Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 57-66, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Intervensi Kaunseling dalam Menangani Kemarahan


Murid Sekolah
(Counselling Intervention in Managing School Students’ Anger)
Nor Shafrin Ahmad*1
1
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia

*Pengarang Koresponden: sham@usm.my

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kemarahan merupakan emosi yang sering dialami setiap individu hasil tindak balas
kepada punca kemarahan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti i) teori yang digunakan
dalam menangani kemarahan murid dan ii) strategi, kemahiran dan teknik digunakan oleh
guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani kemarahan murid. Reka bentuk kajian ialah
secara tinjauan dengan melibatkan seramai 179 orang guru-guru bimbingan dan kaunseling
yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Sampel guru terlibat adalah daripada sekolah di
empat buah negeri di zon utara Semenanjung Malaysia iaitu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang
dan Perak. Dapatan dianalisis secara analisis tematik iaitu dengan mengenal pasti tema dan
sub tema utama. Keputusan menunjukkan bahawa guru bimbingan dan kaunseling
menggunakan Teori Pemusatan Insan, Teori Tingkah Laku, Teori Rasional Emotif Tingkah
Laku, Teori Gestalt dan Teori Realiti semasa mengendalikan isu kemarahan murid. Majoriti
didapati menggunakan pendekatan Kognitif Tingkah laku. Strategi digunakan ialah seperti
kaunseling individu, bimbingan, kerohanian serta lawatan ke rumah murid. Manakala
kemahiran asas kaunseling yang digunakan dalam mengendalikan kes kemarahan murid ialah
kemahiran mendengar, memujuk, memberi perhatian serta membina hubungan mesra atau
rapport. Teknik yang digunakan pula ialah menstrukturkan semula kognitif, relaksasi, terapi
seni, main peranan serta kerusi kosong. Dapatan kajian ini menunjukkan kepelbagaian teori,
strategi, kemahiran dan teknik yang diaplikasikan guru bimbingan dan kaunseling bagi
membantu murid menangani kemarahan. Intervensi pelbagai yang dipraktikkan ini
memerlukan usaha dan komitmen guru yang tinggi bagi membantu murid menangani
kemarahan mereka secara optimum.

Kata kunci: intervensi kaunseling, kemarahan, murid, guru bimbingan dan kaunseling

Abstract: Anger is an emotion that is often experienced by every individual as result of


responding to the cause of anger. The aim of this study is to identify i) theories used in dealing
with student anger, and ii) strategies, skills and techniques used by guidance and counselling
teachers in dealing with student anger. The research design of the study was by survey involved
a total of 179 guidance and counselling teachers selected through purposive sampling. The
sample of teachers involved came from schools in four states in the northern Peninsula of
Malaysia, namely Perlis, Kedah, Penang, and Perak. The data collected were analysed by
thematic analysis, which identified key themes and sub-themes. The results showed that
guidance and counselling teachers used Person Centred Theory, Behaviour Theory, Rational
Emotional Behaviour Theory, Gestalt Theory and Reality Theory in managing students’ anger
issues. The majority were found to use the Cognitive Behaviour approach. The strategies used
were individual counselling, guidance, spirituality, and home visit. While the basic counselling
skills used to manage students’ anger were listening, persuading, paying attention and rapport.

57
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 57-66, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

The techniques used were cognitive restructuring, relaxation, art therapy, role-playing and
empty chair. The findings of this study showed a variety of theories, strategies, skills, and
techniques used by guidance and counselling teachers to help students deal with anger. The
various interventions that have been carried out require the efforts and commitment of teachers
to help students deal with their anger in an optimal way.

Keywords: counselling intervention, anger, students, guidance & counselling teacher


_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Kemarahan merupakan satu bentuk emosi asas yang dialami setiap individu dalam kehidupan
seharian akibat tindak balas terhadap provokasi (Mabry & Kiecolt, 2005). Kemarahan wujud
apabila berlakunya ancaman terhadap personaliti, dilayan secara tidak adil, dihalang daripada
mendapat sesuatu yang diingini, atau dipersalahkan atas sesuatu tindakan yang telah dilakukan.
Kassinove (2009) melihat kemarahan sebagai perasaan dalaman yang mempunyai tahap
psikologi negatif, mengandungi elemen kognitif dan biologi, serta kerap berubah tanpa mengira
masa. Menurut Videbeck (2011), kemarahan adalah emosi normal yang tidak selesa serta
mampu menghasilkan emosi yang kuat untuk bertindak balas terhadap punca kemarahan.
Malahan kemarahan berlaku akibat daripada kekecewaan dengan perkara yang tidak rasional
(Fives et al., 2011).

Kemarahan juga menjadikan seseorang itu bersifat agresif secara fizikal (Fives et al., 2011).
Kemarahan memberi kesan kepada pemikiran, emosi dan tingkah laku seseorang murid.
Individu yang tidak dapat melepaskan kemarahan menyebabkan berlakunya kemurungan, malu
kerana rasa bersalah, kebimbangan atau keletihan (Tavris, 1989). Kemarahan juga merupakan
penyebab kepada peningkatan dalam kecenderungan untuk membunuh diri (Goldney et al.
1997). Lehnert et al. (1995) menyatakan bahawa perbezaan di antara remaja yang ingin
membunuh diri dan tidak ialah melalui kemampuan mereka untuk menghadapi emosi negatif
terutamanya perasaan murung dan marah.

Dalam usaha membantu remaja dan murid sekolah menangani kemarahan, intervensi yang
sesuai adalah penting. Intervensi merupakan kaedah atau campur tangan yang digunakan dalam
menangani sesuatu isu. Intervensi dalam proses bimbingan dan kaunseling boleh merupakan
sesi kaunseling sama ada sesi secara individu mahu pun kelompok. Sesi secara individu
melibatkan seorang pelajar atau klien. Manakala sesi secara kelompok melibatkan dua atau
lebih pelajar atau klien yang terlibat dalam proses sesi kaunseling. Dalam konteks intervensi
pengurusan kemarahan, pelbagai teknik dan terapi kaunseling boleh diaplikasikan bagi
membantu remaja menguruskan amarah. Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan oleh
guru bimbingan dan kaunseling di sekolah untuk mengendalikan sesi kaunseling. Empat
pendekatan utama dalam kaunseling ialah pendekatan Psikodinamik, Humanistik, Kognitif
Tingkah Laku dan Pasca Moden seperti terapi Brief. Berdasarkan keperluan kepada intervensi
dalam menangani kemarahan, maka artikel ini akan membincangkan mengenai intervensi
kaunseling dalam menangani kemarahan murid.

Justeru, objektif kajian ialah untuk mengenal pasti:

1) Teori yang digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani
kemarahan murid.

58
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 57-66, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

2) Strategi, kemahiran dan teknik digunakan guru bimbingan dan kaunseling dalam
menangani kemarahan murid.

2. Ulasan Kajian Lepas

Kemarahan Murid
Kemarahan adalah antara perasaan asas yang ada pada setiap manusia. Ia sukar difahami kerana
individu akan mempunyai perasaan berbeza sama ada lega dan gembira mahupun sedih dan
tertekan selepas meluahkannya. Kemarahan sering kali berlaku sebagai tindak balas kepada
perkara yang tidak diingini yang dilihat sebagai kurang ajar, menghina, mengancam atau lalai.
Menururt Lewis (2010), Fischer dan Evers (2010) kemarahan timbul dalam kalangan kanak-
kanak yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran serta pada masa yang sama
merasakan bahawa matlamat mereka telah disekat. Merujuk kepada Ariyabuddhiphongs,
(2014), kemarahan timbul daripada individu yang berasa tidak puas hati atau takut apabila
terdapat ancaman terhadap diri sendiri atau terhadap orang yang tersayang, dan apabila
wujudnya ancaman untuk berpisah dengan objek atau orang yang mereka sayang. Kemarahan
juga berlaku akibat provokasi interpersonal (Novaco, 2016). Kemarahan dialami oleh setiap
individu tidak kira jantina, bangsa dan sebagainya. Fischer dan Evers (2010) menyatakan
tendensi untuk orang lelaki dan perempuan marah adalah sama walaupun berbeza jantina.
Namun terdapat juga kajian yang menyatakan sebaliknya. Menurut Budziszewska dan Hansen
(2019), lelaki didapati lebih sukar mengawal diri dan agresif, sementara wanita mengalami
kemarahan yang berpanjangan akibat penilaian kendiri negatif.

Kemarahan dialami setiap individu dalam setiap peringkat umur. Perkara yang mencetuskan
kemarahan kepada setiap orang adalah unik. Nay (2004) menyatakan bahawa kemarahan
berpunca akibat daripada perkara yang dipelajari semasa kanak-kanak yang mengharapkan
sesuatu daripada diri sendiri, orang lain dan juga persekitaran. Menurut Faupel, Herrick dan
Sharp (2017), kemarahan dalam kalangan remaja disebabkan oleh keinginan dan keperluan
yang belum dipenuhi. Murid sekolah yang merupakan remaja mudah mengikut gerak hati dan
terdedah kepada kemarahan, seterusnya melakukan perbuatan jahat akibat daripada kemarahan
yang tidak dapat dikawal. Kajian Coles et al. (2002) menyatakan bahawa kemarahan dalam
kalangan remaja disebabkan oleh rasa tidak puas hati terhadap sikap rakan sebaya, tingkah laku
pasangan, dan kawalan guru dan ibu bapa. Menurut Coles et al., golongan remaja sering marah
dan memberontak kerana perlunya kebebasan daripada kawalan orang dewasa. Isu buli yang
hangat diperkatakan kini dalam kalangan murid sekolah merupakan antara isu akibat daripada
kemarahan.

Terdapat dua jenis kemarahan iaitu kemarahan sementara (state) dan trait. Kemarahan
sementara muncul akibat situasi tertentu dan intensitinya bergantung kepada tahap serangan,
ketidakadilan, atau kekecewaan yang dipersepsikan individu. Manakala kemarahan trait
muncul dalam karateristik individu dan konsisten ditunjukkan dalam pelbagai situasi yang
mengakibatkan individu cenderung mengalami kemarahan sementara secara lebih biasa
(Deffenbacher et al, 1996). Menurut Spielberger (1991), kemarahan diluahkan melalui tiga
cara. Tiga cara ini ialah melalui kemarahan dalaman, kemarahan luaran dan kemarahan
kawalan. Kemarahan dalaman bermaksud menahan kemarahan di bawah tekanan dan tidak
meluahkannya. Manakala kemarahan luaran diungkapkan secara fizikal dengan memukul dan
mencederakan objek atau menggunakan lisan dengan mengkritik, mencaci dan menyumpah.
Sementara kemarahan kawalan ditunjukkan dengan cara individu bersikap sabar, tenang,
bertolak ansur dan memahami (Spielberger, 1991).

59
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 57-66, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kemarahan memberi kesan kepada individu dan sering dikaitkan dengan emosi negatif
(Gardner & Moore, 2008). Dalam keadaan marah, sistem badan individu mengeluarkan
hormon stres seperti adrenalin, noradrenalin dan cortisol yang menyebabkan kadar jantung,
tekanan darah, suhu badan dan pernafasan meningkat. Perkara ini akan menyebabkan masalah
kesihatan fizikal dan membawa kepada masalah emosi dan mental (Nordqvist, 2009).
Kemarahan yang tidak ditangani dengan baik juga penyebab kepada salah laku dan masalah
delikuen dan jenayah dalam kalangan remaja (Davis, 2014). Dalam keadaan ini, intervensi
yang sesuai dalam menangani isu kemarahan amatlah perlu khususnya kepada murid di
peringkat sekolah lagi.

Intervensi Kaunseling
Intervensi kaunseling sama ada secara individua atau kelompok digunakan oleh guru
bimbingan dan kaunseling dalam menangani isu kemarahan murid. Menurut Arslan (2010),
individu menggunakan problem-focused coping dalam menyelesaikan masalah-masalah dan
kemarahan pada situasi-situasi yang tertentu. Murid yang menggunakan problem-focused
coping didapati berjaya mengurangi dan mengawal sifat marah; dan didapati juga tingkah laku
anger-in dan anger-out yang ditunjukkan dalam ekspresi kemarahan juga berkurangan (Arslan
2010). Ariyabuddhiphongs, (2014) pula mencadangkan agar individu tidak bertindak balas
terhadap provokasi semasa mengendalikan isu kemarahan. Beliau mencadangkan supaya
memperlakukan orang lain dengan kebaikan, mempunyai niat yang baik untuk tidak membalas
dendam dan tidak menggunakan keganasan.

Goldstein (1983) menyatakan bahawa bagi kaedah mengawal kemarahan adalah dengan
melakukan latihan relaksasi. Latihan relaksasi dilakukan dengan mengaplikasi secara
sistematik untuk ketegangan-pemekaan dan ketegangan-prosedur. Latihan ini digunakan bagi
mencapai tahap ketenangan otot yang lebih mendalam yang terdapat dalam tiga fasa iaitu;
i) kitaran relaksasi-ketegangan (tension-relaxation cycles)
ii) relaksasi (relaxation)
iii) relaksasi mendalam (deep relaxation)

Kajian menggunakan terapi seni juga didapati berkesan dalam mengendalikan kemarahan
dalam kalangan murid. Kajian intervensi kemarahan dilakukan oleh Shamshul Azura Md
Yusof, Nor Shafrin Ahmad, dan Rahimi Che Aman (2020) menggunakan enam sesi kaunseling
melalui cara melukis, mewarna dan bermain palestesine dalam proses peluahan kemarahan
remaja dan proses penyembuhan. Dapatan mereka menunjukkan bahawa, terapi seni
merupakan antara alternatif yang boleh digunakan dalam menguruskan kemarahan murid di
sekolah.

Selain daripada terapi seni, sorotan kajian lalu melalui pakar dalam pengurusan kemarahan
seperti Kassinove dan Tafrate (2002) cenderung menggunakan pendekatan terapi Kognitif
Tingkah laku (CBT). Breiner et al. (2012) juga menyatakan bahawa pendekatan seperti terapi
Psikodinamik, terapi Kognitif Tingkah laku (CBT) dan terapi Rasional Emotif Tingkah Laku
(REBT) lebih banyak digunakan oleh psikologi dan kaunselor dalam menangani kes-kes yang
berkaitan dengan isu kemarahan. Penemuan serupa juga dinyatakan oleh Norisham (2013).
Tinjauan Norisham di empat sekolah dan di tiga institusi pendidikan guru di Kuala Lumpur
dan Selangor mendapati bahawa kaunselor di institusi tersebut menggunakan pendekatan CBT
dan REBT dalam menguruskan kes yang melibatkan masalah kemarahan remaja.

Alternatif lain intervensi menangani kemarahan selain memfokuskan kepada pemikiran seperti
dalam pendekatan CBT dan REBT ialah dengan menggunakan intervensi naratif. Perkongsiaan

60
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 57-66, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

cerita peribadi merupakan mekanisme perbualan yang terapeutik bagi kaunselor mengcungkil
naratif personal klien (Peräkylä et al., 2008). Melalui peluahan dan perkongsiaan rasa marah
ini, klien berusaha untuk mencapai kelegaan dan mengurangi kemarahan yang dialami.
Berdasarkan sorotan kajian ini, dapatlah dinyatakan antara intervensi kaunseling dalam
menangani kemarahan murid dan remaja ialah melalui pendekatan seperti Kognitif Tingkah
laku, Humanistik, terapi seni, peluahan secara naratif serta bimbingan yang berfokuskan
masalah.

3. Metodologi

Reka bentuk kajian tinjauan secara deskriptif digunakan bagi menjawab objektif kajian.
Responden kajian merupakan guru-guru kaunseling daripada sekolah di empat buah negeri di
zon utara Semenanjung Malaysia. Negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Sebelum kajian dijalankan, penyelidik telah mendapatkan surat kebenaran menjalankan kajian
daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentadbir soal selidik soalan terbuka. Justeru,
penyelidik mendapatkan bantuan daripada Jabatan Pelajaran bagi setiap negeri iaitu Jabatan
Pelajaran Negeri Perlis (JPNP), Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPNK), Jabatan Pelajaran
Negeri Perak (JPNP) dan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP) untuk mendapatkan
keizinan menjalankan kajian disekolah-sekolah terpilih serta memaklumkan tujuan kajian
kepada guru bimbingan dan kaunseling terlibat.

Pemilihan responden adalah secara pensampelan bertujuan iaitu guru bimbingan dan
kaunseling yang terlibat dalam mengendalikan kes kemarahan murid sahaja dipilih dalam
kajian. Jumlah guru bimbingan dan kaunseling yang terlibat ialah seramai 179 orang iaitu 39
orang dari Perlis, 56 orang dari Kedah, 39 orang dari Perak dan 45 orang dari Pulau Pinang.
Secara keseluruhan, 74.3% adalah guru bimbingan dan kaunseling wanita dan 25.7% adalah
guru bimbingan dan kaunseling lelaki yang terlibat dalam menjawab soal selidik soalan terbuka
yang diedarkan. Soal selidik terbuka diedarkan kepada responden bagi memperoleh tiga
maklumat utama. Maklumat diperoleh merujuk kepada demografi seperti jantina, intervensi
kepada pendekatan kaunseling atau teori digunakan serta strategi, kemahiran dan teknik yang
digunakan dalam menangani kemarahan murid. Dapatan dianalisis menggunakan analisis
tematik bagi menjawab kedua-dua objektif kajian.

4. Dapatan

Demografi
Jumlah guru bimbingan dan kaunseling yang terlibat dalam soal selidik adalah seramai 179
orang. Mereka adalah daripada empat buah negeri di zon utara Semenanjung Malaysia.
Seramai 133 orang (74.3%) adalah guru bimbingan dan kaunseling wanita dan 46 orang
(25.7%) adalah guru bimbingan dan kaunseling lelaki. Sebanyak 41.9% daripada guru ini
berada di sekolah dalam bandar dan 56.4% daripada sekolah luar bandar. Seramai 69.8% guru
bimbingan dan kaunseling terlibat adalah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
bimbingan dan kaunseling daripada pelbagai universiti tempatan di Malaysia. Seramai 9.5%
mempunyai kelulusan dalam Sijil kaunseling sebagai kelulusan tertinggi dalam bidang
bimbingan dan kaunseling. Seramai 8.4% berkelulusan dalam peringkat Diploma Kaunseling
dan seterusnya 5% mempunyai Ijazah Sarjana Kaunseling.

Berdasarkan pengalaman sebagai guru bimbingan dan kaunseling, 37.4% berpengalaman 1


hingga 5 tahun dan diikuti 27.4% berpengalaman 6 hingga 10 tahun. Kedua-dua peratusan yang
tertinggi ini sekiranya dijumlahkan adalah 64.8%. Seterusnya adalah 26.8% dengan

61
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 57-66, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

pengalaman dalam kaunseling 11 hingga15 tahun, 4.5% dengan pengalaman 16 hingga 20


tahun dan 1.1% yang berpengalaman 21 hingga 25 tahun.

Teori digunakan dalam Intervensi Menangani Kemarahan Murid


Dapatan daripada soal selidik terbuka menunjukkan guru bimbingan dan kaunseling sekolah
cenderung menggunakan lapan jenis teori kaunseling semasa mengendalikan isu kemarahan
murid. Teori digunakan ialah Teori Pemusatan Insan, Teori Tingkah Laku, Teori Rasional
Emotif Tingkah Laku, Teori Gestalt dan Teori Realiti. Majoriti daripada guru kaunseling
menggunakan Teori Rasional Emotif Tingkah Laku dengan 76% memilih teori ini semasa
mengendalikan isu kemarahan murid di sekolah. Teori Tingkah Laku (35.2%), Teori
Pemusatan Insan (34.6%), Teori Realiti (30.2%) dan Teori Gestalt (21.2%) dipilih oleh
segelintir guru bimbingan dan kaunseling dalam mengendalikan kes kemarahan murid di
sekolah. Tiga teori yang tidak digunakan iaitu 91.6% responden tidak menggunakan Teori
Transaksional Analisis, 88.3% tidak menggunakan Teori Psikoanalisis dan 82.7% tidak
menggunakan Teori Psikologi Individu.

Strategi, Kemahiran dan Teknik Menangani Kemarahan Murid


Pelbagai jenis strategi digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling semasa mengendalikan
isu kemarahan murid di sekolah. Majoriti guru bimbingan dan kaunseling di kawasan zon utara
memilih strategi menggunakan sesi kaunseling individu apabila mengendalikan sesi bersama
murid dengan peratusan sebanyak 95%. Selain itu, terdapat juga guru bimbingan dan
kaunseling yang mengintegrasikan strategi kerohanian (69.3%) dan strategi bimbingan
(63.1%) semasa mengendalikan isu kemarahan ini. Tiga jenis strategi lain yang masih
digunakan ialah strategi lawatan ke rumah murid (88.8%), strategi latihan dalam kumpulan
(77.1%) dan strategi kaunseling kelompok (65.9%).

Guru bimbingan dan kaunseling didapati lebih kerap menggunakan kemahiran asas dalam
mengendalikan kes kemarahan murid. Antara kemahiran digunakan ialah kemahiran
mendengar, memujuk, memberi perhatian serta membina hubungan mesra atau rapport.
Terdapat juga guru kaunseling yang mengajar murid dengan teknik relaksasi bagi meredakan
kemarahan murid (21 orang). Murid juga diberikan bimbingan kerohanian, Antara contoh
bimbingan kerohanian adalah dengan mengajar murid untuk mengambil wudhu’ dan membaca
Al-Quran agar membantu jiwa murid menjadi lebih sabra Ketika dalam keadaan marah.
Berikut adalah teknik yang digunakan dalam Jadual 1:

Jadual 1: Teknik Digunakan Guru untuk Mengendalikan Kes Kemarahan Murid

Teknik Digunakan Frekuensi (N)


Asas Kaunseling (mendengar, melayan, memujuk, 85
memberi perhatian, rapport).
Bimbingan Kerohanian 25
Relaksasi 19
Merasionalkan dan Mencabar Pemikiran 17
Main Peranan (Role Play) 15
Terapi Seni (Art Therapy) 15
Kerusi Kosong (Empty Chair) 9

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Dapatan menunjukkan bahawa guru bimbingan dan kaunseling di zon utara mengaplikasikan
pendekatan Kognitif Tingkah laku (CBT) semasa membantu mengendalikan isu kemarahan

62
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 57-66, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

murid sekolah. Responden majoriti menggunakan teori Rasional Emotif Tingkah laku (REBT),
teori Tingkah laku dan teori Realiti. Pendekatan kognitif tingkah laku digunakan bagi memberi
tumpuan untuk mengajar murid cara menyusun semula pemikiran agar dapat menghasilkan
emosi dan tingkah laku yang lebih positif dan sesuai. Teori Rasional Emotif Tingkah laku
cenderung memusatkan perhatian kepada perubahan tingkah laku, walaupun pada masa yang
sama aspek pemikiran dianggap sangat penting untuk distrukturkan semula secara realistik
(Thompson & Rudolph, 2000). REBT secara khusus menangani kemarahan dan menganggap
kemarahan ini sebagai emosi yang menjadi fisiologis setelah perasaan marah diciptakan secara
kognitif (Bernard, 1984). Dapatan ini selaras dengan kajian oleh Lee Shu Chin dan Nor Shafrin
Ahmad (2013). Dapatan kajian mereka yang menggunakan pendekatan CBT sebagai intervensi
dalam pengurusan kemarahan terhadap 62 orang remaja yang merupakan murid sekolah
menengah menunjukkan bahawa teknik menstrukturkan dan mencabar pemikiran memberi
manfaat dalam menangani kemarahan. Dapatan ini juga selaras dengan McIntyre et al. (2019),
yang menyatakan CBT berupaya mengurangkan kemarahan dan kesan negatif kemarahan
responden. Pendekatan CBT didapati berkesan dalam mengurangi kemarahan dan sikap
agresif dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Mengenal pasti strategi khusus untuk membantu kanak-kanak mengawal kemarahan juga
membawa implikasi penting kepada pihak sekolah khususnya kepada guru, kaunselor, dan
pentadbir untuk membantu mengurangkan tahap konflik yang menimbulkan kemarahan antara
murid di sekolah (Shannon & Steve, 2005). Dalam aspek mengurus kemarahan, tinjauan
literatur mendapati pakar-pakar kajian dalam bidang kemarahan seperti Kassinove dan Tafrate
(2002) turut mengutarakan cara pengurusan kemarahan berdasarkan pendekatan CBT. Breiner
et al. ( 2012) menyatakan yang CBT dan REBT lebih popular digunakan disamping pendekatan
lain seperti Psikodinamik.

Latihan pengurusan kemarahan yang merupakan pendekatan alternatif digunakan juga sama
ada secara bebas atau digabungkan dengan farmakoterapi (Abikoff & Gittleman, 1985).
Intervensi CBT didapati memberi kesan positif dalam mengurangkan reaksi kemarahan,
terutama ketika digabungkan dengan ubat (Klein & Abikoff, 1997; Abikoff, 1991). Hinshaw
et al. (1989) mendapati bahawa ubat perangsang yang dipasangkan dengan latihan pengurusan
kemarahan menurunkan pembalasan fizikal dan kawalan impuls yang ditingkatkan pada 24
anak lelaki yang didiagnosis dengan ADHD.

Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun kemampuan untuk mengawal ekspresi kemarahan
dapat mengurangkan pencerobohan, menekan pengalaman kemarahan (seperti dengan tidak
menunjukkan kemarahan sama sekali) sebenarnya tidak berfungsi untuk mengurangkan
tingkah laku agresif (Roberton, Daffern & Bucks, 2015). DiGiuseppe dan Tafrate (2003)
mengatakan bahawa terdapat bukti kukuh bahawa program yang mensasarkan kepada kawalan
kemarahan adalah berkesan untuk mengurangkan agresif kepada sampel bukan klinikal seperti
pelajar yang marah.

Namun begitu, terdapat juga guru bimbingan dan kaunseling yang menyatakan bahawa mereka
tidak begitu fokus kepada sesuatu teori semasa mengendalikan kes kemarahan. Mereka lebih
selesa mempelbagaikan penggunaan kemahiran asas kaunseling seperti kemahiran mendengar,
memberi perhatian dan sebagainya. Disamping menggunakan kemahiran asas kaunseling, guru
bimbingan dan kaunseling juga mengintegrasikan elemen bimbingan kerohanian semasa
mengendalikan isu kemarahan murid. Ini disokong oleh Sigurvinsdottir et al. (2017), yang
menyatakan bahawa elemen spiritual dapat mengurangkan kesan negatif kesihatan mental yang

63
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 57-66, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

dialami murid akibat ketegangan. Elemen spiritual menurut Sigurvinsdottir et al. lagi menjadi
faktor protektif dalam melindungi perasaan marah bagi mangsa penderaan seksual.

Dapatan menunjukkan seramai 15 orang guru bimbingan dan kaunseling menggunakan terapi
seni semasa mengendalikan isu kemarahan murid. Malahan kombinasi CBT dan terapi seni
didapati juga mengurangi kemarahan dalam kalangan kanak-kanak serta meningkatkan
penghargaan kendiri (Ramin alavinezhad, Masoumeh Mousavi, Nadereh Sohrabi (2014).
Breiner et al. (2012) sangat menggalakkan penggunaan terapi seni, terapi tarian dan terapi
muzik dalam pengurusan kesihatan mental, emosi, dan kesihatan fizikal. Menurut Breiner et
al. (2012), melalui terapi seni, seseorang secara tidak sedar akan dapat mengetahui lebih lanjut
mengenai diri daripada pelbagai sudut pandangan yang tidak disedari sebelumnya. Bagi
Liebmann (2008), terapi seni dapat membantu mengurangi tahap kemarahan pada klien.
Menurut beliau, klien berupaya meluahkan kemarahan melalui cara melukis di atas kertas,
walaupun semasa klien berdiam diri dan tiada interaksi verbal berlaku. Selain terapi seni,
peluahan secara naratif kemarahan murid melalui main peranan juga merupakan antara teknik
digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Melalui peluahan murid dapat berkongsi
emosi melalui perspektif yang berbeza. Main peranan seperti terdapat dalam teori Gestalt
mengalakkan murid meluahkan perkara yang belum selesai (unfinish business) dan dalam
konteks ini adalah kemarahan yang belum diluahkan serta diselesaikan.

Dapatan menunjukkan kepelbagaian pendekatan digunakan beserta strategi, teknik dan


kemahiran oleh guru bimbingan dan kaunseling. Majoriti guru bimbingan dan kaunseling
menggunakan REBT yang lebih direktif sesuai dengan keadaan murid sekolah. Walaupun
pelbagai kaedah diaplikasikan guru bimbingan dan kaunseling namun matlamatnya adalah
sama iaitu bagi menangani kemarahan murid. Pennyelidik berpendapat kaedah diaplikasikan
kepada murid perlu disesuaikan dengan pengetahuan dan kemahiran seseorang guru bimbingan
dan kaunseling. Justeru seseorang guru bimbingan dan kauseling perlulah sentiasa
menambahbaik dan mempelbagaikan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menangani
isu-isu kesihatan mental. Kombinasi pendekatan konvensional serta pasca moden dengan
intergrasi mengikut elemen multibudaya serta pelbagai aspek lain seperti personaliti murid
amatlah sesuai dan praktikal. Kajian yang dilakukan ini mempunyai limitasi kerana hanya
melibatkan guru bimbingan dan kaunseling di zon Utara Semenanjung Malaysia. Cadangan
bagi penyelidik yang berminat untuk meneruskan kajian tinjauan ini kepada keseluruhan guru
bimbingan dan kaunseling di Malaysia dengan mengambil kira faktor pengalaman dan
peringkat sekolah sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah.

Rujukan

Abikoff, H. (1991). Cognitive training in ADHD children: Less to it than meets the eye. Joumal
of Learning Disabilities, 24, 205-209.
Abikoff, H., & Gittelman, R. (1985). The normalizing effects of methylphenidate on the
classroom behavior of ADDH children. Joumal Abnormal Child Psychology, 13, 33-
44.
Ariyabuddhiphongs, V. (2014). Anger concepts and anger reduction method in Theravada
Buddhism. Spirituality in Clinical Practice, 1(1), 56.
Arslan, C. (2010). An investigation of anger and anger expression in terms of coping with
stress and interpersonal problem-solving. Educational Sciences: Theory & Practice,
10(1), 26-43.

64
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 57-66, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Bernard, M.E. (1984). Childhood emotion and cognitive behavior therapy: A rational-
emotive perspective. In Kendall, P.C. (Ed.), Advances in cognitive-behavioral
research and therapy (pp. 213-253). Orlando, FL: Academic Press.
Breiner, M. J., Tuomisto, L., Bouyea, E., Gussak, D. E., & Aufderheide, D. (2012). Creating
an Art Therapy Anger Management Protocol for Male Inmates Through a Collaborative
Relationship. International Journal of Offender Therapy and Comparative
Criminology. doi:10.1177/0306624X11417362
Budziszewska, M. & Hansen, K. (2019). Anger detracts from beauty: Gender differences in
adolescents’ narratives about anger. Journal of Adolescent Research, 1, 1-31.
Coles, C. J., Greene, A. F., & Braithwaite, H. O. (2002). The relationship between personality,
anger expression, and perceived family control among incarcerated male juveniles.
Adolescence, 37(2), 395–409.
Davis, D. L. (2014). The aggressive adolescent: Clinical and forensic issues. New York:
Routledge.
Deffenbacher, J.L.,Oetting, E.R., Thwaites, G.A., Lynch, R.S., Baker,D.A., Stark, R.S.
(1996). State-trait anger theory and the utility of the Trait Anger Scale. Journal of
Counselling Psychology, 43, 131-148.
DiGiuseppe, R., & Tafrate, R. C. (2003). Anger treatment for adults: A meta‐analytic
review. Clinical Psychology: Science and Practice, 10(1), 70-84.
Faupel, A., Herrick, E., & Sharp, P. M. (2017). Anger management: A practical guide for
teachers. New York: Routledge.
Fischer, A.H. & Evers, C. (2010). Anger in the context of gender. In M.Potegal et al. (Eds.)
International handbook of anger. (pp. 349-360). New York: Springer. doi 10.1007/978-
0-387-89676-2_20.
Fives, C.J., Kong, G., Fuller, J.R. & DiGiuseppe, R. (2011). Anger, aggression and irrational
beliefs in adolescents. Cognitive Therapy and Research. 35, 199-208.
Gardner, F. L., & Moore, Z. E. (2008). Understanding Clinical Anger and Violence: The
Anger Avoidance Model. Behavior Modification, 32(6), 897–912.
Goldney, R., Winefield, A., Saebel, J., Winefield, H., & Tiggerman, M. (1997). Anger,
suicidal ideation, and attempted suicide: A prospective study. Comprehensive
Psychiatry, 38, 264-268.
Goldstein, A. P. (1983). Behavior modification approaches to aggression prevention and
control. In Goldstein, A.P. & Krasner, L. (Eds), Prevention and Control of Aggression.
United States of America, Pergamon Press.
Gross, J. J. (2015). Emotion regulation: Current status and future prospects. Psychological
Inquiry, 26, 1–26.
Hinshaw, S.P., Buhrmester, D. & Heller, T. (1989). Anger control in response to verbal
provocation: Effects of stimulant medication for boys with ADHD. Journal of Abnormal
Child Psychology: 17, 393-407.
Kassinove, H. & Tafrate, R.C. (2002). Anger Managment: The complete treament guidebook
for practitioners. CA: Impact Atascadero.
Kassinove, H.(2009). Understanding and treating anger in clinical practice. National Registery
For Healthcare Professional. http://theramatch.com/therapy
Klein, R.G., & Abikoff, H. (1997). Behavior therapy and methylphenidate in the treatment of
children with ADHD. Journal of Attention Disorders, 2, 89- 114.
Lee, J., Choi, H., Kim, M.J., Park, C.G., Shin, D. (2009). Anger as a predictor of suicidal
ideation in middle-school students in Korea: Gender difference in threshold point.
Libra Publishers, 44 (174), 433-446.
Lee Shu Chin dan Nor Shafrin Ahmad (2013), Effect of Anger Management Module Using

65
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 57-66, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Cognitive Behavioral Therapy (Cbt) on Anger Expression Among The Adolescents


In Secondary School, Jurnal Psikologi Malaysia, 27, 25-39.
Lehnert, K.L., Overholser, J.C., & Spirito, A. (1995) Internalized and externalized anger in
adolescent suicide attempters. Journal of Adolescent Research, 9(1), 105-119.
Lewis, M. (2010). The development of anger. In M.Potegal et al. (Eds.) International handbook
of anger. (pp. 177-191). New York: Springer. doi 10.1007/978-0-387-89676-2_20.
Liebmann, M. (Ed.). (2008). Art therapy and anger. New Zealand: Jessica Kingsley
Publishers.
Mabry, J.B and Keicolt, K.J (2005). Anger in Black and White : Race, Alenation, and Anger.
Journal of Health and Social Behavior, 46 (March), 85-101.
McIntyre, K. M., Mogle, J. A., Scodes, J. M., Pavlicova, M., Shapiro, P. A., Gorenstein, E.
E.…Sloan, R. P. (2019). Anger-reduction treatment reduces negative affect reactivity
to daily stressors. Journal of Consulting and Clinical Psychology, 87, 141–150.
doi:10.1037/ccp0000359
Nay, W.R. (2004). Taking charge of anger; How to resolve conflict, sustain relationships, and
express yourself without losing control. New York, The Guilford Press.
Nordqvist, C. (2009, Aug 27). What is anger and anger management. Medical News Today.
(atas talian) http://www.medicalnewstoday.com/articles/162035.php
Norisham Abdul Ghani. (2013). Senario kemarahan remaja: Satu tinjaun umum di sekolah-
sekolah menengah Negeri Selangor. Jurnal Psikologi Dan Kaunseling, 4(1), 39-57.
Novaco, R. W. (2016). Anger. In G. Fink (Ed.), Stress: Concepts, cognition, emotion, and
behavior, (pp. 285–292). London, UK: Academic Press.
Peräkylä, A, Antaki, C, Vehviläinen, S (2008) Analysing psychotherapy in practice. In:
Conversation in Psychotherapy. Cambridge: Cambridge University Press, pp. 5–25.
Ramin alavinezhad, Masoumeh Mousavi, Nadereh Sohrabi (2014). Effects of Art Therapy on
Anger and Self-esteem in Aggressive Children, Procedia - Social and Behavioral
Sciences,Volume 113, 111-117, ISSN 1877-0428,
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.01.016.
Sigurvinsdottir, R., Asgeirsdottir, B.B., Ullman, S.E., Sigfusdottir, I.D. (2017) . Journal of
Interpersonal Violence. The Impact of Sexual Abuse, Family Violence/Conflict,
Spirituality, and Religion on Anger and Depressed Mood Among Adolescents. 1-21.
https://doi.org/10.1177/0886260517734860
Roberton, T., Daffern, M., & Bucks, R. S. (2015). Beyond anger control: Difficulty attending
to emotions also predicts aggression in offenders. Psychology of Violence, 5(1), 74.
Shamshul Azura Md Yusof, Nor Shafrin Ahmad & Rahimi Che Aman (2020). Development
of Adolescent Anger Management Module Using Art Therapy. International Journal
of Academic Research in Business and Social Sciences, 10(14), 1–10.
Shannon R.S. & Steve, M. (2005). A Rational Emotive Behavioral Approach to Improve Anger
Management and Reduce Office Referrals in Middle School Children: A Formative
Investigation and Evaluation. Journal of Applied School Psychology. Vol. 21(1).
Spielberger, C.D. (1991). State-trait anger expression inventory. Orlando, Florida, FL:
Psychological Assesment Resources.
Tavris, C. (Ed.). (1989). Anger: The misunderstood emotion (Rev.ed.). New York: Touchstone
Thompson, C. L., & Rudolph, L. B. (2000). Counseling children (5th ed.). Belmont, CA:
Wadsworth.
Videbeck, S.L. (2011). Psychiatric-Mental Health Nursing. Fifth Edition. Wolters Kluwer
Health. Philadelphia.

66
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like