintir sahaja pelajar yang belum bersedia dan mungkin mereka tidak
mengetahui akan perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pemilih yang datang ke pusat pengundian
bahawa mereka tidak dibenarkan untuk memakai pakaian yang mempunyai lambang kepada mana-
mana parti politik yang telah disokong.Perkara yang sebetulnya adalah sebagai petugas pilihan raya
mereka haruslah tidak membenarkan untuk seseorang yang memakai baju melambangkan mana-mana
parti untuk memasuki bilik pengundian. Para petugas pilihan raya sewajarnya untuk menegur dan
menyuruh seseorang yang didapati memakai baju sedemikian pulang ke rumah untuk menukar
pakaian mereka. Kes sebegini telahpun kerap berlaku di Malaysia dan menunjukkan sebilangan besar
daripada mereka tidak bersedia untuk menjadi pemilih. Perkara ini termasuk dalam Akta kesalahan
pilihan raya 1954 iaitu batasan pada hari mengundi. Dalam Akta tersebut memberitahu bahawa dalam

8
jarak lima puluh meter sempadan mana-mana pusat pengundian memakai ,memegang atau membawa
apa-apa bentuk atau jenis pakaian,tutup kepala,barang giasat, roset, botol air, atau payung yang
padanya tercetak tau tertera nama calon tau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik. Akta
tersebut telah menunjukkan bahawa seseorang individu tidak dibenarkan melanggar akta berkenaan.
Para pemilih dinasihatkan agar untuk memakai pakaian neutral agar tidak kelihatan seperti memihak
kepada mana-mana parti politik yang disokong. Sekiranya didapati ada individu yang melanggar akta
berkenaan mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 1 tahun atau denda
sehingga RM 5,000 atau kedua-duanya.

Berdasarkan hasil soal selidik yang telah dilakukan ke atas para pelajar tahun 1 daripada
semua fakulti, telah menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 36.4% telah memilih sangat setuju iaitu
bersamaan dengan 12 orang responden manakala sebanyak 57.6% telah memilih setuju iaitu
bersamaan dengan 19 orang responden dan sebanyak 6% lagi adalah bersamaan 2 orang responden
yang memilih tidak setuju manakala 0% bersamaan 0 orang responden yang memilih sangat tidak
setuju. Setelah mengetahui hasil semua soal selidik yang telah dijalankan ke atas para pelajar, didapati
peratus bilangan pelajar yang memilih setuju lebih tinggi berbanding sangat setuju, tidak setuju dan
sangat tidak setuju. Peratus bilangan yang memilih setuju dan sangat setuju menunjukkan bahawa
sebilangan besar para pelajar telah bersedia untuk menjadi petugas pilihan raya tersebut. Bagi yang
memilih tidak setuju tersebut jelas menunjukkan bahawa ada segelintir para pelajar tidak bersedia lagi
untuk menjadi petugas pilihan raya. Hal ini dikatakan demikian kerana tugas untuk memikul segala
tanggungjawab sebagai petugas SPR adalah tidak semudah yang dibayangkan oleh sesetengah pihak.
Sesuatu pelaksanaan semasa hari mengundi tidak akan berjaya sekiranya petugas pilihan raya tersebut
tidak memainkan peranan mereka dengan betul. Tanggungjawab yang diberikan kepada mereka
perlulah dipikul dengan penuh rasa amanah dan tanggungjawab. Ciri-ciri yang seharusnya ada pada
petugas pilihan raya adalah jujur dan amanah, adil, bertanggungjawab dan akhir sekali cekap dan
telus. Kategori petugas pilihan raya bukanlah hanya tertumpu kepada satu skop bidang kerja sahaja
malah terdapat banyak lagi. Antaranya ialah Pembantu Pilihan Raya (PPR), Ketua Tempat Mengundi
( KTM), Penyelia Pusat Mengundi ( PPM) dan banyak lagi. Berkemungkinan para pelajar yang telah
memilih tidak setuju tersebut tidak lagi bersedia untuk memikul tanggungjawab yang bakal
diamanahkan kepada mereka nanti. Mereka juga mungkin tidak menepati ciri-ciri yang perlu ada pada
setiap petugas pilihan raya yang telah ditetapkan. Para pelajar juga tidak bersedia untuk memberi
komitmen dalam memastikan pilihan raya yang diadakan dijalankan dengan baik dan sempurna. Sikap
amanah dan jujur merupakan perkara penting sebagai petugas pilihan raya. Semua petugas pilihan
raya akan diberikan elaun sepanjang mereka berkhidmat semasa hari pengundian dijalankan. Mungkin
segelintir daripada mereka tidak sanggup memikul tanggungjawab yang besar tanpa adanya
pengalaman sebelum ini.

Berdasarkan hasil soal selidik yang telah dilakukan ke atas para pelajar tahun 1 daripada
semua fakulti, telah menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 36.4% telah memilih sangat setuju iaitu
bersamaan dengan 12 orang responden manakala sebanyak 57.6% telah memilih setuju iaitu
bersamaan dengan 19 orang responden dan selebihnya sebanyak 6% memilih tidak setuju bersamaan
dengan 2 orang responden dan 0% bersamaan 0 orang responden yang memilih sangat tidak setuju.
Setelah mengetahui hasil soal selidik yang dijalankan ke atas pelajar,didapati peratus bilangan pelajar
yang memilih setuju lebih tinggi berbanding pelajar memilih sangat setuju,tidak setuju dan sangat
tidak setuju. Peratus bilangan pelajar yang memilih setuju dan sangat setuju menunjukkan bahawa
sebilangan besar pelajar telah pun mengetahui prosedur pilihan raya secara menyeluruh. Dengan
adanya pengetahuan akan prosedur yang betul berkaitan pilihan raya tersebut menunjukkan bahawa
para pelajar sudahpun bersedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai petugas SPR
nanti. Seseorang petugas SPR perlu mengetahui akan segala prosedur pilihan raya yang akan

9
dijalankan bermula awal proses pengundian sehinggalah ke akhir proses pengundian. Sekiranya para
pelajar tidak mengetahui akan prosedur yang betul maka akan timbulnya banyak masalah dalam
proses hari mengundi berlakuProses pilihan raya di Malaysia yang bermula seperti pihak SPR
menetapkan tarikh penamaan calon, penamaan calon, kempen pilihan raya, SPR memberitahu tempat
mengundi dan tempat pengiraan undi dan lain-lain lagi sehinggalah pegawai pilihan raya
mengumumkan keputusan pilihan raya. Pengetahuan menyeluruh akan prosedur pilihan raya yang
sebenar secara menyeluruh mampu melancarkan proses pilihan raya tersebut. Ketiadaan pengetahuan
akan prosedur pilihan raya secara menyeluruh membuktikan bahawa seseorang pelajar berkenaan
tidak bersedia sepenuhnya untuk menjalankan tanggungjawab yang bakal diamanahkan kepada
mereka. Oleh itu, sebagai seorang pelajar yang bergelar siswa siswi sepatutnya pengetahuan am
sebegini perlu mereka ketahui kerana perkara ini penting untuk kita sebagai seorang rakyat yang
menetap di Malaysia. Hal ini juga membuktikan bahawa kita peka akan keadaan sekeliling yang
merupakan perkara penting untuk kita ketahuinya.

Berdasarkan hasil soal selidik yang telah dilakukan ke atas para pelajar tahun 1daripada semua
fakulti, telah menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 78.8% telah memilih sangat setuju iaitu
bersamaan 26 orang responden manakala sebanyak 21.2% telah memilih setuju iaitu bersamaan 7
orang responden dan selebihnya tidak setuju dan sangat tidak setuju sebanyak 0% iaitu bersamaan 0
orang responden. Setelah mengetahui hasil soal selidik yang dijalankan ke atas pelajar, didapati
peratus bilangan responden yang memilih sangat setuju lebih tinggi berbanding responden yang
memilih setuju,tidak setuju dan sangat tidak setuju. Pada hari pengundian, pihak SPR menyediakan
saluran khas, iaitu saluran 1 untuk warga emas. Wanita mengandung dan pengundi kurang upaya,
Ketua Tempat Mengundi diberi kuasa untuk memberi keutamaaan kepada mereka untuk masuk ke
tempat mengundi lebih awal. Golongan ini diberi keistimewaan agar mereka tidak perlu untuk
menunggu giliran dan beratur panjang di luar tempat mengundi. Hal ini dikatakan demikian kerana,
penyediaan saluran khas berkenaan untuk mengelakkan sebarang kes kecemasan berlaku di tempat
pengundian. Sekiranya berlaku kes seperti warga emas pengsan hal ini akan menimbulkan
permasalahan di tempat pengundian. Ketua Tempat Mengundi terpaksa menyelesaikan masalah
tersebut dalam keadaan tergesa-gesa. Ketua Tempat Mengundi perlu menyediakan tempat duduk bagi
golongan berkenaan di luar bilik saluran mengundi. Pihak sukarelawan juga turut memainkan peranan
mereka dengan membantu melancarkan urusan pengundian golongan berkenaan. Penyediaan saluran
kepada golongan warga emas, orang kurang upaya dan wanita mengandung ini menunjukkan bahawa
kerajaan sangatlah prihatin terhadap rakyatnya dalam melakukan sesuatu
perkara.

Seramai 39.4 peratus bersamaan 13 orang responden yang memilih sangat setuju.
Seterusnya, data menunjukkan bilangan responden memilih setuju iaitu sebanyak 14 orang
bersamaan 42.4 peratus. Selain itu, data juga menunjukkan seramai 18.2 peratus bersamaan 6
orang yang tidak bersetuju dengan soalan yang diberikan. Manakala, seramai 0 orang iaitu
bersamaan 0 peratus memilih sangat tidak setuju. Hal ini menunjukkan terdapat ramai pelajar
UTHM yang mengambil berat tentang peraturan-peraturan semasa pilihan raya dijalankan
dan para pelajar perlu didedahkan secara meluas tentang betapa pentingnya pilihan raya
kepada negara.

Terdapat 57.6 peratus bersamaan 19 responden menjawab sangat setuju. Manakala, 13


responden bersamaan 39.4 peratus yang menjawab setuju, responden yang menjawab tidak

10
setuju adalah seramai 3 responden atau 1 orang. Berikutnya, carta menunjukkan tiada seorang
pun yang memilih sangat tidak bersetuju terhadap soalan yang diajukan iaitu 0 peratus. Hal
ini terjadi kerana pelajar-pelajar UTHM peka terhadap apa yang patut dan apa yang tidak
patut dilakukan semasa tarikh pilihan raya.

Majoriti pelajar UTHM iaitu 87.9 peratus bersamaan 29 orang responden


daripada 33 orang menjawab jika ketua mengundi berpuas hati maka kertas undi baru dapat
diberi. Manakala pelajar selebihnya memilih bahawa jika ketua tempat mengundi tiada di
tempat mengundi maka pengundi boleh meminta kertas undi baru iaitu seramai 4 orang
bersamaan 12.1 peratus dari 33 orang responden yang menjawab. Ini menunjukkan masih ada
lagi pengundi di kalangan pelajar yang tidak mengetahui cara yang benar untuk mendapatkan
kertas undi yang baru dan golongan muda sepatutnya diberi pendedahan mengenai sistem
demokrasi dan bagaimana proses pilihan raya dijalankan di Malaysia.

Hasil daripada respon yang diberikan oleh pelajar menunjukkan seramai 48.5
peratus responden iaitu 16 daripada 33 orang memilih satu kertas undi yang telah diberikan
kepadanya boleh dikeluarkan selepas waktu yang ditetapkan manakala seramai 17 orang
responden bersamaan 51.5 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu 33 orang bersetuju
bahawa kertas undi yang jatuh di luar kawasan tempat mengundi boleh dikeluarkan selepas
waktu yang ditetapkan. Hasil daripada soalan ini, didapati bahawa pengetahuan dan
kefahaman mengenai pilihan raya harus diberi fokus secara tuntas.

Berdasarkan hasil soal selidik yang telah dilakukan ke atas para pelajar tahun 1
daripada semua fakulti, telah menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 90.9% telah
memilih jawapan pertama iaitu yang padanya ada sesuatu dituliskan atau ditandakan yang
membolehkan pengundi itu dikenalpasti bersamaan dengan 30 orang responden dan 9.1%
bersamaan 3 orang memilih jawapan yang berbeza iaitu yang ditandakan dengan betul
pada tempatnya. Majoriti pelajar yang menjawab soalan ini mengetahui bahawa ketua
tempat mengundi berhak menolak kertas undi yang rosak atau mempunyai contengan
yang boleh mendedahkan identiti pengundi. Minoriti pelajar mungkin membuat kesilapan
ketika membaca soalan dan tidak memahami kehendak soalan. Undian adalah rahsia dan
sulit bagi mengelakkan sebarang penyelewengan dan penipuan yang mungkin berlaku
semasa pengiraan kertas undi. Sebarang contengan atau petunjuk di kertas undi adalah
salah di sisi undang-undang. Menurut Timbalan Pengarah Akademi Pilihan Raya,
Norlinah Jamman, undi rosak sebenarnya merujuk kepada kertas undi yang tidak
dimasukkan ke dalam peti undi sebelum waktu mengundi tamat. Gelaran yang betul bagi
kertas undi yang dimasukkan ke dalam peti undi tetapi tidak ditanda dengan betul adalah

11
undi ditolak. Berdasarkan Peraturan 21 dalam Peraturan-Peraturan Pilihan Raya
(Perjalanan Pilihan Raya) 1981, kertas undi rosak adalah kertas undi yang telah rosak dan
tidak boleh digunakan untuk memangkah calon. Pemilih perlu memulangkannya kepada
tidak ketua tempat mengundi untuk mendapatkan kertas undi baru. Pada masa yang sama,
kertas undi yang telah dipangkah dan diletakkan ke dalam peti undi boleh ditolak sewaktu
pengiraan undi mengikut Peraturan 25(7). Undi boleh ditolak jika undi diberikan kepada
lebih seorang calon, terdapat tanda atau tulisan yang boleh mengenal pasti pengundi, yang
tidak ditanda atau salah ditanda dan yang tidak menunjukkan tujuan pengundi dengan
jelas. Jika seseorang pengundi melakukan sesuatu dengan cara tidak sengaja ke atas kertas
undinya sehingga kertas undi itu tidak boleh digunakan sebagai kertas undi boleh
memulangkannya kepada ketua tempat mengundi dan jika ketua tempat mengundi itu
berpuas hati bahawa keadaan kertas undi itu disebabkan oleh perbuatan tidak sengaja, dia
hendaklah mengeluarkan suatu kertas undi lain bagi menggantikan kertas undi yang
dipulangkan itu. Kertas tersebut perlu dipulangkan sebagai “kertas undi rosak” dan kertas
undi rosak itu hendaklah dengan segera dibatalkan oleh ketua tempat mengundi itu.
Petugas SPR perlu memberikan komitmen dan kerjasama yang mantap kepada ketua
tempat mengundi dan pegawai-pegawai yang lain.

Berdasarkan hasil soal selidik yang telah dilakukan ke atas para pelajar tahun 1
daripada semua fakulti, telah menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 100% respondan
iaitu seramai 33 orang telah memilih jawapan pertama iaitu kuat dan jelas. Keputusan ini
menunjukkan pelajar-pelajar yang menjawab soal selidik ini hadir mengundi dan
mengetahui prosedur yang berlaku di dalam saluran tempat mengundi. Mereka bersedia
untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang petugas SPR. Petugas SPR perlu
membuat semakan nama dalam daftar pengundi pilihanraya dan membuat perbandingan
wajah dengan kad pengenalan sebelum membacakan butiran pengundi dengan kuat serta
mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan dan pengundi yang hadir adalah tepat.

Berdasarkan hasil soal selidik yang telah dilakukan ke atas para pelajar tahun 1
daripada semua fakulti, telah menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 97% telah memilih
jawapan pertama iaitu dihantarserahkan dalam jagaan selamat kepada pegawai pengurus
bersamaan dengan 32 orang responden dan 3% bersamaan dengan 1 orang respondan
memilih jawapan yang berbeza iaitu memulakan pengiraan undi dengan sendiri. Majoriti
besar ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mengetahui kerahsiaan kertas undi. Ini
menunjukkan para pelajar bersedia untuk menjadi petugas SPR yang berintegriti dan
mengetahui peraturan yang perlu dipatuhi dalam menguruskan proses mengundi. Antara

12
punca penundaan pengiraan kertas undi adalah seseorang calon, ejen pilihan raya atau
ejen tempat mengundi tidak hadir pada masa itu di tempat mengundinya. Ketua tempat
mengundi perlulah dihantarserahkan dalam jagaan selamat pegawai pengurus. Ketua
tempat undi perlu mengunci kertas undi tersebut dan melekatkan perekat keselamatan
yang ditandatangani oleh ketua tempat mengundi tersebut.

4. Penutup

Berdasarkan kepada keseluruhan perbincangan di atas. Kami mendapati


bahawa para pelajar majoritinya sudah bersedia untuk berkhidmat sebagai
petugas SPR. Kebersediaan pelajar sebagai petugas suruhanjaya pilihan raya
(SPR) adalah perkara yang amat penting. Proses pengundian akan berjalan
dengan lancar apabila para pelajar bersedia memainkan peranan sebagai petugas
SPR. Apatah lagi melakukan tindakan yang akan merosakkan imej SPR dan
negara. Dalam konteks ini, ilmu pengetahuan pelajar terhadap proses pilihan
raya adalah elemen penting kerana dengan ilmu yang pelajar ada tentang proses
pilihan raya dapat membendung daripada berlakunya kes penipuan dan
menjaminkan profesionalisme dalam kalangan pelajar ketika bertugas. Pelajar
akan dapat mengenal pasti kesalahan ketika proses pilihan raya dijalankan
seperti kertas undi rosak tidak akan diterima dalam proses undian. Oleh itu,
kebersediaan pelajar sebagai petugas pilihan raya haruslah dipupuk sedari awal
dengan menjadikan topik ini sebagai silabus wajib yang perlu dipelajari semua.

Rujukan

[] Irny, S.I. and Rose, A.A. (2005). “Designing a Strategic Information Systems

Planning Methodology for Malaysian Institutes of Higher Learning (ispita)”, dicapai


pada 1 Januari 2023 dari
https://www.researchgate.net/publication/200808582_DESIGNING_A_STRA

TEGIC_INFORMATION_SYSTEMS_PLANNING_METHODOLOGY_FO

R_MALAYSIAN_INSTITUTES_OF_HIGHER_LEARNING_ISP-IPTA

[] Prof Dr. H. Djaali, dan Dr. Pudji Muljono, Pengukuran Dalam Bidang Pendidikan,

Grasindo: Gramedia Widiasarana Indonesia, 2008. [E-buku] Tersedia: Google Play

13
[] Pusat Rujukan Persuratan Melayu. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=rujukan

[] Ramli Dollah, Nordin Sakke, Wan Shawaluddin Wan Hassan, Marja Azlima Omar,

& Adi Jafar, “Peranan Belia Dan PRU-14 Di Sabah: Kajian Kes di P.188 Silam”
Jurnal Kinabalu Edisi Khas, Jilid 319-349, 2018

[] Soo Yew Phong (2011). “Pemilihan bahasa dalam komunikasi berbantukan komputer

dalam kalangan mahasiswa Cina,” dicapai pada 2 Januari 2023 dari


http://studentsrepo.um.edu.my/3391/6/Bab3.pdf

14

You might also like