Latihan Bab 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEMESTER SEMESTER 3 SESI / TAHUN 2/ 2023

JABATAN JABATAN PENDIDIKAN UMUM


LATIHAN LATIHAN BAB 2
NAMA KURSUS TENAGA DAN KUASA
KOD KURSUS UST3122
PROGRAM DIPLOMA
TARIKH
MASA 30 MINIT
PENTAKSIRAN
MARKAH MARKAH PERATUS
HASIL PEMBELAJARAN : SEBENAR DIPEROLEH DIPEROLEH
Menerangkan konsep dan prinsip fizik berkaitan
dengan kerja, tenaga dan kekonduksian elektrik
CLO1 dengan betul dalam kehidupan seharian. 20
(C2 ,PLO1, LD1)

JUMLAH MARKAH 20
NAMA KELAS
ANGKA GILIRAN PENSYARAH

Disediakan oleh:

………………………
(FATIN AMIRA BINTI ROSLI)
Penyelaras Kursus
UST3122

Bahagian A

[10 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Pernyataan yang manakah merupakan maksud kerja dalam sistem mekanik?


CLO 1, C1
A. Kerja ialah hasil tindakan daya pada sebarang objek
B. Kerja ialah sesaran objek pada arah arah tindakan daya
C. Kerja ialah keadaan gerakan suatu objek pada suatu garis lurus
D. Kerja ialah hasil darab daya yang bertindak dengan jarak yang dilalui pada arah tindakan
daya

2. Situasi yang manakah melibatkan kerja yang dilakukan oleh tork dalam sistem mekanik?
CLO 1, C2
A. pelantak menghentak cerucuk
B. kren menaikkan kepingan besi ke atas bangunan
C. `forklift’ mengangkat kotak ke atas rak barang
D. skru diketatkan menggunakan spanar boleh laras

3. Tork 700 Nm ditindakkan ke atas tuas untuk mengangkat batu. Jika 1000 J kerja dilakukan untuk
mengangkat batu tersebut, hitungkan sudut yang dilalui oleh tuas itu. CLO 1, C3

A. 0.7 rad B. 1.43 rad


C. 7.0 rad D. 14.3 rad

4. Nyatakan bentuk tenaga yang tersimpan dalam objek yang berada pada suatu ketinggian dari
permukaan bumi. CLO 1, C1

A. Tenaga kinetik
B. Tenaga keupayaan kenyal
C. Tenaga keupayaan graviti
D. Tenaga mekanik

5. Pilih pernyataan yang betul tentang tenaga keupayaan sesuatu objek. CLO 1, C2

A. Spring keras mempunyai nilai pemalar yang lebih rendah berbanding spring lembut
B. Lastik yang diregang sepenuhnya mempunyai tenaga keupayaan kenyal yang tinggi
C. Sebuah helikopter yang berada di udara tidak mempunyai tenaga keupayaan graviti
D. Bola pingpong mempunyai tenaga keupayaan yang lebih tinggi berbanding bola sepak yang
dijatuhkan pada ketinggian yang sama

6. Apakah dua faktor yang mempengaruhi tenaga kinetik linear dalam sistem mekanik? CLO 1, C1
A. Jisim dan arah
B. Bentuk dan saiz
C. Jisim dan halaju
D. Momen inersia dan halaju sudut

2
UST3122

7. Pilih pernyataan yang menerangkan tenaga kinetik putaran dalam sistem mekanik dengan betul.
CLO 1, C2
A. Tenaga kinetik putaran sebuah roda putar berkurang apabila halaju bertambah
B. Masa gasing berhenti berputar akan singkat jika gasing yang lebar digunakan
C. Jisim kipas tidak mempengaruhi tenaga kinetik putaran bilah kipas
D. Momen inersia yang tinggi pada sesebuah motor elektrik menyebabkan tenaga kinetiknya
bertambah

8. Dalam suatu permainan gasing, dua buah gasing A dan B yang berjisim sama diputarkan secara
serentak. Setelah beberapa ketika, gasing A berhenti berputar lebih awal dari gasing B.
Manakah pernyataan yang kemungkinan merupakan penjelasan yang tepat kepada situasi
tersebut?
CLO 1, C2
A. Gasing A tidak mengalami geseran.
B. Gasing A mempunyai tenaga kinetik putaran yang lebih kecil
C. Gasing A bersaiz lebih besar daripada gasing B
D. Gasing A mempunyai momen inersia yang lebih besar

9. Ramalkan kuasa bagi sebuah lif yang sedang bergerak turun ke tingkat 2 sebuah bangunan.
CLO 1, C2
A. Kuasa semakin berkurang
B. Kuasa semakin bertambah
C. Tiada perubahan
D. Tiada kuasa

10. Sebuah kren mengangkat beban yang berjisim 30 kg dengan ketinggian 1.2 m dalam masa 5 saat.
Berapakah kuasa kren tersebut? CLO 1, C3
A. 3.6 W
B. 7.2 W
C. 59 W
D. 71 W

RUANG JAWAPAN BAHAGIAN A

1. 2. 3. 4. 5.

6. 7. 8. 9. 10.

Markah
/10

3
UST3122

Bahagian B

[10 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

11. Rajah 11 menunjukkan kedudukan tiga orang kanak-kanak semasa bermain papan gelongsor.

Razif
Ahmad

Suriati

Rajah 11

Berdasarkan Rajah 11,

(a) Namakan jenis tenaga keupayaan yang dimiliki oleh ketiga-tiga kanak-kanak tersebut.
CLO 1, C1

………………………………………………………………………………………………………………………………………..

[ 1 markah ]

(b) Jika ketiga-tiga kanak-kanak dalam Rajah 11 mempunyai jisim yang sama, kanak-kanak
yang manakah mempunyai nilai tenaga keupayaan yang paling rendah?
Jelaskan jawapan anda. CLO 1, C2

……………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………….

[ 2 markah ]

(c) Hitungkan tenaga keupayaan yang terdapat pada Razif jika jisimnya ialah 25 kg dan
berada pada ketinggian 350 cm dari paras tanah.
CLO 1, C3

4
UST3122

[ 2 markah ]

12. Rajah 12 berikut menunjukkan sebuah kren sedang mengangkat beban di tapak pembinaan.

beban

3m

Rajah 12

Berdasarkan Rajah 12,

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa dalam sistem mekanik? CLO 1, C1

……………………………………………………………………………………………..………………………………………..
[ 1 markah ]

(b) Jika kren tersebut diminta mengangkat beban yang lebih berat pada ketinggian sama,
apa yang akan berlaku kepada kuasa output kren? Jelaskan jawapan anda.
CLO 1, C2
………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………

[ 2 markah ]

(c) Hitungkan kuasa output kren untuk mengangkat beban 800 kg pada jarak 3 m dalam
masa 2 minit. CLO 1, C3

5
UST3122

[ 2 markah ]

You might also like