Kertas Cadangan Prime Run 23

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PRIME RUN 23

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM
SK PUNCAK PERDANA
NO RUJ :

KERTAS CADANGAN
Kepada :
Yang Berusaha,
Guru Besar, SK Puncak Perdana
________________________________________________________________________________________

1. TAJUK : PRIME RUN 23

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM :

Sukan merupakan riadah yang bukan sahaja melahirkan satu ganerasi yang sihat dan cergas malah
untuk memberi keseimbangan potensi murid selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERIS. Di samping itu juga bersukan
merupakan satu aktiviti yang berkesan dalam mewujudkan semangat bekerjasama, bertolak ansur,
semangat berpasukan dan dapat menterjemahkan satu hubungan sosial di kalangan semua murid.
Menyedari hakikat ini, Unit Kokurikulum SK Puncak Perdana merasakan perlu menyediakan satu
program Prime Run 23 bagi menyempurnakan keperluan tersebut.

3. OBJEKTIF PROGRAM :

i Melahirkan murid yang cergas dan cerdas serta sihat dari segi mental dan fizikal.

ii Mencungkil kebolehan dan keupayaan murid yang berbakat untuk diserlahkan ke peringkat
yang lebih tinggi.

iii Mewujudkan semangat kerjasama, toleransi dan dapat berinteraksi di kalangan murid-murid
dan menghayati semangat kesukanan.

4. KUMPULAN SASAR :

Semua murid tahun 4 hingga tahun 6.

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM :

5.1 Maklumat Program


Tarikh : 5 Mei 2023
Masa : 7.30 pg – 10.00 pg
Tempat : Sekitar Taman Alam Suria dan Perdana Height

2
5.2 Jadual Perancangan Program

BIL AKTIVITI TARIKH/MASA TINDAKAN

1. Penyediaan kertas kerja 4 April 2023 SU Sukan

2. Semakan kertas kerja 10 Mei 2023 PK Kokurikulum

3. Edaran surat kebenaran ibu bapa 13 Mei 2023 SU Sukan /


Guru Kelas
4. Surat Kebenaran Polis 14 Mei 2023 SU Sukan

5. Surat kebenaran penduduk taman 14 Mei 2023 SU Sukan

6. Taklimat Prime Run 23 18 April 2023 Semua Guru


Rumah Sukan
7. Latihan Prime Run 23 3 Mei 2023 Semua Guru
Rumah Sukan
8. Prime Run 23 5 Mei 2023 Semua Guru
Rumah Sukan
9. Penyediaan dan penghantaran laporan 12 Mei 2023 AJK Laporan

6. JAWATANKUASA KERJA :

6.1 JK INDUK PRIME RUN 23

Pengerusi : Pn. Ani binti Meh (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : En. Makmor bin Zakaria (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : Pn. Noorhayati binti Mohamad (GPK Pentadbiran)
En. Sazuan bin Sulaiman (GPK Hal Ehwal Murid)
Pn. Nurul Ayuni binti Abdul Hadi (GPK Petang)
Penyelaras : En. Mohd Nazalman Bin Ahmad Rauddin
Timb. Penyelaras : En. Shahrim bin Ismail
Setiausaha : Pn. Suhaila binti Mamat

6.2. JK PELAKSANA PRIME RUN 23

(RUJUK LAMPIRAN)

3
7. IMPLIKASI KEWANGAN :

7.1 Sumber kewangan

BIL PERKARA RM

1 Peruntukan Bantuan Sukan Sekolah 960.00


2 Sumbangan PIBG -
JUMLAH 960.00
7.2 Anggaran Perbelanjaan

BIL ACARA PRIME RUN 23 KUANTITI HARGA JUMLAH (RM) CATATAN


SEUNIT
1. Lelaki (T4) 20 RM5.50 RM110.00
Perempuan (T4) 20 RM5.50 RM110.00
2. Lelaki (T5) 20 RM5.50 RM110.00
Perempuan (T5) 20 RM5.50 RM110.00
3. Lelaki (T6) 20 RM5.50 RM110.00
Perempuan (T6) 20 RM5.50 RM110.00
4. Baner 3 RM150 RM150.00
5. Nombor Giliran Peserta 1 RM150 RM150.00
JUMLAH KESELURUHAN RM960.00
7.3 Lampiran kelulusan pindah peruntukan – tidak berkaitan.

8. ULASAN JPN / PPD : Tidak berkaitan

9. PENUTUP :

Semoga program Prime Run ini memberi peluang kepada semua murid SK Puncak Perdana merasai
sendiri pengalaman menyertai acara larian jarak jauh. Selain itu, acara ini juga diharapkan dapat
meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta mengalakkan mereka
untuk mewakili sekolah dalam acara-acara sukan.

4
Disediakan oleh : Disemak oleh :

......................................................... .........................................................

MOHD NAZALMAN BIN AHMAD RAUDDIN MAKMOR BIN ZAKARIA


Penyelaras Penolong Kanan Kokurikulum
Prime Run 23 Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana
Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana

Tarikh : Tarikh :

5
NO RUJ :

KERTAS CADANGAN : PRIME RUN 2023

________________________________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Prime Run 23

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Prime Run 23

ULASAN :

...................................

( PN. ANI BINTI MEH )


Guru Besar
SK Puncak Perdana

Tarikh :

You might also like