Isu Dan Cabaran Dalam Memajukan Pendidikan Orang Asli 422

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ISU DAN CABARAN DAN HARAPAN DALAM MEMAJUKAN PENDIDIKAN ORANG ASLI

Pelbagai cabaran timbul dalam meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan Orang Asli misalnya
mengubah persepsi Orang Asli terhadap kepentingan pendidikan. Kesedaran dalam kalangan anak-
anak orang asli ini telah lama wujud tetapi pengaruh budaya telah menyempitkan mentaliti mereka
untuk mengubah cara hidup. Terdapat cabaran dalam meningkatkan kehadiran murid Orang Asli ke
sekolah dan kesukaran murid Orang Asli berinteraksi dengan rakan sekelas daripada kaum lain di
Malaysia. Harapan agar kompetensi murid orang asli meningkat seiring dengan aspirasi transformasi
kurikulum yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu memberi perhatian dan
mengambil kira penglibatan kaum minoriti termasuk murid Orang Asli.

Isu Keciciran Murid Orang Asli Dalam Pelajaran. Terdapat pelbagai faktor yang dikenal pasti menjadi
penyebab kepada keciciran pelajar Orang Asli dalam pelajaran. Antaranya ialah masalah aksesibiliti
kepada kemudahan tersebut. Tiga elemen utama yang mempengaruhi tahap aksesibiliti seseorang
untuk bergerak, iaitu pengaruh pengangkutan, pengaruh ruangan serta elemen masa dan jarak yang
diambil untuk sampai ke sesuatu tempat yang dituju.

Isu Persekitaran dan Budaya. Faktor persekitaran dan budaya mempengaruhi pencapaian prestasi
pelajar Orang Asli. Umumnya kehidupan Orang Asli amat terikat dengan persekitaran mereka iaitu
hutan yang merupakan sumber rezeki yang utama. Antara faktor persekitaran dan budaya yang
dikenalpasti termasuklah faktor sosioekonomi, tiada tokoh berjaya dan tiada persaingan positif.
Kajian mendapati kegiatan ekonomi mereka masih lagi tertumpu kepada aktiviti tradisional seperti
mencari hasil hutan dan pertanian saradiri.

Cabaran Mengubah Persepsi Orang Asli Terhadap Pendidikan. Mentaliti masyarakat orang asli yang
tidak berubah terhadap pendidikan turut mempengaruhi pencapaian pelajar. Mereka berpendapat
walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, kehidupan masih lagi boleh diteruskan. Sikap
mereka yang hanya menerima apa sahaja yang ada tanpa ada usaha untuk memajukan diri dan
meningkatkan taraf hidup turut mempengaruhi mentaliti anak-anak orang asli untuk terus hidup
dalam keadaan yang sederhana.

KESIMPULAN. Semua pihak harus berganding bahu demi membangunkan pendidikan masyarakat
Orang Asli. Hakikatnya pendidikan Orang Asli masih jauh ketinggalan walaupun negara kita sedang
menuju era nano-teknologi. Walaupun pelbagai isu wujud dalam pendidikan masyarakat Orang Asli
seperti isu keciciran, cabaran sukarnya mengubah persepsi Orang Asli terhadap pendidikan, dengan
kerjasama pihak kerajaan dan agensi swasta sememangnya mampu merapatkan jurang pendidikan
antara murid Orang Asli dengan murid-murid kaum lain di Malaysia

You might also like