Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT AJK PIBG SK ATAS TOL KALI KEDUA SESI 2021

TARIKH :07.08.2021 (SABTU)

MASA :09.00 MALAM

TEMPAT :GOOGLE MEET (KEDIAMAN MASING-MASING)

PENGERUSI :TN. HJ MOHD SHUKRI BIN ISMAIL

(YDP PIBG SKAT)

KEHADIRAN

EN. AHMAD SHARIFUDDIN BIN ABDULLAH

TN. HJ. MOHD SHUKRI BIN ISMAIL

EN. RAHIMI BIN RAMLI

EN. RAMZUL NASRI BIN ALIAS@OTHMAN

PN. NOMALIA BINTI MALIK

EN. MOHD NAZAR BIN MOHAMAD ZAIK

EN. A GHANI AWANG

EN. HASBI BIN ABU HASSAN

EN. MOHD NAZAR BIN MOHAMAD ZAIK

PN. MARIHA BT MOHD AMIN

PN. NORMAH AINUM BT MAMAT AMIN

EN. MALIKI BIN ALI

EN. MOHD ZULKAMAL BIN NGAH


Agenda

1.0 Ucapan Pengerusi


2.0 Ucapan Tuan Guru Besar
3.0 Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat lepas
4.0 Laporan Kemajuan PIBG
5.0 Laporan Kemajuan & Program Sekolah
6.0 Laporan Kewangan
7.0 Hal-hal lain

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG-Tn Hj.Mohd Shukri bin Ismail


1.1 Beliau mengalu-alukan kedatangan semua AJK serta mengucapkan terima kasih serta
tahniah kerana berjaya meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat AJK kali kedua bagi
tahun 2021
1.2 Beliau memaklumkan aktiviti PIBG akan terus bergerak walaupun dalam keadaan PKPP.

2.0 Ucapan Tuan Guru Besar


2.1 Beliau akan memperkasakan dashboard sekolah untuk PIBG
2.2 Beliau berharap masalah jalan masuk ke sekolah akan diselesaikan secepat mungkin.

3.0 Minit mesyuarat ke 1 2021 diterima tanpa pindaan

4.0 Laporan kemajuan PIBG 2021


4.1 YDP menyatakan berdasarkan kunjungan beliau ke sekolah mendapati keselamatan
kawasan sekolah adalah terjaga sepanjang PKP

5.0 Laporan Kemajuan & Program Sekolah (Tuan Guru Besar)


5.1 Beliau menyatakan guru yang bersara pada pertengahan tahun tidak akan diganti
5.2 Beliau menyatakan 33 orang guru telah menerima vaksin
5.3 Beliau juga menyatakan guru,AKP dan pekerja swasta boleh walk in untuk vaksin
5.4 Beliau memaklumkan ramai ibu bapa yang terbeban untuk membeli data internet
sepanjang PDPr
5.5 Beliau juga memaklumkan urusan E-Menengah akan diuruskan oleh Cikgu Normah.
5.6 Beliau juga memaklumkan ceramah sempena sambutan Maal Hijrah akan diadakan
secara maya anjuran Panitia Agama Islam.
5.7 Beliau memaklumkan sebanyak 495 buah sekolah belum melaksanakan Mesyuarat
Agung Tahunan(MAT) 2021.
5.8 Beliau menyarankan MAT dilaksanakan secara online mengikut SOP yang ditetapkan
5.9 Beliau memaklumkan MAT 2021 perlu dijalankan sebelum 30 Oktober 2021.

6.0 Laporan Kewangan (Bendahari PIBG)


6.1 Mesyuarat ajk telah bersetuju mengekalkan sumbangan untuk PIBG-RM30/keluarga
6.2 Baki keseluruhan sehingga 30.6.2021 ialah RM7098.00

7.0 Hal-hal lain


7.1 YDP mencadangkan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) diadakan 16 September 2021.
7.2 Pemilihan ajk baru PIBG 2021/2022 akan dilakukan melalui google form
7.3 Guru Besar mencadangkan mewujudkan kutipan Sumbangan Warga Prihatin dan
memerlukan kelulusan Pendaftar dan PDRM.
7.4 PK Pentadbiran (Cikgu Anisah) menerangkan kerja Gerobok Ilmu PIBG kepada semua ahli
jawatankuasa PIBG dan memohon peruntukan daripada PIBG sebanyak RM692.00 bagi
pembelian rak.
7.5 YDP bersetuju menyumbangkan sumbangan peribadi sebanyak RM500 dan selebihnya
disumbangkan oleh Cikgu Norsiah Yahya.
7.6 PK Kokurikulum (Cikgu Nomalia) memaklumkan Persatuan Pandu Puteri Daerah Kuala
Terengganu melaksanakan Food Bank bagi mereka yang terkesan akibat Covid-19.
7.7 NYDP memaklumkan beliau akan membuat tindakan susulan dengan Maidam berkaitan
isu jalan masuk ke sekolah.
7.8 Food Bank tersebut berada di Kampung Kuala Bekah dan mengalu-alukan penduduk
Kampung Atas Tol yang terkesan akibat Covid-19 mendapatkan barangan keperluaan
harian di pusat Food Bank tersebut.

8.0 Penutup
Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 10.45 malam.

Disediakan oleh Disemak oleh

------------------------------ -----------------------------
(HASBI BIN ABU HASSAN) (HAJI MOHD SHUKRI BIN ISMAIL)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua,
SK Atas Tol PIBG, Sk Atas Tol

You might also like