Kertas Kerja Karnival Kerjaya 2012

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA KARNIVAL KERJAYA

SMK BAU 2012

1. PENGENALAN

Dewasa ini, pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan bidang yang dipelajari semasa di
peringkat pengajian menengah dan pengajian tinggi menjadi keutamaan kepada semua pelajar.
Namun begitu, keadaan semasa dan ekonomi dunia turut memerlukan bakal pekerja yang
kompetetif dalam bekerja dan mempunyai pelbagai kemahiran yang diperolehi secara formal dan
tidak formal.  Oleh yang demikian, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan
Bau (SMK Bau) mensasarkan untuk menganjurkan Karnival Kerjaya SMK Bau 2012 sebagai
memenuhi kehendak pelajar dan agensi pekerjaan.

Karnival Kerjaya SMK Bau ini merupakan satu medium yang baik bagi mendedahkan
pelajar ke alam pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi seperti Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
dan bidang kerjaya semasa. Perkongsian dan makluman terkini dari alam pendidikan ke alam
kerjaya dapat membantu pelajar bersedia dengan lebih baik untuk mengharungi kehidupan selepas
alam pembelajaran. Pelajar juga berpeluang untuk mengikuti bengkel penulisan resume dan
persediaan menghadiri temuduga yang akan memberikan pelbagai pendedahan awal untuk
menghadiri temuduga.

2. MATLAMAT PROGRAM
Matlamat program dijangka dapat memberikan pendedahan awal tentang peluang melanjutkan
pelajaran dalam bidang yang diminati dan maklumat berkaitan kerjaya-kerjaya yang ingin diceburi
oleh para pelajar.

3. OBJEKTIF PROGRAM
Objektif program ini adalah :-
● Memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang
yang diingini.
● Dapat mengenalpasti jenis personaliti dan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti
yang dimiliki.
● Mendapatkan pendedahan awal tentang kerjaya-kerjaya yang terdapat di Malaysia serta
kelayakan untuk menceburi kerjaya berkenaan.
● Memberi pendedahan dan pendidikan kerjaya kepada para pelajar mengenai peluang dan
ruang kerjaya yang wujud di sekitar mereka.
1
● Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai peluang untuk melanjutkan pelajaran.
● Membantu pelajar yang masih belum mempunyai hala tuju yang jelas selepas tamat SPM
dan STPM

4. KUMPULAN SASARAN
Program ini dirangka khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6 dan seluruh warga SMK Bau.

5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN


Tarikh : 18 Jun 2012 hingga 21 Jun 2012 (Isnin - Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Krian, SMK Bau

6. AKTIVITI YANG DIADAKAN


Karnival Kerjaya SMK Bau ini akan diadakan dalam pelbagai bentuk dan acara. Antaranya adalah
pertandingan melukis poster kerjaya, ujian inventori personaliti, kuiz kerjaya, pameran kerjaya dan
bengkel penulisan resume dan persediaan menghadiri temuduga. Tentatif Karnival Kerjaya rujuk
Lampiran A.

7. AHLI JAWATANKUASA

Penasihat Pn. Hjh Zakiah Abdul Hamid


Pengerusi En. Paul Ahbui
Timbalan Pengerusi Cik Gloria Raphael
Setiausaha Cik Zurina Binti Omar
Penolong Setiausaha En. Jikim Ak Ringep
Dokumentasi Cik Hidayati Binti Abdul Rahman
Pn. Liew Siew Choo
Jemputan Pn. Catherina Nelson
Cik Zurina Binti Omar
Sambutan dan Protokol Pn. Susan Ak Juhin
Pn. Maria Dominic
Publisiti En. Jikim Ak Ringep
Urusetia Patricia Doreen Johan
Pelajar
Buku Program Cik Angelina Drolia Cindy Ak Godis

2
Rakaman (Gambar & Video) Pn. Adeline Elsie Gellor
Pn. Suzana Benjamin Toyad
Persiapan Dewan Sebelum :
En. Jem Ak Dawel
Pelajar
Selepas :
En. Nuhip @ Nyogging
Pelajar
Hiasan Dewan En. Tan Ribi
Pelajar
Disiplin En. Milton Ng
En. Andriesse Ridu
Siaraya/PA System En. Rapheal Micheal Ruda
Pelajar
Pengacara Majlis En. Zaluhi Bujang
Pn. Azimah Morshidi
Sijil dan Hadiah Pn. Norma Mustapa
Pn. Melati Othman
Perasmian Pn. Clarice Muton
Pn. Dorina Lasah
Persembahan (Perasmian) En. Michael Jeali Ak Nyokin
Makanan/Minuman Pn. Martha Ayu
Pn. Nurul Diyana Bt Mohd Khifit
Banner/Backdrop En. Mohd Ali Bin Zolkifli
Pelajar
Kebersihan En. Kho Chin Hwang
Pelajar

12. PENUTUP
Semoga Karnival Kerjaya SMK Bau 2012 ini dapat memberikan pelbagai maklumat berguna
kepada para pelajar dan akan menggunakan ilmu yang diperolehi itu sebaik mungkin untuk
menghadapi masa depan yang semakin mencabar.

Disediakan oleh :
3
………………………………..
(ZURINA BINTI OMAR) ..............................................................
Setiausaha Minggu Kerjaya (PUAN HJH. ZAKIAH ABDUL HAMID)
Sekolah Menengah Kebangsaan Bau Pengetua Cemerlang
Sekolah Menengah Kebangsaan Bau
Tarikh : ………………………
Disahkan oleh : Tarikh :.................................

4
LAMPIRAN A
Tentatif Karnival Kerjaya SMK Bau 2012

TARIKH MASA PROGRAM


18 Jun 2012 8.00am – 12.30pm - Pertandingan Melukis Poster Kerjaya
(Isnin) - Kuiz Kerjaya
- Pertandingan Buku Skrap Kerjaya
- Kaunter Inventori
- Kaunter Internet Kerjaya
19 Jun 2012 8.00am – 12.30pm - Perasmian Karnival Kerjaya SMK Bau 2011 oleh
(Selasa) Pn. Hjh. Zakiah Abdul Hamid, Pengetua SMK Bau
- Pelancaran Facebook UBK SMK Bau
- Pameran IPTA/S
- Pameran Kerjaya
- Kaunter Kesihatan
- Kaunter AADK
20 Jun 2012 8.00am – 12.30pm Lawatan Kerjaya
(Rabu) - Agensi Penguatkuasaan Maritim
- Jabatan Penerbangan Awam (Aviation)
- Institut Pendidikan Guru Batu Lintang
(Melibatkan 80 orang pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas)
21 Jun 2012 8.00am – 12.30pm Bengkel
(Khamis) - Penulisan resume
- Persediaan Menghadiri Temuduga
- Majlis Penutupan Minggu Kerjaya SMK Bau

5
SENARAI IPTA/S DAN AGENSI-AGENSI YANG AKAN DIJEMPUT UNTUK MENGADAKAN
PAMERAN SEMPENA KARNIVAL KERJAYA SMK BAU 2012

Pameran IPTA/S
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak
- Institut Kemahiran MARA Kuching (IKM)
- Kolej Komuniti Mas Gading
- Politeknik Kuching
- Institusi Pendidikan Guru Batu Lintang
- Maktab Perguruan Kota Samarahan
- Sunway College Kuching
- Swin Burn College
- Tecnology College of Sarawak (TCS)
- Master Skills
- INTI College
- Internatinol College of Advanced Technology Sarawak (ICATS)
- Pusat Teknologi dan Pembangunan Lanjutan (PTPL)
- Segi college
- i-System College
- Institut Teknologi SARAWEL
- Institut Latihan Perindustrian
- Pusat Giat Mara
- Institut Kemahiran Belia Negara

Pameran Kerjaya
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Bau
- Kolej Kejururawatan Bersekutu
- Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)
- Air Asia
- Mas Airlines
- Kastam

6
- Akademi Imigresen Malaysia
- CIDB
- Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Bank Rakyat

You might also like