Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN YBHG. DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK SEBAGAI


PENGERUSI FELDA YANG BAHARU

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengumumkan pelantikan YBhg.


Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA yang baharu berkuat
kuasa pada 1 Julai 2023. FELDA optimis bahawa pelantikan ini akan dapat
meneruskan kesinambungan usaha-usaha transformasi FELDA yang telah berjalan
selama ini demi kemaslahatan warga peneroka serta generasi baharu FELDA
keseluruhannya.

FELDA turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Idris
Jusoh yang menamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi FELDA pada 30 Jun 2023.
Sepanjang tiga tahun perkhidmatan, YBhg. Tan Sri telah mengangkat FELDA kembali
gemilang dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh agensi ini serta warga
peneroka FELDA.

Antara kejayaan yang paling besar ialah peningkatan produktiviti ladang peneroka
yang meningkat lebih dua tan perhektar setahun daripada 17.29 tan perhektar pada
tahun 2021 kepada 19.43 tan perhektar pada tahun 2022. Peningkatan hasil ini secara
langsung turut meningkatkan pendapatan warga peneroka.

Bagi memperkasakan pendidikan generasi baharu FELDA, YBhg. Tan Sri turut
memperkenalkan inisiatif FELDA Digital Maker Hub : Coding & Robotic, smart
classroom serta menaik taraf MRSM FELDA sebagai salah sebuah MRSM Ulul Albab.
Inisiatif-inisiatif ini memberikan peluang kepada generasi baharu FELDA untuk
mendapat pendidikan berkualiti yang mampu meningkatkan mobiliti sosial mereka.

YBhg. Tan Sri juga telah membawa paradigma baharu yang menyokong komuniti
peneroka menjadi komuniti yang memberi berbanding menerima. Ini dapat dibuktikan
dengan penubuhan Waqaf FELDA yang kini telah mengumpul dana hampir RM30 juta
termasuk daripada warga peneroka sendiri.

Pelbagai kejayaan lain yang dikecapi juga menjadi bukti komitmen berterusan YBhg.
Tan Sri untuk mentransformasikan FELDA sebagai agensi perladangan terbaik yang
menjaga kebajikan komuniti peneroka. Seluruh warga FELDA mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan atas segala sumbangan YBhg. Tan Sri serta mengalu-alukan
kehadiran YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA yang
baharu.

JABATAN KOMUNIKASI STRATEGIK FELDA


28 JUN 2023

You might also like