Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

NAMA: MOHAMAD ILMAN BIN RUSHDI

STUDENT ID: 2022755255

LAPORAN WACANA SEMARAK PATRIOTISME: TANAH INI, TANAH AIRKU

Pada 14 Jun 2023 iaitu pada hari rabu yang lalu, institusi pangajian tinggi awam juga
dikenali sebagai IPTA satu Malaysia telah menyertai program wacana semarak patriotism
sempena hari kemerdekaan. Program ini dilaksana secara atas talian iaitu di ‘Facebook’ dan
juga di ‘YouTube’ di saluran Pusat Kokurikulum Univerisiti Teknologi Mara. Program ini
dianjurkan oleh Pusat kokurikulum bahagian hal ehwal pelajar Universiti Teknologi Mara.
Moderator bagi program wacana ini ialah Prof Madaya Dr. Mohd Azman Yahaya iaitu
pengarah pusat kokurikulum, bahagian hal ehwal pelajar, Universiti Teknologi Mara dan
yang berbahagia penceramah ialah Prof. Dr. Solehah Yaacob iaitu Pensyarah bidang falsafah
nahu arab, Jabatan Arab dan Kesusasteraan, Ahas Kuuyah Ulum Al Wahyu dan
Kemanusiaan, UIAM. Tajuk yang dikongsikan oleh beliau adalah mengenai cintai tanah air
kita.

Prof. Dr. Solehah Yaacob menekan bahwa kita perlu mencintai diri untuk mencintai
tanah air yang bermaksud kita perlu cintai diri dahulu sebelum kita cintai negara kita. Beliau
juga menceritakan tentang ketamadunan negara kita, bagaimana penjajahan minda bermula.
Ia bertujuan untuk menyakinkan bukan dengan huja atau analisis sejarah tetapi dengan
menyemburkan perubahan imperialism perkauman dan Erosentrisme dari landasan moral
yang tinggi. Selain itu, beliau menyatakan mengubah secara halus pandangan ulama’
terkemuka, mentafsir sejarah intelektual dan politik dengan cara yang sangat tendensi iaitu
memutar belit kebenaran.

Prof. Dr. Solehah Yaacob ada mengkongsikan tentang sejarah Malaysia suatu Ketika
dahulu. Pada 800 Anno Domini (AD), Malaysia dulu dinamakan sebagai Sriwijaya. Pada 788
sebelum Masihi (SM), Kedah Tua adalah tamadun awal dunia. Orang Melayu telah wujud
sebelum 1000 BC. Besi yang terkuat di dunia pada suatu Ketika dahulu ialah Besi Yaman,
Besi Kalah adalah dari bumi Kedah. Besi terbaik dari Kalah. Dahulu orang Melayu hebat dan
mampu membina kapal besar dan berlayar. Bahasa orang Melayu ialah Bahasa Melayu cam
kuno. Apabila dijajah, Bahasa Melayu ditukar sedikit demi sedikit seperti tanah yang
ditimbus berkali-kali. Pada tahun 1300, manusia telahpun menggunakan pensel dan juga
dakwat untuk menulis. Penjajah telah ubah info kepada anak muda tentang kejadian manusia.
Beliau menyatakan bahwa bermusafir itu adalah secebis azab. Kita wajib menyayangi tanah
air kita. Catatan Melayu pada 13 AD ke atas ada di perpustakaan British.

Prof. Dr. Solehah Yaacob menyatakan penggunaan PESAT di kalangan pelajar dan
kualiti yang perlu ditanam pada setiap diri pelajar di Malaysia. Yang pertama, kita perlu
mempunyai jati diri yang tinggi dan memperbanyakkan penulisan wacan-wacana. Seterusnya,
kita perlu menceritakan siapa nenek datuk kita dahulu siapa kepada generasi muda. Beliau
juga menyelitkan sedikit sejarah Malaysia iaitu, Ofir itu adalah Gunung Ledang. Pada suatu
Ketika dahulu, penjajah datang ke Malaysia untuk mencari emas di Gunung Ledang. Beliau
menekankan tentang kene baca sejarah yang betul. Kita perlu menyelidik sebelum
mempercayai sesuatu perkara. Banyakkan baca buku yang betul dan perlu dalami ilmu. Kita
juga perlu berfikiran kritis dan Menyusun waktu harian kita yang disusuli dengan ilmu. Kita
juga wajib jaga hubungan dengan Allah dengan menunaikan solat 5 waktu, jaga hubungan
dengan ibu bapa, adik-beradik, keluarga, kawan-kawan dan juga guru-guru kita.

Kesimpulannya, Prof. Dr. Solehah Yaacob menekankan tentang mengetahui tagrif


penjajahan minda. Selain itu, bangsa Melayu telah bermula sebelum Nabi Isa iaitu sebelum
1000 BC. Akhir sekali, orang Melayu adalah orang gunung, Raja gungung Titiwangsa dan
Thailand dahulu adalah milik Malaysia sebelum kedatangan penjajah yang mengkucar-
kacirkan masyarakat Melayu pada waktu itu.

Disediakan oleh, 17 Jun 2023

ILMAN

Pelajar Hotel Management,

Uitm Puncak Alam


SKRIN SHOT

You might also like