Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Skrip MC

Majlis Pengagihan Bantuan Pakaian Seragam, Kasut dan Beg (2023)

Bil Atur cara Teks


.
1 Etika majlis Majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Makluman kepada hadirin ,


Sebaik sahaja diumumkan ketibaan YB, mohon semua untuk berdiri dan tepuk
tangan.

2 Ketibaan YB Majlis mengumumkan ketibaan YB Dato' Sri Huang Tiong Sii, Timbalan
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Ahli Parlimen
P.208 Sarikei ADUN N.45 Repok
3 Kata alu-aluan Yang Berhormat
MC Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim, Ahli Parlimen P208 Sarikei, ADUN N.45 Repok,

Yang Berusaha
En Patrick Anak Philip Mos Pengetua SMK Bandar Bintangor

Yang berusaha,
Pn Nurhana Binti Hussien, Penolong Kanan Pentadbiran,

Cik Jessica Dulat John Bennet, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Selamah Binti Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum

Pn Chin Hie Ying, Penolong Kanan Pendidikan Khas

Guru-guru, rakan-rakan staff, pelajar-pelajar, serta hadirin yang dihormati

Selamat datang ke Majlis Pengagihan Bantuan Pakaian Seragam, Kasut


dan Beg SMK Bandar Bintangor 2023

4 Ucapan Jejaran mengkudu berbias kesuma


Pengetua di celah angsana di Tanah jawa
ucapan aluan pembuka bicara
di dewan gemilang kita bersua.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Patrick Anak Philip Mos
Pengetua SMK Bandar Bintangor untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan.

                               (Ucapan Pengetua)

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang penuh
bermakna sebentar tadi.

5 Ucapan YB Hadirin, para jemputan yang dikasihi,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya,


Yang Berhormat Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli,
Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Ahli Parlimen P208 Sarikei, ADUN
N.45 Repok untuk menyampaikan ucapan

                                   (Ucapan Perasmian)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas


janaan ucapan perasmian sebentar tadi.

6 Penyampaian Sidang dewan yang mulia,


Bantuan
Bagi menyampaikan Anugerah seterusnya, majlis menjemput dan
mempersilakan tetamu kehormat kita Yang Berhormat Dato’ Sri Huang Tiong
Sii, diiringi Yang Berusaha,En Patrick Anak Philip Mos Pengetua SMK
Bandar Bintangor untuk menyampaikan bantuan kepada para pelajar,
Dipersilakan.

*******************
Terima kasih Yang Berhormat atas penyampaian bantuan sebentar tadi. Diharap
agar bantuan ini boleh menjadi pembakar semangat dan pemangkin dalam
memacu kecemerlangan modal insan negara
7 Fotografi Sidang dewan yang dikasihi,

Berkicau suara si burung merpati


Hinggap di tangan ‘nak dara sunti
Terimalah cendera kasihlah hati
Sudinya tuan menabur bakti

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih diatas kehadiran Yang Berhormat


Dato’ Sri Huang Tiong Sii majlis kita pada hari ini.  Kehadiran YB secara
langsung memanifestasikan keperdulian kerajaan terhadap pendidikan anak-
anak di SMK Bandar Bintangor.

Sebelum tirai majlis dilabuhkan,  Dijemput para hadirin untuk sesi fotografi.
8 Penutup Hadirin yang dimuliakan,

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Salam Takzim, Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak dan Salam


Membangun Malaysia Madani

Sekian, terima kasih

You might also like