Exe 2 - Bbng3103 Perniagaan Antarabangsa

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

SARJANA MUDA PENGURUSAN DENGAN KEPUJIAN

SEP 2022

BBNG3103

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


.
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
1 1
- Pengenalan kepada perniagaan antarabangsa
FIRMA PILIHAN
2 2
- Pengenalan firma pilihan
CIRI-CIRI UMUM BUDAYA DALAM
3 3-4
PERSPEKTIF PERNIAGAAN ANTARABANGSA
ELEMEN-ELEMEN ASAS BUDAYA YANG
4 PENTING DALAM PERNIAGAAN 5-8
ANTARABANGSA
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI CABARAN
5 PERBEZAAN BUDAYA 9 - 10

IMPLIKASI PANDEMIK COVID-19 DAN


PEREBUTAN KUASA POLITIK MALAYSIA
6 TERHADAP SYARIKAT-SYARIKAT 11 - 12
ANTARABANGSA DI MALAYSIA

7 KESIMPULAN 13
BAHAGIAN II
8 14 - 15
- Penyertaan dalam kumpulan
9 RUJUKAN 16
BBNG3103

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Pengenalan kepada perniagaan antarabangsa.

Di dalam zaman globalisasi yang serba moden ini, perniagaan antarabangsa kini perlu diakui
sebagai satu platform yang banyak kepentingan kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah
negara dan dunia. Pada masa ini, perniagaan antarabangsa berkembang meluas disebabkan
oleh beberapa faktor yang kuat seperti pasaran, peralihan dan perkembangan dunia teknologi,
persaingan yang kuat di antara kuasa-kuasa besar perniagaan dan perubahan polisi struktur
perniagaan di zaman serba moden ini. Perniagaan antarabangsa boleh didefinisikan sebagai
satu proses urus niaga di antara satu negara dengan negara lain yang mengeluarkan sesuatu
produk atau barangan dan juga perkhidmatan kepada pengguna yang meliputi pengguna di
peringkat global. Perniagaan-perniagaan antarabangsa ini kebiasaanya diuruskan oleh
individu-individu, syarikat-syarikat besar persendirian dan korporat dan juga agensi daripada
kerajaan. Berlainan pula dengan perniagaan tempatan yang hanya menumpukan pasaran
perniagaan mereka hanya di dalam pasaran tempatan dan domestik sahaja.

Setiap firma perniagaan yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa ini akan berhadapan
dengan pelbagai pengaruh yang sudah pasti akan memberi kesan terhadap perniagaan
antarabangsa ini kerana firma perniagaan antarabangsa mudah terdedah kepada factor-faktor
persekitaran yang akan mempengaruhi proses perniagaan yang akan dijalankan oleh firma-
firma berkenaan. Oleh yang demikian, firma-firma perniagaan antarabangsa perlu
memastikan segala strategi perniagaan perlu dikenalpasti, dianalisis, dikaji, dan dirancang
dengan begitu rapi dan teliti agar ia perlu bersesuai dengan faktor persekitaran perniagaan
yang akan diceburi.

1
BBNG3103

PENGENALAN KEPADA FIRMA PILIHAN

Intel Corporation

Intel Corporation adalah syarikat yang menjalankan aktiviti berfokuskan teknologi. Intel telah
pun mencipta pelbagai fungsi-fungsi teknologi dan digital yang menakjubkan yang dapat
memberi faedah yang begitu banyak kepada pengguna. Syarikat Intel berpangkalan di
California, Amerika Syarikat dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Intel adalah Patrick
Gelsinger. Ia ditubuhkan pada 18 Julai 1968 di California. Intel telah mengembangkan
pasaran mereka dengan membuka beberapa cawangan mereka di beberapa negara lain seperti
Australia, Brazil, China, Mexica, Malaysia dan di beberapa negara lain lagi. Intel sentiasa
memastikan mereka terus relevan untuk masa hadapan sejajar dengan moto mereka iaitu
“Shape the Future of Technology.

Intel Corporation bertapak di Malaysia

Intel Corporation telah membuka cawangan mereka di Malaysia dengan menamakan syarikat
tersebut dengan nama sebagai Intel Malaysia Sdn. Bhd. Intel Malaysia telah pun menawarkan
beberapa produk kepada pengguna komputer seperti processor, mouse, keyboard, chipset dan
lain-lain. Intel Malaysia kini bertempat di Jalan Sultan Azlan Shah, Kawasan Perindustrian
Bayan Lepas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia. Intel Corporation merupakan
Syarikat Multicorporation (MNC) yang sudah bertapak di Malaysia selama 5 dekad iaitu
seawal tahun 70’an lagi dan juga merupakan syarikat semikonduktor cip terbesar di dunia
atas faktor pendapatan besar syarikat berkenaan. Inter memilih Malaysia sebagai salah satu
negara yang layak membuka cawangan pejabat mereka kerana yakin dengan kemahiran
tenaga kerja Malaysia termasuk jurutera dan merupakan hab yang sangat penting bagi operasi
perniagaan mereka di serata dunia.

2
BBNG3103

CIRI-CIRI UMUM BUDAYA DALAM PERSPEKTIF PERNIAGAAN


ANTARABANGSA

Pengenalan Asas Ciri-Ciri Umum Budaya.

Budaya ialah satu nilai atau sifat yang sering dihubung kaitkan dengan adat sesuatu perkara
dan tempat. Dalam perniagaan terutama bagi perniagaan antarabangsa, nilai budaya boleh
dianggap penting kerana ia perlu mengambil kira budaya tempatan dan budaya diperingkat
global untuk memastikan perniagaan yang dijalankan adalah bersesuai dengan tempat yang
bakal berlangsungnya urusan perniagaan tersebut. Budaya memainkan peranan yang penting
dalam kesinambungan arus perniagaan untuk berjaya dengan baik di peringkat antarabangsa
mahupun di peringkat pasaran tempatan.

Ciri-ciri Budaya.

1. Individualisme.
Intel Corporation adalah merupakan satu syarikat yang berasal daripada Amerika
Syarikat di mana ia amat membudayakan cara bekerja secara individualisme.
Individualisme adalah cara bekerja yang lebih memfokuskan bekerja secara
bersendirian dan mempunyai privasi.

2. Mementingkan masa.
Selain itu, masa adalah satu ciri yang juga sangat penting dalam bidang perniagaan
antarabangsa. Organisasi antaranbangsa yang besar adalah beranggapan bahawa masa
itu sebagai emas dan amat bernilai dalam setiap urusan dan proses jual beli
perniagaan yang mereka berikan kepada pelanggan dan pelabur dalam syarikat
meraka. Sebagai contoh, kepuasan pelanggan dan mengutamakan pelanggan adalah
salah satu nilai di Intel Corporation yang sentiasa menyelesaikan isu yang melibatkan
pelanggan dengan cepat, jelas dan mudah bagi mereka menjaga hubungan baik
dengan pelanggan yang menjadi salah satu sumber utama kejayaan perniagaan mereka
sehingga hari ini.

3. Sangat berstruktur.
Syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan diperingkat antarabangsa amat teliti
dan berstruktur dalam menjalankan sesuatu urusan perniagaan. Dokumentasi dan

3
BBNG3103

prosedur perniagaan teliti dan jelas amat penting dalam perniagaan antarabangsa
menjadi kerana ia akan menjadi satu rujukan kepada organisasi lain apabila ingin
berurusan antara satu sama lain. Dengan adanya struktur yang baik dalam urusan
perniagaan ia dapat mengekalkan kualiti dan standard yang baik bagi produk dan
perkhidmatan yang diterima oleh pelanggan, rakan kongi serta pelabur utama bagi
syarikat.

4. Terbuka terhadap pendapat.


Firma antarabangsa juga amat terbuka apabila berurusan dan bekerja. Sebagai contoh,
Intel Corporation sentiasa terbuka di dalam membina satu pasukan yang cemerlang
kerana pihak pengurusan sentiasa terbuka di dalam penglibatan pekerja mereka dalam
memberi idea-idea baru mengenai urusan perniagaan mereka bagi mencapai piawaian
kerja yang cemerlang bukan sahaja untuk organisasi tetapi juga budaya kerja yang
cemerlang terhadap komuniti dan pelanggan mereka.

5. Mempromosikan tingkah laku yang boleh dipelajari.


Firma-firma besar antarabangsa sentiasa peka dengan situasi dan trend perniagaan
dari masa ke semasa. Sebagai contoh, Intel Corporation ialah syarikat yang
berasaskan produk teknologi dan digital akan sentiasa mengeluarkan produk mereka
sebagai produk berteknologi tinggi yang akan menjadi kayu pengukur kepada firma-
firma lain untuk mengeluarkan produk mereka. Ianya juga bersesuaian dengan nilai
yang terapkan oleh Intel Corporation iaitu nilai kualiti.

4
BBNG3103

ELEMEN-ELEMEN ASAS BUDAYA YANG PENTING DALAM PERNIAGAAN


ANTARABANGSA

Pengenalan Asas Elemen-elemen Budaya.


Aspek budaya adalah merupakan salah satu daripada halangan dan juga motivasi kepada
firma-firma perniagaan antarabangsa. Proses-proses bagi perniagaan antarabangsa seperti
proses jual beli, pengambilan tenaga kerja, dan sebagainya melibatkan pelbagai kaum dan
bangsa yang berlainan. Oleh itu, perkara-perkara seperti ini akan membawa pelbagai cabaran
kepada setiap firma terutama yang menjalankan perniagaan antarabangsa. Di dalam
perniagaan antarabangsa, terdapat beberapa perbezaan daripada segi aspek budaya iaitu
bahasa, cara hidup, cara berkomunikasi, agama dan juga dari segi aspek social sesebuah
tempat.

Setiap firma perniagaan antarabangsa perlu mempelajari dan memahami budaya sesesbuah
negara bagi mengelakan perkara yang tidak diingin dan sebagai batasan untuk mereka
memperluaskan perniagaan mereka ke negara-negara lain sekaligus ia dapat merugikan
sesebuah firma perniagaan jika barangan atau produk mereka tidak mendapat pasaran di
negara lain. Kebanyakkan firma besar antaranbangsa seperti Intel, Coca-Cola, Pepsi, IKEA
dan lain-lain lagi mendapat pasaran yang luas diperingkat global kerana mereka memahami
dan sentiasa mengikut perkembangan permintaan terkini dipasaran luar yang bersesuai
dengan penduduk negara-negara lain.

Di dalam dunia perniagaan dan juga antarabangsa, semua nilai dan juga keprihatinan kepada
sesuatu masyarakat juga negara sangat perlu diambil kira dan perlu diambil perhatian. Firma-
firma yang besar dan terkemuka perlu sensitif dengan dalam memainkan peranan elemen-
elemen budaya dalam urus niaga perniagaan dalam tempatan atau mahupun antarabangsa.
Penggunaan nilai-nilai budaya perlulah selari dan segerak dengan norma-norma masyarakat
setempat. Aplikasi elemen-elemen itu hendaklah dilakukan pada peringkat perancangan atau
melalui urus niaga jualan.

5
BBNG3103

ELEMEN-ELEMEN ASAS BUDAYA

Budaya Sosial.

Budaya sosial adalah elemen asas dalam struktur individu, masyarakat dan kumpulan. Ianya
juga merupakan sebagai asas keseluruhan yang menetapkan tugas-tugas seseorang individu
dalam sekumpulan masyarakat dalam sesuatu tempat. Selain itu, individu, masyarakat dan
kumpulan juga boleh di klasifikasi mengikut gaya hidup, pekerjaan, pendidikan dan lain-lain
lagi yang dipanggil sebagai stratifikasi sosial.

Stratifikasi sosial ini penting kerana syarikat-syarikat perniagaan antarabangsa perlu


mengambil kira klasifikasi tersebut bagi mengenal pasti sasaran produk atau barangan yang
ingin dikeluarkan kepada pelanggan mengikut kesesuaian. Syarikat besar yang menjalankan
perniagaan antarabangsa yang beroperasi seharusnya akan mengubah prosedur urus niaga
mereka dengan mengambil kira pekerja dan kenaikan pangkat serta mengambil kira
perbezaan kelas atau suku-sakat antara pekerja atasan dan pekerja bawahan di syarikat
mereka.

Bahasa.

Elemen budaya juga salah satu elemen yang amat penting dalam konsep perniagaan
antarabangsa. Hal ini kerana bahasa adalah satu elemen utama bagi kumpulan kebudayaan
untuk berkomunikasi antara satu sama dengan yang lain untuk menjalankan urus niaga dalam
sesebuah masyarakat. Bahasa juga boleh dianggap sebagai satu senjata yang baik dalam
persaingan urus niaga kerana jika sesebuah organisasi perniagaan mampu berkomunikasi
dengan baik bersama pelanggan dan pelabur mereka ianya sudah pasti menjanjikan satu
pendapatan yang tingi kepada firma-firma yang menjalankan urus niaga antarabangsa.

Penjermahan bahasa yang baik untuk difahami memerlukan masa satu proses bagi
menggantikan satu bahasa ke bahasa yang lain. Kemampuan dan kemahiran berinterasi dan
bertutur dalam pelbagai bahasa diperlukan agar persefahaman itu dapat dicapai terutama
dalam aliran urus niaga antarabngsa apabila berkomunikasi dengan individu yang berlainan
bangsa. Kemahiran ini penting bukan sahaja untuk individu, masyarakat dan kumpulan tetapi
ia memainkan peranan yang amat penting bagi firma-firma perniagaan dan juga negara
terlibat dalam perniagaan antarabangsa.

6
BBNG3103

Komunikasi.

Komunikasi adalah elemen yang juga penting dalam perniagaan. Komunikasi dan bahasa
adalah dua elemen yang sangat berbeza. Komunikasi mempunyai dua cara yang berbeza iaitu
secara lisan dan bukan secara lisan, ianya merupakan satu kemahiran yang sangat penting
dalam pengurusan perniagaan antarabangsa. Komunikasi elemen yang memainkan peranan
penting dalam menjalankan hubungan dan urus niaga perniagaan yang berkesan,
perkembangan idea, dan membantu satu firma perniagaan dalam mengatasi cabaran seperti
interaksi yang sukar untuk difahami. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang di
mana ianya mampu mewujudkan satu pasukan organisasi yang boleh berinteraksi secara
profesional dan formal semasa menjalankan urus niaga perniagaan mereka bersama pelanggan
dan pelabur syarikat.

Pemberian sebagai hadiah juga dianggap sebagai kaedah komunikasi yang baik dan berkesan
terutama dalam bidang perniagaan. Sebagai contoh, di negara seperti Jepun mengamalkan
budaya komunikasi seperti ini sebagai simbol etika layanan yang baik dalam perniagaan mereka.
Situasi ini akan mendorong urus niaga yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak akan
menjadi lebih berkesan dari segi mendapatkan dan berkongsi idea dalam bidang perniagaan
antarabangsa seterusnya juga dapat menarik minat negara-negara atau firma-firma perniagaan
lain untuk bekerjasama kerana persekitaran perniagaan yang positif.

Agama.

Elemen seterusnya adalah agama. Agama merupakan satu elemen penting dalam kebanyakan
masyarakat di seluruh dunia. Faktor agama boleh menjelaskan cara atau pun kaedah di dalam
sesebuah masyarakat berurusan antara satu sama lain dan juga berurusan dengan dunia luar.
Agama memberi kesan kepada persekitaran perniagaan antarabangsa kerana setiap firma
pengeluaran produk terutama produk makanan perlu mempelajari dan memahami sesebuah
agama untuk mengeluarkan produk keluaran mereka agar bersesuaian dengan kehendak
pelanggan yang mementingkan agama terutamanya agama Islam. Impak yang diberikan oleh
elemen agama kepada sesebuah perniagaan antarabangsa walaubagaimanapun berbeza-beza
berdasarkan sistem perundangan negara tersebut.

7
BBNG3103

Nilai dan Sikap.

Elemen budaya yang terakhir ialah nilai dan sikap. Nilai dan sikap boleh dijadikan ukuran
bagi sesebuah firma yang menjalankan perniagaan. Sebagai contoh, nilai dan sikap
mementingkan masa boleh menjadi satu faktor yang membolehkan perniagaan menjadi satu
pendapatan yang tinggi kerana dalam perniagaan masa amat penting kerana banyak peluang
yang boleh diperolehi jika masa digunakan dengan baik dengan cara memastikan kepantasan
dalam urus niaga yang boleh memuaskan hati pelanggan yang berurusan dengan firma
berkenaan. Nilai merupakan nilai sosial bagi sesebuat masyarakat yang dianggap sebagai
elemen budaya. Elemen ini perlu dicapai dan dianggap sangat besar kerana ianya sesuatu
yang mencerminkan sikap sesebuah masyarakat. Selain itu, faktor umur, pendidikan, dan juga
status juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi nilai dan sikap bagi setiap
individu, masyarakat dan juga kumpulan. Oleh itu, semua faktor yang mempengaruhi elemen
nilai dan sikap akan menjadi cabaran kepada syarikat perniagaan antarabangsa untuk
berdepan dengan pelanggan mahupun pelabur luar yang berbeza dari segi umur, pendidikan
dan status.

8
BBNG3103

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI CABARAN PERBEZAAN BUDAYA

Isu berkenaan perbezaan budaya, bangsa dan agama tidak asing lagi di dunia ini. Isu ini
sering diperkatakan di media sosial, berita, artikel dan lain-lain lagi. Malaysia terutamanya
terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum budaya dan agama sudah pasti akan menjadi
cabaran kepada firma-firma antarabangsa untuk memasarkan produk keluaran mereka di
negara ini. Tambahan pula, isu perbezaan budaya ini akan menyebabkan ancaman pelbagai
krisis dari segi ekonomi, politik dan sosial serta lain-lain lagi. Oleh itu, beberapa langkah
perlu diambil untuk menangani cabaran perbezaan budaya. Antaranya ialah:

Menghormati kepelbagaian.

Menghormati kepelbagaian agama, bangsa dan budaya amatlah penting bagi tujuan
perniagaan terutama bagi perniagaan berkonsepkan antarabangsa yang merentasi sempadan.
Firma antarabangsa tersebut perlulah memahami dengan sebaik mungkin bahawa setiap
individu dan kumpulan adalah entiti yang sangat unik. Hal ini kerana, setiap entiti
mempunyai kelebihan dan kebaikan yang tersendiri. Sebagai contoh, syarikat Intel
Corporation perlulah mempelbagaikan nilai yang ada di dalam firma mereka termasuk
daripada segi pihak pengurusan, pekerja, pelabur dan pelanggan mereka bagi memastikan
kepelbagaian di dalam urus niaga dan proses kerja mereka tidak terbantut disebabkan
kelainan budaya yang ada dalam organisasi mereka. Ianya sangat bersesuaian dan bertepatan
dengani nilai yang diterapkan di dalam syarikat Intel Corporation itu sendiri iaitu
memartabatkan dan mendukung kepelbagaian.

Mengamalkan sikap toleransi.

Sikap toleransi juga merupakan salah satu cara untuk menangani perbezaan budaya. Toleransi
merupakan asas kepada perpaduan yang mampu membuatkan sesuatu perancangan berkesan
dan berjaya. Sebagai contoh, Intel Corporation telah membuka cawangan di Malaysia yang
juga telah menjadikan Malaysia salah satu hab yang terbesar dan majoriti penduduk Malaysia
merupakan beragama Islam. Oleh itu, bagi mengukuhkan keberadaan Intel bertapak di
Malaysia pihak pengurusan Intel perlulah bertoleransi dengan peraturan dan undang-undang
yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dalam dunia perniagaan. Kerjasama Malaysia dan
Intel perlu jelas bagi memastikan Intel terus diterima dan berkembang dengan baik di
Malaysia. Kerajaan Malaysia dan Intel perlu membentuk rasa hormat dan kepercayaan antara

9
BBNG3103

satu sama lain bagi membolehkan perbezaan budaya itu bukan satu halangan bagi mereka
untuk membina hubungan yang baik dalam dunia perniagaan antarabangsa.

Kerjasama.

Kerjasama sentiasa mendatangkan hasil yang lumayan dalam setiap perkara yang diceburi.
Kerjasama juga merupakan salah satu langkah yang boleh membina kebaikan disebalik
perbezaan budaya. Contohnya, Intel Corporation baru-baru ini telah pun membuat pelaburan
sekitar RM 30 bilion kepada Malaysia untuk membuka kilang pemasangan dan ujian cip.
Kilang ini dibina kerana ingin meningkatkan produk keluaran semikoduktor di pasaran global
yang kini tinggi permintaannya selepas pandemik COVID-19. Kerjasama ini akan membuka
lebih 4000 peluang pekerjaan dalam syarikat tersebut. Walaupun Intel merupakan syarikat
berasal daripada Amerika Syarikat iainya tidak menghalang mereka untuk bekerjasama
dengan Malaysia yang sudah pasti berlainan adat dan budaya dengan Amerika Syarikat. Oleh
itu, kerjasama adalah elemen yang penting dalam menangani isu perbezaan budaya dalam
bidang perniagaan.

10
BBNG3103

IMPLIKASI PANDEMIK COVID-19 DAN PEREBUTAN KUASA POLITIK


MALAYSIA TERHADAP SYARIKAT-SYARIKAT ANTARABANGSA DI MALAYSIA

Pandemik COVID-19 telah menimbulkan pelbagai implikasi yang amat memberi kesan ke
sektor ekonomi dunia kerana ia merupakan krisis berskala global dan ia sekaligus
menyebabkan kemelesetan ekonomi dunia. Malaysia tidak terlepas daripada kemelesetan
ekonomi yang teruk walaupun negara kita semakin pulih daripada pandemik COVID-19.
Pihak Kerajaan Malaysia walaubagaimanapun tetap mampu mengawal kemerosotan ekonomi
apabila masih mampu memberikan beberapa inisiatif kepada rakyat Malaysia semasa
COVID-19 melanda negara ini. Selain pandemik COVID-19, Malaysia juga pada masa ini
juga sedang berhadapan ketidakstabilan politik yang juga akan menyebabkan ketidakstabilan
ekonomi syarikat-syarikat antarabangsa yang bertapak di Malaysia. Antara implikasi yang
dihadapi ialah:

Pelaburan terjejas.

Kestabilan politik sentiasa memainkan peranan penting dalam menarik minat syarikat-
syarikat antarabangsa untuk membuat pelaburan yang lumayan di negarai ini. Sebaliknya,
sejak akhir-akhir ini situasi politik di dalam negara ini berada dalam situasi yang kurang
memuaskan. Pertukaran kuasa dari satu parti politik ke satu parti lain dan pertukaran pucuk
pimpinan kerajaan menyebabkan pemimpin yang mengetuai kerajaan akan mengubah dasar-
dasar polisi dan undang-undang. Perubahan ini akan menyebabkan pihak syarikat
antarabangsa tidak mendapatkan gambaran dengan jelas berkaitan polisi semasa negara ini.
Hal ini kerana pemimpin yang mengetuai tampuk pempinan pada situasi semasa akan menilai
dari segi keupayaan kewangan dan juga ekonomi negara tersebut untuk meneruskan
pembangunan dan pertumbuhan dalam sektor ekonomi. Kecelaruan dalam pembangunan
ekonomi boleh membuatkan hubungan kerjasama bersama syarikat antarabangsa di Malaysia
menjadi negatif dengan nilai mata wang tempatan yang kurang stabil dan rendah.

Kekurangan bekalan.

11
BBNG3103

Intel Corporation (M) juga tidak terlepas daripada implikasi yang buruk disebabkan
pandemik COVID-19. Oleh itu, Ketua Pegawai Eksekutif Intel berkata kekurangan bekalan
cip akan berlarutan sehingga tahun 2023 walaupun pada masa ini pelbagai syarikat
pengeluaran cip giat meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi menampung bekalan cip. Selain
itu, pada masa ini juga syarikat-syarikat pengeluaran cip yang lain memerlukan penggunaan
cip pemprosesan untuk mereka beroperasi dan ia menyebabkan bekalan cip untuk mereka
menjadi terhad.

Mewujudkan peluang baharu.

Implikasi daripada pasca COVID-19 sudah pasti akan memberikan kesan yang negative
kepada beberapa syarikat-syarikat terkenal dunia tetapi Intel Corporation mengambil langkah
yang berbeza daripada implikasi tersebut. Intel Corporation di Malaysia mengambil implikasi
COVID-19 sebagai langkah terbaik untuk mereka untuk mengembalikan perkembangan
ekonomi syarikat mereka dengan membuat pelaburan sebanyak RM30 bilion ringgi untuk
membina kilang pemasangan dan ujian cip mereka. Melalui pembinaan kilang tersebut ianya
merupakan sebagai langkah untuk mempelbagaikan rantaian bekalan cip secara global yang
terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

KESIMPULAN

12
BBNG3103

Sebagai kesimpulanya, perniagaan antarabangsa telah banyak memberi kesan dan mengubah
gaya hidup, sosial, budaya dan juga ekonomi bagi dalam negara serta luar negara. Kesan
daripada percambahan perniagaan antarabangsa ini sudah pasti lebih banyak kesan buruk
daripada kesan yang negatif. Perniagaan antarabangsa telah menjadi satu iniasiatif yang
terbaik terutama dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Apabila perniagaan
antarabangsa itu berjaya dilakukan dengan sebaik mungkin, ia akan mewujudkan hubungan
yang baik di antara negara-negara yang terlibat dalam menjayakan perniagaan dan kerjasama
tersebut. Kejayaan sesuatu perniagaan antarabangsa itu juga mampu menarik minat pelabur-
pelabur dari negara besar untuk melabur sekaligus mampu meningkat sesebuah negara
meningkatkan status mereka ke arah negara maju. Di samping itu, syarikat-syarikat yang
terlibat dalam perniagaan antarabangsa ini juga harus bersedia dalam menghadapi pelbagai
implikasi buruk terutama ketika pandemik COVID-19 dan ketidakstabilan politik tempatan
mahupun luar dalam dunia perniagaan yang mereka ceburi. Segala implikasi tersebut hanya
mampu dihadapi juga syarikat-syarikat tersebut mempunyai system pengurusan yang baik,
nilai yang baik diterapkan dalam urus niaga dan juga hubungan yang baik bersama pelanggan
dan pelabur dalam setiap urus niaga yang dijalankan.

BAHAGIAN II

13
BBNG3103

14
BBNG3103

15
BBNG3103

RUJUKAN
Aman. (2021). CEO Intel Beri Amaran Kekurangan Bekalan Cip Mungkin Berlarutan
Sehingga 2021. Amanz.

AMLI, N. A. (2021). Pengaruh Ketidakstabilan Politik terhadap Mata Wang Tempatan .

Blog, E. (2020). Peranan Budaya Dalam Perniagaan Antarabangsa.

Intel. (2022). Intel. Retrieved 9 2022, from Intel:


https://www.intel.com/content/www/us/en/company-overview/company-
overview.html

Izuani. (2019). Retrieved from Course Hero:


https://www.coursehero.com/file/97507818/KEPENTINGAN-KOMUNIKASI-
YANG-BAIK-DALAM-ORGANISASI-PERNIAGAANdocx/

Marketing, T. (2015). Budaya Kerja Orang Amerika.

Muda, D. T. (2021). Mencari Pendekatan Terbaik Menguruskan Kepelbagaian Bangsa dan


Agama Keluarga Malaysia. UMP News.

Munirah. (2022). BAB 3 PERANAN BUDAYA DALAM PERNIAGAAN


ANTARABANGSA. Course Hero.

Permata, M. (2021). ntel labur AS$7.1 bilion kembangkan operasi di Malaysia . Media
Permata Online.

Portal, M. (2022). Menghormati Kepelbagaian. MyHealth.

Reuters. (2021). Intel bakal labur RM30 bilion, bina kilang baru di Malaysia. Malaysia Now.

Rexza. (2015). Perniagaan Antarabangsa.

Shahizan, S. (2021). Syarikat Intel Masih Bertapak Di Malaysia Selepas 5 Dekad. Denyut
Nadi.

16

You might also like