Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

MEMOHON PERUNTUKAN BAGI MEMBINA GELANGGANG SERBAGUNA


DI SMK. TAJAR, ALOR SETAR, KEDAH

1.0 PENDAHULUAN

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid
menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan
seiring dengan keperluan akademik.

Bagi mendukung dasar ini, pentadbiran sekolah telah merangka pelbagai perancangan untuk
memperkasakan program sukan di SMK Tajar. Oleh sebab itu, pihak sekolah bercadang membina
gelanggang serbaguna bagi mencapai objektif Satu Murid Satu Sukan. Ini kerana gelanggang ini dapat
digunakan untuk pelbagai jenis sukan. Selain itu, gelanggang ini juga boleh digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

1. OBJEKTIF PROJEK

1. Menyediakan tempat berhimpun yang lebih selesa, kondusif, selamat

dan lengkap untuk murid-murid dan guru-guru.

2. Segala kemudahan dan prasarana yang dicadangkan adalah satu


keperluan mustahak mendesak memandangkan ada kawasan yang boleh
dipertimbangkan untuk membinanya.

3. Menyediakan tempat untuk menjalankan perhimpunan yang jauh lebih


selesa daripada sekarang kepada murid, guru dan masyarakat
setempat.

4. Menyediakan satu tempat yang selesa bagi menghimpunkan warga


sekolah untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti menjalankan pdp luar
bilik darjah, hari kecemerlangan murid, mesyuarat dan lain-lain lagi

KOMPONEN PROJEK

Projek dewan terbuka ini, yang dicadangkan merangkumi kemudahan-


kemudahan berikut:-

Bil Brif Projek Unit Ukuran


1. Pentas kekal 1 buah 20’ x 16’
2. Kipas angin 12 buah
3. Lampu 12 buah
4. Keluasan lantai bermozek - 80’ x 60’

ANGGARAN KOS

Anggaran kos bagi projek dewan terbuka ini diangggarkan berjumlah

RM450,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Ratus Lima Puluh Ribu sahaja)

OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKAKAN DARIPADA PROJEK

1. Dewan terbuka ini akan memberikan banyak keselesaan dan sangat

kondusif terutama kepada guru dan murid semasa menjalankan

program perhimpunan mingguan walaupun ketika hari hujan.

2. Dapat menyelesaikan pertindihan penggunaan kantin selama ini yang

sangat mengganggu.

3. Pembaziran masa dan tenaga yang digunakan semasa berkongsi guna

dengan kantin akan dapat diselesaikan


cepat.
Ini merupakan tapak cadangan bagi membina gelanggang serbaguna.
2.0 SPESIFIKASI GELANGGANG
137 kaki

83
GELANGGANG SERBAGUNA kak
i

Tinggi Bumbung = 25kaki

3.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan anggaran kos yang terlibat untuk membina gelanggang serbaguna.

Bil Perkara Kuantiti Jumlah

1. Bumbung 1 kaki = RM 16.00

137 x 83 = 11 371 (luas) 11 371 x RM 16.00 RM 181 936.00


25 (tinggi) 25 x RM 16.00 RM 400.00

2. Tapak
Simen 100 beg x RM 20.00 RM 2000.00
Pasir 10 lori x RM 200.00 RM 2000.00
Batu kerikil 5 lori x RM 550.00 RM 2750.00
Vrc 4’ x 8’ 50 keping x RM 50.00 RM 2500.00
Tanah merah 20 lori x RM 300.00 RM 6000.00
Upah kerja RM 3000.00

JUMLAH BESAR RM 200 586.00

4.0 PENUTUP
Pihak sekolah khususnya unit kokurikulum berharap semoga projek ini akan menjadi
kenyataan kerana dengan pembinaan gelanggang serbaguna akan dapat
menyelesaikan masalah kekurangan gelanggang dan memberikan manfaat kepada
pembangunan sukan di sekolah.

Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi peransang
kepada pelajar untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan baik di peringkat
sekolah dan daerah seterusnya ke peringkat negeri selaras dengan penekanan yang
diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap aktiviti dan penglibatan
pelajar dalam KoKurikulum serta dapat mencapai matlamat dasar Satu Murid Satu
Sukan (1M 1S ).

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(MOHD KHAIRUL SAUFI BIN OMAR) (MOHAMAD SHOHAIMI ABU


HASSAN)
Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Tajar SMK Tajar

Diluluskan oleh,

Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd Razalli)


Pengetua
SMK Tajar.

You might also like